Sunday, 15 June 2008

Syarat Syarat Membaca Surah Yaasiin Yang Mustajab


Mengikut Ulama Ulama dan orang orang yang tinggi ilmu agama nya, amalan yang disukai oleh Allah Taala ialah dengan selalu berdoa kepadaNya, kerana orang orang yang banyak berdoa dikasihi oleh Allah Taala.

Firman Nya yang bermaksud " Berdoalah kepadaKu, nescaya Aku perkenankan baginya"


Salah satu amalan yang besar faedahnya ialah berdoa melalui bacaan Surah Yaasiin, amalan ini dilakukan oleh Ulama Ulama dan orang orang yang soleh dizaman silam. Antara syarat syarat sebelum melakukan bacaan Yaasiin ialah :



1. Sunat berwuduk



2. Membaca dengan cermat mengikut kesempurnaan hukum hukum tajwidnya



3. Jikalau membaca beramai ramai hendak lah dibaca dengan serentak, sebaik baik nya diketuai oleh seseorang yang bersuara nyaring dan kuat



4. Wakil kan niat yang dihajatkan itu kepada khalifah yang mengetuai sesuatu majlis bacaan Surah Yaasiin tersebut



5. Dimulakan dengan membaca surah AlFatihah



6. Diiringi dengan 10 kali membaca Selawat keatas Junjungan Nabi Muhammad, SAW

"Allah Humma Saalehaala Saidina Muhammadin Waala Alihi Wasohbihi Wa ba rik Wassallam"



7. Mulakan lah membaca Surah Yaasiin



8. Selesai membaca Surah Yaasiin (Jangan bercakap cakap) hendak lah disambung dengan membaca Surah Alnasrah 1X (Alam Nasrah) , Surah Alqadri 1X (Inna Anzalna), Surah Alfil 1X (Alam Tarakai), Surah Al Iklas 1X (Qulhuallah Huahad) , Surah Alfalak 1X (Qulaazubibilfalak), Surah Alnas 1X (Qulazubirabbinnas).



9. Membaca doa Yaasiin


Nota


Aku memohon maaf sekiranya tranlasi huruf rumi tidak mengikut bunyi tajwid yang sebenar.Saudara saudari mungkin telah pun mengetahui dan telah belajar dengan guru guru, ulama ulama yang tersohor. Teruskan lah sifat yang mulia itu. Aku cuma menyampaikan dengan cara begini. semuga kita semua dirahmati Allah Taala . Wallahualam!

Friday, 13 June 2008

Sinar Infra Merah Jauh - Far Infrared Ray (FIR)


Membiakkan Sinar Dan Cahaya kehidupan

Sinaran infra merah jauh adalah sinar infra merah yang berjarak gelombang 25 keatas. Sinaran infra merah yang mempunyai jarak gelombang yang lebih panjang dari kitaran merah sinar yang dapat dilihat dengan mata kasar merupakan sejenis gelombang elektrik yang membawa tindakbalas haba yang tinggi.

Sinaran Infra merah yang mempunyai jarak gelombang yang pendek dikenali sebagai sinaran infra merah dekat.


Sinaran infra merah tidak dapat dilihat dengan mata kasar, mudah diserap dan mempunyai tindakbalas yang kuat dan getaran yang sensitif terhadap molekul kompaun organik.


Apabila tersentuh dengan sesuatu bahan, sinaran yang berjarak gelombang pendek adalah baik untuk pantulan semula, manakala sinaran yang berjarak gelombang panjang adalah baik untuk penyerapan, Oleh kerana itu, infra merah jarak jauh mempunyai ciri ciri penyerapan yang kuat, dan ini akan membuat kita berasa suam panas.

Sebagai contoh, kita tidak berasa panas dalam air yang bersuhu 30*C tetapi kita akan berasa panas sekira nya terkena cahaya matahari yang sama suhunya. ini adalah kerana sinar infra jauh dalam cahaya matahari menembusi jauh kedalam kulit manusia dan menghasilkan haba.


Tindakbalas haba ini membantu untuk membuang bakteria yang menjadi sebab utama pelbagai penyakit, mengembangkan kapilari untuk peredaran darah, dan menjana sel sel tisu. Apabila haba tersebut menyentuh kelembapan dan molekul protein yang menghasilkan sel, ianya akan menggetarkan sel 2,000 kali seminit, mengaktifkan sel tisu, dan efektif dalam mengelakkan pelbagai penyakit orang dewasa seperti mengelakkan penetuan, menggalakkan metabolisma, dan mengelakkan kelesuan yang kronik.

Tambahan lagi, sinar infra merah jauh mempunyai tindakbalas keatas diaforesis, pemulihan kesakitan, pembuangan unsur logam, tidur yang nyenyak, pewangian, mengelakkan pembiakan kulat, pembuangan kelembapan dan pembesihan udara. Atas sebab sebab ini, sinar infra merah jauh digunakan dalam pelbagai bidang seperti perumahan, bahan bangunan, tekstil dan kelengkapan perubatan.


Rawatan Perubatan Dengan Sinaran Infra Merah Jauh

1. Mengelakan Kanser

Sel kanser adalah lemah dibawah suhu yang tinggi, pengeluaran darah adalah nyata dan jumlah hematosil tisu kanser adalah kecil dan sukar untuk membebaskan haba. Enzim yang melawan hidrogen cyanide juga tidak mencukupi. Haba radiasi yang dihasilkan sinaran infra merah adalah efektif kerana ianya bertindak dibawah suhu yang dibenarkan dan tidak merosakkan kitar sel yang normal. Dengan penghasilan enzim oleh sinaran infra merah dan pembaikkan hematosil, anda bebas dari simtom pengeluaran darah berlebihan


2. Nod Limpa

Oleh kerana limpa mengandungi tahap keasidan tinggi akibat konsentrasi ion hidrogen yang rendah, ianya akan meransangkan saraf, menyebabkan pelbagai stres yang datang bersama kesakitan yang tajam serta paralisis untuk seseorang yang keletihan. Untuk melawannya sinaran infra merah berjarak gelombang 7-30u sampai kelapisan hipodemik yang dalam oleh getaran simpatetik, penyerapan serta kuasa penembusan yang mendalam. Oleh itu, apabila suhu dilapisan dalam hipodermik meningkat, perkembangan kapilari dan peraliran darah dapat ditingkatkan


3. Gastritis, prostat membesar dan hemoroid


Bagi rawatan hemoroid, pemeriksaan selama 30 minit dilakukan pada dubur dan pelvis dengan menggunakan kusyen berbentuk donut bersama peralatan terapi infra merah


4. Ketidak seimbangan menapos


Apabila fungsi overi menurun ,pengeluaran estrogen akan berkurangan dan rombakkan berlaku dalam equilibrium hormon diantara kelenjar endokrin yang mengawal fungsi seks. Apabila pembebesan estrogen berkurangan , ketidak seimbangan berlaku disaraf dan perfungsian darah di hipotalamus, lantas pengendahan pergerakan darah akan berlaku. Fungsi metabolisma kelenjar pituitari akan berubah dan jumlah hormon perangsang rongga dalam darah atau air kencing akan meningkat


5. Herpis Zoster

Sungguhpun kuman penyakit dilonggok sebagai virus, akan tetapi fakta ini masih belum dapat disahkan. Virus penyakit menyerap masuk kekulit dan saraf, menyebabkan penghasilan lecetan air kecil dikawasan dimana saraf berleluasa dan ianya disusun dalam bentuk kelompok yang berkumpulan. Simtom yang paling buruk ialah ketidak seimbangan mata. Biasa nya, ianya akan mengambil masa selama 15 hari untuk sembuh. Walau bagaimana pun ada yang mengambil masa yang lebih lama sehingga beberapa bulan


6. Sindrom Raynaud dan Lumbago

Pelbagai tekanan dan penyakit adalah penyebab lumbago.Sinaran infra merah mempunyi kesan pemanasan yang memanaskan dalaman tubuh manusia, menggalakan pengaliran darah, serta meredakan saluran darah tersumbat. Dengan ini, sindrom raynaud dan lumbago menjadi mudah untuk dirawati.


7. Lukoria

Tiada terapi lain yang menyerlah lebih dari terapi fizikal infra merah untuk pengecutan rahim. Dihospital, sinar infra merah digunakan selepas bayi dilahirkan. Kesan yang baik dapat dilihat untuk lukoria apabila sinaran infra merah digunakan secara berterusan, 7 ke 8 minit setiap sesi adalah baik dan setelah menerima rawatan tersebut, anda akan dapat melihat kesegaran dan peningkatan daya seks.




Kalung Ener-G mempunyai 80% FIR (Far Infrared Ray) cuma berharga RM 500.00 (Lima Ratus Ringgit) harga seumur hidup. Sila rujuk catitan dihalaman Rahsia Purba ku Terbongkar atau lawat web http://www.teamfifi.com/ untuk berkongsi rahsia purba kearah usia yang panjang - InshaAllah !


Kesihatan kita adalah yang paling penting didalam hidup kita, jangan abaikan. Mencegah penyakit adalah lebih baik dari mengubati penyakit!

Rahsia Purba Ku Terbongkar


Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum itu sendiri mahu berubah. Dengan izin Nya, kini terbongkarlah Rahsia Purba Ke Arah Usia Yang Panjang.

Kalung Ener-G dihasilkan dengan penggabungan lebih dari 30 jenis mineral 100% semula jadi. Dengan menggunakan teknologi purba dari Korea, ia nya dipanaskan sehingga1,600*C disusuli dengan proses penyejukkan yang perlahan. Kalung Ener-G berkemampuan membebaskan Infra Merah Jauh (FIR) dan mengandungi 2000 ion negatif per cm3 . Struktur dalaman nya mampu mengumpul, memfokus dan membebaskan tenaga bagi mengimbangkan fizikal, mental dan kerohanian. Kalung Ener-G - mengandungi 80% FIR (Far Infrared Ray). 2000 ion negatif per cm3 dan 32 jenis mineral mengatasi produk produk yang sedia ada di pasaran seperti gelang tangan , gelang tangan bermagnet, batu gunong berapi dan sebagainya yang mempunyai tidak lebih daripada 1000 ion negatif !


Ion negatif adalah partikel bercas elektrik negatif yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar, dan aktivitinya (Tenaga Bio) menjadi peneraju dalam mengembalikan kesihatan kehidupan kita kerana ianya dibebaskan melalui udara.


Elektron merupakan ion bercas elektrik negatif. Pergeseran nya dengan molekul oksigen akan menukarkan molekul oksigen menjadi ion barcas elektrik negatif, ianya dipanggil ion oksigen atau cuma ion negatif.


Ion diudara berubah mengikut keadaan meteorologikal. Apabila dalam suhu dingin dan ber tekanan rendah, ion positif akan bertambah. Kajian melaporkan bahawa kekurangan ion negatif dan peningkatan ion positif dalam tubuh manusia boleh mengakibatkan penyakit neuralgia, asthma dan apopleksi.


Dengan kehadiran ion negatif, kita akan selalu berasa segar apabila berada dikawasan hutan, air terjun dan pantai yang berombak besar. Ditahap atmosfera yang stabil, nisbah ion negatif dan ion positif adalah 1:2 Ion positif banyak dibebaskan dikawasan yang bersih


Sekiranya kita menyerap ion negatif, ianya menggalakkan metabolisma sel, meningkatkan kesihatan, membersihkan darah serta sangat efektif untuk mengimbangkan saraf, pemulihan kepenatan dan membaiki selera makan. Oleh itu ion negatif juga digelar vitamin udara.


Fungsi Utama Ion Negatif


1. Membersihkan Darah

Ion negatif meningkatkan 5 unsur utama darah (nitrogen, oksigen, kalsium, sodium dan potasium) membuatkan darah kita lebih berunsur alkali dan secara tidak langsung membersihkan darah


2. Pemulihan Sel

Badan kita mengandungi lebih kurang 6 trilion sel. Sekiranya darah kita mengandungi ion negatif yang banyak (berasaskan alkali) pergerakan sel menjadi aktif dan ion negatif membantu membekalkan nutrisi kepada sel serta membuang bahan bahan buangan. Dengan ini, sel sel yang tidak sihat dan sel sel mati dapat dipulihkan, kalsium ditingkatkan dan peningkatan kalsium mengaktifkan pergerakan otot, lebih lebih lagi otot kadiak, membuatkan jantung menjadi lebih kuat.


3. Meningkatkan Daya Tahan

Globulin Gama adalah sejenis protein yang disimpan didalam serum dan ianya adalah sejenis antibodi. Apabila ion negatif dalam tubuh meningkat, jumlah globulin gama dalam darah turut meningkat. Dengan itu, ianya membantu untuk mengekalkan kesihatan badan dengan meningkatkan daya tahan tubuh untuk melawan virus dengan peningkatan antibodi


4. Meningkatkan Kebolehan Saraf Otonomi

Saraf otonomi mengawal organ secara otomatik. Kuantiti ion negatif mengawal sistem saraf otonomi seperti darah serta organ ketahap yang diperlukan oleh tubuh manusia. Oleh kerana itu, ion negatif menyuburkan sistem saraf, darah dan limpa, dan ianya memainkan peranan yang penting dalam menguatkan fungsinya serta mengalakan kesuburan


5. Meredakan Kesakitan

Ion negatif meningkatkan kalsium berion, menghasilkan endorfin dari ansifalin. Ini membantu memulihkan kelesuan, menguatkan tenaga fizikal serta membuatkan sel dalam tubuh manusia yang tidak sihat menjadi sihat semula, memperbaiki peredaran darah dan meredakan kesakitan.

Kesan Gelombang Otak semasa memakai Kalung Ener-G

Berdasarkan ukuran, didapati bahawa ion negatif berkemampuan untuk meningkatkan aktiviti gelombang alfa, meningkatkan keadaan tubuh, serta memperbaiki kebolehan untuk fokus. Sekiranya kita menghidu ion negatif ianya mnggalakkan metabolisma sel dan meningkatkan kesuburan, membersihkan darah yang baik untuk kesatabilan saraf, pemulihan kelesuan dan memperbaiki selera makan. oleh itu ion negatif digelar vitamin udara. Gelombang otak alfa dibebaskan semasa tubuh badan berada dalam keadaan tenang dan stabil atau semasa melakukan aktiviti sukan.


Aktiviti gelombang otak seta pula meningkat semasa dalam tidur yang ringan, maka dengan hadirnya aktiviti gelombang seta, konsentrasi minda akan berkekurangan. Gelombang otak beta meningkat semasa bangun dari tidur harian.


Suhu Tubuh Berubah Semasa Memakai Kalung Ener-G


Haba yang dihasilkan dari tubuh manusia dapat dikesan apabila darah mengalir dibahagian bawah kulit. Apabila kadar aliran darah bertambah, suhu turut meningkat. Apabila kadar aliran darah berkurangan , suhu tubuh juga akan turut menurun.


Peningkatan kadar aliran darah bermakna aliran darah menjadi lebih baik. Dalam kes ini, kita dapat perhatikan peraliran darah yang sekata. Semasa memakai kalung Ener-G kawasan keliling leher menunjukan peningkatan aktiviti


Perubahan Sel darah merah Semasa memakai Kalung Ener-G, ialah darah yang berkelompok akibat merokok, pengambilan arak dan kesan pemakanan lain. ion negatif membantu menghuraikan sel darah merah dan meningkatkan darah keseluruh badan.

