Tuesday 19 August 2008

Kenapa Pelajar Melayu Dirasuk?




Pelajar melayu perempuan dirasuk, di mana salahnya dan siapa yang salah...Kes ini berlaku betul diruang pelajar perempuan membasuh kain.Berlaku diasrama puteri. Kebanyakan yang terkena rasukan adalah gadis melayu dan tidak pernah ada kes berlaku pada pelajar kaum cina dan india. Di mana salah nya........Kita ikuti percakapan antara bomoh melayu dan syaitan.Kes histeria di sekolah kat BSB...... Misteri di Asrama Puteri terjawab!

Suatu hari, ada seorang ketua bomoh yang begitu berani hendak berjumpa dengan sekumpulan jin yang berlegar2 di asrama hinggakan mereka merasuk sebilangan pelajar di sekolah itu. Ketika sampai disebuah bilik, ketua bomoh pun membaca sejenis mantera. Selepas membaca mantera, ketua bomoh pun memanggil ketua jin itu. Lalu ketua jin itu pun datang dengan menunjukkan wajah rupanya yang begitu hodoh dan jijik. Hinggakan ketua bomoh yang begitu berpengalaman itu pun hampir2 pengsan dibuatnya! Hinggakan mayat reput pun lebih baik dari wajah si ketua jin itu!!!Tapi si ketua bomoh tetap kuatkan semangatnya yang jitu. Lalu siketua bomoh pun bertanya dengan kuat dan nyaring, menampakkan semangatnya yang tidak kendur walaupun terlihat sesuatu yang begitu menakutkan itu.

"Mengapa kau rasuk pelajar sekolah di sini hah? Jawab! Kenapa gadis melayu jadi sasaran kau wahai syaitan yang direjam?"

Dengan menarik nafas panjang, si ketua jin pun menjawab..."Siapa Bilang Gadis Melayu Tak Menawan, Tak Menarik Hati, Tiada Memikat, Kalaulah Memang, Tak Mungkin Aku Tertarik Kalaulah Sungguh,Tak Mungkin Aku MERASUK..." "Aduhai... Mawi....WORLD !!!!

Badak GAY




Alhikayat, dalam sebuah hutan ada seekor badak sumbu dan seekor monyet. Mereka ni memang tak pernah baik, selalu jer bertengkar..Pada suatu hari, sedang mereka bertengkar, mereka terjumpa sebuah pelita ajaib. Dipendekkan cerita, setelah digosok, keluarlah seorang jin.
Jin itu setuju untuk mengabulkan tiga permintaan bagi kedua2 menatang itu

Permintaan 1 Badak : Saya mau semua badak sumbu di dalam hutan ini adalah betina, kecuali saya...hehe.

Permintaan 1 Monyet : Saya mau sebuah motor Harley Davidson

Jin tu kelip mata, bling... semua badak lain kat situ jadi betina, pastu ada sebuah Harley Davidson 1300cc warna hitam

Permintaan 2 badak : Saya mau semua badak sumbu kat negeri pahang ni betina kecuali saya.. hehe

Permintaan 2 monyet : Saya mau jaket kulit hitam dengan helmet Shoei

Jin tu kelip mata lagi, bling... semua badak di pahang dah jadi betina, dan monyet tu pun dapat barang2 mat motornya tu..

Lepas tu jin tu kata "Ini permintaan terakhir kamu, pikirlah dengan baik2"Badak tu pikir sejenak lepas tu kata

" Saya mau semua badak sumbu kat Malaysia ni betina yang cun melencun ghilerrr... kecuali saya".

Jin tu pun kelipkan mata and then bling... maka tinggallah badak tu satu2nya badak jantan satu Malaya nihh..heh puas aku fikir nya

"Hah monyet, awak nak apa pulak.. kasut boot kulit ke?" tanya jin.Monyet tu memakai helmetnya, naik atas motor Harleynya, start enjin, kemudian melihat pada badak yang tersengih lebarr tu,

"Saya mau badak tu jadi GAY"

Jin tu pun kelipkan mata, bling....Maka meraunglah badak sumbu tu sekuat kuat nya..

"Mana aku nak cari badak jantan ni nyah... ish.. tak kuaassa nyah"


Ekhsan : Teman Tagged

Thursday 14 August 2008

Lemah Deria


Seorang wanita tua pergi ke klinik untuk membuat pemeriksaan. Doktor bertanyakan kepada wanita tersebut apa masalahnya.

Wanita tua menjawab dia menghadapi masalah kentut yang tidak berbunyi dan tidak berbau, sedangkan dia telah kentut sehingga sepuluh kali banyaknya ketika berada di pejabat. Memandangkan kentutnya tidak berbunyi dan berbau dia langsung tidak menyedari ianya berlaku. Doktor mendengar dengan teliti dan memberi wanita tua tersebut senarai beberapa jenis pil yang perlu di ambil. Doktor mengarahkan wanita tua itu mengambil pil-pil tersebut selama seminggu dan selepas itu datang berjumpa dengannya semula.

Selepas seminggu wanita tua itu datang semula ke klinik untuk menyatakan rasa tidak puas hatinya kepada doktor.

"Saya tak tau apa yang doktor berikan kepada saya, tapi bau udara di sekitar saya sangat busuk, tak dengar bunyi apa-apa pun tapi busuknya sangat dahsyat", kata wanita itu.

"Bagus, sekarang deria bau Mak Cik dah pulih, kita akan usaha untuk pulihkan deria pendengaran Mak Cik pula", kata doktor

Perempuan tua pun temenung....Pekak badak rupanye aku neh !!!

Cerita Hantu


Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil.

Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,"Apa pasal kau ni asyik menggigil je?"

"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi."

Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah.

"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apa pasal ko tak pergi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang."

Balas Hantu B."Dah, aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu."

Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.."

"Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang."

"So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.

"Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun... Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.

Tengku Mayasari - Apa Itu Cinta?



Kaum lelaki sering mempersoalkan kelemahan wanita kerana sering mengalirkan airmata. Tetapi, segagah-gagah dan perwiranya lelaki, sedarlah bahawa suatu hari nanti mereka juga akan mengalirkan airmata syahdu kerana satu perkara kecil iaitu kerana CINTA. Alangkah misterinya cinta seorang wanita yg dianggap lemah sehingga boleh mengalirkan airmata seorang wira! Aneh, tetapi itulah hakikatnya.Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.

Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaanNYA itu.


Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.~ "Mahatma Ghandi"

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.

Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yang satu lagi," Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?". Jawab titis air mata kedua tu," Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.

"Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: "aku turut bahagia untukmu." Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.


Keluhan Hati : Permataku Yang Hilang

Amalan Sebelum Tidur




Pesan dan berpesan antara kita....


SEBELUM TIDUR


Tafsir Haqqi

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan kamu tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :"

1. Sebelum khatam Al Qur'an.

2. Sebelum membuat para Nabi memberi mu syafaat di hari akhir.

3. Sebelum para muslim meredhai kamu.

4. Sebelum kamu melaksanakan Haji dan Umrah....



'Bertanya Aisyah : 'Ya Rasulullah.. .. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara satu ketika?
'
Rasul tersenyum dan bersabda : "Sebelum kamu tidur bacalah :"



1.
Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kamu mengkhatamkan Al Qur'an.

2
. Membaca selawat untukKu dan para Nabi sebelum aku,
maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.

3
. Beristighfarlah untuk para Muslimin maka mereka akan meredhai kamu.


4.
Perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil ,bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan
ibadah Haji dan Umrah'

Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Muslim Muslimat yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati


Ekhsan : Teman Tagged

Wednesday 13 August 2008

Malaysia - A Failed Nation ?

Let me do the thinking!




Malaysia 2020?

Those who started work around 1973. A 1.3 Litre Japaness car was RM 7000

Today the equivalent let's say it is RM 60000...........8.5 times

In 1973 a double- storey house was about RM 45,000..or less

Today it is about RM 300,000............6.6 times

In 1973 an Engineer's pay was RM 1000

Today it is about RM 2000 +/-............2 times....

