Sunday, 3 August 2008

Jodoh Aku Dari Internet?


Hi sayang ! Sambutlah tangan ku !






Sejak komputer, internet, weblog ujud entah berapa juta manusia didunia ini yang telah mendapat manafaat, keuntungan, kebahagian, penderitaan, kekecewaan, kesiksaan dan sebagainya. Ada yang betul betul arif menggunakan internet untuk mencari untung dan telah pun menjadi jutawan internet, ada juga yang menjadi papa kedana kerana terpedaya oleh skim pelaburan pelaburan internet yang tidak tentu hala tujunya dan ada ramai juga yang bertemu dan mendapat jodoh, bercerai berai dari internet dan blog, ada juga yang kena kutuk, dihina, meluahkan perasaan dendam, fitnah dan benci kepada sesaorang individu, Kerajaan dan macam macam lagi lah yang aku dapat tengok dan baca melalui internet atau pun blog. Pada pendapat aku, gunakan lah untuk benda benda yang berfaedah, kita semua sudah diberi ruang untuk berkarya, walaupun mungkin tiada sesiapa yang membaca apa yang kita tulis diblog kita. Aku yang baru berjinak jinak dengan internet, blog ini pun sudah dapat merasa tempias dari ujud nya alam maya/siber yang luas tanpa sempadan ini.


Aku bukan penulis handalan macam "sahabat blog" aku chedet.com, anwaribrahimblog.com atotalblog.wordpress.com, red1, malaysiakini, malaysiatoday dan lain lain , tidak pernah aku terfikir untuk menulis apa apa dan berkarya dimana mana ruang atau blog. Aku cuma menulis untuk meluahkan perasaan secara kebetulan disebabkan banyak masa lapang diwaktu malam sebab susah hendak tidor malam, bukan ada penyakit apa, cuma mata tidak boleh lelap. Banyak yang berkitar dikepala otak aku bila malam. Kadang kadang rasa sunyi, maklum lah aku sudah menduda selama 3 tahun. Dulu ada isteri, anak anak untuk bersembang sembang, bergurau dan macam macam lah lagi , kalau dah ada isteri tu. Sedia maklum lah kan, macam macam boleh kita buat, yang sunat dan yang wajib ! Aku juga punya ramai kawan kawan yang bersama sama kemana sahaja, biasa lah masa itu aku loaded, pantang petang sahaja, ada sahaja kawan menalipon aku " Bos, mana nak jumpa malam ni?" Ayat wajib mereka. Kalau aku malas nak keluar sekali pun, bila dah dipanggil bos tu aku lemah semangat, keluar juga lah. Aku pulak jenis boros, pantang datang bil , aku lah yang sambut dan membayar nya. Lagipun aku tengok kawan kawan semua liat nak membayar, pura pura tak nampak lah, pergi toilet lah, busy bercakap talipon lah macam macam taktik mereka supaya bil yang datang tidak dihalakan kepada mereka. Aku pulak malas nak tengok pelayan itu tunggu lama lama , mana ada kelas ! Itu sebab sekarang aku sudah malas nak keluar, budget dah ciput, lagipun aku dah tengok semua didunia ini, sudah enjoy sepuas puas nya ditiga suku dunia. Aku rasa lebih baik aku duduk rumah, tengok TV , membaca, beribadat sikit dan bermain blog, lagi ketagih juga rupanya benda alah ni !


Baru baru ini aku "join" salah satu laman blog yang lain. Fuyooo best ! Tapi aku rasa blog ini untuk orang orang muda remaja sahaja. Tapi, aku peduli apa, aku register dan buat macam biasa profile aku dan mula lah mencari kemudahan apa yang ada disediakan diblog ini. Ada pula ruangan mencari kawan, matching kan nama kita dengan nama nama pengguna lain, boleh chating dan lain lain. Dalam seminggu aku dapat 60 orang kawan baru, 98% perempuan. Kalau tengok daripada gambar gambar mereka, cun tangkap habis ! MasyaAllah, terkejooot aku dibuat nya. Tak sangka ada juga yang berminat hendak berkawan dengan aku yang dah senja ini ! pada aku elok lah begitu, kalau hendak berkawan kita jangan memilih bulu (bukan bulu itu lah!) maksud aku jangan memileh pangkat, darjat, bangsa, keturunan, umur, rupa, agama dan yang sewaktu dengan nya, kita nak berkawan, gunakan lah tanpa was was !


