Friday 10 October 2008

50 Tips Untuk Memikat Lelaki





Bukan susah nak memikat lelaki, tetapi ramai yang gagal berbuat demikian. Diperturun kan sedikit tips untuk memikat mereka, cuba cuba lah, tetapi ingat untuk nak buat suami aje.. main main dan simpan simpan jangan tau.. !

1.Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.

2.Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.

3.Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka.

4.Jujur dan sentiasa merendah diri.

5.Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka.

6.Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu). ada suka slim ada suka gemuk... tetapi jangan lah terlalu gemuk sangat.. control lah makan sikit.

7.Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.

8.Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping lelaki yang anda minati.

9.Jangan terlalu mengongkong. Pantang datok nenek mereka !

10.Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.

11.Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.

12.Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang anda minati untuk memikat dirinya.

13.Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.

14.Apabila berhadapan dengan lelaki yang anda minati, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor anda. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa anda boleh didekati tetapi bukan bererti anda ini perempuan murahan dan mudah didekati.

15.Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka... takut tak laku..

16.Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan. Pakaian mengikut suasana.

17.Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdikari tanpa meminta pertolongan dari orang lain.

18.Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.

19.Jangan bandingkan dia dengan lelaki-lelaki yang pernah anda kenali.

20.Menjadi temannya ketika dia susah dan senang. Bantu lah sekadar terdaya.

21.Lelaki suka anda menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.

22.Yang paling penting lelaki juga suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.

3.Bunyi derapan kasut ketika anda berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.

24.Lelaki tidak suka jika anda memakai mekap yang terlalu tebal. Muka yang ori lagi cun..

25.Mengetahui bila hari lahirnya. Telefon atau anta lah sms atau kad

26.Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.

27.Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.

28.Manja! tetapi jangan mengada ngada sangat

29.Jangan terlalu excited ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.

30.Jangan terlalu bersikap kelakian dan ganas dalam pergaulan. Sikap tomboy susah lah sikit.

31.Jangan terlalu menunjukkan bahawa anda ini terlalu baik dan perfect.

32.Jangan perasan bahawa anda ini mempunyai paras rupa yang jelita.

33.Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.

34.Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu anda titik beratkan.

35.Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.

36.Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis.

37.Kenali siapa dirinya yang sebenarnya sebelum anda memulakan langkah untuk memikat.

38.Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah anda dipenuhi jerawat batu!

39.Aset penting bagi anda untuk memikat lelaki adalah mata, dada, punggung dan gaya langkah anda yang kemas.

40.Jangan bersikap terlalu kuno.

41.Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan anda dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap anda yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.

42.Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran yang penting tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun.

43.Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu anda tidaklah perlu menunjukkan terlalu alim dan fanatik

44.Menunjukkan bahawa anda bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.

45.Jangan terlalu merengek , mengada-ngada dan pura pura.

46.Jangan tunjukkan kelemahan anda ketika berada di samping lelaki yang anda minati.

47.Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.

48.Berjaya di dalam apa jua bidang yang anda ceburi dan cita cita anda seterusnya.

49.Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib anda di meja makan. lelaki tak suka kalau makanan yang dipesan tak habis dimakan.

50.Jangan terlalu over nanti lelaki akan meluat pula dengan anda!


CUBA CUBA LAH... BAGI AKU TIPS UNTUK MEMIKAT PEREMPUAN PULAK.. DAH LAMA DUDA NEH ... !

5 comments:

The Spiral Eyes said...

datok zeq ingat saya lagi tak ni...hah..kalau ingat sia la jadi follower saya kat blog saya ye

SiR KinG TiGeR said...

hi.. lama tak dengar kabo.. dah balik umrah ke?? YM u ape? susah nak contact u

yaya said...

my words on this:
ladies outside..juz be yourself,,,,no need to pretend n b someone else..kalu x..seme org sama la! if that guy really luv us..they can accept us as we are..coz LOVE is BEAUTY...

SiR KinG TiGeR said...

yaya

You are saying nothing but the truth...the men will accept the women the way they were..emmm..try me !

yaya said...
This comment has been removed by the author.