Wei, hang berdua jaga sikit ! che det, hang punya blog tu dah sejuta lebih orang hentam aku, control lah sikit, Anwar punya blog tak pa , dia orang kampung aku..Silap silap aku join Parti dia, boleh tumpang balek Penang. Najib OK ...dia macam lalang, ikut angin aje ......
Mentang mentang lah aku dok diam, hangpa semua naik minyak , kutuk aku no ! Aku cuma naikkan harga petrol dan diesel ! Barang barang lain hang pi lah tanya kat Shahril, aku dah bagi dia jadi Menteri ! kata Pak Lah .....
mahathir
anwar
najib
Aku baru sahaja mula belajar menulis diblog sebab tak ada apa yang nak buat dirumah. Maklum lah aku duda, tumpang rumah anak ! Kerja pun aku buat part time atau ada projek projek tertentu aje, baru orang panggil aku datang sebab contact aku pun ramai yang hebat hebat tapi tak tau nak gunakan untuk kepentingan aku sendiri. Itu yang anak anak, kawan kawan aku marah, aku tak reti nak melobi ! Sekarang ni aku tolong kawan kawan buat advertising di bas bas sekolah. Company kawan aku dapat kontrak 12,000 bus sekolah diMalaysia untuk dipasang iklan iklan . Jadi kalau ada yang berminat, telefon lah aku.
Aku selalu membaca blog chedet.com, padi, dll tetapi aku tak tau macam mana nak balas. Anak sulong aku Adli Efffendy belajar IT, jadi aku suruh lah dia tolong ajar, lepas tu aku jadi ketagih. syok rupa nya. Dia kata kalau aku tak pandai IT nanti orang ketawakan aku macam aku tertawakan datok, nenek aku dulu yang tak pandai membaca. betul jugak kata dia tu.. Aku suka membaca hal hal politik sebab muda muda dulu pernah juga aktif dalam UMNO tetapi selalu kena keluar duit dari poket sendiri, aku miskin mana nak mampu. Semenjak itu aku dah tak mau bayar yuran lagi, tak tau lah masih ahli UMNO lagi ke tidak.
Cerita pasal UMNO ini, aku dah baca, dengar dan tengok macam macam dari muda sampai sekarang. Selalu sangat begolak, Tak tau lah bila agak nya akan reda. Sekarang ni pulak Mahathir kata ini, Pak Lah kata gitu, Anwar kata lain pulak, Najib kadang kadang buka mulut, kadang kadang senyap saje. Diam diam berisi dia ini. Dalam diam dia ngap semua, gigit jari semua orang. Sekarang ni apa pun dicakap, dibuat tak pernah senada macam lagu lagu Tan Sri P Ramlee dulu . Tapi tidak apa lah , itu hal mereka yang arif, aku kerdil dan tak ber ilmu sangat, nak cakap dan buat macam mana? nanti cakap lebih lebih kena pulak Akta Hasutan dan ISA. Seram aku benda benda ini !
Cerita pasal UMNO ini, aku dah baca, dengar dan tengok macam macam dari muda sampai sekarang. Selalu sangat begolak, Tak tau lah bila agak nya akan reda. Sekarang ni pulak Mahathir kata ini, Pak Lah kata gitu, Anwar kata lain pulak, Najib kadang kadang buka mulut, kadang kadang senyap saje. Diam diam berisi dia ini. Dalam diam dia ngap semua, gigit jari semua orang. Sekarang ni apa pun dicakap, dibuat tak pernah senada macam lagu lagu Tan Sri P Ramlee dulu . Tapi tidak apa lah , itu hal mereka yang arif, aku kerdil dan tak ber ilmu sangat, nak cakap dan buat macam mana? nanti cakap lebih lebih kena pulak Akta Hasutan dan ISA. Seram aku benda benda ini !