Dalam ramai ramai "kawan baru" aku, apa yang aku agak daripada tulisan dan jawapan chating mereka kepada aku, ada yang terdiri daripada gulungan yang berjaya, egoistik, gagal dalam hidup, kecewa, rendah diri, kesunyian, menharapkan kasih, cuba menampilkan diri, dan sebagai nya. Aku tak kisah, sebab aku pun baru dan bukan kenal rapat pun dengan mereka semua, baru berkenalan diblog itu sahaja. Kalau mereka layan aku dengan baik, baik lah dapat nya, kalau tidak, tidak menjadi kudis pada aku pun. Aku sendiri pun sudah berjumpa, berkawan dengan beribu ribu orang disepanjang hidup aku, dan aku faham benar sifat manusia, ada yang ikhlas dan ada yang cuma yang hendak mengambil kesempatan. sampai aku boleh baca apa yang terpendam dihati, kalau aku dapat berjumpa dengan mereka, pandai sangat tidak lah, tetapi aku tahu dan memang selalu tepat firasat aku tentang sesaorang! Tak percaya? mari jumpa aku! Tapi call dulu.. kalau tak ada nombor aku, tinggalkan nombor telefon ko orang disini.....he!he! (pembaca lain , jangan pulak ambik nombor nombor tu !)


Aku kira kira, adalah dalam sepuluh orang lebih perempuan yang aku rasa betul betul ikhlas hendak berkawan dengan aku, siap bagi nombor talipon. Ada yang berumur diantara 35 -45 tahun, mak janda, yop !, ialah dia tengok profile aku seorang duda, mesti lah dia pun nak test market macam aku juga. Aku pun balas call atau layan chat dengan mereka dengan baik. Ada juga yang muda muda remaja dari umur 20 -29 tahun anak anak dara (agak nya lah) yang berchating dengan aku, ada yang panggil aku Dato, uncle, abang, dan macam macam panggilan, ada juga yang panggil aku sweetheart, honey, sayang pun ada. Ini yang membuatkan aku terhibur dan rasa muda balik. Yang aku tak sedap hati ada juga "jantan gay" yang menulis "Muaah, muaaah!" pada aku, heehee geli geleman bulu tengkok aku dibuat nya. Bapok pun ada yang berminat kat aku ni, tapi dengan cara baik aku suruh dia bertaubat, dan kalau dia betul betul berminat sangat, aku pesan dan suruh dia pergi cari "jantan yang sedang hangat dipasaran" sekarang ini, tentu dia boleh join sama. Lepas daripada itu, tak contact aku dah !


Ramai juga dikalangan bloggers yang betul betul hendak sangat berjumpa aku, ada yang nak bercerita tentang bisnes, saja berminat hendak berkenalan dengan lebih rapat dengan aku, dan macam macam lagi lah tujuan mereka. Aku mungkin akan berjumpa juga mereka ini, aku tidak mahu menghampakan mereka, manalah tahu ada peluang lubang bisnes lain atau berjumpa pula dengan yang benar benar ikhlas dengan aku, dan mana tahu pula aku juga akan bertemu jodoh (kira jumpa lubang juga tu) dengan salah seorang daripada bloggers ini? Kalau ini terjadi, aku juga akan menjadi dan mengikut trend sekarang " Berkenalan dan berkahwin melalui internet" InshaAlah ! Bahagia nya lah aku nanti !


Jadi, kalau nak mendapat ramai kawan kawan atau mungkin betemu jodoh, atau jodoh LAGI "tiru macam saya !"


4 comments:

Gelombang Rakyat said...

May I kopi you?

SiR KinG TiGeR said...

zz

You nak teh i pun bagi hehe

roserose*MrsYusof* said...

Datok,

Wah baguslah dpt ramai kawan pompuan! Tahniah!

SiR KinG TiGeR said...

ros

Belum dapat lagi, baru test market hehe