Oleh itu, sekiranya anda inginkan SeKalung Ener-G dan menikmai rahsia purba kearah usia yang panjang, harga nya cuma RM500.00 (Lima Ratus Ringgit) untuk seumur hidup (Dengan Izin Allah Juga Kita Berserah) - Insha Allah !


Kesihatan kita adalah yang paling penting dalam hidup kita. Jangan abaikan . Mencegah penyakit adalah lebih baik daripada mengubati nya.


P.S- Telah terbukti berkesan untuk penyakit kencing manis, darah tinggi, strok, gout, migrain, sakit buah pinggang, lenguh lenguh badan dan sakit urat saraf



TV Or Handphone



















TV stayed at home.. You go out you take handphone


TV normally one. But you have 2 or 3 handphones


TV usually heavy, bulky and old. Handphone slim, and trendy


TV you only watch. Handphone you can hold and play


TV repeat same programmes. Handphone has many games


TV 24 hours and free . Handphone, if you don't pay service terminated


TV very easy to maintain. Handphone complicated and expensive


TV you share with kids. Handphone you will not share


TV sometimes very noisy. Handphone soft and quiet.


TV you cannot carry. Handphone always at your hand


TV usually a long face. Handphone you choose small and cute one


TV never moved. Handphone sometimes you lost


But TV has no virus. Handphone very often.... and sometimes battery kong



So better choose your TV .... After all , it has a remote !



Just being naughty ! TV - Wife - Handphone - Girlfriends

Monday, 9 June 2008

Hari Jadi Hari Tak Jadi












Hari Jadi Aku pada Jun 07, kebetulan sama pula dengan hari jadi DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong pada setiap tahun, tetapi sambutan hari jadi aku tidak lah sehebat dan semeriah hari jadi Agong. Aku tidak perlu pergi memeriksa Barisan, menyampaikan Darjah Darjah Kebesaran, Bintang Bintang, menyediakan makan malam ala "Gala Dinner"dll. Aku tak keluar satu sen pun untuk menyambut hari jadi aku. Aku hanya menumpang tempias kemeriahan Hari Jadi Agong sahaja. Aku manusia biasa, anak kampung memang dari kecil aku tidak menyambut hari jadi. Arwah mak, bapa aku pun tidak menggalak kan, mungkin kenduri doa selamat adalah dibuat nya kot, aku pun tak berapa ingat. Aku tak kisah ! macam Aiman - tak kisah !


Tetapi semasa aku menjadi Pengurus Besar disebuah hotel dulu, ada staff aku membuat suprise party konon nya. Tapi aku tak suprise pun sebab aku sudah dapat jangka kan, memang begitu lah kalau jadi "orang besar" dimana mana organasasi. Kan ada macam macam suprise ! Bukan mereka nak bodek, tapi resam dunia, ada duit, ada pangkat ada lah yang cuba nak mengampu ! Kadang kadang diorang ni hari jadi boss, kawan, teman wanita, teman lelaki, cepat betul ingat, dicatit lagi dalam dairi atau pun diset dalam handphone. tetapi hari jadi mak bapak diorang selalu aje terlupa atau buat tak kisah macam tak penting. Padahal mereka lah yang lebih utama. Apa salah nya, buat lah suprise party untuk mak bapak kita, tak payah lah pasang lilin kat cake macam cara Mat Salleh, tiup lilin api ni macam mintak sesuatu kat syaitan. Ada ulamak kata haram, aku pun kurang arif, Wallahuallam !

Orang pertama yang mengucapkan aku selamat hari jadi melalui sms ialah Liyana, teman wanita aku tetapi dia terlupa, dia ingatkan hari jadi aku June 06. Tapi aku tak kisah sangat sebab ingatan nya yang penting .Lepas itu aku menerima sms dari anak anak aku , mula mula sekali Amira anak bungsu, kemudian Amri anak ke empat dan Andi anak ketiga, mereka ini anak aku daripada perkahwinan pertama. Yang kedua Erny dan yang sulong, Adli terlambat sikit. Tapi aku gembira mereka ingat juga bila hari jadi aku. Anak kecil aku , Farra, dari perkahwinan kedua berumur 6 tahun sudah pun mengucapkan selamat hari jadi pada aku seminggu lalu ! Dia kata dah dengar dari anak anak aku yang lain bila hari jadi aku. Siap dia nyanyi lagu "Happy Birthday to You" lagi melalui handphone kakak tirinya.


Sehari sebelum dan pada Hari jadi aku berada di Ipoh, kawan baik sekolah aku seorang Dato melangsungkan perkahwinan nya yang ke 3, Dah tiga orang isteri nya, Nak Ikut sunnah Nabi lah kot. Alhamdulillah sebab aku tau dah 2 tahun mereka berkawan, Macam macam dugaan dan tentangan telah mereka lalui , kira lama juga tu, dan diakhiri dengan satu ikatan yang iklas dan sah disisi Agama. Isteri nya yang ketiga ni berumur 28 tahun, Dato dah 56 tahun tapi nampak muda dan kuat lagi, cuma rambut nya sahaja dah berkurangan, botak korperat . Isteri muda nya dah tahu lama dia dah beristeri dua tetapi kerana terlalu cintakan Dato , sanggup menerima dia se ada nya (ya lah Dato ni memang usahawan berjaya dan mempunyai harta, memang se ada nya lah) . Pada aku, ini lah yang dinamakan jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Ini rezeki juga lah nama nya. Rezeki jadi seorang yang ada title Dato !