From 1973 to 2008........35 years......what is the Trend.?

Bearish !!!!In a stock market when the trend is bearish , what do we do?..Exit !!!

When a country's trend is bearish what do we do?

This Bearish trend is more difficult to turn around as compared to the stock market.

I have used these 3 items House, Car & Salary as a measurement of the country' s performance for the past 35 years....

There is a book I saw in MPH bookshop entitled :Malaysia: The Failed Nation

Some of you may be interested to read up.I agreed with the writer.....

This morning I was having Coffee at McDonald ( now the coffee..100 % Arabica beans..is quite good@ RM 2.90....free refill !!.

I asked how much per hour is the watiters/waitress's pay? RM 3.00 x 8 hours = RM 24 per day... x 25 days = RM 600 per month

My daughter works part-time during her University days..she worked at Gloria Jeans Coffee..the pay in Australian $ 14.00 ( @ 3.15 = RM 44 per hour.....x 8 = RM352 per day !!! x 25 days = RM 8800 13.3 times more !!!!! ......

Price of houses in Perth is about the same in Kuala Lumpur

Price of cars are about 23 % cheaper...in Perth.( Australia )

I think more and more people are becoming aware of this Bearish trend. Developed country by 2020?...means High income country

Let's look at some as of year 2005 ( Financial Times )

USA GNP per capita US$ 35400

UK GNP per capita US$ 25510

Australia GNP per capita US$ 19530

Singapore GNP per capita US $ 20690

These are developed countries by income measurement

Malaysia GNP per capita US$ 3540

Year 2020..developed country? Really...a sad story.Worrying Trends, isn't it??Ringgit sliding further and further under BNGan | Jul 8, 08 4:03pm

Recently, I interviewed some fresh graduates applying for jobs with my engineering company. I accepted two applicants on a starting salary ofRM1600. It struck me as odd that 15 years ago, I myself started work as a fresh graduate engineer for the same pay.Indeed, if you compare the salaries of graduates now and 15 or even 20 years ago, you'll find little difference but that their purchasing power is vastly different. It's the same story when you compare salaries of shop assistants, office staff, factory workers and others.To compound the effect of inflation, the ringgit has depreciatedgreatly against all major currencies. The real income of most Malaysians has moved backwards.This is why many Malaysians suffer under the petrol hike. The root of the problem is that our real incomes have shrunk in the face of inflation and depreciated currency..

Malaysians have not been spoiled by subsidy but are unable to move out of the time lock of stagnated and depreciated incomes.If you compare the per capita incomes of Singapore, Hong Kong, Taiwanand South Korea, they are a few multiples of ours although at independence all these countries were the on the same economic level as Malaysia.What has gone wrong? We were the rising star of East Asia, a country rich in natural resources with the most promising potential.The reason is massive corruption, plundering of resources, wastage of funds for huge non- economic projects, anti-public interest deals with politically-linked companies and passing-of-the -buck to the man in the street..Four decades of NEP where education, economic and employment policies are defined by race ensured that meritocracy took a back seat.

Our university standard has declined and the today best and brightest of our youth immigrate to escape the racial inequality only to contribute to the economies of foreign lands.The reputation of our judiciary which was held in high esteem worldwide has sunk so low that foreign investors now insist onarbitration in Singapore in case of any dispute.We also have a slew of oppressive laws such as the ISA, OSA, Uuca and PPPA which stifle free speech and are designed to keep the ruling parties in power.We have become less attractive to foreign investors and now lag behindour neighbours in Asean for foreign direct investment. Even somecorporations who have established themselves here are moving out.All the economic and social malaise cannot help but affect the value of our currency. The strength of a country's currency is after all, a reflection of its fundamentals.Furthermore, Bank Negara has a policy of weak ringgit to help exporters, never mind the burden on the common folk. The government ispro-corporation, not pro-rakyat.While the poor and middle-class are squeezed, an elite group gets breath takingly rich. We have the distinction of having the worse income disparity in Asean. A re-distribution of wealth is under wayfrom the poor and middle-class to a select group ofpolitically-connected elite.The end result of this re-distribution will be a small group ofsuper-rich while the majority are pushed into poverty and themiddle-class shrinks.

