Saturday 22 November 2008

Peribahasa Baru


Peribahasa: Lembu punya susu, Nestle dapat nama.

Maknanya: Macam mana keras bekerja pun, macam mana nya canggih idea kita pun, last last, boss jugak yang dapat nama. Apakan tidak, kat dalam management meeting, mana kita tau apa yang boss khabarkan kat Big boss.

Peribahasa: Melepaskan batuk didalam lift.

Maknanya: Helo! Kalau nak lepaskan penyakit atau kuman tu carilah tempat yang sesuai! Jangan lah tempat awam yang tertutup. Besar punya hamlau! tak reti disiplin

Peribahasa: Seperti anjing jantan dengan anjing betina.

Maknanya: Dua orang yang pantang bertemu... asyik nak berkepit aje. Melekat satu sama lain

Peribahasa: Sepandai-pandai lalat terbang akhirnya ke taik jugak dia hinggap.

Maknanya: Orang kalau dah perokok atau hisap dadah tu... .kalau dia berenti... .akhirnya dia mesti start balik tebiat buruk nya..

Peribahasa:Sepandai-pandai tupai melompat, tak pernah masuk ke sukan Olimpik pun

Maknanya: Jangan ingat macam bagus... .pasal yang macam bagus tu lah selalunya tak bagus.

Peribahasa: Biar putih tulang jangan kuning gigi.

Maknanya: Macam mana hensem nya ke, macho ke, hero ke, kalau gigi tu tak jaga, kuning-berkarat, jangan lah eksen kental nak tackle pompan. Geli-geleman di buat nya. nak bagi romen pun erk...

Peribahasa: Kalau tidak ada angin masakan satu LRT boleh bau busuk?

Maknanya: Ada orang kentotlah tu...sebab bau durian pun ada, macam flavour aje..

Peribahasa: Seperti kacang lupakan mamak kacang putih.

Maknanya: Orang yang tak sedar diri... tak kenang jasa baik orang yang mula-mula mempopularkan dia.

Peribahasa: Ada udang di sebalik udang lain

Maknanya: Jangan sangka yang duduk sorang kat tempat sunyi tu sorang... .check betul-betul, mesti ada sorang lagi... ... . kat bawah ke... .kat tengah ke... tengah baring ke... celah celah ke?

Peribahasa: Biar mati anak jangan mati pucuk

Maknanya: Kalau dah mati pucuk camner nak dapat anak... ... bro!!!!

Peribahasa: Sudah jatuh ditimpa piano !

Maknanya: Nasib malang yang tak agak-agak. Tapi..best gak sebab ada bunyi music skit..


Peribahasa: Hidung tak mancung, gigi pulak yang mancung.

Maknanya: maknernyer.... maknernya...... Jangan nak tersengeh2 kat PC tu baca blog neh.. pergi keje....Gaji nak..! cabut gigi kang..!

Thursday 20 November 2008

Best Kahwin Mat Salleh ?


Aku Puas! Suamiku Mat Salleh. Takku sangka buah cempedak lagi best dari nangka. Mak aku yang sekolah setakat darjah enam pun boleh tahan dia punya tastenya. Tak sia-sia dia carikan jodoh untuk aku.......Tak payah aku nak susah-susahkan diri nak pasang badan ngorat jantan sana sini, dosa woit! Cikalang semua sudah setel...! Calon pun dah ada, golongan orang berada katakan....pulak tu dan most of all....orang putih you......Glamerlah aku. Kekadang bila difikir-fikir. ......mimpikah aku.....macam tak caya aje.....dah jadi macam cerita Cinderella pulak.....Aku nie bukanlah jelita sangat...kulit kerbau bapak aku pun lebih bersih dari kulit aku....Agaknya orang putih tu ingat aku ni Negro kot!.......macam Janet Jackson ke; Whitney Houston ke.......Ah! tak kisahlah, janji hati dah suka, pokok duri pun sanggup ku panjat. Dia yang beriya-iya yang nak meminang. Lagipun, mak aku cakap, pasal kawin, biar mak yang cari....katanya berkat. Yang penting amaaan sepanjang masa.......

"Hensem ke dia mak?" Soalan pertama yang aku tanyakan kat mak. Alah.....semua pompuan pun akan tanya soalan ini, betul tak? "Jangan takutlah, tanggung beres...." Betulke mak aku ni........Naik pening kepala batu aku ni.......Tapi, tak apelah. Mak aku cakap orangnya dah berumur sikit....duda, sebab bininyer meninggal... tak tahu apa sebabnya.... ...Tapi agak aku kan , dia tercekik biji durian.....power seh....anak tak ade.......lagi power....Ah! tak kisahlah, itu semua small matters, bisa di atur. Tapi, tua-tua pun ok jugak. Kalau muda takkan nak panggil 'adik' pulak, kan ? Duda pun dudalah...at least ade experience dlm meranjau onak duri di alam rumahtangga. ... aiseyman, berfalsampah lak aku ni......Setakat ader sepit-tiket (alah! adik beradik certificate lah) kursus rumahtangga buat ape, yang menganggur bersepah-sepah. .......

Banyak orang tanya, "kau suka ke, mak kau kahwinkan kau dengan mat salleh?" Aku senyum saja.... Kontrol sikit muka nie. Kalau ikutkan hati, nak aje aku peluk dan cium! pipi mak aku pasal kawinkan aku dengan orang putih....... Alamak! macam drama sabun lah (soap opera lah, cakap orang putih)...... Kawan sepengumpatan aku......si Bedah, Joyah, Tipah dan Kiah semuanye jeles bila dia orang tahu berita ni.......Bukan saja jeles, dia orang nak psycho aku yang bukan-bukan. .. "Nanti orang putih tu bawak kau kat negeri dia, jadikan kau hamba tebusan, baru kau tahu." Tapi aku buat dek saje......"Eleh! kalau jeles, cakap saje jeles....jangan nak cari alasan....." "Kau orang tu, sampai bila nak jadi andartu....." Itu jugak jawapan aku bila dah geram..... Lebih-lebih lagi si Kiah tu........kalau cakap, habis tempias air liurnye ke muka orang..... patutlah orang cakap mulut dia mulut laser...... Ah! lagi bengang aku pikirkan pasal dia orang....... Blah lah sama korang...... .!!! Inilah dia saat yang paling aku nanti-nantikan:

"Semua dah sedia?... Saksi sedia?....Pengantin lelaki sedia?....." "Baik mari kita mulakan sekarang.... ......" "MAT SALLEH LUDIN BIN MAT KULUP JIDIN".... "AKU NIKAHKAN DIKAU DENGAN SAODAH BINTE SANORPAN DENGAN MASKAHWINNYA. ......" Tiba-tiba, suara pak imam sayup-sayup dari pendengaranku dan penglihatanku mula kabur. Aku terasa bumi ni macam nak tercabut.... ...

"Fengantin fomfuan fengsyan, nikah ni kira syah ke...... masyam mana nie?" terdengar akan suara suamiku yang keluar dari mulutnya yang dah tidak berpagar lagi. Ternampak jugak bayangnya yang terbongkok-bongkok. .... Jalan pun kena pakai tongkat... Alamak! Tak sanggup aku nak nengok muka minah-minah empat ekor tu yang terkekek-kekek dan berdekah-dekah disisiku.... . Tapi aku puas! Suamiku Mat Salleh..! Kalau dah jodoh nak buat macam mana...

Ekhsan : Saodah ...Teman Tagged

Friday 7 November 2008

Lapan Petanda Sidia Adalah Jodoh Anda


Dua manusia yang merasa saling berjodoh pasti memiliki ikatan emosional, spiritual dan fizikal antara keduanya. Hanya dengan menatap mata atau mendengar suaranya, kita akan merasakan getaran dan seolah ingin terus bersamanya. Benarkah seperti itu?

Lalu, apakah ada petanda lainnya agar seseorang dapat merasakan bahawa si dia jodoh (soulmate) kita atau bukan?

Petanda 1

Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, selamat… kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu!

Petanda 2

Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu!

Petanda 3

Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu. Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagian kamu…

Petanda 4

Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan… Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat.

Petanda 5

Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya…

Petanda 6

Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya… Nah, kalau begitu ini bisa berarti dia sudah siap menerima kamu apa adanya.

Petanda 7

Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu perlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil ‘buruk’ di depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya… Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk bersama!

Petanda 8

Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu temukan!

Apakah kelapan petanda di atas telah kamu temui padanya?

Sebenarnya banyak lagi petanda petanda yang boleh menunjukkan sidia adalah bakal jodoh kamu....perhatikan dan nilaikan lah nanti..! Aku dah nampak kelapan lapan petanda petanda tersebut ..hehe