Saturday 27 September 2008

Jadual Malam Lailatul Qadar



Hukum Iktikaf

Hukumnya sunat muakkadah (Yang benar-benar dituntut) pada 10 hari terakhir ramadhan kerana mengharapkan malam lailatul-qadar.

Jadual Malam Lailatul Qadar

Berkata Imam Ghazali Rahimahullah "lalilatul qadar itu ialah pada malam-malam ganjil didalam sepuluh hari terakhir ramadhan." . Beliau juga memberikan formula mendapatkannya seperti jadual dibawah:

KEADAH AWAL BULAN RAMADHAN MALAM LAILATUL QADAR

Jika awal ramadhan, jatuh pada hari……

Ahad atau Rabu - Malam 29 Ramadhan

Isnin - Malam 21 Ramadhan

Selasa atau Jumaat - Malam 27 Ramadhan

Khamis - Malam 25 Ramadhan

Sabtu - Malam 23 Ramadhan

Berkata Sheikh Abu Hasan "semenjak aku baligh, aku tidak pernah terlepas mendapatkan malam lailatul qadar dengan kaedah tersebut"

Kaedah ini diambil dari kitab Mathlak Badraian karangan Muhammad Daud Al Fathani, Rujuk Mukasurat 65

TOLONG SEBARKAN KEPADA KENALAN ANDA, moga-moga ianya berguna dalam kita meniti hari-hari terakhir ramadhan kerana mengharapkan ganjaran malam lailatul qadar itu tinggi nilainya seperti beramal 1000 bulan (Rujuk Surah Al Qadr) iaitu bersamaan 83 tahun.

Kita tidak dapat yakini, adakah kita dapat lagi menemui ramadhan di tahun hadapan kerana ajal maut tidak memilah umur, masa dan tempat . Oleh itu janganlah kita mendabik dada akan sempat hidup lagi dihadapan hari. Lakukanlah dalam urusan duniamu seolah-olah kita akan hidup selamanya, dan buatlah urusan akhiratmu seolah-olah kita akan mati esok hari.

Wallahu 'alam bis sawab.

Friday 26 September 2008

The Wonders Of Al Quran


Check this out, Very interesting findings of Dr. Tariq Al Swaidan might grasp your attention:

Dr.Tarig Al Swaidan discovered some verses in the Holy Qur'an

That mention one thing is equal to another, i.e. men are equal to women.

Although this makes sense grammatically,the astonishing fact is that the number of times the word man appears in the Holy Qur'an is 24 and number of times the word woman appears is also 24,therefore not only is this phrase correct in the grammatical sense but also true mathematically, i.e. 24 = 24.

Upon further analysis of various verses,he discovered that this is consistent throughout the whole Holy Qur'an where it says one thing is like another.See below for astonishing result of the words mentioned number of times in Arabic Holy Qur'an

Dunia (one name for life) 115.... Aakhirat (one name for the life after this world) 115

Malaika (Angels) 88 ..... Shayteen (Satan) 88

Life 145 ...... Death 145

Benefit 50..... Corrupt 50

People 50 .... Messengers 50

Eblees (king of devils) 11 ...... Seek refuge from Eblees 11

Museebah (calamity) 75 ....... Thanks ! 75

Spending (Sadaqah) 73 ....... Satisfaction 73

People who are mislead 17 ...... Dead people 17

Muslimeen 41 ....... Jihad 41

Gold 8 ..... Easy life 8

Magic 60 ..... Fitnah (dissuasion, misleading) ! 60

Zakat (Taxes Muslims pay to the poor) 32 ....Barakah (Increasing or blessings of wealth) 32

Mind 49 ...... Noor 49

Tongue 25 ..... Sermon 25

Desite 8 ..... Fear 8

Speaking publicly 18 ..... Publicising 18

Hardship 114 .... Patience 114

Muhammed 4 ..... Sharee'ah ( Muhammed's teachings) 4

Man 24...... Woman 24

And amazingly enough have a look how many times the following words appear:

Solat 5, Month 12 , Day 365, Sea 32, Land 13 Sea + land = 32+ 13= 45

Sea = 32/45*100q.=71.11111111% Land = 13/45*100 = 28.88888889% Sea + land 100.00%

Modern science has only recently proven that the water covers 71.111% of the earth, while the land covers 28.889%.Is this a coincidence?