This is what happens when the rich gets richer and the poor get poorer.There is much that is wrong with Malaysia. The responsibility for pulling the country backwards can be laid squarely at the door of the ruling regime. It is BN's mis-governance, racial politics and culture of patronage which has seen the country regress economically andsocially.We seem to be sliding down a slippery slope, further down with each passing year of BN's rule. Another five years of BN rule and we'll beat Indonesia's standard under Suharto. Another 10 years and we'll be touching the African standard. What a way to greet 2020.Is there any hope for Malaysia?

Faced with the reality that BN will never change, many Malaysians desperate for change turn their lonely eyes to Anwar Ibrahim.Pakatan Rakyat has promised to treat all races fairly, to plug wastage, fight corruption, reform the judiciary and make Malaysia more competitive.But some have questioned whether we can trust Anwar and his loose coalition of disparate parties..

The question is not whether we can trust Anwar and Pakatan Rakyat but whether
we can afford not to.



Can we afford another ten years of BN's misrule? Ask yourself !

Saturday 9 August 2008

Wanita Dan Airmata


"Kau tahu: Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."

"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya"

Allah berfirman: "Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menampong dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi sekadar menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu dan was was"


"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan semasa bila pun ia perlukan."


Friday 8 August 2008

Mudahnya Dapat Duit






Adakah anda menggunakan internet sekarang?

Peluang baik bagi mereka yang kerap 'surf' internet.

JANGAN BAZIRKAN BIL TMNET DAN STREAMYX atau duit bayar CC... Kita cuba buat
duit jugak disamping kita berbelanja. Inilah dipanggil work and play smart dan win-win situation.

Program ini PERCUMA 100%

Anda akan dibayar setiap 15 hb..

BAGAIMANA CARANYA ???

Cuba fikirkan: Andaikan kita perlukan masa 1 jam untuk berfikir tentang projek ini, anda
masih belum mendapat apa-apa, tetapi dalam masa 1 jam itu saya dah dapat RM1.63.
Nak tau macamana?

Buka web ni..KLIK http://www.surfjunky.com/?r=Datokzeq

Anda cuma perlu:

1. Sign up (percuma)

2. Log in

3. Klik pada bahagian "EARN MONEY"

4. Klick pada bahagian "Click Here To Start Surf Junky Browser"

5. Biarkan Program ini BUAT DUIT UNTUK ANDA.

6.Klik pada bahagian "STATISTIK" untuk mengetahui jumlah wang yang diperolehi.

Senang sahaja.. tak perlu risau pasal modal ...tanpa risiko.. cuma kita sajaja lah yang perlu jujur dalam mem'promote'kan website ni. Kita dibayar sebab kita 'promote' orang lain surf web dia..Itu sahaja.

Jadi, apa salahnya kalau kita buat macam itu dan dapat income kan??

TAK SALAH KALAU MENCUBA...!! TAK RUGI APA-APA...!!

Kita dibayar USD$0.45 (RM1.63) - ikut currency sekarang bagi setiap jam program ini berjalan). Bermakna anda boleh dapat sehingga RM41.04 sehari (RM1.63 x 24 =RM39. 12). Ini
bermakna sebulan kita boleh dapat sehingga RM39.12x 30 = RM1173.60.

Boleh tahan jugak kan..fikirlah. Duit FREE, ambik saje laa...

Cek akan dihantar kepada nama dan alamat yang kita isikan sewaktu sign up.

Oleh itu sila tulis nama dan alamat anda dengan lengkap dan betul...

SELAMAT MENJANA WANG ANDA!!! CUBA DAHULU.... TAK RUGI... TAKDE KELUAR MODAL...

