Wednesday 29 October 2008

Hari Kiamat Tahun 2066 ?




a) Mengikut hadith sahih umat Rasulullah akan hidup selama 1500 tahun...
sekarang sudah 1439 = 1426 + 13 tahun hijrah...daripada ini kita ketahui kita akan bertahan dalam masa 61 tahun lagi..Jikalau ini benar, bumi akan kiamat pada tahun 2066

b) Saintis telah menjumpai sebuah planet yang lebih kecil daripada bumi yang menghala ke bumi..Ia telah dianggarkan bahawa planet itu akan melanggar bumi pada tahun 2014. Amerika akan cuba untuk menukarkan orbitnya dengan menembaknya dengan sebuah roket...Dan saintis juga telah menjumpai sebuah planet yang juga akan menghentam bumi...Ia dianggarkan akan melanggar bumi dalam masa 60 tahun lagi..Dan planet ini lebih besar daripada bumi...Jikalau ini benar, dunia akan musnah pada tahun 2065....

c) Dan dikatakan kuasa Israel akan mencapai puncaknya pada tahun 2007...Dan kuasanya akan jatuh semula dalam 14 tahun, iaitu tahun 2022, disebabkan oleh penurunan semula Nabi Isa... Dan hadith mengatakan bahawa Nabi Isa hanya akan hidup selama 40 tahun dan dunia akan kiamat pada hari Nabi Isa wafat..Jikalau ini benar dunia kan kiamat pada tahun 2062... Dianggarkan Bumi Akan Kiamat Antara Tahun 2062-2066.... Wallahu'alam...

Semua ini telah dikaji...Dan yang dipercayai paling tepat ialah hadith yang mengatakan bahawa umat Rasulullah akan bertahan selama 1500 tahun...Kita telah berada di bumi ini selama 1439 tahun...Cubalah anda kirakan sendiri...Beribadatlah wahai umat-umat Islam sekalian...Amar Ma'ruf Nahi Mungkar...

Sampaikanlah mesej ini kepada semua kenalan Islam anda...Semoga saudara-saudari sekalian akan mendapat rahmat ALLAH S.W.T...insaflah setelah baca..masih belum terlambat..Wallahuallam hanya DIA yang Maha mengetahui..


Ekhsan : Rakan tagged

Wednesday 22 October 2008

Awas Perogol Ganas


Baru baru ini disekitar Lembah Kelang sekumpulan perogol telah mengganas. Menurut laporan yang diterima mereka telah menahan sebuah bas yang penuh dengan perempuan perempuan cantik dan seorang nenek tua berumur 87 tahun.

"DENGAR SINI SEMUA, KAMI NAK ROGOL KAMU SEMUA..! kata ketua mereka..

Salah seorang dari perempuan muda menjawab.."Kamu boleh rogol kami.. tapi tolong lah jangan rogol nenek tua tu.."

Tiba tiba nenek tua tu bangun dan berkata " Pandai pandai je ko neh..kalau dia cakap SEMUA.. makna nye semua lah..Orang pun nak gak..!


Cian nenek tua...dah gersang pun berselera lagi..!

Mencari Jodoh ?



Ika seganlah. Dah lah kita tak lawa. Biodata ika ada kat bawah. Kalau betul ada kawan-kawan abang / akak yang ikhlas nak berkenalan dengan ika, diorang kena terima ika seadanya tau. Maklumlah, ika ni orang kampong. Diorang pun kena faham dengan kerja ika. Ika ni bekas peramugari, so dulu selalu outstation. Tapi.. sumpah ika tak terlibat langsung ngan cerita tentang "Peramugari Terlampau tu" . Ika dah tak kisah paras rupa, yang penting ikhlas dan SETIA. Ika tak suka womanizer dan lelaki hidung belang. Sapa2 yang minat ikhlas nak kawan ngan ika... abang / akak suruhla diorang add YM ika yea….


