Schloss Klessheim
Mozart
Rumah kelahiran Mozart
Bandar lama
Salzburg
Semasa aku menonton
Euro 2008 diTV yang diadakan
diSalzburg, Austria diantara Greece dan Sepanyol yang berkesudahan
Sepanyol mengalahkan Greece 2-1, tiba tiba saja fikiran aku melayang dan terkenangkan
kekasih lama yang aku tinggalkan semasa belajar di
Schloss Klessheim, Salzburg pada tahun 1985 dahulu. Banyak pula kenang kenangan manis yang bermain difikiran. Aku tersenyum sendirian mengingatkan kali pertama aku sampai diSalzburg dan berkenalan dengan anak gadis tempatan,
Claudia. Entah macam mana rupanya sekarang,
gemuk dan besar juga ke macam kebanyakan perempuan separuh umur disana? Dah 42 tahun !
Aku bertuah dapat melanjutkan pelajaran aku dibidang perhotelan di
Institute Of Tourism and Hotel Management, Salzburg, Austria setelah bekerja selama 14 tahun dari "rank and file "aku di ketemukkan Allah kepada seorang pegawai dari MARA . Aku menceritakan minat aku untuk belajar lagi kerana semasa bersekolah aku tidak ada peluang disebabkan kemiskinan. Dia (sekarang dah arwah ) bersungguh sungguh untuk membantu aku mendapat kan
pinjaman MARA sebanyak RM11,000, cukup untuk menampung kos pelajaran. Tetapi aku diminta mencari duit tambang kapal terbang sendiri, sebagai komitmen aku. Kebetulan ketika itu kawan adik aku yang ketiga bekerja dengan
Kopetro Travel syarikat pelancungan ( anak syarikat Petronas,) dapat lah dia membantu untuk mendapatkan tiket bayaran secara ansuran. Aku bukan nya banyak duit simpanan dan ketika itu aku dah berkahwin dan ada 2 orang anak, baru pula berpindah ke KL untuk jawatan baru. Untuk menambahkan lagi wang saku , aku terpaksa menjual kereta Toyota Corona aku kepada bekas bapa mertua aku ( juga sudah arwah). Sekejap.. aku nak hadiahkan Fatihah kepada kedua dua arwah ini.. AlFatihah..
Di pendek kan cerita, Aku sampai dilapangan terbang Salzburg dari Frankfurt, Germany. Ini lah kali pertama aku menjejaki Negara Eropah dan macam tidak percaya dan terus mencari teksi, memberikan alamat tempat Intitute aku , "brauhen Sie taxi? Wo Hin ? tanya pemandu teksi , "apa benda tu kata hati aku, " tetapi disebabkan dia menyebut teksi, aku pun menunjukan sekeping surat tawaran aku , dia tersenyum masuk kedalam teksi dan terus bergerak.
Perjalanan memakan masa lebih kurang 30 minit. Apabila sampai, Aku diberi taklimat oleh pegawai di Institute yang bercakap pelat pelat English, dan memberikan aku pula alamat yang lain. sekali lagi aku terpaksa mencari teksi , menunjukan kertas tadi. OK ..Ok.. keine problem,hunded shilling bitte ! kata nya! rupa nya dekat sahaja cuma 10 minit, tapi 100 Shilling. ? Mahal tu ! Nasib baik Aku telah pun menukarkan matawang US dollar yang aku bawa dari Malaysia ke matawang Shilling Austria ketika itu 100 Shilling lebih kurang RM10.00.
Aku ditempatkan di sebuah Gaste Haus - motel kecil tiga tingkat dan dibawah nya ada sebuah restoren "Cafe Grenzwald" milik satu keluarga yang baik. Terkejut beruk juga aku sebab pelajar diberi bilek dimotel? Baru ada class sikit !
