Tuesday 30 December 2008

Surat Cinta Yang Hampa




Tijah budak kampung, tapi bekerja di Kuala Lumpur . Biasalah bila sudah duduk "town", mula lupa asal usul. Pakaian seksi maut, bercinta pula dengan lelaki mat saleh. Ke hulu ke hilir menayang boyfriendnya yg bermata biru. Punyalah eksyen si Tijah, hinggalah suatu hari dia ternampak lelaki Inggeris tadi dengan wanita lain yang lebih cantik dan bergaya daripadanya.Tijah menangis tiga hari tiga malam. Pada malam ke empat, Tijah mengambil sehelai kertas dan menulis surat untuk memutuskan perhubungannya dengan lelaki mat saleh tadi yang baru sebulan dikenalinya. Begini bunyi surat yang ditulis oleh Tijah binti Kulup Kecil, yang berjaya "dicuri" seorang rakan dari tagged.com






Mike....




I WANT TO CUT CONNECTION . I have think about this very cook-cook. I know I clap one hand only. Correctly, I have seen you and she walk-walk together at town with eyes myself. You grab hand she. You always ask for sorry back-back. I don't trust you again! You are really crocodile land!! My friend speak you play wood three. First-first I think my friend lie me. But now I know you correct-correct play wood three. So, I break connection to pull my body from this love triangle. I know this result I pick is very correct, because you love she very high from me.So, I cut this connection to go far from here. I don't want you to play-play with my liver again.I have been crying until no more eye water thinking about you. I don't want banana to fruit two times.




Safe walk..Tijah tagged friend

Thursday 25 December 2008

Janda Muda yang Dahaga





Disini saya ingin menceritakan sebuah kisah mengenai seorang janda yang baru sahaja kematian suami....Memang la kalau dah menjadi janda..macam macam cerita yang kita dengar..!


Hasnah seorang janda kaya yang baru sahaja kematian suaminya akibat kemalangan jalanraya. Beliau masih muda lagi dan mempunyai potongan badan yang cantik.Sejak kematian suaminya, beliau sentiasa diusik oleh jejaka-jejaka kampung yang sudah lama memendam rasa kepadanya. Namun begitu, Hasnah tidak pernah melayan karenah pemuda-pemuda kampung tersebut, kerana hatinya masih lagi merindui arwah suaminya... Walaupun.... hatinya berasa sepi ketika waktu ini. Lebih-lebih lagi di waktu malam... Rasa sepi hatinya tiada siapa yang tahu..."Alangkah bahagia nya aku, kalau suamiku masih disisi..dibelai, dimanja dan ehem..ehem.. hebat betul dia" bisik hati nya.


Pada satu malam, kira-kira pukul 2 pagi.... Hasnah bangun dari katilnya... badannya terasa panas.... tekaknya terasa kering.... beliau terasa begitu dahaga sekali. Beliau bangun dan keluar dari bilik menuju ke dapur,... sampai saja didapur... dia terus membuka peti ais dan mengambil sebotol air sejuk.... di tuang nya kedalam gelas dan meminumya dengan banyak sekali... Setelah meminum air tersebut Hasnah merasa lega..



Emm..hilang dahaga aku..kata janda muda tersebut...! dan terus sambung tidur nya.. Itu lah sahaja kisah janda yang dahaga!..... hik3..