Aku tengok juga gelagat kawan kawan Dato yang lain , yang sebaya dengan Dato yang datang pada hari itu hanya tersenyum sinis atau pun mungkin hairan macam mana Dato dapat melakukannya begitu relek semasa bersanding atau mereka pun ada hati, teringin juga nak mengikut jejak langkah Dato, untuk berkahwin lagi, tetapi mungkin merasa takut atau sayang lagi kat bini tua. Mengikut kawan aku ni isteri pertama Dato tiada masaalah bagi Dato Kahwin lagi, dia nak kan payung emas diakhirat nanti, tetapi isteri keduanya adalah tunjuk marah sikit, mungkin dia dah lupa macam mana dia "rampas" Dato dari isteri nya yang pertama 16 tahun lalu, siap anta sms, marah marah kat Dato, kebetulan pula semasa tengah akad nikah. Dia dah ada serba serbi cukup, kereta besar, rumah besar, semua keperluan ada, ada dua orang gaji, apa lagi nak dimarahkan. Aku nampak semua nafkah zahir dah lebih dari cukup, Nafkah yang lain aku tak tau lah nak komen ! Aku pun turut gembira kerana semua nya berjalan lancar, tidak lah timbul lagi fitnah, atau kemungkinan berlaku perkara perkara yang dilarang Agama. Tetapi aku berdoa supaya di simpangkan Malaikat 44, kalau aku dapat seorang isteri yang solehah pun aku dah bersyukur, buat apa nak ramai ramai, takut aku berlaku tidak adil, berserabut nanti !


Hari Jumaat, Jun 06, hari jadi mereka bernikah dan hari jadi mereka bersanding pada hari Sabtu Jun 07, 2008 . Jadi pada hari Sabtu, Jun 07, Hari Jadi aku, Hari Jadi Agong dan Hari Jadi juga lah Dato berkahwin dengan isteri nya yang ke 3. Aku tak tahu lah betul ke tidak lirik lagu Madu Tiga nyanyian Tan Sri P.Ramlee, " Hei senang nya dalam hati, kalau beristeri tiga... Seperti dunia, ana yang punya.. Mesti pandai pembohong, mesti pandai temberang ...Aku dah lupa kesemua lirik lagu nya ! Dato ni nanti kena berbohong, temberang juga ke ? Kita yang lain ni tunggu aje lah !!

Aku pula sepatutnya bertunang dengan Liana pada Jun 13 akan datang, tetapi aku mintak ditangguhkan lagi sebulan dua, sebab ada beberapa hal yang aku nak selesaikan sebelum membuat keputusan untuk bertunang dan seterusnya untuk berkahwin. Aku tak mahu pisang berbuah 3 kali ! Bukan apa, Liana masih muda, ada sifat kurang sabar, dia nak bekerja di Kuala Lumpur bila dah bertunang nanti dan tinggal bersama aku. Kita orang Islam, takkan bertunang sahaja dah boleh tinggal serumah ! Jadi, aku keberatan sebab aku fikir elok dia berpindah bila dah berkahwin nanti, bukan selepas bertunang. Masa bertunang memang banyak dugaan dari manusia sendiri dan dari syaitan. Aku tak mahu benda benda begini berlaku antara kami. Jadi aku berbincang dengan Liana dan keluarga nya elok lah tunggu sedikit masa lagi, sebab biar kami berkahwin terus tak payah buat majlis pertunangan., kalau buat pun dihari yang sama, pagi majlis pertunangan, petang akad nikah dan bersanding dan Liana boleh terus tinggal dengan aku di Kuala Lumpur. Liana tidak berapa suka dengan keputusan aku sebab dia nak cepat berada dekat dengan aku, tapi aku kira ini yang terbaik buat kami. Aku kata kat Liana, kita bukan nak main pondok pondok macam kecik kecik dulu, nak berkahwin ! Jadi semua kena dirancang dan di atur dengan baik, mengikut adat dan tuntutan Agama !


Jadi, aku dah catitkan, awal bulan Jun tahun ini, sebagai Hari Jadi Aku, Hari Jadi Agong , Hari Jadi kawan Aku berkahwin 3 dan Hari Tak Jadi aku bertunang.







Wednesday, 4 June 2008

Artis Melayu Berbogel ?








Gambar Hiasan Sahaja

Kalau aku nak bercerita pasal artis artis Malaysia ni, 3 hari 3 malam pun tak habis. Aku pernah juga bercampur sekali sekala dengan mereka ni masa muda muda dulu. Tetapi sekarang dah malas. Takut aku terkena tempias "gossip panas" mereka. Masa aku menguruskan resort dulu, ramai juga pengarah pengarah, artis artis menginap di resort aku. Disebabkan masa shooting tu lama , dapat lah aku berjumpa, berkenalan dan ada yang menjadi kawan rapat sampai sekarang.Bukan tak mau pasal apa , aku dah dengar, tengok macam macam gelagat artis artis ni. Kisah rumah tangga bergolak lah, bercerai selepas beberapa bulan kahwin lah, pinjam duit tak bayar lah, baju baju sponsor tak dipulangkan lah, hisap dadah lah, tak datang sessi fotograpi lah, tangkap dan kikis harta VIP lah, kahwin VIP lah, macam macam ada !

Tapi sebenar nya orang macam kita pun ada yang lagi teruk, cuma tak dapat publisiti sahaja. Oleh sebab artis artis ni 'bintang' maka "berkelip" lah cerita cerita mereka. Ditambah pulak kerja orang orang surat khabar, majalah, TV dan lain lain media, selalu sahaja mahu mencari bahan daripada mereka sebab mereka ada pengikut atau peminat sendiri. Oleh kerana rasa ingin tahu peminat peminat terpaksalah membeli bahan bahan tersebut. Yang mengaut untung orang orang media ni lah ! Ko tengok dan baca lah sendiri, hari hari, tiap tiap minggu dan tiap tiap bulan ada sahaja cerita artis artis ni !

Minggu lepas, ko orang tentu ada membaca suratkhabar dan ingat cerita seorang artis yang putus hubungan dengan boyfriend lama nya . Lepas itu, sekarang nak saman menyaman pulak disebabkan dah tak sehaluan lagi. Buat apa nak heboh heboh, JomHeboh kan dah ada ! Sekarang satu Malaya dah tau. Pada aku, benda ini boleh di selesaikan sesama sendiri, cara baik. Nanti orang kata pulak nak publisiti murahan ! Malas aku nak baca terus cerita nya. Apa yang aku minat nak dengar dan baca , ialah ada diantara artis artis kita yang buka Production House dan berjaya, sekurang kurangnya memberi semangat sikit kat peminat peminat nya. Semua peminat peminat akan angkat tabik ! Tengok artis artis lama, ada yang jadi jutawan, usahawan, Ahli Parlimen dll, dapat Tan Sri, Dato lagi. Seorang Seniman lain pulak filem nya dah beratus kali aku tengok, asyik ulang tayang kat TV sahaja. Filem filem artis artis baru macam tak ada yang berkualiti sahaja ?

Yang lagi seorang artis ini pulak kes nak saman menyaman juga disebabkan artis tadi bergambar sakan dengan ahli keluarga nya. Eh.. Tak boleh ke? Aku tak berani nak komen sebab aku tak tau apa cerita sebenarnya. Nanti dengan aku aku sekali disaman nya ! itu aku kata tadi macam macam gelagat artis artis ni. Tetapi bagi artis yang ada duit banyak dan dah planning nak berkahwin mungkin tak lama lagi , membeli belah sakan kat Overseas. Ini aku kata adalah style sikit, setidak tidak nya aku dengar pun rasa bangga sebab artis artis kita dah mampu melawat ke luar negara , dan shopping lagi ! Class You ! Dulu masa aku duduk kat overseas aku tak mampu lah bab shopping menyoping ni sebab aku pelajar sahaja , boleh lah setakat nak beli "pakaian dalam" tu, yelah takan tak mau tukar, Malu lah pulak nanti ditengok girlfriend ada lubang sana sini ! Baju baju, seluar tak tukar pun tak apa, sebab tahan lama.

Ada lagi cerita artis yang aku baru baca berita, dah beli kuda pulak.. lah, buat apa lah membazirkan duit. kuda... ? kalau beli kereta logo kuda (Mustang ke apa?) tu hebat lah. Boleh juga bawa aku tumpang sekali, sekala. Aku pun solo juga, duda ..sseessuuaai ! (Petik kata kata Raja Azura) . Kuda ni bukan senang nak dijaga, makan minum banyak, memileh makanan pulak tu. Dah lah nak sediakan stable nya lagi, nak bersihkan dia lagi , macam macam lah. Kalau Kuda Racing tu Ok lah, boleh aku tolong bawak kan ke "Race Course ." Nak Win, Place,Forecast ? Boleh aku tolong bet kan . Apa lagi istillah orang kat race course ni aku pun dah lupa. Kalau setakat tahi seekor kuda itu , bukan boleh dijual dan dapat hasil nya , Kalau banyak ekor kuda boleh juga kot. Dapat lah pulangan sikit. Tuhan marah dan benci kalau kita membazir. Beli rumah, sedekah sikit kat rumah anak anak yatim, buat amal jariah, berkat lah rezeki atau buat pelaburan macam ASB, ASN, Trust Fund, yang terbukti menguntung kan lagi baik, tidak lah masa tua tua nanti kena tunggu elaun dari Persatuan untuk sara hidup. Aku ter ingat masa muda muda dulu, ada juga lah member member beli tetapi bukan kuda, tetapi bulu ekor kuda sebagai senjata sulit dan simpanan peribadi, Eh, eh .. ko orang ni macam pernah beli aje !