Question is that ...Who taught Prophet Muhammed (PBUH) all this?

Reply automatically comes in mind that ALMIGHTY ALLAH taught him.This as theHoly Qur'an also tells us this.

please pass this on to all your friends Aayah 87 of Suraa (Chapter) Al-Anbia !

< /P>para 17:LA ILAHA ILA ANTASUBHANAKA INI KUNTU MINA ZALIMEEN.During the next 60 seconds, stop whatever you are doing,and take this opportunity.(Literally, it is only 1 minute).All you have to do is The following:PLEASE SEND THIS TO ALL PEOPLE THATYOU KNOW.

Niat Bawa Isteri Shopping Raya

Shopping Mall Mekah



"Sahaja aku keluar shopping untuk menghiburkan isteri pada hari ini kerana Allah Ta'ala."


Apabila datang sahaja hari kebesaran ini, orang yang paling banyak sekali berfikir ialah kaum wanita atau istilah lainnya, isteri. Memerahkan otaknya menghias ruang tamu dan hidangan meja untuk menceriakan hari tersebut. Yang paling menjemukan kita ialah apabila dia mengajak kita pergi shopping. Suami yang paling susah hati ialah isterinya yang bekerja yang ada duit sendiri. Kita tiada 'kuasa' untuk menahan kehendaknya. Kita lebih rela menjaga anak di restoren atau taman kanak-kanak yang berdekatan dengan kompleks beli belah dari mengekor isteri kita bershopping. Bukan kita tidak suka dia membeli barang-barang untuk hiasan rumah dan juga anak-anak sebab kesemuanya itu adalah untuk memudahkan diri kita juga. Tetapi cara isteri kita shopping itu yang sangat menjemukan kita.Mana tidaknya, dia akan tawaf satu komplek dulu 2-3 jam dan akhirnya barulah beli barang yang nak dibeli itu. Kita suami ni pula membeli secara objektif, sampai ke car park, terus ke kedai, beli, bayar dan terus pulang. 2-3 minit aje.

Lagi menjemukan kita bila dia inginkan pendapat kedua dari kita seperti, "Bang, kain ni sesuai tak dengan Ayang?" sambil diletaknya sedikit hujung kain yang masih bergolong di rak pameran di atas lengannya. Kita pun kata, "Emmm, cantik? " Kemudian dia akan ambil lagi kain yang di sebelah dan diletakkan lagi di atas lengannya dan malah kali ini dilabuhkannya sampai ke hujung kaki dengan bertanya sekali lagi, "Yang ini pula Bang?" Kita pun menjawab, "Cantik juga." Dia pun naik kelabu fikirannya dan meminta kepastian, "Abang cakaplah betul-betul, yang mana sesuai untuk Ayang?" Kita mula naik 'fed up'. "Mana-mana ajelah." Dengan meninggikan sikit suara agar cepat-cepat dia membuat keputusan.

Apabila dia tengok muka kita dah naik mencuka, dia pun letakkan kembali kedua-dua kain tadi dan terus beralih ke bahagian kanak-kanak untuk membeli pakaian anak-anak kita. Kita pun terasa puas dengan anggapan yang isteri kita tahu yang kita sedang marah padanya sebab banyak sangat membuang masa. Bila balik ke rumah isteri kita pula asyik bermasam muka sedangkan pakaian anak-anak semua dah dibelikan dan bahan-bahan untuk buat kek dan biskut pun semuanya lengkap. Kita pun naik pening. Harapan isteri kita pada pagi tadi yang begitu tinggi keseronokan pergi bershopping akhirnya bertukar kepada malam yang bermuram durja.

Mengapa boleh terjadi demikian?

