Sunday 15 June 2008

Syarat Syarat Membaca Surah Yaasiin Yang Mustajab


Mengikut Ulama Ulama dan orang orang yang tinggi ilmu agama nya, amalan yang disukai oleh Allah Taala ialah dengan selalu berdoa kepadaNya, kerana orang orang yang banyak berdoa dikasihi oleh Allah Taala.

Firman Nya yang bermaksud " Berdoalah kepadaKu, nescaya Aku perkenankan baginya"


Salah satu amalan yang besar faedahnya ialah berdoa melalui bacaan Surah Yaasiin, amalan ini dilakukan oleh Ulama Ulama dan orang orang yang soleh dizaman silam. Antara syarat syarat sebelum melakukan bacaan Yaasiin ialah :



1. Sunat berwuduk



2. Membaca dengan cermat mengikut kesempurnaan hukum hukum tajwidnya



3. Jikalau membaca beramai ramai hendak lah dibaca dengan serentak, sebaik baik nya diketuai oleh seseorang yang bersuara nyaring dan kuat



4. Wakil kan niat yang dihajatkan itu kepada khalifah yang mengetuai sesuatu majlis bacaan Surah Yaasiin tersebut



5. Dimulakan dengan membaca surah AlFatihah



6. Diiringi dengan 10 kali membaca Selawat keatas Junjungan Nabi Muhammad, SAW

"Allah Humma Saalehaala Saidina Muhammadin Waala Alihi Wasohbihi Wa ba rik Wassallam"



7. Mulakan lah membaca Surah Yaasiin



8. Selesai membaca Surah Yaasiin (Jangan bercakap cakap) hendak lah disambung dengan membaca Surah Alnasrah 1X (Alam Nasrah) , Surah Alqadri 1X (Inna Anzalna), Surah Alfil 1X (Alam Tarakai), Surah Al Iklas 1X (Qulhuallah Huahad) , Surah Alfalak 1X (Qulaazubibilfalak), Surah Alnas 1X (Qulazubirabbinnas).



9. Membaca doa Yaasiin


Nota


Aku memohon maaf sekiranya tranlasi huruf rumi tidak mengikut bunyi tajwid yang sebenar.Saudara saudari mungkin telah pun mengetahui dan telah belajar dengan guru guru, ulama ulama yang tersohor. Teruskan lah sifat yang mulia itu. Aku cuma menyampaikan dengan cara begini. semuga kita semua dirahmati Allah Taala . Wallahualam!

4 comments:

Dr. Mohamad Sofee Razak said...

Salam Datuk Zeq,

Terima kasih mengunjungi blog saya. Blog yang menarik dan bermaklumat. Teruskan gaya dan keikhlasan penulisan saudara.

roserose*MrsYusof* said...

Terima kasih kerana berkongsi dengan pembaca.

SiR KinG TiGeR said...

bloggers

TQ kerana datang !

Khairy.Jamaluddin said...
This comment has been removed by the author.