Ingat, sebelum dapat duit, kita memang kena usaha dulu... dan dalam bisnes yang ini, kita perlu usaha untuk promote kan web yang di atas tu sahaja...


Pakai satu jari, pun dapat duit ! Aku bagi tahu sebab aku anggap ko orang semua kawan kawan. Orang lain bermandi peluh menggunakan seluruh tubuh badan !


Klik : http://www.surfjunky.com/?r=Datokzeq


"Tiru Macam Saya !"

Wednesday 6 August 2008

DatOK ZeQ With 100 Most Beautiful Girls




Sejak aku register di blog baru, aku menjadi macam celebriti pula. Aku menerima banyak message, sms dan macam macam lagi lah. Aku terharu kerana aku yang senja ini dapat diterima didalam blog mereka. Ramai juga yang menghantar kata kata cinta, rasa kesedihan kerana putus cinta, memberi aku dorongan , semangat baru, ingin menjadi kawan aku dan lain lain, Aku terharu dan akan cuba memenuhi segala permintaan mereka. Salam perkenalan dari aku.

Sunday 3 August 2008

Gunakan Iklan


Hajjah Limah dan Haji Ali ada 4 orang anak perempuan yang sangat disayangi iaitu Siti, Mimi, Murni dan Suri. Satu hari mereka berpakat untuk kawinkan anak2 ni serentak, nak jimat kos, maklumlah semua harga barang dah naik. Selepas selamat diijabkabulkan, ke-empat2 anak tu pun bercadang untuk pergi honeymoon. Siti pergi honeymoon ke Pulau Langkawi, Mimi ke Pulau Tioman,Murni ke Pulau Kapas dan Suri ke Pulau Pangkor.

Sebelum pergi Hajjah Limah dan Haji Ali berpesan, "nanti jangan lupa hantar berita pada mak dan ayah." Ceritakan macam mana honeymoon korang. Tak payah tulis SMS panjang2, mak ayah pun bukan rajin sangat membaca. *pakai slogan iklan* sahaja dah cukup. Ringkas, padat dan cepat. Hajjah Limah memberi arahan pada anak2nya.

Seminggu lepas tu mereka terimalah SMS pertama dari *Siti* yang bertulis *Standard Chartered* . Tercari2lah kedua suami isteri ini iklan Standard Chartered dan bila jumpa tersenyum le kedua2nya membaca iklan yang bertulis *Besar, teguh dan peramah..* Bahagia dan puaslah Si Siti rupanya..

Esoknya terima pula SMS *Mimi* yang bertulis *Nescafe*. Carilah iklan Nescafe dan tersenyum lagi keduanya membaca iklan yang bertulis *Nikmatnya hingga ke titisan yang terakhir* Bahagia dan puaslah juga Si Mimi rupanya...

Selang beberapa hari kemudian,tiba pula SMS pendek *Murni* bertulis *KFC*. Carilah iklan KFC dan tersenyum keduanya membaca iklan yang bertulis *Hingga Menjilat Jari...* Bahagia dan puas hati jugalah Si Murni rupanya...

Seminggu berlalu, tiada SMS dari Suri, Hajjah Limah dan Haji Ali dah mula risau. Dua Minggu... tak ada jugak..masuk minggu ke tiga baru sampai SMS dari *Suri* dengan isi kandungannya cuma *AIR ASIA*. Bergegas le orang tua berdua ni mencari iklan penerbangan tu sebab tak sabar nak tau apa yang dah terjadi kat anak bongsunya. Bila dibaca. Hajjah Limah dan Haji Ali terkulat2 tak tau nak senyum atau menangis.. Apa kata motto AirAsia itu...?? *7 KALI SEMINGGU..3 JAM SEKALI.. NON-STOP!!* Sambil perpandangan satu sama lain, mereka serentak tersenyum dan berkata "Macam kita dulu juge !" Tiba tiba...Jom kita relak relak jap dibilek, kata Haji Ali mengayat isteri nya pulak !


Maklum lah, sampan baru, dayung pun baru, kayuh beb jangan tak kayuh ! sampan lama duduk terapung dan relak relak aje lah !



