Sunday 29 June 2008

Betul Ke Anwar Meliwat Lagi ?

Pening Kepala Aku Dah..











Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata laporan polis yang dibuat terhadapnya yang mendakwa beliau telah meliwat seorang kakitanganya, adalah satu rekaan semata-mata. Dalam satu kenyataannya awal pagi ini, Anwar percayai ia adalah ulangan daripada apa yang berlaku pada 1998 di mana dakwaan yang sama dilemparkan terhadapnya secara paksaan.Katanya, ia jelas merupakan satu percubaan terdesak regim Barisan Nasional (BN) untuk menyekat pergerakan rakyat Malayaia ke arah kebebasan, demokrasi dan keadilan. Laporan tersebut dibuat oleh mangsa Saiful Bahari yang berusia 23 tahun di balai polis Jalan Travers jam 6 petang tadi. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman mengesahkan laporan tersebut dibuat. PKR telah menghantar SMS mengatakan bahawa polis telah menahan pembantu Anwar itu petang semalam dan memaksanya membuat laporan polis yang dia diliwat oleh Anwar. Ia menambah, polis dijangka menangkap Anwar tidak lama lagi.


Menurut kenyataan itu lagi, Anwar berkata laporan tersebut diatur oleh pihak-pihak yang berkepentingan untuk "menyerangnya" sebagai tindak balas terhadap bukti yang diperolehinya, yang membabitkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail berhubung salahlaku, termasuk mereka bukti dalam kes-kes terhadapnya pada 1998-1999. Bagaimanapun, tegas Anwar, perbuatan tersebut tidak akan menghalang beliau daripada mendedahkan perkara itu kepada orang ramai.


Sehubungan itu, beliau menggesa rakyat Malaysia tegak kan kebenaran, menentang kuasa dan tekanan dari pihak kerajaan dalam tempoh beberapa hari ini dan minggu-minggu yang akan datang. Anwar berkata, pihaknya menjangka pihak media, badan kehakiman dan pasukan polis akan dikawal oleh pihak eksekutif. Sebagai susulan kepada pilihanraya umum 8 Mac lalu, Anwar menegaskan bahawa rakyat mesti meningkatkan kekuatan dan kesungguhan ke arah mencapai kebebasan dan keadilan untuk semua rakyat. Sementara itu, semakin ramai penyokong Anwar kini berkumpul di Hotel Quality Shah Alam awal pagi ini ekoran satu laporan polis oleh seorang kakitangannya yang mendakwa diliwat oleh Ketua Umum PKR itu.


Anwar, bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, dipecat dari kerajaan pada 1997 kerana didakwa menyalahguna kuasa atau terbabit dalam perbuatan liwat. Pada 1999, beliau dijatuhkan hukuman penjara enam tahun atas tuduhan salahguna kuasa dan pada tahun 2000, dijatuhkan hukuman sembilan tahun penjara atas tuduhan liwat. Bagaimanapun, pada 2004, Mahkamah Persekutuan telah membatalkan sabitan hukuman tersebut dan membebaskan Anwar. Anwar mendakwa tuduhan terhadapnya itu merupakan satu lagi konspirasi politik terhadapnya, tetapi Kerajaan menafikannya

Persoalan nya :

1. Dimana Dato Seri Anwar Ibrahim berada sekarang ?
2. Kenapa dia sendiri tidak tampil kehadapan untuk menjawab tuduhan yang begitu serius ?
3. Kenapa isteri nya sahaja yang membuat press statement, tidak dia ?
4. Betul kah memang ada konspirasi politik dari pihak2 tertentu untuk menyekat beliau dari berkuasa ?
5. Benar kah Kerajaan begitu takut setelah melihat kebangkitan Anwar bersama Pakatan Rakyat ?
6. Benar kah Saiful dipaksa untuk membuat lapuran polis ? atau memang dirancang dari awal untuk memerangkap Anwar ?

7. Betul kah meliwat memang kesukaan Anwar ? Nampak cun dan " jambu" juga budak Saiful ini


Banyak lagi persoalan2 yang bermain dikepala aku, tapi aku cuma akan tunggu dan lihat...!
Biar Saiful dan pihak berkuasa membukti kan tuduhan nya !


Source artikel : malaysiakini

2 comments:

roserose*MrsYusof* said...

Datuk,

Terperanjat saya pada Sabtu malam lepas, tengah dok massage sambil dengar berita! Terkujat masseur sy tengok saya dari terlentang terus bangun duduk!

ehh..Datuk add link saya .thanks la ya!

SiR KinG TiGeR said...

rosevsky
Nape pulak terkejoot? ko kan dah pernah dengar. Aku ada link senang nak contact ko. Nape tak call masa kat KL?