Gruss gott ! kata seorang perempuan separuh umur dan terus membawa aku naik keatas. Masa menaiki tangga, entah apa yang dicakapnya aku langsung tidak faham kerana dia bercakap German. Aku bercakap English dan dia membalas ..Ja..Ja aber hier alle Deutch ! Du must jetz Deutch lernen und sprechen. Apa yang dia cakap tu ? Di Tingkat 3 ada mempunyai 3 bilek., untuk aku berkongsi sebilik dengan seorang pelajar lain dari Sabah. Entah kemana hilang dia sekarang aku pun lost contact. Di bilik yang lain seorang dari Myanmar dan seorang lagi dari Bangladesh. Semuanya pelajar pelajar Institute, mereka sampai awal , tetapi semasa aku tiba mereka semuanya keluar. Ketika itu bulan September dan sudah mula terasa sejuk. Aku berkemas dan terasa kering tekak dan turun kebawah untuk meminta air minuman. Pening kepala aku sebab macam itik dengan ayam, dibawah cuma seorang perempuan tua, ibu kepada tuan punya motel tadi. Riuh rendah bising bila dia bercakap. Aku cuma meminta air minuman, water ..water ! ditunjuknya pula air paip Da... Wasser.. da , sambil menunjuk jari kearah tepi kaunter restoran tersebut.
Aku mula belajar bahasa German semasa di Intitute di samping mata pelajaran lain. Dalam masa satu bulan aku dah mula boleh berkomunikasi sikit sikit, jadi lah.... tidak lah lagi macam ayam dengan itik. Selepas belajar, aku selalu ke Intersparr ( supermarket) dekat dengan Intitute , disinilah aku berjumpa Claudia ketika itu berumur 18 tahun yang bekerja sambilan dikedai gambar. Aku mula jual minyak , bercakap broken German dan semakin rapat dengan Claudia. Dihari cuti aku akan berjumpa Claudia dan dia akan mengajar aku bercakap German , membawa aku bersiar siar dibandar Salzburg, Insbruuck (tempat luncur salji olimpik) dan kerap juga ke Freilassing sempadan German dengan kereta volkwagen warna kuning nya, kerana katanya orang orang German lebih open minded daripada orang orang Salzburg. Vienna ibu negeri Austria orang tak berapa kisah kalau orang tempatan keluar dengan orang asing dah terlalu open ! Kami "bercinta" hampir setahun, terputus bila dia tidak mahu memeluk Islam, tahu aku sudah berkahwin dan mempunyai anak. Bukan salah aku.. Dia tak tanya pun.... ! Takkan aku sibuk sibuk nak bagitahu ! Aku betul betul sayangkan dia, perempuan yang baik dan cantik dan telah mengajar, menemani aku selama diSalzburg (Ee, suka nya...kalau tidak anak Mat Salleh isteri kedua aku !)
Penduduk Salzburg memang berbangga dengan kota mereka yang tidak pernah kering dengan pelancung. Banyak tempat tempat menarik yang boleh dilawati disini, tetapi mereka lebih suka menyebut nama pemuzik Mozart (Wolfgang Amadeus Mozart) yang lahir pada tahun 1756 anak kepada seorang pemuzik "Royal Chamber Music" . Untuk terus mengingati nya, macam macam benda diSalzburg telah dinamakan dengan nama Mozart, chokolat, cake, ice cream, barang barang mainan dll. Lokasi dimana filem "Sound of Music" di buat 30 tahun dahulu juga telah menjadi tempat yang begitu terkenal dan dikunjungi ramai setiap hari. Banyak lagi tempat tempat menarik yang aku lawati semasa diSalzburg. Oleh kerana negara lain berdekatan sempat juga aku melancung ke Rome, Pisa, Florence, Milano, Vanice diItaly, Amserdam diBelanda dan Brussels di Belgium. Negara negara lain aku lawati apabila aku balek semula ke Malaysia dan bekerja sebagai Pengarah Jualan dan Pemasaran dihotel hotel 5 bintang.
Kalau aku nak bercerita pasal Salzburg, 7 hari 7 malam pun tak habis, memang tak cukup masa. Tetapi aku sahaja menulis disebabkan Euro 2008 tadi yang membuatkan aku mengingati kekasih lama Claudia dan Salzburg. Kepada Claudia " Ich lieber dich noch !" kepada Salzburger " Auf wieder sehen und Danke Sehr" sebab memberikan aku seribu kenangan ! kalau ko senang senang lawati lah website Salzburg , pun dah cukup, kalau tak ada lagi rezeki nak kesana . Memang cantik Salzburg ni , macam perempuan perempuan nya juga !
P.S Aku sudah lama tidak bercakap dan menulis dalam bahasa German. Jadi maaflah kalau ejaan nya tidak begitu betul. Bercakap aku masih lagi OK , kalau ada Sanusi Junid bersama sama, lagi OK !