Monday, 30 June 2008

Masalah Prostat & Mati Pucuk (Erectile Dysfunction)







Lelaki yang berusia 40 tahun dan keatas, sering mengalami masalah pembuangan air kecil. Ramai yang berpendapat ia adalah disebabkan oleh faktor usia. Namun begitu, ia tidak harus dipandang ringan kerana ia juga merupakan salah satu tanda pembesaran prostat, lebih dikenali sebagai "hyperplasia prostatik benigna (BPH)." Pembesaran prostat dikalangan kaum lelaki menyebabkan pembuangan air kecil yang tidak lancar dan rasa tidak selesa ketika membuang air kecil. Waktu tidur juga terjejas kerana terpaksa kerap ke tandas pada waktu malam. Perkara yang sama juga pada siang hari. walaupun telah beberapa kali ketandas, pundi kencing masih terasa penuh dan ikuti keinginan untuk terus membuang air kecil

Apakah sebenarnya pembesaran prostat ?

Prostat terletak dibahagian bawah pundi kencing dan melingkari saluran uretra (saluran kencing). Ia merupakan "kelenjar seks kaum lelaki "yang menghasilkan testosteron, iaitu hormon seks kaum lelaki. Semakin lanjut usia seseorang lelaki, semakin menurun paras testosteron dalam badannya manakala paras dihaiddrotestosteron (DHT) pula akan meningkat. DHT terhasil daripada testosteron akibat tindak balas enzim penukaran, 5- alfa-reduktase. DHT merangsang sel sel prostat dan ini menyebabkan pembesaran pada kelenjar tersebut. Prostat yang membesar menyembitkan saluran uretra lalu menyukarkan pengaliran air kencing. Antara gejala pembesaran prostat adalah aliran air kencing yang perlahan, suka untuk memulakan kencing, sakit ketika membuang air kecil dan kerap kali keandas pada waktu malam atau siang. Tanda tanda lain adalah air kencing meleleh walaupun telah membuang air kecil, rasa pundi kencing masih penuh dan keinginan yang tergesa gesa untuk membuang air kecil.

Sebagai langkah langkah awal bagi membantu kesihatan prostat ialah memastikan diet harian anda mengandungi ikan (sumber protein) makanan laut seperti udang, sayur sayuran segar - tomato, brokoli (kobis bunga) dan buah buahan yang kaya dengan serat, antioksidan, vitamin dan mineral seperti besi dan zink. Meminum air sekurang kurangnya lapan gelas sehari. Cuba elak kan minum selepas pukul 7 malam bagi membantu mengurangkan kekerapan ketandas pada waktu malam. Elak kan juga meminum minuman berkafeina dan beralkohol kerana ia boleh mengakibatkan kerangsangan pada pundi kencing. Buat lah senaman yang teratur sekurang kurang nya 20 minit sehari, 3 kali seminggu. atau sekurang kurang nya berjalan jalan pantas sejauh 2-3 kilometer, juga sangat sesuai untuk individu yang sudah berusia.

Sebab berlakunya bengkak dan radang prostat (Rumusan nya)

1. Banyak hormon testosteron ditukarkan kepada hormon dehydro testosteron (DHT) apabila usia meningkat

2. Paras hormon testosteron rendah

3. Prostat berkurangan zat seperti zat zinc, vitamin B, vitamin E dan acid lemak

4. Bila usia mula mencapai 40 tahun


Simpton & Gejala Bengkak Radang Prostat (BPH)

1. Kekerapan kencing terutama pada waktu malam

2. Sukar untuk kencing iaitu pengosongan pundi kencing tidak habis

3. Kencing putus putus tidak lancar, serta tidak merasa puas

4. Mati Pucuk " Erectile Dysfunction" akan berlaku

5. Kadang kadang terdapat darah dalam air mani tetapi tidak merasa sakit

6. Kalau dibiarkan boleh menyebabkan kanser prostat dan membawa maut


Supplement Untuk masalah prostat

Saw palmetto adalah salah satu herba tradisional yang berfaedah untuk membantu mengurangkan masalah pembesaran prostat. Ia kaya dengan sterol tumbuhan dan asid lemak dan dapat menghalang aktiviti enzim 5-alfa-reduktase sekali gus merendahkan paras DHT. Kajian lain juga mendapati saw palmetto berupaya mengatasi symptom pembuangan air kencing serta melancarkan pengaliran air kencing. Kebaikan saw palmetto dapat diperingkatkan lagi apabila digabungkan dengan herba lain seperti biji labu yang sememangnya terkenal sebagai remedi untuk masalah pembesaran prostat. Zink penting bagi perkembangan organ pembiakan disamping membantu mengelakan pembesaran prostat. Sterol tumbuhan pula berupaya menghalang DHT daripada mengikat pada sel sel prostat lalu menghalang perangsangan penghasilan sel sel prostat. Cucurbitin (asid yang terkandung dalam biji labu) merupakan bahan antikerangan yang membantu meredakan inflamasi akibat pembesaran prostat.


Kebaikan Supplement diatas

1. Meningkat kan prestasi seksual secara semulajadi

2. Mempertingkatkan daya dan tenaga seksual

3. Meningkatkan tenaga dalaman serta kesihatan menyeluruh

4. Melindungi dan merawat masalah bengkak dan radang prostat (BPH)

5. Mengawal tekanan darah tinggi, kardiovascular dan kencing manis


Hubungi lah aku http://www.teamfifi.com/ sekira nya anda mempunyai symptom symptom diatas. Mengawal penyakit adalah lebih baik dari mengubati nya !


Kalau belayar , biar lah sama sama sampai ke destinasi nya ! Elak kan dayung patah sebelum belayar atau ditengah tengah pelayaran !

No comments: