Friday 30 January 2009

Anda Normal Ke Tidak?


Cerita 1


Aminah merenung batang yang semakin menegak itu, dia terus mengusap-usap dan menekan jari nya sedikit pada batang tersebut, kelihatan air putih mengalir keluar.


Aminah pun menjerit...Mak.. lemang ni nak buat macam mana, dah masak ke??


Cerita 2


Jalal meramas-ramas kemuncak kedua-dua bukit kecil itu, hatinya puas dan semangatnya semakin berkobar-kobar, jari-jemarinya terus menguli tanpa henti. Jalal tidak sabar hendak menyiapkan model dari tanah liat untuk projek sainsnya itu yang bertajuk bentuk muka bumi di kawasan berbukit bukau.



Cerita 3


Zamrul menghisap-hisap puting itu dengan berhati-hati dan perlahan, dia tidak mahu tergesa-gesa, sesekali lidah nya menyentuh lembut hujung puting itu dan menyedut keluar sedikit susu


cehhh.. masih panas, dah dekat satu jam aku rendam dalam air suam pun masih panas.. Anak nya yang masih bayi terus menangis meminta susu. Zamrul semakin tension.



Cerita 4


Idham menjerit sambil menhenjut-henjut badannya dengan rakus dan kasar ..Come on baby, lets make it..katanya berulang-ulang kali tanpa henti.. Kemuncaknya semakin tiba dan Idham kelihatan semakin rakus memacu kudanya untuk menamatkan perlumbaan itu, dia bertekad untuk memenangi tempat pertama dalam perlumbaan itu.



Cerita 5


Bahagian belakang kereta itu bergegar dan berhenjut-henjut. Aiman yang dari tadi mengintip dari celah-celah pokok dapat melihat dua susuk tubuh manusia sedang melakukan sesuatu didalam kegelapan itu. Aiman terus mendiamkan diri, dia takut kehadirannya akan disedari. Tetapi setelah lama mengintip Aiman pun lantas bangun dan segera menawarkan khidmatnya untuk membantu mereka menukarkan tayar kereta mereka yang pancit itu.



Kesimpulan


Jika anda langsung tidak terfikirkan aper-aper mengenai seks semasa membaca 5 cerita di atas, ini bermaksud anda bukannya seorang yang normal.


Sebaliknya jika anda terfikirkan sesuatu yang berkaitan dengan seks, jangan la anda risau, sebab anda adalah seorang yang normal...!

No comments: