Wednesday, 4 June 2008

Artis Melayu Berbogel ?








Gambar Hiasan Sahaja

Kalau aku nak bercerita pasal artis artis Malaysia ni, 3 hari 3 malam pun tak habis. Aku pernah juga bercampur sekali sekala dengan mereka ni masa muda muda dulu. Tetapi sekarang dah malas. Takut aku terkena tempias "gossip panas" mereka. Masa aku menguruskan resort dulu, ramai juga pengarah pengarah, artis artis menginap di resort aku. Disebabkan masa shooting tu lama , dapat lah aku berjumpa, berkenalan dan ada yang menjadi kawan rapat sampai sekarang.Bukan tak mau pasal apa , aku dah dengar, tengok macam macam gelagat artis artis ni. Kisah rumah tangga bergolak lah, bercerai selepas beberapa bulan kahwin lah, pinjam duit tak bayar lah, baju baju sponsor tak dipulangkan lah, hisap dadah lah, tak datang sessi fotograpi lah, tangkap dan kikis harta VIP lah, kahwin VIP lah, macam macam ada !

Tapi sebenar nya orang macam kita pun ada yang lagi teruk, cuma tak dapat publisiti sahaja. Oleh sebab artis artis ni 'bintang' maka "berkelip" lah cerita cerita mereka. Ditambah pulak kerja orang orang surat khabar, majalah, TV dan lain lain media, selalu sahaja mahu mencari bahan daripada mereka sebab mereka ada pengikut atau peminat sendiri. Oleh kerana rasa ingin tahu peminat peminat terpaksalah membeli bahan bahan tersebut. Yang mengaut untung orang orang media ni lah ! Ko tengok dan baca lah sendiri, hari hari, tiap tiap minggu dan tiap tiap bulan ada sahaja cerita artis artis ni !

Minggu lepas, ko orang tentu ada membaca suratkhabar dan ingat cerita seorang artis yang putus hubungan dengan boyfriend lama nya . Lepas itu, sekarang nak saman menyaman pulak disebabkan dah tak sehaluan lagi. Buat apa nak heboh heboh, JomHeboh kan dah ada ! Sekarang satu Malaya dah tau. Pada aku, benda ini boleh di selesaikan sesama sendiri, cara baik. Nanti orang kata pulak nak publisiti murahan ! Malas aku nak baca terus cerita nya. Apa yang aku minat nak dengar dan baca , ialah ada diantara artis artis kita yang buka Production House dan berjaya, sekurang kurangnya memberi semangat sikit kat peminat peminat nya. Semua peminat peminat akan angkat tabik ! Tengok artis artis lama, ada yang jadi jutawan, usahawan, Ahli Parlimen dll, dapat Tan Sri, Dato lagi. Seorang Seniman lain pulak filem nya dah beratus kali aku tengok, asyik ulang tayang kat TV sahaja. Filem filem artis artis baru macam tak ada yang berkualiti sahaja ?

Yang lagi seorang artis ini pulak kes nak saman menyaman juga disebabkan artis tadi bergambar sakan dengan ahli keluarga nya. Eh.. Tak boleh ke? Aku tak berani nak komen sebab aku tak tau apa cerita sebenarnya. Nanti dengan aku aku sekali disaman nya ! itu aku kata tadi macam macam gelagat artis artis ni. Tetapi bagi artis yang ada duit banyak dan dah planning nak berkahwin mungkin tak lama lagi , membeli belah sakan kat Overseas. Ini aku kata adalah style sikit, setidak tidak nya aku dengar pun rasa bangga sebab artis artis kita dah mampu melawat ke luar negara , dan shopping lagi ! Class You ! Dulu masa aku duduk kat overseas aku tak mampu lah bab shopping menyoping ni sebab aku pelajar sahaja , boleh lah setakat nak beli "pakaian dalam" tu, yelah takan tak mau tukar, Malu lah pulak nanti ditengok girlfriend ada lubang sana sini ! Baju baju, seluar tak tukar pun tak apa, sebab tahan lama.

Ada lagi cerita artis yang aku baru baca berita, dah beli kuda pulak.. lah, buat apa lah membazirkan duit. kuda... ? kalau beli kereta logo kuda (Mustang ke apa?) tu hebat lah. Boleh juga bawa aku tumpang sekali, sekala. Aku pun solo juga, duda ..sseessuuaai ! (Petik kata kata Raja Azura) . Kuda ni bukan senang nak dijaga, makan minum banyak, memileh makanan pulak tu. Dah lah nak sediakan stable nya lagi, nak bersihkan dia lagi , macam macam lah. Kalau Kuda Racing tu Ok lah, boleh aku tolong bawak kan ke "Race Course ." Nak Win, Place,Forecast ? Boleh aku tolong bet kan . Apa lagi istillah orang kat race course ni aku pun dah lupa. Kalau setakat tahi seekor kuda itu , bukan boleh dijual dan dapat hasil nya , Kalau banyak ekor kuda boleh juga kot. Dapat lah pulangan sikit. Tuhan marah dan benci kalau kita membazir. Beli rumah, sedekah sikit kat rumah anak anak yatim, buat amal jariah, berkat lah rezeki atau buat pelaburan macam ASB, ASN, Trust Fund, yang terbukti menguntung kan lagi baik, tidak lah masa tua tua nanti kena tunggu elaun dari Persatuan untuk sara hidup. Aku ter ingat masa muda muda dulu, ada juga lah member member beli tetapi bukan kuda, tetapi bulu ekor kuda sebagai senjata sulit dan simpanan peribadi, Eh, eh .. ko orang ni macam pernah beli aje !

Semalam, nak jadi kan cerita aku macam terdengar seorang lagi artis popular ini Berbogel ! selidik punya selidik sebab aku nak tahu jugak siapa artis ni. Tengok kat internet, tak ada pun ! Mana lah tahu kot kot Mat Skoding dan geng geng nya dah download kan macam biasa. Aku mula tercari cari, tertanya tanya siapa lah gerangan artis yang berbogel yang aku dengar itu. Sambil aku berbaring baring nak relek kan badan, tiba tiba sahaja aku ternampak samar samar wajah artis tadi di dalam bilek air rumah nya ! Oh.. dia ni, kata hati aku, patutlah berposing sakan. Tetapi apa yang di hairankan sangat, kat dalam rumah dia ! Kalau dikalayak ramai atau dalam filem tak elok lah. Tapi aku nak juga ingatkan artis ini , Malaikat tak masuk kerumah kalau mandi bogel! Syaitan dan Iblis ( orang yang digoda syaitan dan iblis pun sama ) memang suka tengok benda benda macam itu. Mandi kena pakai kain batik basahan, aku takut nanti ada Mat Skoding yang dah lama pasang CCTV dekat celah mana mana ! Baru betul ! nanti kena pakai purdah pula bila nak keluar rumah atau berlakon drama atau filem. Sekarang mana ada lagi watak pakai purdah macam cerita Ali Baba Bujang Lapuk difilemkan !


Tiba tiba telefon tangan aku berdering dengan kuat nya , aku terkejut, takut nanti nampak pulak artis ini yang aku ada dirumah nya ...kacau daun betul ! belum sempat aku nak bercakap dengan artis tadi. Aku pun terbuka mata....barulah aku sedar.... bermimpi rupa nya aku ! patutlah, sebab siang tadi aku asyik sangat membaca kisah artis artis Melayu ini disurat khabar, terbawa bawa pulak ke mimpi.


Tapi.. ada ke artis artis Melayu kita berbogel ? Kalau ada, tolong bagi aku tau ! Sebenarnya, kita tak boleh menuduh sesiapa, bukan artis sahaja tanpa bukti yang sahih. Berdosa besar ! Tapi ko orang yang tengok gambar gambar tadi pun ada juga terkena tempias, ber dosa....

Jangan salah kan aku pulak, aku tak suruh ko tengok pun !!!







20 comments:

antimamak said...

Tengok tengok saje..bagi sikit support, sorrylah Dato. i tak tahu comment article macam ni.

Anyhow wish you enjoy writing. wish you happy always.

antimamak

SiR KinG TiGeR said...

antimamak
datang jugak ko keumah aku. thanks aku saja suka suka tulis nak lapang kan otak. Aku malas nak cari fakta fakta . Ko rajin dan tulisan ko penuh dengan academic value. keep it up !

One day we'll meet !

antimamak said...

Datok zeq
Tentang artis melayu bogel bukan lah perkara biasa, dalam internet dapat download blue melayu juga,
Pada pendapat saya, kemungkinan masyarakat Melayu sedang mengalami tekanan tinggi, atau kemungkinan gejala sosial semakin tegang dan hilang akhlak yang murni, biasanya ia wujud dari sistem kekeluargaan terlebih dahulu. Tambahan pula budaya asing yang kuat meniup, jadi senang lah dipengaruhi. Media , internet dan sebagainya tidak selaras dengan perkembangan pemikiran masyarakat melayu.

Saya pernah buat kajian tentang social change di masyarakat kampong melayu, dimana perubahan pemikiran dalam masyrakat melayu amatlah cepat jika dibandingkan dengan masyarakat bangsa lain di Malaysia.

Apa yang saya fahami masyarakat melayu senang menerima perubahan, sama ada perubahan social, khasnya cara hidup, pemikiran dan etika, kalaulah perubahan nya sangat progress maka ini akan membawa penyakit masyarakat.... contohnya PRU 12, dimana perubahan pemikiran masyarakat Melayu di 5 buah negeri. maka membawa tuah kepada pihak pembangkang.

exhibitionist upamanya...mereka dengan rela tanpa minta apa apa balasan, cuma memuaskan nafsu, memuaskan gian dalam hati mereka. hanya mahu tunjolkan body dengan sukarela tanpa paksaan. begitu juga banyak aktress Melayu sangguio rakam blue filem dengan menggunakan handphone..

Begitu juga, Datuk kalau lihat pada zaman perang Vietnam, nampak ramai permuda american yang berunsur hippies, berambut panjang dengan dadah.... ini adalah perubahan social akibat dari tekanan masyarakat, sehingga pakar sosialogi amat pening ketara. tiada tahu bagaimana mengubati penyakit social ini.

ok lah henti disini ,bincang bincang saje .. saya support Datuk ya.

SiR KinG TiGeR said...

antimamak
TQ tadi aku nak tengok webblog ko tak dapat? Sok bagi la e-mail kita sembang2 boleh aku belajar dari ko

Aku rasa ko ni dulu orang politik? Ari ni tak nampak pun komen ko dichedet?

antimamak said...

Datuk:
Mafaakan kan. saya bukan ahli politik, tak pernah memasuki mana mana parti politik,. bagi saya politik adalah kotor, kalaulah tak kotor maka tiada bangku untuk duduk .

Minta maaflah, saya tiada memiliki apa apa blog, nanti kena tangkap loh!! haha terlalu critical thinking.

Tentang Chedet. chedet ada ramai penyokong. sayalah satu satu yang jadi samseng dalam blognya, maka orang akan tertempu keatas saya, saya bangkang dengan cara mamak jual roti canai, teh tarik, nasi kandar.. ( ada image juga)

memang pun, bukan lah semuanya dia tepat, betul kadang kala di mabuk juga!! walau bagaimanapun banyak critical thinking akan di tunai kan di blog chedet... tunggu dan tengok. tapi jangan sentimen ok ?? Datuk, kalau lah apa apa silap dalam tulisan saya, harap maaf ya !!sebab saya bukan kaki bodek, kaki ampu mana mana pihak.

SiR KinG TiGeR said...

antimamak

Aku suka tulisan dan komen ko. Ada value dan penuh fakta. kita sokong pemimpin yang betul betul buat kerja sahaja untuk rakyat. Tak kira Mahathir, Pak Lah, Najib, Anuwar sekali pun. kita nak memantau . Ko apa nak takut kalau benar ! Kita ni kerdil tak boleh buat kerja kita bersuara.. Mesti ada yang mendengar !

Aku baca komen ko pasal jual roti canai masa hujan, berjalan aje otak ko ni !

antimamak said...

Datok :
Baru saja saya membaca vcomment datuk...saya ketawa Hahahaha,,, memang ver enjoyable. Saya harap minyak naik pun datuk mesti keep on happy in your daily life.

Takkanlah kita ditipu bulat bulat ?? mana otak kita bawah lutut? pordah... hahaha

Kadang kadang saya fikir kenapa ada pilihanraya dalam sistem demokrasi, sebab ilihanraya adalah untuk kita pilih CEO, boleh dikatakan dia orang kuli rakyat, kalaulah kuli boohong sama kita, takkan kita tiada ada otak memikirkannya??

Tengoklah kuli kita, yang tua tua pun bohong bulat bulat macam roti canai...hahaha

Apatahlah lagi, sesetengah ahli politik memperjuangankan untuk Melayu? memperjuangkan untuk rakyat??? tapi memperjuangkan untuk harta sendiri. Cari kaya dengan cara cepat.

" Dan diharapkan penyokong chedet janganlah kerana kenaikan harga roti canai sehingga membawa demontrasi di mana mana pepenjuru Malaysia."

ini pula new posting :

Tun:
Thank you for your explanation,
" I am the “adviser” to Petronas but I know very little about it beyond what is published in its accounts. What I do know may not be very accurate but should be sufficient for me to draw certain conclusions."

“Macam tu mamaktongkang pun boleh dadi penasihat Petronas, Mamak jual roti canai pun boleh duduk kerusi sebagai penasihat di petronas."

Apa yang dihujahkan oleh tun ibaratkan sebagai roti canai berbentuk bulat, macam mana pusing pun nampak bulat sahaja.

Soalan, adakah Tun bagi support sama Pak Lah menaikkan harga minyak ?? kita cuma nak tahu jawapan? kalau Ya, ini bermakna Tun support sama kerajaan pimpinan Paklah, malah segala tindakan terhadap Paklah hanyalah
sandiwara politik sahaja.
June 5, 2008 1:30 PM

sifu-sifulan said...

Sebab ada orang macam kau ni lah yang suka mengumpan perempuan2 bersepah-sepah artis bogel kat negeri kita ni.

SiR KinG TiGeR said...

sifu-sifulan
Ko tak baca habis ? Ada ko nampak artis berbogel? bagi tau aku seorang ngan gambar proof nya sekali !

SiR KinG TiGeR said...

antimamak
Aku pun nak syok syok saje, malas nak komen serious sangat. Nanti kena Akta Hasutan, ISA pulak Takut gak aku benda benda macam tu. Ko dah baca lagu adapsi Tan Sri SM Salim aku buat tadi?

OK lah jumpa disana , disana !

antimamak said...

Datuk:
Trima kasih ...teringat saya lagu yang sedap itu. hahahaha..syok syok juga.

Tak payah kita fight apa, kita bukan ahli politik, bukan nak ambil mega project, bukan nak duduk dalam parlimen, bukan nak cari lubang untuk kaya.....cuma gurau gurau, tumpang heboh mana yang jujur.

Tidak payah kita berpidato, kalau nak, cari pembangkang, kesemua ini bukan kerja kita, cuma apa yang kita sampaikan mesej,` --aku tak suka kau' ' jangan mengajak kita jadi bodoh' itu pun kebebasan bersuara juga...haha

Kita bersuara demi mengalakkan orang memantau apa orang kerja kita buat. Bukannya demostrasi, bukanlah cara hindraf, DAP, PKR, BN.. bukan semua. tapi hanya sokong kepada kerajaan jujur.

Kita bersuara sama ada betul atau salah pun tak mustahak, cuma timbulkan kesedaran, bahawa kita adalah rakyat Malaysia, kita mempunyai hak untuk bersuara. ( rasarasanya kena sencor kut !!

Kalau jujur kita sokong
Kalau bohong kita bersuara.

Tunggu ..tengok Tun menyiarkan kaedah mengatasi kenaikan minyak yang di tulis saya... cukup gila, tapi bermakna.

antimamak said...

datuk :
Inilah yang tumpang seronok..
Antimamak said...

Kepada penyokong penyokong Chedet:
Kita amat berterima kasih keatas Tun dimana sedia memberikan penjelasan yang munasabah, penghujahan yang begitu rumit sehingga penyokong pengyong chedet memahami faktor kenaikan harga petrol di Malaysia.

Besok hari pump minyak pun kena bayar petrol dengan harga baru, kenaikan sebanyak 40 hingga 64 %.

Apa yang memeningkan kepala,kerajaan telah memberikan pakej yang istimewa, iaitu subsidi...Ehhh Wa ! cukup seronok.

Tapi memandang statement Datuk Shahrir Samad baru-baru ini, dia mengatakan subsidi minyak adalah sebanyak RM56 billion manakala semalam Tan Sri Nor Mohamad Yakcop mengatakan subsidi minyak sekadar RM28 billion?? alamak ! yang mana betul ? yang mana boleh dipercayai ? adakah roti canai sudah guna tepung ubikayu ???

Jadi walau bagaimanapun krisis ekonomi mesti kita hadapi. khasnya cara cara membenteras inflasi dan kenaikan harga barangan. begitu juga krisis harga makanan yang kian meloncat.

Maka saya mengesyorkan penyokong penyokong Chedet mengambil tindakan seperti berikut :
Pergi ke kedai mamak, ambil gambar roti canai, nasi kandar, nasi briyani, Ros ayam..mana mana makanan yang sedap hingga menjilat jari... tangkap gambar dan buatkan poster besar dan melakat di dinding.

Kalaulah anak anak kalian ingin makan roti canai sebagai sarapan pagi, maka panggil lah mereka pandang ke poster itu... cara inilah yang paling murah untuk mengubati kelaparan.

Kalaulah nak minum teh tarik, maka pandang ke poster Teh Tarik sambil minum air paip. maka perasa teh tarik akan dihidangkan ....

Memang pun, sejauhmana Tun menghuraikan fakta kenaikan petrol, tetap kita yang menanaggung, alasan bukanlah dapat mengubati masalah, pendeknya hujah hujah tun hanyalah memberikan keterangan tetapi tidak menurunkan harga petrol... jadi tiada pratical, ia cuma sedap didengar, tidak boleh digunakan langsung.
Datuk :
ok lah... bagilah mereka memahami, in realistic he couldn't change anything. in fact we have to face it everyday,.betul dak??

About Us said...

antimamak

Betul kata ko. Aku pun dah baca tadi. Kita nak tumpang lalu dan nak berseronok aje, tapi dalam pada itu kalau ada yang serius issue, kita bagilah pandangan yang berfakta macam ko selalu tulis tu. Kadang kadang dia orang tak ambik pot pun, tetapi kita dah lepaskan apa yang terbuku dihati ! Aku pun selalu tercari cari apa yang ada kat dalam otak ko !

Ko teruskan menulis yang berfakta, aku macam ini gak syok syok layan fikiran aje

antimamak said...

adil:
Bukanlah kita ini batu api , membakar emosi masyarakat anti kerajaan. tetapi apa yang kita sampaikan adalah mengutuskan mesej untuk `Naik' kan kesedaran kita sebagai rakyat. Memang pun perbezaan pendapat mesti wujud dikalangan kita, jadi apa bezanya kita jadi Pak turut dan pak bodek??

Biarlah saya kata, ungkapan yang sedap di dengar tidak semestinya baik, ungkapan yang betul selalunya membakar telinga.

antimamak said...

Mana Dato ni ??
tiba tiba hilang tak bersuara langsung....

Takut OSA, ISA, Hasutan kah? padahal bagi aku harga minyak niak mendadak itu lebih aku takut.

Ok lah you takut takut pun tak mengapa, asalkan jangan guna kain selimut tutup muka sudah, nanti nak pancing perempuan pun senang. hahaha

Datok... rest lah.
berehat semoga happy always, tengok wayang di blog chedet.

SiR KinG TiGeR said...

antimamak
Aku pergi Ipoh 3 hari sebab kawan aku kahwin kali ke3. Ko baca lah ada aku cerita sikit sikit. Malas nak bawak laptop sebab aku sibuk melayan dia. Dia ni kawan lama aku masa sekolah dulu.

Ko ok ke? tak nampak apa apa pun ko tulis? Red1 ada apa apa cerita?

Anonymous said...

salam dato zeq...haha. aku suka nama kau. teringat aku kat arwah dato zakaria mad derus. derang panggil dato zack.

terima kasih lawati blog aku.

aku suka baca blog ko. teruskan.

salam perjuangan blogger2 bersatu demi bangsa.

SiR KinG TiGeR said...

Siddiq azani

Ye le ! Datang lah selalu

redzuank said...

Assalamualaikum Datok Zeq,

Saya pun xtau nak komen artikel2 mcm ni. Pada saya artis ni lebih byk bwk contoh x baik drpd yg baik kepada muda-mudi.Renung2kan lah.

Datok, tanda2 kegawatan ekonomi dah bermula di barat sekarang ni. Apa saranan datok utk owg mcm saya cari duit lebih. Apa cara terbaik selain MLM?

http://redssays.blogspot.com/

SiR KinG TiGeR said...

redzuank
MLM memang satu daripada yang terbaik, pernah ko tefikir dari RM1boleh jadi sejuta kalau ko X kan 20? contoh 1 x 2 =2 2x2 = 4 , 4 x 4 = 8 x 8 = 64 x 64 = ?? dan seterusnya. Tetapi semua kena usaha, tak ada jalan mudah untuk buat duit, semua cerita cerita orang yang nak mengaut untung yang cepat.

Aku tengah buat advertising kat bas sekolah, kalau ko boleh cari clients, dapat lah 15% komisen.
Banyak tu.. contoh ko dapat client nak advertise dan belanja dalam RM100K, komisen ko RM15K tak cukup ??? Dapat sepuluh clients?? Bayang kan lah !! Aku boleh tolong, tapi bukan along !