Tanpa kita sedari, pada suatu ketika, semua anggota badan bermesyuarat untuk menentukan siapa kah sebenar nya ketua. Masing masing berhujjah, ada juga anggota badan yang sama sama hadir, tetapi sama ada berdiam atau pun yes man sahaja, macam kehidupan harian kita ! Kepala mengatakan dia lah sepatutnya dilantik menjadi ketua, nama pun dah kepala, kepala tu selalu nya ketua lah ! kerana semua nya telah bergantung kepadanya sejak tubuh badan ujud , rambut, telinga, mata, hidung, mulut dan didalam nya pula otak, tetapi semuanya tidak bersetuju. Rambut mengatakan dia lah ketua sebab dia telah dijadikan dihiraki paling atas dikepala, jadi patut lah dianggap ketua, dan tanpa rambut tubuh badan sudah dianggap tidak kelihatan menawan. Telinga pula mengatakan dia juga patut menjadi ketua, sebab tanpa dia tubuh badan tidak dapat mendengar apa apa, dan kalau hidup tanpa pendengaran, tentulah susah tubuh badan, semua nya akan menjadi sunyi dan sepi.
Mata pula mengatakan tanpa dia, badan tidak boleh memandang dan tentu nya dunia ini menjadi gelap gelita dan tentulah pergerakan terbantut. Hidung pun cuba mencari fakta fakta yang membolehkan nya menjadi ketua tetapi kurang mendapat sambutan. Mulut pun berkata, dia lah yang patut dijadikan ketua, kerana melalui dia makanan dan minuman dapat dimasukan dan tubuh badan dapat membesar, segar dan akan terus hidup. Otak yang dianggap paling bijak , cuba memberikan hujjah hujjah nya diatas sebab apa dia yang perlu dijadikan ketua kerana apa pun dilakukan oleh tubuh badan semua nya kena menggunakan otak. Kalau baik yang difikirkan oleh otak baik juga lah keputusan nya, sebab otak telah pun diberikan tugas untuk menyampai kesemua informasi ke angota badan yang lain. Ini dipersetujui oleh tangan, kaki dan lain lain anggota. Anggota badan lain merasa yakin dan sudah mula bersetuju dengan fungsi otak dan ingin melantik nya sebagai ketua.
Dalam pada mereka hendak membuat keputusan tadi, dengan tiba tiba tahi pula menyampuk. Kata nya dia pun mahu dilantik menjadi ketua. Semua angota badan yang lain tertawa. Tahi nak menjadi ketua ?
Oleh sebab satu anggota badan pun tidak memperdulikan kata kata tahi tadi, tahi pun menjadi marah dan memasang strategi sendiri. Disaat itu juga, dia tidak mahu keluar langsung. Dihari pertama sudah nampak kesan dari perbuatan tahi tadi. Kepala mula menjadi pening, perut menjadi sakit, tetapi anggota lain dapat bertahan. Dihari kedua, tahi tidak juga mahu keluar, mulut dan bibir menjadi kering, sudah tidak mahu lagi menerima makanan dan minuman kerana merasakan perut sudah penuh, dan tiada selera. Telinga mula berdengsing, mata mula menjadi merah dan berair. Dihari ketiga, tahi masih berdegil tidak mahu keluar. Mata mula menjadi kuning dan berair, hidung mula tersumbat, nafas menjadi sesak, kepala bertambah pening, otak pun dah mula tidak dapat berfungsi dengan baik, gelisah dan naik baran, dan memikirkan yang bukan bukan. Lain lain anggota juga menjadi jam, tidak dapat berfungsi dengan baik. Keadaan begini berlarutan hingga seminggu. Puas mereka memujuk tahi dan telah menggunakan bermacam macam cara untuk mengeluarkan nya, tetapi tidak berhasil. Tahi masih tetap berdegil tidak mahu keluar ! sikit pun tidak mahu berganjak !
Tubuh badan menjadi semakin lemah, lesu dan mula terlantar. Oleh kerana tidak tahan dengan perbuatan tahi yang menggunakan taktik yang kotor, Akhir nya mereka terpaksa tunduk dengan kemahuan tahi yang hampas lagi busuk tadi untuk menjadi ketua badan. Sejak dari itu, dengan rasmi nya tahi telah menjadi ketua badan , walaupun tidak dipersetujui oleh semua anggota badan yang lain. Mereka merasa takut , tertekan dan tiada pilihan !
Kadang kadang didunia politik kita pun berlaku juga keadaan yang sebegini, yang busuk pun telah dilantik menjadi ketua, kemudian merasa kesal . Kita yang lain terpaksa juga mengalah dan menerima akibat nya.
Patut lah ramai orang berkata politik itu kotor ! memetik kata kata blogger antimamak, kalau politik itu bersih, lagi ramai lah orang orang berebut rebut hendak berpolitik dan tentulah tak cukup tempat di Parlimen !
Entah lah ! Aku pun kurang memahami maksud kata katanya, tetapi apa yang aku tahu sekarang , Tahi Sudah Dilantik Menjadi Ketua ! Tunggu sahaja lah busuk nya nanti !
23 comments:
Datuk Zeq:
Ini lah tahi yang paling busk di dunia Malaysia!! bacalah comment saya terhadap Tun yang kena gam :
Tun:
Setiap article tun, pusing habis pun berbau racist, Menganggapkan rakyat berketurunan Indian, China sebagai pendatang asing ( zaman pre mrdeka) Adakah Tun berhasrat membakar bakarkan rakyat melakukan rusuhan ??
Berhati hati lah Tun, sudah berumur 83, mestilah kuat beribadat, sembahyang dan sebagainya, Tuhan mengkurniakan Tun berumur panjang semata mata ingin melihat Tun melakukan lebih banyak jasa kepada Malaysia, bukanlah membarak barakkan kebencian keatas golongan melayu supaya mengujudkan sikap pekauman!!
Opnness apa?? setiap article yang membakar perpaduan rakyat demi kepentingan diri, kalaulah hendak menjatuhkan Paklah, kritiklah dengan terus terang, jangan mengaitkan isu racist!
- You go straight, don't belok belok .
- You go straight , don't belok belok.
Kita faham, Tun semakin memainkan perasaan melayu khasnya selepas kekalahan PRU12, Tun ingin lihat rakyat berdaarah ditepi jalan akibat rusuhan kaum... Ini adalah dosa besar namanya!.
Saya mengencam keji ke atas tindakan Tun yang begitu kezaliman dan tidak per kemanusiaan. sanggup melihat perpaduan rakyat bertempuh darah di Malaysia.
Rakyat semakin cerdik dan pandai bertimbang rasa. Rakyat Malaysia cinta keamanan dan perpaduan, tetapi matlamat Tun hanya kepentingan diri serta membarak barakkan Melayu membencii kaum lain !!
Kesimpulannya, apabila gerai mamak ditepi jalan terbakar, maka mamak dengan hati busuk meyiram minyak petrol ke astas kedai cina, kedai india...sehingga mambakar seluruh kampong ! Itu lah namanya mahathir !!
antimamak
Aku dah baca, 2 articles ko tak digam pun. Yang ini aku tak nampak lagi mungkin TDM dah e-mail kat Pak Lah dan DSAI kot
DatOK ZeQ, wow semakin berubah laman blog ini, avatar pun sudah lain, syabas di atas inisiatif anda.
Blog saya satu sahaja:
http://www.atotalblog.wordpress.com
zubli.s.ebook@gmail.com
Baiklah, posting ini benar-benar dan cukup-cukup menarik.
Walaupun dalam tawaku, namun jelas dapat disedut natijah isi cerita yang disampaikan di sini.
Perihal R.A.H.M.A.N. pernah ku dengar akan bentangan nasib dikaitkan dengan kepemimpinan Malaysia.
Ikut arabnya pun kemungkinan R.A.H.M.A.A.N.
Ada kemungkinannya dengan Anwar Ibrahim muncul kembali ke persada politik Malaysia.
Pun begitu:
Allah tidak mengubah sesuatu kaum melainkan kaum itu mengubah apa yang ada padanya.
Maka, jika pun bukan Mohd Najib Abdul Razak, maka Tengku Razaleigh Hamzah pun tidak mengapa, asalkan Abdullah Ahmad Badawi bersara.
Itulah yang sedang kuusahakan, biarpun R.A.H.M.A.N bertukar menjadi R.A.H.M.A.T.
Hanya Allah penentunya juga.
Jika usaha ini perlukan mengadap Agong, restu Mahathir, persetujuan Ku Li, sokongan Muhyidin, Mukhriz, Khir Toyo dan Sanusi, maka ke arah itulah ku gerakkan.
Kerana bila simpanan semakin berkurangan, aku dan orang sekelilingku menjadi semakin lapar dan dahaga, kita pun mengharapkan satu rahmat dari-Nya.
zz
TQ kerana datang. Aku tengah belajar "slowly but surely" betul kata ko mungkin RAHMAAN atau bertukar jadi RAHMAM ? bukan apa aku tengok Mahathir, Muhyidin, Mukriz dah nak mula bergerak ni.Kita tak dapat RAHMAT , sebab dia dah low profile sangat.
ZZ:
Bagi saya... theory Rahman sebagai cerita dongeng sahaja. Ini akan memupuk semangat kemelayuan dan habis gancang, pandangan saya Tun sedang melemparkan nama buruk kepada Pak Lah, lalu mengjahanamkan UMNO Baru.
-----------
komen saya
Tun dengan karyanya delimma Melayu
Maka mulalah karya baru Delimma Umno
Suatu reformasi dalam pentadbiran Negara amat dialukan, dan revolusi mental rakyat patut bersedia menerima hakikat kekecohan politik Umno di arena politik Malaysia.
Titik perubahan dapat diibaratkan sebagai mentari yang terbenamnya pada waktu senja, hanya menunggu serangga menyanyi demi kedatangan waktu malam. – zaman kegelapan Umno dengan ketibaan waktunya. .
Jadi kucar kacir politik di Umno baru Umno Baru dapat mudah difahami rakyat, kepimpinan Umno baru adalah berkonsepkan tamak haloba, gila kuasa, serta menindas rakyat. Sememangnya Umno Baru tidak relevan lagi. Jadi Tun mengambil memainkan peranan sebagai pembina dan pemusnah!
Jadi lihatlah bagaimana Tun menggunakan peluang ini memecabelahkan politik Umno baru. Rakyat perlu lah memahami politik itu bagaikan roti canai, lepas makan jangan menjilat jari, buangkan daun pisang dan bayar duit kepada mamak. terus pulang!
Jangan jadikan politik itu sebagai impian yang pedoman hidup. Rakyat mudah ditipu dan mudah diekploitasikan. Bahayanya percaya ahli politik dari percaya ular bisa tidak mematuk manusia.
Keadaan Kini di Umno Baru dapat diibaratkan sebagai mayat yang menunggu masa dikebumikan, perebutan kuasa bagaikan helang makan makan bangkai, bertungkus remus merampas bahagian mayat jadi berkecai kecai, Peranan Umno veteran diibaratkan sebagai mamak membuang tahi di tepi sungai, jatuhnya tahi ke permukaan air , maka ikan termegung merebut rebut. .
60 percalonan adalah pengubahan akta UMNO oleh Tun sendiri,Ini adalah kerana waktu pemerintahan nya amat menakuti orang lain (Khasnya serangan semangat 46) akan menolak Tun , dengan itu Tun menggunakan akta ini untuk menjaminkan keutuhan diri, serta mengekalkan kedudukan nya sebagai president Umno Baru. lihatlah hari ini, akta ini memakan diri sehingga membawa kekecohan kepada UMNO Baru.
Memang tidak dinafikan konsep CARE, ramai penyokong beranggapan Tuna mat CARE kepada rakyat, sebenarnya penyokong penyokong UMNO tidak memahami CARE itu adalah membawa erti "Corrupted, Arrogant, Racist, Extremist" . Ini lah menyebabkan Negara akan menuju kebankrapan. Semangat ini telah menerajui jiwa setiap penyokong UMNO tanpa kesedaran diri.
Kesimpulannya, apabila lepas roti canai dijual habis, maka menyiram air sejuk keatas kuali nya. tanpa perhatikan kuali panas akan berbunyi kuat.
Selamat Tinggal Umno Baru!! sayonara say GoodBye!
DatOk ZeQ, aku simple sahaja.
No to Abdullah Ahmad Badawi.
Aku usul cadangan R.A.H.M.A.T.
sebab hanya Tengku Razaleigh Hamzah sahaja setakat ini mengumumkan bertanding Presiden UMNO.
Itu, fact.
Bukan story, bukan angan-angan.
Menang kalah lain hal, tetapi dia berani. Lagi pun, walaupun dia low profile, tetapi dia centrifugal - pusing keliling, Raja, Rakyat, Yang Lain, are connected to him.
Aku nak lihat dia connect dengan Tun Mahathir Mohamad.
Mohd Najib Abdul Razak, memang hero lah kan.
Itu dulu.
Sekarang sudah tahu. Katalah seribu kali dia bukan pengecut, hakikatnya ternyata.
Jika Tun Dr Mahathir Mohamad kata, "Najib tunggu apa?"
Aku pulak kata, "Muhyiddin tunggu apa?"
Umumlah!
Ni "AI" nak mai dah ni!!!
Cuba pikiaq tengok...
Jika semua pemimpin UMNO tak bertindak, aku terima Anwar Ibrahim.
Hangpa ungkitlah kisah lama dia, tapi aku berpegang pada promises dia.
Promises pun tak apa ada hope.
Ini, Abdullah Ahmad Badawi is hopeless.
Cuba nafi tengok...
antimamak
Blog antimamak dah dipadamkan?
zz
betoi kata ko tu, aku pun tak ada masaalah dengan DSAI, tapi bila dia dah campur DAP. hindraf ni aku gusar sikit , itu sahaja.
Tapi dia pun sedar takkan berjaya diluar UMNO, tu yang sampai sekarang pun tak jadi ahli PKR?
Aku ingat Pak Lah kena buat bincang bincang dengan dia, sebab aku tengok Najib ni, lembiiik aje?
Muhyiddin pun kekadang aje berbunyi. Cuba jerit kuat sikit.. OK aku lawan Presiden.. senang la semua orang , kan gitu?? Keris nya tak cukup tajam kot?
DatOk ZeQ, aku belajar dari pengalaman di Selangor. Di bawah kepemimpinan Muhammad Khir Toyo, susah nak cari makan.
Aku pindah Kedah, lagi susah nak cari makan.
Aku balik Selangor, jaga mak aku, dan blogging hampir 24 jam. Kecuali tidur dan dot dot dot.
Badan kat Malaysia otak kat USA dan merata dunia.
Kini baru balik Malaysia, selepas PRU 12.
Jadi, jika pun bukan Muhammad Khir Toyo, Ahmad Khalid Ibrahim pun aku terima. Lim Guan Eng pun aku terima.
Aku tidak terima Abdullah Ahmad Badawi, dia lebih buruk kepemimpinannya daripada tokoh di atas.
Jika bila kita tahu, pemimpin tidak boleh, dia kata tidak boleh dan dia buat tidak boleh.
Kita sudah tahu terang dan nyata.
Mai pulak pemimpin dia janji macam-macam. Aku terimalah.
Anwar Ibrahim pun tak apa.
Aku harap bila kau baca post aku dan komen aku, bila yang kau terbau yang aku ini perkauman?
Aku tidak ada bangsa dalam diri aku.
Semua orang di Malaysia adalah Malaysians.
Aku bukan dasarnya tolong bangsa, bila di puncak, aku tolong orang dalam kesusahan.
Dasarnya bukan bangsa, dasarnya susah. Contoh lah kan.
Hindraf ka, Apa Persatuan China dahsyat punya ka, Permaufakatan Melayu kah, ada keris tak ada keris ka, aku dengaq semua, kemudian tindakannya bantuan diberi kepada apa yang terbaik kepada yang memerlukan bantuan, dan bukan kerana bangsanya.
DatOk ZeQ, di blog CheDet, aku akui aturan meluluskan komennya.
Samalah di blog aku. Macam mana openness kita, begitulah openness kita harapkan di blog orang.
Jika yang komen, nama samaran, avatar pun gambaran, aku cuma tengok apa yang dikomennya. Suspect tinggi.
Jika bagus, ada link, aku gi check.
Jika tidak bagus, aku discredit hujjahnya bila aku berkenanlah.
Namun orangnya aku tak kacau pun.
Di Blog Che Det, samalah juga dengan blog orang lain, kita macam bertandang rumah orang.
Adakah kita masuk blog orang, A bantai B, B hentam C, C lanyak D.
Adakah patut begitu?
Orang yang tiada blog, boleh lah bersifat keji begitu.
Kami di kalangan bloggers ada mutual respect.
I agree Tun Dr Mahathir Mohamad has set a good standard in blogging.
I do not agree with Tun Dr Mahathir Mohamad totally, just like Mukhriz Mahathir, yet what he prefers to post is his choice.
As much as we do not like any Dictator, how can we dictate others what to post and what not to post?
Begitulah aku...
zz
Banyak yang perlu aku belajar dari ko ni
antimamak
Ko katne? ada cerita baru roti canai? Masa aku buat business dulu aku buat roti canai bubuh pisang, fruit koktail cicah madu. habis dibelasah di Mat Salleh kat Langkawi dulu, sekeping aku charge RM8.00 kaya aku sekejap !
Huhu sungguh mendalam maksudnya....Dah boleh agak siapakah taik itu...
http://redssays.blogspot.com/
DatOk ZeQ,
Pengunjung blog CheDet, bukannya 2 Juta Orang.
Tetapi 2 Juta kali.
Aku sorang tapi aku lawat blog dia contohnya 100 kali.