Sambil aku membuat kesimpulan sendiri tentang apa yang berlaku dalam UMNO, dan politik tanah air, aku teringat kan tentang firasat Pak Sheikh dulu tentang siapa yang akan jadi PM Malaysia, daripada perkataan RAHMAN - R ahman, A bdul Razak, H ussein , M ahathir, A bdullah dan setakat ini nampak nya tepat, cuma N sahaja yang tinggal, Najib ke? Mungkin lah kalau kita tengok dari hiraki sekarang. Tetapi Mahathir pulak kata dia dah tak percaya kan Najib lagi? Ye lah tak apa, sebab Mahathir pun dah keluar UMNO. Habis siapa ? Mahathir lagi sekali ? atau Anwar? Tidak nampak pulak aku kemungkinan nya. dari huruf N tadi. A lagi?Ali Rustam? atau Nurul Izzah ? Nazeri? eh jauh sangat !! Nanti kesian pulak Pak Sheikh buat ramalan yang dah tua dari anak sulong aku, Adli Effendy tadi. Aku tak nampak pun Menteri Menteri lain sebab ada yang cakap English pun tunggang terbalik.Dalam Parlimen tengok lah sendiri, sudah jadi macam pasar borong, tepuk tepuk meja dan ada pulak yang tidur (penat baru balek tengok kawasan kot) Anak kecik aku pun boleh buat macam itu. Aku tidak risau sangat Melayu mana pun jadi PM, aku bukan boleh dekat dengan mereka pun, Open House pun aku tak pernah pergi, salam tangan pun tak pernah, tambah lagi nak mintak itu ini. malas aku nak layan lah ! Janji sekarang aku dapat teruskan hidup, makan ala kadar, maklum lah dah tak mampu nak makan a la Buffet atau a la Carte ! sebab dulu pun aku pernah kaya, ada bisnes resort sendiri, pakai BMW, Mercedes, PerdanaV6, Gen 2, tetapi nasib aku berubah sekelip mata... jatuh miskin balek. Tapi...Tak apa lah kuasa Tuhan (Aku bukan nak salahkan Tuhan, jangan silap sangka) salah aku !
Aku dah tulis kat blog chedet.com dan padi, kalau UMNO nak selamat kena ikut firasat aku pula. Mereka kena duduk semeja dan buat berbincang. Siapa? tak kan aku dengan Red1 pulak ? Empat orang ini lah. A bdullah, M ahathir, A nwar, N ajib. baru boleh AMAN tetapi kalau di terbalik kan UMNO tinggal N A M A sahaja, betul tak kata aku? Tun Mahathir sekarang ni dah berjangkit aura Mawi Raja SMS, aku nak gelar Tun Mahathir Raja Blog pula, sebab baru sebulan sudah ada 1 juta.. fuuyooh ! Aku start sebulan awal dari dia, dia dah ada "The Millionairs Club "members tetapi aku pulak ada "The Million Hairs Club" sebab umur dah senja tetapi rambut aku cantik lagi, tak macam rambut Pak lah, Anwar dan Najib !
Beginilah, kita tengok tengok dan tunggu dulu, Firasat aku rasa ada kejutan dalam tahun ini. Baik atau buruk aku belum dapat tau lagi, tetapi yang pasti kita akan tahu cerita cerita panas, sensasi , mungkin kontroversi dari mulut mereka mereka tadi.
Walau apa pun, Aku pun dah pernah jadi PM ( Pokai Man) !!
Sekarang ramai sangat orang nak masuk syurga, tetapi suruh mati tak mau, Habis.. macam mana nak masuk syurga ?
2 comments:
The first thing that Allah taught Adam was about ASMA or names. It is thus our blessed gift to recognise alam through names.
Even malaikat do not know what Allah meant by such names. Allah asked them to tell Him the names of things. Of course malaikat are among the most knowledgeable beings. But why can't they answer? What names does Allah meant?
I gathered that those names pertain to concepts also, and particularly concepts been the highest form of names. They point to ideas and patterns that malaikat cannot identify until Adam by Allah's gift told them.
Such as you here, you give acronym or leading letters of patterns of names. That is a gift already.
Alhamdulilah. I read your story of hardship. You see, it is all from Allah. It is not accident. Nothing happens by accident. It is all ordained.
Peace, may Allah bless you and your wonderful family. Amin.
Redhuan, angel at the door of heaven.
Salama Zaki,
Since i m always in KJ, can u give me your mobile and we meet up for some taaruf and silaturahim among insan.
Mine is 017-8869378. I sent u an email too.
I am in Kuang, Sg Buluh. My kids go to swimming in KJ weekend mornings, and i do coach my youngest boy around 7am-8am then its breakfast time. Sunday is walk at Mont Kiara Tmn Tun park 7am - 9am with some other friends. Of course i m not that disciplined. Pantang kawan ajak ke mamak.
Post a Comment