1. Semasa kita keluar bersama-sama dengan isteri tadi, kita tidak dengan niat yang benar-benar mahu menolong dan menghiburkannya. Di dalam otak pemikiran kita masih ada agenda lain yang kita rasa lebih penting yang masih kita fikirkan. Atau kita telah membuat temujanji dengan kawan-kawan kita pada waktu yang tertentu pada sebelah petang hari itu juga. Ini menyebabkan fikiran kira sentiasa mendoakan agar aturcara shopping ini berakhir tepat mengikut apa yang kita jadualkan. Oleh itu jika isteri kita asyik membelek satu-satu kain ambil masa yang lama, kita mulalah nak menjadi 'time-keeper'. Jika lebih waktu, kita mula naik 'hot'.

2. Kebanyakan isteri kita ni amat teliti semasa membeli-belah dan ingin berjimat agar duit yang dia belanjakan itu bernilai tinggi baginya. Diikuti pula dengan cara pemikiran mereka yang menilai sesuatu barangan itu dari pelbagai sudut. Kalau kita sang suami hanya fokus kepada harganya sahaja. Tetapi isteri akan melihat dari sudut kesesuaian dengan kasutnya, sesuai dengan warna kulitnya, ada tak rakan sepejabatnya yang memiliki kain yang sama dan sebagainya. Inilah menyebabkan dia susah nak membuat keputusan. Maka pandangan kedua dari kitalah yang dia harap-harapkan sebagai kata pemutus. Jika kita kata, "Abang suka yang ini sebab corak dan warnanya memang abang suka." Pasti dia akan kembang kincup hidungnya dan terus membeli kain itu dengan hati yang riang. Nanti apabila rakan-rakannya komen, dia akan berkata, "Baju ini abang I yang pilih kainnya." Di berasa puas yang kasihnya terbelai. Abangnya telah menghargainya. Dengan hanya menyatakan sukanya kita atas pilih itu sudah cukup untuk mengembirakan dia pada bulan itu. Bukankah kita juga yang bahagia jika isteri kita gembira?

Pergi shopping adalah satu aktiviti yang dapat menghilangkan stress bagi isteri kita, malah menyeronokkan pula kerana:

1. Hiasan di komplek itu menyeronokkan dan melegakan dia. Sebab di rumah dah jemu hiasan dalamnya.

2. Pengunjung yang juga bershopping adalah "peragawati" bagi isteri ini melihat fesyen yang mereka pakai.

3. Dia pula yang sengaja mengenakan fesyen up-to-date, menjadi jelingan rujukan pengunjung yang lain juga. Rasa megah di hati jika ada yang jeling padanya.

4. Hiasan perabut dan susun-atur di kedai adalah rujukan hiasan dalaman di rumahnya.

5. Dapat memegang dan memakai pakaian yang diminati, lebih meningkatkan kepuasan menilai pakaian sebelum dibeli.

6. Mengetahui harga barangan terkini adalah satu senjata tawar menawar untuk mendapatkan harga termurah, terkualiti dan terpuas.

7. Dapat membeli barangan/pakaian yang diimpikannya (diangan-angankan) itu laksana bulan jatuh ke riba, 2-3 hari masih seronok menceritakan kepuasan dapat memilikinya.


Oleh itu, jika kita telah bersetuju untuk bersama dengannya pergi 'shopping', maka letakkan niat untuk menolong dan menghiburkan isteri kita pada hari itu. Sebelum melangkah ke pintu, angkat tangan dan tadah ke langit dengan menyebut niat, "Sahaja aku keluar shopping untuk menghiburkan isteri pada hari ini kerana Allah Ta'ala." Nah… Niat dengan ikhlas kerana Allah SWT akan dikira sebagai ibadah kerana meluangkan masa dan menghibur/menggembirakan isteri. Tak nak saham free ke? Alahai..… Kosongkan agenda lain yang mungkin mengganggu perjalanan agenda shopping di kepala kita. Pohonlah keberkatan daripada Allah SWT, sehari bersama dengan isteri. Renung-renungkan dan selamat mencuba!!! -

Hadith Nabi S.A.W Daripada Salman bin 'Amir r.a., Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Sedekah kepada golongan miskin, ganjarannya hanyalah sekadar pahala sedekah; sedangkan sedekah kepada mereka yang mempunyai hubungan silaturrahim terdapat dua ganjaran, iaitu pahala sedekah dan pahala menjalin hubungan silaturrahim."Hadith riwayat al-Tirmizi .