Begitu...
zz
Ok aku faham, ko sahaja aku nampak lima enam kali, antimamak 4 kali (6kali censor) red1 3 kali, aku lagi hehe
Carutan tidak boleh kot. Tidak tahulah pulak...
DatOk ZeQ, ada yang kesian Pak Lah dulu kuat tidor sekarang semacam tidak boleh tidor. Bagaimana pula agaknya menjelang Isnin? Menarik! Sama-sama kita saksikan siapa tertarik dan siapa tersungkur. Perhatikan doa orang ramai kerana ada yang menaikkan harga petrol dan diesel. Maka, perkara pelek akan kelihatan seperti pemimpin yang tahi di lubang j, kini sudah sampai ke kepala peningnya. Penganiaya, begitulah...
DatOk ZeQ,
Tahi kekal berkuasa, nampaknya.
Pun begitu, ada yang muka pun sudah macam begitu.
Perjuangan diteruskan...
zz
Baru sebotol julap tak kan berjaya. Tunggu nanti betul2 30 julap dah masuk kedalam perut...wruuuup bunyi nya dia bertaburan ! tu jam tiada maaf dariku !
DatOK ZeQ,
Siapalah di antara kita yang bersetuju bahawa Abdullah Ahmad Badawi ialah pemimpin yang terbaik dalam sejarah Malaysia?
Aku sedang melihat individu yang telah mengusul supaya Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan sekarang.
Tun Dr Mahathir Mohamad, Mukhriz Mahathir, dan Yong Teck Lee.
Masing-masing pengisian sendiri, matlamatnya sama:
Abdullah Ahmad Badawi letak jawatan sekarang.
Setiap seorang daripada mereka telah didedahkan segala macam aib.
Jika bukan calang-calang tokoh, tumbang!
Dari formal pemimpin, siasatan BPR, media, sehingga ke SMS ugutan.
Aku ingin lihat, berapa ramaikah individu di Malaysia yang berkata bahawa tahi manusia wangi.
Maka setujulah aku, bahawa Abdullah Ahmad Badawi pemimpin terbaik dalam sejarah Malaysia!
Usul di Parlimen. Abdullah Ahmad Badawi menang. Shahrir Samad, menang. Dari 222 ahli, 129 pun menang.
Namun, kemenangan ini adalah kemenangan Institutional Speculators, dalam permainan minyak global sebagai komoditi pasaran hadapan.
Yang kalah ialah masyarakat Malaysia dan negara Malaysia.
Aku respect 78 yang benar-benar mewakili rakyat.
Termasuk quartet yang berbasikal ke Parlimen.
DatOk ZeQ..?
zz
Aku suka dengan beberapa tokoh2 yang nampak bekerja untuk rakyat?? walaupun mereka dari parti lain
Tok Nik Aziz, Anwar, Lim Kit Siang, Karpal Singh, Raja Petra dan beberapa individu lain. TDM, Mukhriz, Yong Teck Lee dah nampak kecik, perlu ada yang didalam Parlimen bersama sama, tetapi aku hairan kenapa mereka kecut perut. Ada apa apa yang takut didedahkan nanti? Ini lah kalau dah termakan budi dan menjadi hipokrit
Dalam hidup ini, aku ada sedikit pengalaman. Dari sedikit ini, kulihat dalam diri setiap manusia ada keinginan untuk berbakti. Namun, bakti menjadi lain bila dianya masuk politik. Sebab itu politik ini menarik. Aku sendiri tidak menyertai atau mengambil bahagian. Cuma minat sahaja.
Aku ada kawan. Dia Malaysian lulusan Anthioc. Aku tanya dia, "How do you define politics"
Jawabnya ringkas, "sorru!"
Sesiapa yang ingin berbakti untuk rakyat yang diwakilinya, bila ingin membuat decision, dia akan fikir, "dapat sorru ke?", akan "miss sorru!"
Sebab itulah aku tidak ingin join politik.
Bak kata kor, sorru itu akan jadi tahi juga sebahagian besarnya.
Hahahahahahaha!
Di mana letaknya puasa? Untuk 129 ahli Parlimen itu?
Berbeza sungguh puasa bagi mereka yang banyak makanan, dengan puasa segelintir yang makanan memang tiada.
Dalam politik pun, aku tiada kemahiran seperti taraf Tun Dr Mahathir Mohamad. Cuma aku belajar darinya secara tidak langsung, apatah lagi melalui blog CheDet nya.
Syukur!
Setakat ini, bolehlah baca pergerakan ahli politik Malaysia.
Post a Comment