Semalam, nak jadi kan cerita aku macam terdengar seorang lagi artis popular ini Berbogel ! selidik punya selidik sebab aku nak tahu jugak siapa artis ni. Tengok kat internet, tak ada pun ! Mana lah tahu kot kot Mat Skoding dan geng geng nya dah download kan macam biasa. Aku mula tercari cari, tertanya tanya siapa lah gerangan artis yang berbogel yang aku dengar itu. Sambil aku berbaring baring nak relek kan badan, tiba tiba sahaja aku ternampak samar samar wajah artis tadi di dalam bilek air rumah nya ! Oh.. dia ni, kata hati aku, patutlah berposing sakan. Tetapi apa yang di hairankan sangat, kat dalam rumah dia ! Kalau dikalayak ramai atau dalam filem tak elok lah. Tapi aku nak juga ingatkan artis ini , Malaikat tak masuk kerumah kalau mandi bogel! Syaitan dan Iblis ( orang yang digoda syaitan dan iblis pun sama ) memang suka tengok benda benda macam itu. Mandi kena pakai kain batik basahan, aku takut nanti ada Mat Skoding yang dah lama pasang CCTV dekat celah mana mana ! Baru betul ! nanti kena pakai purdah pula bila nak keluar rumah atau berlakon drama atau filem. Sekarang mana ada lagi watak pakai purdah macam cerita Ali Baba Bujang Lapuk difilemkan !


Tiba tiba telefon tangan aku berdering dengan kuat nya , aku terkejut, takut nanti nampak pulak artis ini yang aku ada dirumah nya ...kacau daun betul ! belum sempat aku nak bercakap dengan artis tadi. Aku pun terbuka mata....barulah aku sedar.... bermimpi rupa nya aku ! patutlah, sebab siang tadi aku asyik sangat membaca kisah artis artis Melayu ini disurat khabar, terbawa bawa pulak ke mimpi.


Tapi.. ada ke artis artis Melayu kita berbogel ? Kalau ada, tolong bagi aku tau ! Sebenarnya, kita tak boleh menuduh sesiapa, bukan artis sahaja tanpa bukti yang sahih. Berdosa besar ! Tapi ko orang yang tengok gambar gambar tadi pun ada juga terkena tempias, ber dosa....

Jangan salah kan aku pulak, aku tak suruh ko tengok pun !!!







Blog Kini Berpengaruh Kuat

Blog Kini Berpengaruh Kuat

Apa Itu Blog?

Apa Itu Blog?

Tuesday, 3 June 2008

Malaysia Boleh ! - Ah Kaw







I have been travelling to almost part of the world during "peak" of my career. I realised that the Malaysian are intelligent people. I tested it and found out that American, British and all English speaking people there could not construct sentences using numbers. But only one Malaysian BOLEH !


Ah Kaw was born in a small village, but moved to the city and one day was asked to make a sentence using number 1 till 10. Not only he did it 1 to 10, he did it again back to number 1. Just read the sentences below :

1 day I go out 2 climb up a 3 outside a house to peep. But the couple saw me, so I


panicked and 4 down. The man rushed out and asked me to 5 with him. I ran so fast


until I felt so 6 and throw out. I go into 7 eleven and grap some 8 to throw at him.

Then I took a 9 and try to stab him. 10 God, he ran away. So I put the 9 back and

pay for the 8 and left 7 eleven. Next day, I called my boss and say I am 6. He said 5,



tomorrow also no need to come back 4 work. He also asked me to climb another 3

and jumps down. I don't understand, I so nice 2 him but I didn't know what he
1.









Courtesy of : President

Monday, 2 June 2008

Red1 (Mohd Redhuan Daniel Oon) Rakan Blogger


Aku baru sangat menjadi blogger. Dalam aku melayari chedet.com aku tertarik dengan komen dari seorang yang memakai nama red1 dari ramai ramai bloggers. Semua komen nya yang aku baca penuh dengan fakta fakta yang aku tak tahu dari mana sumber nya. Aku pun mula mencari webblog nya dan berjumpa, tak banyak pengenalan diri dari profile nya. Tetapi, banyak cerita baru dan menarik yang dapat aku perolehi. Rupanya red1 ini bekas seorang ahli politik yang mungkin kecewa kerana tidak diberi peluang untuk meneruskan perjuang politik nya, lalu keluar parti tersebut. Aku ke blog nya hampir setiap hari, ingin membaca kalau kalau ada cerita baru lagi. Aku memang berminat membaca cerita cerita begitu. Macam mana aku nak menarik perhatian nya kepada aku dan belajar dari nya? ? Entah lah... sebab aku belum memahami cara cara bloggers ni!

Dalam pada aku tercari cari aku terjumpa pula satu website "stance-of-muslimah" yang memberi petunjuk bagaimana nak menjadi bloggers yang baik. Mungkin rezeki aku kot sebab dalam aku tercari cari, aku terjumpa pulak apa yang aku hajatkan. Aku pun membaca satu persatu langkah langkah yang ditulis dan terus mencubanya. Aku kira berjaya juga sebab selepas itu aku terkejut menerima 2 komen dari red1 dalam blog aku. Bermulalah satu pengalaman baru bagi aku. Happy sangat aku ! Yang aneh nya red1 memberikan nombor telefon nya pada aku menyuruh aku menghubungi nya dan meminta nombor telefon aku pula. Eh... mudah rupanya nak mencari kawan blogger ! Dunia Siber sekarang ini pun macam macam ada rupanya.