Nama : Nursharifah Intan Zulaikha Bt Zulyahya

Nama Panggilan Manja : Ika

Umur: 23 tahun
Skin: Sowo Matang

Kening: Lentik Sedikit

Rambut: Hitam (Ika menci kaler2 rambut)

Alamat: Seksyen 7 Shah Alam , Selangor

Pekerjaan: Bekas Peramugari

Hobi: Shopping, Tengok Wayang, Clubbing (itu pun kalau tak kena cover charge)

Favorite Drink: Soya Campor Cincau, Cappucino, kadang kadang air suam aje

Favorite Food+: Seafood, spaghetti, Pizza Hut, Budu

Email: http://my.mc763.mail.yahoo.com/mc/compose?to=ika_cute@yahoo.com.my%20

Talipon : Rahsia (nanti ika bagi kalau abang YM , e-mail ika)

P.S : sebarang pertanyaan sila email Ika tau..gambar Ika kat atas tu.....

Monday 20 October 2008

Kerja Di Majlis Bandaran


Ali menghadiri interview kerja di pejabat Majlis Bandaran..

Yang interview : Jadi Encik Ali berminat untuk bekerja di majlis bandaran ye..ceritakan sikit sebanyak hal Encik Ali.. ada allegic apa2 makanan ke?

Ali : Saya dah lama berhenti kerja, nak mulakan kerja yang baru... saya cuma allegic minum teh dan kopi

Yang Interview : Mengikut biodata ni.. Encik Ali pernah jadi tentera? Dimana tu..?

Ali : Saya pernah bertugas di Bosnia selama 3 tahun.

Yang Interview : Kalau begitu En Ali dah pun dapat 20 mata percuma kerana berkhidmat dalam tentera.. ada apa apa kecacatan yang kira kekal?

Ali : Oh.. ada.. semasa saya bertugas disana.. sebutir bom meletup disebelah saya.. saya selamat, tapi malang nya kedua2 "telor" saya sudah tiada..

Yang Interview : Oh .. itu tak apa Encik Ali.. boleh start kerje besok pukul 8 pagi - 2 petang. Tapi Encik Ali kena datang pukul 10 pagi setiap hari..

Ali : Macamana pulak encik? saya kerja pukul 8 pagi...kena datang pulak lambat 2 jam, pukul 10 pagi?

Yang Interview : Encik Ali.. Ini kan Majlis Bandaran... pada 2 jam awal pagi tu kami minum teh dan kopi dan ada yang cuma duduk kedai kopi sambil garu2 telornya..

Jadi rasa nya Encik Ali tak perlu datang pada masa ni.. (Kan Encik Ali tak minum teh kopi dan telor pun tak ade........) jadi datang pun buang masa juga lah...

Manusia Bertanya, Quran Menjawab...






KENAPA AKU DIUJI?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang2 yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yang dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA SUSAH SANGAT UJIAN INI?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. " -Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST? TENSION? LEMAH SEMANGAT?

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang2 yang beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). " -Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... .. -Surah At-Taubah ayat 111

Friday 10 October 2008

50 Tips Untuk Memikat Lelaki





Bukan susah nak memikat lelaki, tetapi ramai yang gagal berbuat demikian. Diperturun kan sedikit tips untuk memikat mereka, cuba cuba lah, tetapi ingat untuk nak buat suami aje.. main main dan simpan simpan jangan tau.. !

1.Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.

2.Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.

3.Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka.

4.Jujur dan sentiasa merendah diri.

5.Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka.

6.Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu). ada suka slim ada suka gemuk... tetapi jangan lah terlalu gemuk sangat.. control lah makan sikit.

7.Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.

8.Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping lelaki yang anda minati.

9.Jangan terlalu mengongkong. Pantang datok nenek mereka !

10.Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.

11.Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.

12.Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang anda minati untuk memikat dirinya.

13.Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.

14.Apabila berhadapan dengan lelaki yang anda minati, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor anda. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa anda boleh didekati tetapi bukan bererti anda ini perempuan murahan dan mudah didekati.

15.Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka... takut tak laku..

16.Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan. Pakaian mengikut suasana.

17.Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdikari tanpa meminta pertolongan dari orang lain.

18.Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.

19.Jangan bandingkan dia dengan lelaki-lelaki yang pernah anda kenali.

20.Menjadi temannya ketika dia susah dan senang. Bantu lah sekadar terdaya.

21.Lelaki suka anda menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.

22.Yang paling penting lelaki juga suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.

3.Bunyi derapan kasut ketika anda berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.

24.Lelaki tidak suka jika anda memakai mekap yang terlalu tebal. Muka yang ori lagi cun..

25.Mengetahui bila hari lahirnya. Telefon atau anta lah sms atau kad

26.Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.

27.Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.

28.Manja! tetapi jangan mengada ngada sangat

29.Jangan terlalu excited ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.

30.Jangan terlalu bersikap kelakian dan ganas dalam pergaulan. Sikap tomboy susah lah sikit.

31.Jangan terlalu menunjukkan bahawa anda ini terlalu baik dan perfect.

32.Jangan perasan bahawa anda ini mempunyai paras rupa yang jelita.

33.Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.

34.Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu anda titik beratkan.

35.Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.

36.Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis.

37.Kenali siapa dirinya yang sebenarnya sebelum anda memulakan langkah untuk memikat.

38.Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah anda dipenuhi jerawat batu!

39.Aset penting bagi anda untuk memikat lelaki adalah mata, dada, punggung dan gaya langkah anda yang kemas.

40.Jangan bersikap terlalu kuno.

41.Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan anda dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap anda yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.

42.Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran yang penting tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun.

43.Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu anda tidaklah perlu menunjukkan terlalu alim dan fanatik

44.Menunjukkan bahawa anda bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.

45.Jangan terlalu merengek , mengada-ngada dan pura pura.

46.Jangan tunjukkan kelemahan anda ketika berada di samping lelaki yang anda minati.

47.Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.

48.Berjaya di dalam apa jua bidang yang anda ceburi dan cita cita anda seterusnya.

49.Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib anda di meja makan. lelaki tak suka kalau makanan yang dipesan tak habis dimakan.

50.Jangan terlalu over nanti lelaki akan meluat pula dengan anda!


CUBA CUBA LAH... BAGI AKU TIPS UNTUK MEMIKAT PEREMPUAN PULAK.. DAH LAMA DUDA NEH ... !

Thursday 9 October 2008

25 Perkara Yang Tidak Disukai Suami



1. Memperkecil kan suami dihadapan orang lain antara sedar dan tidak. Walaupun ianya benar ie. “hubby i tu kan kan..siang ikan pun dia tak tau.. bla bla bla “

2. Menggangu suami dengan menelefon dia terlampau selalu sangat dan selalu dimasa yang salah. ie. “hello abang ada meeting ker tu, sorry la cuma nak cakap..malam nih kita masak sardine jer ..ok tak “

3. Terlalu suka, "rajin" mengemas rumah / mengalihkan barang sampai suami tak jumpa barang-barang yang disimpan beliau.. ie. “kita dah simpan screw drebar tu kat dalam stor, entah la kat atas shelf mana satu..”

4. Mengambil muka surat atau bahagian tertentu dari surat khabar dan menyusun surat khabar dengan cara yang amat salah..sampai tidak dijumpa mana-mana seksyen yang hendak dibaca. ie. “bang, sport section tu ayang dah buat bungkus belacan..”

5. Memotong mana-mana bahagian majalah dan juga suratkhabar atau apa-apa bahagian dari mana-mana printed matter sampai berlubang sana sini dan si suami tak sempat baca/tengok ” ie. “eh.. kita suka la news pasal new peti ais tu..kita dah potong simpan … “

6. Menyuruh suami agar membeli itu dan ini dalam perjalanan balik dari opis, sedangkan nak pergi pasar/supermarket cuma esok sahaja atau baru semalam telah ke pasar. ie. “bang.. semalam kita lupa beli garam, gula beras dan susu budak … .boleh singgah tak mana mana ..pleaseeeee ! “

7. Tidak memberi arahan/instruction yang jelas kepada suami bila menyuruh dia membeli sesuatu dan kemudian memarahkan/menyalahkan suami.ie. “saya kata beli susu cair dan gula melaka, apesal awak beli susu pekat dan gula pasir … kan lain tu”

8. Membuat temujanji dan aktiviti sosial tanpa mendapat persetujuan suami terlebih dahulu ie. “i dah confirm malam Jumaat nih nak dinner kat rumah cik minah, you tak ada program tahlil kat mana mana kan ?? “ malam lain tak lah suami marah sangat..nak buat mende2 sunatkan..

9. Mengubah barang, tempat buku atau tools atau apa-apa setting di PC tanpa memberitahu suami. ie. “screensaver u tentang gambar 1500cc harley davidson tu i dah tertukar jadi gambar bunga ros… “

10. Bercakap/bersembang di telefon dengan kawan-kawan sewaktu malam selepas 10 pm bila mana nak beristirehat dan ber… ber… .emmm ie. ” potpet pot pet pot pet pot pet pot pet pot ..”

11. Menjemput tetamu atau sesiapa sahaja datang kerumah tanpa izin suami. ie. “malam nih i jemput lina dan anum datang dinner rumah sebab hubby dia orang outstation, ok kan kan kan “

12. Berpakaian kusut masai dengan t-shirt terkoyak dan kain batik lusuh dan rambut tak terurus serupa langsuyar dan muka bermekap serupa mayat dirumah… tapi cukup segak dan cun bila nak keluar rumah. ie.“..oh baju-baju cantik tu cuma untuk ke kenduri kawin dan dinner jer, kat rumah pakai jeans koyak pun ok kan bang ..”

13. Mengambil masa yang cukup lama bila bersiap macam pengantin bila nak keluar kemana-mana dan membuatkan suami tertunggu dan terus tertidur. ie. ” sorry la i tak tau baju kurung mana nak pakai la so kena pilih betul betul ..”

14. Dengan sengaja atau tidak sengaja terlupa menyuruh maid atau diri sendiri membasuh atau mensterika baju atau seluar yang telah dipilih untuk dipakai dihari berkenaan. ie. ” eh baju tu masih berendam dalam besen lagi..nak pakai jugak ke baju basah tu..”

15. Dengan sengaja atau tidak sengaja menyebelahi anak anak bila suami sedang hot dengan budak budak tu.. ie. “..eh biarlah budak budak tu pergi slumber party, bukan nak tinggal rumah kawan dia tu seminggu..”

16. Tidak suka mandi dan bersiap awal pada hari cuti dan hanya bersiap bila nak dekat asar sahaja. ie. “nak mandi buat apa awal awal bukan nak pergi jalan jalan mana pun..”

17. Suka melengah lengah kan masa bila nak bersolat berjemaah atau beribadat dengan melencong ke dapur, bilik budak budak atau buat benda benda lain. ie. “..awak solatlah dulu, saya nak abiskan memasak nih..”

18. Mengganggu suami yang sedang tengah tengok tv. ie. “pasukan manchester tu sampai mati tak akan dapatkan kalahkan liverpool, mari tolong saya potong ayam nih..”

19. Asyik bercerita tentang diri sendiri tanpa memberi peluang pada suami untuk bercerita jugak. ie. ” u tau tak kat opis tadi, i rasa nak tembak client tu u tau tak.. then lagi, waktu balik tadi nasib baik tak langgar ..then lagi u tak tak … then today.. then tadi..u tau tak… semalam u nak tau… .bla bla bla bla.”

20. Membebel dan berleter tak renti-renti tentang hal-hal yang amat kecil dan di ulang tayang semula tiap tiap hari. ie. ” i dah kata jangan kasi budak budak tu handphone, kan sekarang dah … bill bla bla bla ber gayut bla bla bla bla… ini semua salah you “

21. Memfitnah dan menuduh suami tanpa usul periksa. ie. ” eh cik abang, awak nih ada affair ke apeal sms beep beep beep tak henti henti nih… ada betina mana pulak awak nak nih… “

22. Menceritakan hal rumah tangga pada orang lain. ie. “..eee u tau tak hubby i tu kan … “

23. Dengan sengaja atau tidak, gagal memasak masakan yang suami nak makan. ie. “..apesal u tak cakap tadi kata u nak makan gulai kari dan rojak pasembor… i dah masak gulai asam pedas dan rojak singapore ..”

24. Meminjamkan harta-benda suami pada orang lain tanpa kebenaran. ie.“..adik u datang tadi nak pinjam mouse, sebab dia punya dah rosak..”

25. Sengaja melengahkan untuk masuk tidur tanpa sebab-sebab yang munasabah. ie. “..you tidurlah dulu, i nak habiskan tengok drama nih dulu then nak kacau tepung siap siap untuk breakfast dan nak masuk kan pakaian dalam mesin basuh then ... nak tanam padi belakang rumah then nak menuai sekali… ..”

Kepada semua isteri2 dan bakal isteri tu pandai2 la ambik hati suami, jangan bagi chance langsung untuk diorang cari alasan…” Sebenarnya.. banyak lagi.. tapi 25 ni pun dah cukup membuatkan suami you meluat...!!

"I’m not a man who forgets his promise, because a man is judged by his words… ” Aku ni duda apa apa pun buat sendiri.. best kan..!!

Wednesday 8 October 2008

Dialog Kat Workshop


Apek: Lu potong zaka ada bagut ka ?

Ali: Manyak bagus. Bila lu potong haa, lu punya barang manyak bersih loo...

Apek: ?!! err ... saya kawan ala cakap, potong zaka ... aaahh.... manyak ploblem..

Ali: Apa problem ?

Apek: Manyak buang lui, lagi aahh ... dia punya...performance tadak bagut...manyak cinang semputloh ...

Ali: Cehh... apek, lu apa cerita... saya suda lama potong.. tada apa problem... bini saya manyak puas woo...!

Apek: Lu mini puas sama itu potong zaka ka ?

Ali: Ya laa. Bila lu potong aahh... lagi sedap main woo.. lu lagi lambat pancut..

Apek: ???!!! err... lu punya 1.3 atau 1.5 ??

Ali: ??!! woi apek cakap baik2 sikit ha ... saya punya.. 6 inci laa..

Apek: ??! Tiu nia ma... lu jangan main2 haa... mana ada potong zaka 6 inci..

Ali: Cilaka apek ni...nah tengok (terus bukak zip seluor nye)

Apek: Chee sin punya olang.....gua tanya baik2 ... lu... tunjuk lu punya lanchiau..

Ali: Abis... lu tada percaya..saya tunjuk la..!

Apek: Saya tadak tanya sama lu punya lanchiau.. Saya tanya lu pasal itu nasional car... potong zaka.. bolo punya olang..

Ali: Aiya... apek... lain kali lu sebut betul2 la....kasi susa saja..


Bukan potong zaka la..... 'PROTON SAGA....... .!! Duduk kat Malaysia dah lama.. cakap Bahasa Malaysia pun tak betul...

Tuesday 7 October 2008

Anjuran Berjimak - Seks Lah Tu ...!


WASIAT RASULULLAH S.A.W. ADAB UZ-ZIFAF Ahmad telah menceritakan : "Telah menceritakan kepada kami oleh 'Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripada Al-Khudri yang berkata : "Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda :

1. "Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya. Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian Allah mengeluarkan tujuh puluh ( 70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu, dan Allah s.w.t.menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan (gila babi) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut.

Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat (4 ) jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :

1. Susu 2. Cuka 3. Coriander (Ketumbar) 4. Apple Masam

"Saidina Ali r.a bertanya :"Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?"

Baginda menjawab :"Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak.

"Saidina Ali r.a bertanya :"Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan).

"Baginda menjawab :"Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna. Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran. Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya."

2. "Wahai Ali..! janganlah engkauberjima' dengan isterimu pada awal (hari pertama) bulan, pada pertengahannya (sehari) dan pada akhir (dua hari) dihujung bulan. Maka sesungguhnya penyakit gila, gila babi dan sopak mudah mengenainya dan anaknya."

3. "Wahai Ali..! janganlah berjima' dengan isterimu selepas zuhor, sesungguhnya jika Allah s.w.t.mengurniakan kepada kamu berdua anak kerana jima' pada waktu itu, maka ia akan bermata juling dan syaitan sangat suka kepada manusia yang bermata juling."

4. "Wahai Ali..! janganlah bercakap-cakap semasa jima', sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak dengan jima' yang demikian, maka anak itu tidak selamat daripada bisu."

5. "Wahai Ali..! janganlah lihat kepada faraj perempuanmu dan jagalah pandanganmu sewaktu berjima', (jika tidak) sesungguhnya mewarisi buta - iaitu anak."

6. "Wahai Ali..! janganlah berjima' dengan perempuanmu dengan syahwat terhadap perempuan lain, maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kepadamu berdua anak, anak itu akan menjadi pondan yang bersifat benci dan hina."

7. "Wahai Ali..! jika kamu berjunub ditempat tidur, janganlah membaca Al-Quran, maka sesungguhnya aku bimbangakan turun kepada kamu berdua api (bala) dari langit yang membakar kamu berdua."

8. "Wahai Ali..! janganlah berjima'dengan isterimu kecuali ada padamu satu tuala dan pada isterimu satu tuala."

9. "Wahai Ali..! janganlah kamu berdua menyapu dengan menggunakan satu tuala, nanti akan jatuh syahwat keatas syahwat (salah seorang akan kuat syahwatnya daripada yang lagi satu), maka sesungguhnya yang demikian itu akan mengakibatkan permusuhan kemudian membawa kamu berdua kepada berpecah dan talak."

10. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu secara berdiri,maka sesungguhnya yang demikian itu daripada perbuatan kaldai, jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, maka anak itu sentiasa kencing di tempat tidur seperti kaldai yang suka kencing di merata-rata tempat."

11. "Wahai Ali..! janganlah berjima' dengan isterimu pada malam 'AidilFitri (Raya Puasa), maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepadaka mu berdua anak, anak itu seorang yang cacat dan tidak mendapat anak baginya kecuali sudah tua."

12. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada malam 'AidilAdha, maka sesungguhnya jika kamu berdua berjima' pada malam tersebut, apabila Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak aku bimbang ia akan menjadi seorang yang berjari enam atau empat."

13. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu di bawah cahaya matahari (secara langsung - direct) dan terkena warna (cahayanya), kecuali kamu mengenakan tutupan (bumbung), jika tidak maka sesungguhnya kalau Allah mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi seorang sentiasa hidup dalam meminta-minta dan faqir sehingga mati."

14. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu di bawah pohon kayu yang berbuah, maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi seorang tukang gojo, tukang sebat atau seorang ketua yang bengis,"

15. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu sewaktu antara azan dan iqomah, jika berjima' pada waktu demikian, sesungguhnya jika Allah mengurniakan anak pada kamu berdua, nanti ia menjadi seorang yang menumpahkan darah."

16. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu semasa ia hamil kecuali kamu berdua berwudhu', jika tidak maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak, nanti ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan."

17. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada pertengahan (Nisfu) Sya'ban, maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak,nanti anak itu akan mempunyai tanda yang jelek pada muka dan rambutnya."

18. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada akhir bulan (yakni tinggal dua hari) maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak nanti anak tersebut menjadi seorang yang sentiasa perlu meminta-minta."

19. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu dengan syahwat terhadap saudara perempuannya (iparkamu) kerana yang demikian itu sesungguhnya kalau Allah s.w.t.mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim dan pada tangannya membuat kebinasaan kepada manusia."

20. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu di atas loteng maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan anak kepada kamu berdua nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas."

21. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar musafir kerana yang demikian itu sesungguhnya kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, ia akan membelanjakan harta kepada yang tidak Haq," dan Rasulullah s.a.w. membaca ayat Al-Quran :"Innal Mubazziriina kaanu - ikhwan Nas -Syayathin."

22. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam, maka yang demikian itu sesungguhnya bila Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti ia menjadi seorang pembantu kepada setiap orang yang zalim."

23. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada awal malam, maka sesungguhnya jika dikurniakan anak kepada kamu berdua, ia menjadi seorang tukang sihir, sunglap, dan menghendaki dunia daripada akhirat."


ANJURAN BERJIMA'

24. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu bacalah : "Allahumma Jannibnis Syaitan Wajanibis Syaitan Mimma Rozaktani." Maka yang demikian itu kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu anak, tidak dimudaratkan oleh syaitan terhadapnya selama-lamanya."

25. "Wahai Ali..! hendaklah kamu berjima' dengan isterimu pada malam Isnin maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh kepada kitab Allah (Al-Quran) dan redha terhadap segala pemberian Allah s.w.t. (baik dan buruk Qada' dan Qadar Allah)."

26. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu pada malam Selasa, Allah s.w.t. akan memberi kepada kamu berdua anak yang mendapat nikmat Mati Syahid sesudah syahadah : 'Anlailahaillallah wa anna Muhammadaar-Rasulullah' dan Allah s.w.t. tidak azabkannya (turun bala kepadanya) bersama-sama orang musyrikin, mulut nya berbau harum yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu-domba."

27. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu malam Khamis, maka Allah s.w.t. akan mengurniakan kepadaka mu berdua anak yang bijaksana, atau seorang yang alim, di kalangan orang-orang yang alim."

28. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu sewaktu matahari ditengah langit, Allah s.w.t.mengurniakan kepada kamu berdua seorang anak yang tidak di hampiri syaitan sehingga ia beruban (tua) dan menjadi seorang yang faqih serta Allah s.w.t. rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia."

29. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu pada malam Jumaat dan nanti anak kamu berdua adalah seorang pemidato yang berwibawa dan petah."

30. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu pada hari Jumaat, selepas Asar, Allah s.w.t. akan kurniakan seorang anak yang terkenal, masyhor dan alim."

31. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu pada malam Jumaat selepas Isyak yang akhir, maka sesungguhnya di harapkan anakmu nanti menjadi seorang yang abdal (terkemuka),"


"WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAI MANA AKU TELAH MEMELIHARA NYA DARI JIBRIL A.S."...1*

(1*) Al-Ikhtisyaah, ms 132-135, As-Saduq, Al-Faqih ms 456, Al- Ilal ms174.

Pesan aku.... Tepuk dada tanya selera.....! tapi elok lah mendapat keberkatan untuk zuriat kita..!

Sunday 5 October 2008

Cinta ?



Apa yang nak dimengertikan tentang cinta? Apa Ada Dengan Cinta ?

Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.


Anyamlah buih-buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai itu. Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan.Apa yang buta ialah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan. Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu. Cinta bukanlah dari kata-kata tetapi dari segumpal keinginan diberi pada hati yang memerlukan. Tangisan juga bukanlah pengubat cinta kerana ia tidak mengerti perjalananan hati naluri

Jika kau benar benar cintakan aku... cintailah yang Maha kuasa, kedua ibu bapa dan diri mu dulu ! Lepas itu baru kau lafazkan cintamu padaku, dan menerima aku seadanya, harta tiada rupa pun kurang, handsome tiada , tapi manis ada ! .......emmm !