Ekhsan : Permata Ku Yang Hilang

Jodoh Aku Dari Internet?


Hi sayang ! Sambutlah tangan ku !






Sejak komputer, internet, weblog ujud entah berapa juta manusia didunia ini yang telah mendapat manafaat, keuntungan, kebahagian, penderitaan, kekecewaan, kesiksaan dan sebagainya. Ada yang betul betul arif menggunakan internet untuk mencari untung dan telah pun menjadi jutawan internet, ada juga yang menjadi papa kedana kerana terpedaya oleh skim pelaburan pelaburan internet yang tidak tentu hala tujunya dan ada ramai juga yang bertemu dan mendapat jodoh, bercerai berai dari internet dan blog, ada juga yang kena kutuk, dihina, meluahkan perasaan dendam, fitnah dan benci kepada sesaorang individu, Kerajaan dan macam macam lagi lah yang aku dapat tengok dan baca melalui internet atau pun blog. Pada pendapat aku, gunakan lah untuk benda benda yang berfaedah, kita semua sudah diberi ruang untuk berkarya, walaupun mungkin tiada sesiapa yang membaca apa yang kita tulis diblog kita. Aku yang baru berjinak jinak dengan internet, blog ini pun sudah dapat merasa tempias dari ujud nya alam maya/siber yang luas tanpa sempadan ini.


Aku bukan penulis handalan macam "sahabat blog" aku chedet.com, anwaribrahimblog.com atotalblog.wordpress.com, red1, malaysiakini, malaysiatoday dan lain lain , tidak pernah aku terfikir untuk menulis apa apa dan berkarya dimana mana ruang atau blog. Aku cuma menulis untuk meluahkan perasaan secara kebetulan disebabkan banyak masa lapang diwaktu malam sebab susah hendak tidor malam, bukan ada penyakit apa, cuma mata tidak boleh lelap. Banyak yang berkitar dikepala otak aku bila malam. Kadang kadang rasa sunyi, maklum lah aku sudah menduda selama 3 tahun. Dulu ada isteri, anak anak untuk bersembang sembang, bergurau dan macam macam lah lagi , kalau dah ada isteri tu. Sedia maklum lah kan, macam macam boleh kita buat, yang sunat dan yang wajib ! Aku juga punya ramai kawan kawan yang bersama sama kemana sahaja, biasa lah masa itu aku loaded, pantang petang sahaja, ada sahaja kawan menalipon aku " Bos, mana nak jumpa malam ni?" Ayat wajib mereka. Kalau aku malas nak keluar sekali pun, bila dah dipanggil bos tu aku lemah semangat, keluar juga lah. Aku pulak jenis boros, pantang datang bil , aku lah yang sambut dan membayar nya. Lagipun aku tengok kawan kawan semua liat nak membayar, pura pura tak nampak lah, pergi toilet lah, busy bercakap talipon lah macam macam taktik mereka supaya bil yang datang tidak dihalakan kepada mereka. Aku pulak malas nak tengok pelayan itu tunggu lama lama , mana ada kelas ! Itu sebab sekarang aku sudah malas nak keluar, budget dah ciput, lagipun aku dah tengok semua didunia ini, sudah enjoy sepuas puas nya ditiga suku dunia. Aku rasa lebih baik aku duduk rumah, tengok TV , membaca, beribadat sikit dan bermain blog, lagi ketagih juga rupanya benda alah ni !


Baru baru ini aku "join" salah satu laman blog yang lain. Fuyooo best ! Tapi aku rasa blog ini untuk orang orang muda remaja sahaja. Tapi, aku peduli apa, aku register dan buat macam biasa profile aku dan mula lah mencari kemudahan apa yang ada disediakan diblog ini. Ada pula ruangan mencari kawan, matching kan nama kita dengan nama nama pengguna lain, boleh chating dan lain lain. Dalam seminggu aku dapat 60 orang kawan baru, 98% perempuan. Kalau tengok daripada gambar gambar mereka, cun tangkap habis ! MasyaAllah, terkejooot aku dibuat nya. Tak sangka ada juga yang berminat hendak berkawan dengan aku yang dah senja ini ! pada aku elok lah begitu, kalau hendak berkawan kita jangan memilih bulu (bukan bulu itu lah!) maksud aku jangan memileh pangkat, darjat, bangsa, keturunan, umur, rupa, agama dan yang sewaktu dengan nya, kita nak berkawan, gunakan lah tanpa was was !