Semalam, selepas solat subuh aku tengok e-mail dan blog aku, kalau kalau ada yang baru. Dalam pada aku asyik membaca e-mail, tiba tiba telefon aku berdering, siapa pulak telefon pagi pagi ni kata hati aku. Tanpa melihat nombor yang keluar dari telefon BlackBerry aku menjawab. Ya... ZeQ ni, sape tu? Saya... kawan blogger .. Redhuan (Red1) katanya lembut dan penuh hormat. . Oh... apa khabar? aku jawab macam la aku dah kenal dia. Baik.... kata nya , saya kat KJ ni, nak jumpa ke ? Ok tapi dimana? Apa kata kita jumpa pukul 9.30 pagi di restoran mamak dekat rumah aku, aku bagi tau alamat dan nama restoran tu dan dia kata ..OK.. OK... tau tau.. dan terus "letak" telefon. Aku mula berfikir dia ni dah masuk UMNO ke sebab dengan KJ menantu PM, hebat juga contact si red1 ni, bisik hati aku. Projek apa pulak yang nak dibincang nya dengan aku?

Aku pun bersiap, pakai seluar jean hitam aku dan baju sport. Hari Ahad, tak kan nak pakai baju tangan panjang bonia aku? Lepas tu aku terima SMS, Ok saya akan sampai KJ jam 9.30 pagi. Rupa rupa nya baru aku sedar, KJ tu bukan nya Khairy Jamaluddin, rupa nya Kelana Jaya, tempat tinggal aku ! mula mula terkejut beruk juga aku, mengapa Red1 dan KJ nak jumpa aku yang dah tak ada apa apa ni !

Aku tiba dulu, terus order teh tarik. Makan ? mamak muda bertanya. Nanti dulu, tunggu kawan aku jawab selamba kat mamak tu. Lima minit kemudian Red1 tiba dengan anak anak perempuan nya selepas mengambil anak anak nya dari kolam renang. La.. kata hati aku.. suara lemah lembut tetapi orang nya macam Petronas Tower, tinggi 6 kaki 2 inci (tak tau aku dalam cm, aku bukan faham sangat benda benda ni) Aku 5 kaki 3 inci sahaja, Ko orang bayangkan la dekat sekaki tinggi dia dari aku ! Dalam gambar kat blog dia nampak kecik aje ! Tetapi kami begitu mesra, walaupun pertama kali berjumpa. Sumpah ! Aku tak sentuh pun pasal tinggi nya dia ! Jangan pulak ko orang sampai sampai kan pada dia, marah pulak dia pada aku nanti.

Kami duduk berdua sahaja, anak anak nya dimeja lain. Bagus dia asuh anak anak nya begini, tak campur hal orang orang "tua" nak bercakap. Dulu masa aku kecik kecik pun arwah bapak aku begitu 'strict' tak bagi langsung aku dekat bila orang tua bercakap, tapi kadang kadang aku curi dengar jugak nak tau apa yang orang tua selalu bercerita. Sebenarnya tak ada apa pun yang budak budak tak boleh dengar , cerita kosong jugak !

Kami mula bercerita pasal "favourite subject" sekarang, apa lagi blogging di chedet.com la. Dah sejuta visitors ! Aku kata aku dah tulis kat blog chedet, sekarang dia aku gelar "Raja Blog" sebab dah sah Tun Mahathir terkena tempias aura Mawi Raja SMS Red1 mula bercerita tentang asal usul dia. Bapa nya seorang askar keturunan Cina dari Penang berkahwin dengan maknya dari Singapura.. ye lah koey teow di Penang, kerang di Singapura ! ( peribahasa yang betul "Ikan dilaut, asam didarat" dalam kuali bertemu jua !) Red1 memeluk Islam semasa berumur 19 tahun sekarang dia 47 kot ? tetapi nampak muda, berseri aje muka nya, maklum lah dari rupa dan bercakapan nya dia seorang muslimin yang baik ! Aku pun bercerita tentang kisah hidup aku yang telah pun dibaca juga oleh Red1 diblog aku. Aku ingat tak ada orang nak baca ! lama kami bercerita , 2 jam lebih ! dengan macam macam topik, politik, hal ehwal semasa, Agama, bisnes, dan lain lain, Luas pengetahuan dan pengalaman Red 1 ni, tetapi Red1 lebih serius bercerita tentang software hebat nya yang belum di terima di Malaysia lagi. Belum ada rezeki kata nya.. kan rezeki datang dari Allah, kalau Dia nak bagi cepat aje datang nya, saya pun kerap mengamalkan ayat seribu dinar. InshaAllah berjaya juga nanti, kata Red1 penuh tawakal ! Red1 juga memberitahu aku dia pernah menentang Daim Zainuddin di Merbok atas tiket Pas pada Piliharaya tahun 1986 tetapi tewas !

Jam 11.40 pagi, anak anak perempuan Red1 mula resah, dan tiba masa nya untuk kami beredar, tetapi berjanji akan saling menghubungi antara satu sama lain. Itu lah red 1 yang pertama kali aku jumpa, seorang kawan blogger aku yang pertama, seorang muaalaf, tetapi begitu taat pada ajaran Islam, hormat, mesra, berilmu, berdidikasi dan jujur sebagai mana yang dituntut dalam Islam. Ramai ke lagi di kalangan kita orang orang Melayu yang mengaku Islam mempunyai sifat sifat begitu ? Kadang kadang jiran sebelah rumah kita pun tak kenal !

Aku beruntung mengenali red1 sebagai rakan blog yang pertama aku ! Semoga persahabatan kami berkekalan !