Mujurlah aku duda.... tak lah pening kepala ! tetapi rugi pulak rasanya tak dapat pahala ganjaran menjalin silaturrahim...Wallahuallam ! Itu sebab bulan ini aku mengerjakan UMRAH..semuga diberkati !

Friday 19 September 2008

Application for a Secretary


Deer Sir,


I waunt to apply for the secritary job what I saw in the paper. I can Type real quik wit one finggar and do sum a counting. I think I am good on the phone and no I am a pepole person, Pepole really seam to respond to me belly well. I´m lookin for a Jobb as a secritary but it musent be to complicaited. I no my spelling is not to good but find that I Offen can get a job thru my persinalety. My salerery is open so we can discus wat you want to pay me and wat you think that I am werth, I can start imeditely.

Thank you in advanse fore yore anser. . hopifuly Yore best aplicant so farr.

Sinseerly,

Peggy May Starlings

PS : Because my resimay is a bit short - above is a pickture of me taken at my last jobb.


Employer Replied....


Dear Peggy


Thank you for your letter. We had decided that we will employ you as our sexytory effective Monday. Please report to me directly and we will have a spelling check !


Welcome aboard


Yours forever


Friday 12 September 2008

Tolong Sampaikan !





Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..

Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..

Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati si dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..

Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..

Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..

Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..

Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..

Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..

Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..

Tolong sedarkan si dia. Aku juga milik kawan kawan lain dan keluarga..

Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sampaikan sidia, aku mahu membantunya segera...

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..

Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan merapati kerana menjaga batasan cinta..

Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..

Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..

Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..

Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..

Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..

Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..

Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..

Moga dia bagai seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa, berada ditaman larangan dengan sopan santunnya dan saperti mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..

Sayangku.....Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti... " Ada jodoh tidak kemana, walaupun aku sedar siapa aku !"

Thursday 4 September 2008

KURMA, KISMIS, MADU DAN TARIKAN WANITA







Sabda Rasulullah S.A.W "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."

Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin adalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi. Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa A.S. Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah S.A.W. Puan janganlah risau kerana takut diserang kencing manis. Apa yang harus puan buat, makanan manis2 yang lain puan jauhkanlah. Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.

1) KURMA

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sehat". "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)". Abu Abdillah a.s. bersabda: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir". Abu Abdillah a.s. bersabda: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan". Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".

2) KISMIS

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian". "Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih". Imam Ali a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi". "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesehatan jiwa". Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyehatkan jiwa".

3) MADU (Bukan Madu 3.. No 3)

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa meminum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Qur'an, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit". "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu". "Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada". "Allah SWT telah meletakan berkah di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi". Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda: "Madu adalah ubat dari segala penyakit, tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati". Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Rasul S.A.W sangat menyenangi madu". Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat iaitu meminum madu dan membaca Al-Quran".


Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik keneraka oleh anaknya.

( Duhai lelaki yang bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?..pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah untuk menjadi bahan bakar neraka jahanam.)

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yang alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

(Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yang kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(Duhai lelaki yang mempunyai adik perempuan, jangan hanya menjaga amalmu, dan jangan ingat kau terlepas...kau juga akan dipertanggungjawab kan diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dengan maksiat... dan tidak menutup aurat.)

4. Anak2 lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya.. .maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawab kan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu....nasihati lah dia jika tersalah atau terlupa.... kerana ibu juga insan biasa... tak lepas dari melakukan dosa...selamatkan lah dia dari menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)

Lihatlah.... ..betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.


Firman Allah S.W.T "Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu..."

SETELAH MEMBACA ANDA SAMPAIKAN PULA KEPADA SAHABAT-SAHABAT LAIN, UNTUK MEREKA PULA RENUNGI PESANAN INI ... WALLAHUALLAM ! - DatOK ZeQ AL BLOGGER .. INSHAALLAH !