Dalam ramai ramai "kawan baru" aku, apa yang aku agak daripada tulisan dan jawapan chating mereka kepada aku, ada yang terdiri daripada gulungan yang berjaya, egoistik, gagal dalam hidup, kecewa, rendah diri, kesunyian, menharapkan kasih, cuba menampilkan diri, dan sebagai nya. Aku tak kisah, sebab aku pun baru dan bukan kenal rapat pun dengan mereka semua, baru berkenalan diblog itu sahaja. Kalau mereka layan aku dengan baik, baik lah dapat nya, kalau tidak, tidak menjadi kudis pada aku pun. Aku sendiri pun sudah berjumpa, berkawan dengan beribu ribu orang disepanjang hidup aku, dan aku faham benar sifat manusia, ada yang ikhlas dan ada yang cuma yang hendak mengambil kesempatan. sampai aku boleh baca apa yang terpendam dihati, kalau aku dapat berjumpa dengan mereka, pandai sangat tidak lah, tetapi aku tahu dan memang selalu tepat firasat aku tentang sesaorang! Tak percaya? mari jumpa aku! Tapi call dulu.. kalau tak ada nombor aku, tinggalkan nombor telefon ko orang disini.....he!he! (pembaca lain , jangan pulak ambik nombor nombor tu !)


Aku kira kira, adalah dalam sepuluh orang lebih perempuan yang aku rasa betul betul ikhlas hendak berkawan dengan aku, siap bagi nombor talipon. Ada yang berumur diantara 35 -45 tahun, mak janda, yop !, ialah dia tengok profile aku seorang duda, mesti lah dia pun nak test market macam aku juga. Aku pun balas call atau layan chat dengan mereka dengan baik. Ada juga yang muda muda remaja dari umur 20 -29 tahun anak anak dara (agak nya lah) yang berchating dengan aku, ada yang panggil aku Dato, uncle, abang, dan macam macam panggilan, ada juga yang panggil aku sweetheart, honey, sayang pun ada. Ini yang membuatkan aku terhibur dan rasa muda balik. Yang aku tak sedap hati ada juga "jantan gay" yang menulis "Muaah, muaaah!" pada aku, heehee geli geleman bulu tengkok aku dibuat nya. Bapok pun ada yang berminat kat aku ni, tapi dengan cara baik aku suruh dia bertaubat, dan kalau dia betul betul berminat sangat, aku pesan dan suruh dia pergi cari "jantan yang sedang hangat dipasaran" sekarang ini, tentu dia boleh join sama. Lepas daripada itu, tak contact aku dah !


Ramai juga dikalangan bloggers yang betul betul hendak sangat berjumpa aku, ada yang nak bercerita tentang bisnes, saja berminat hendak berkenalan dengan lebih rapat dengan aku, dan macam macam lagi lah tujuan mereka. Aku mungkin akan berjumpa juga mereka ini, aku tidak mahu menghampakan mereka, manalah tahu ada peluang lubang bisnes lain atau berjumpa pula dengan yang benar benar ikhlas dengan aku, dan mana tahu pula aku juga akan bertemu jodoh (kira jumpa lubang juga tu) dengan salah seorang daripada bloggers ini? Kalau ini terjadi, aku juga akan menjadi dan mengikut trend sekarang " Berkenalan dan berkahwin melalui internet" InshaAlah ! Bahagia nya lah aku nanti !


Jadi, kalau nak mendapat ramai kawan kawan atau mungkin betemu jodoh, atau jodoh LAGI "tiru macam saya !"