Gelang Tangan - Haram?




Gelang Apa pun, pandangan Ustaz Zainuddin sangat menarik :-

Kejahilan dan kedangkala untuk tidak mendalami ilmu agama boleh menyebabkan seseorang itu terikut-ikut dengan tindakan, penerampilan cara hidup orang kafir.Musuh Islam merancang termasuk dalam bidang perubatan agar orang Islam terjebak untuk menerima cara yang diperkenalkan. Sebagai contoh mereka menciptakan alat bagi mengurangkan tekanan darah dalam bentuk gelang tangan, bagi orang Islam yang tipis imannya akan menerimanya sebagai satu trend, style dan kaedah perubatan terkini. Hakikatnya banyak cara lain yang boleh di gunakan, tetapi kerana memakai gelang itu adalah dilarang untuk dipakai oleh lelaki Muslim, maka itulah cara terbaik diperkenalkan oleh musuh agar Muslim dilaknat oleh Allah s.w.t., apabila dilaknat mereka tidak akan menjadi umat yang kuat untuk menghadapi kemaraan musuh mereka.

Larangan memakai gelang tangan walaupun untuk tujuan kesihatan, telah ditegaskan oleh Rasullulah s.a.w .: Hadis Imran bin Hussein r.a.,bahawasanya Rasullulah s.a.w. telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki berkenaan. 'Apakah bendanya ini'? Lelaki itu berkata, 'Ia adalah gelang perubatan'. Rasullulalah bersabda,' Sesungguh nya benda itu tidak memberi apa-apa (faedah walaupun untuk tujuan perubatan), buangkan benda itu daripada diri anda, jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya. ' Hadis Sahih yang ke-19, 885 Riwayat Imam Ahmad.

Pemakaian gelang pada hari ini, melibatkan ustaz2, pegawai2 kerajaan, menteri2 bahkan Perdana Menteri sekali pun...sesungguhnya mereka semua telah tertipu dengan perancangan musuh yang mahu menghancurkan pegangan akidah umat Islam. Di Malaysia trend ini bermula di mana gelang hitam diberikan sebagai hadiah orang yang baru balik dari Mekah. Sekarang ini dibenarkan oleh Tabung Haji kepada jemaah haji apabila berada di Tanah Suci supaya faktor mudah dikenali atau sebarang kes hilang , kemalangan dsb.

Jenis-jenis gelang yang di haramkan bagi lelaki:-

1) Gelang Kayu koka
2) Gelang Kristal
3) Gelang Tasbih
4) Gelang Getah plastik
5) Gelang Besi magnet
6) Gelang Besi Tabung Haji (apabila berada di Malaysia)

Jenis2 gelang yang diharuskan:-

1) Gelang pesakit semasa berada di hospital (di tanda nama pesakit dan wad)
2) Gelang pesalah/penjenayah (dipakai oleh penjenayah yang telah ditangkap polis)
3) Gelang kaki bagi pesakit gila/jiwa.

Sekiranya ada yang hendak pakai sangat, maka dia hendaklah berusaha menjadi salah satu daripada 3 golongan ini. Wallalhua'lam.

Kata Ustaz Zainuddin Hashim, Hadis sahih yang ditulis di atas seolah-olah menunjukkan bahawa gelang perubatan ini telah wujud di zaman Rasulullah SAW. Atau adakah sebenarnya 'gelang perubatan' ini sebenarnya bermaksud 'tangkal' untuk perubatan? sempat juga Ustaz Zainudin buat lawak.. hehe ! (dah buat lawak.. tak ketawa.. marah pulak )

Wallahua'llam... Aku pun belum berjumpa dengan Ustaz Zainuddin ni...Tolong tanya tanya kan lagi kepada yang lebih arif.. Mufti ke... sape sape lah !

Tapi nasihat aku, kalau yang dah pakai tu...PM ke rakyat biasa.. bagi saje kat bini, girfriend.. buat sedekah dibulan puasa Al Mubarak ni !!! lagi afdal .. confirm 100% dapat pahala dari nya !