Monday, 30 June 2008

Rahsia Surah Al-Kautsar






Baca dengan ikhlas dan amalkan lah selalu


Surah Al-Kautsar - Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di Makkah yang bermaksud Sungai di Syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata yang indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi. Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad S.A.W. kerana diturunkan ketika baginda bersedih diatas kematian 2 orang yang dikasihinya iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib. Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan kalau anda yakin boleh lah kita sama sama amalkan:-

1 ) Membaca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah S.W.T. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'Allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak , sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10 kali pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10 kali , mudah-mudahan Allah S.W.T. memberi ilham kepada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000 kali, rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan Solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71 kali, Allah S.W.T akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi di zalimi.


Perkara yang baik kita amalkan selalu. Sebar2kan lah kepada Muslimin dan Muslimat walaupun sepotong ayat. Semuga kita sama sama mendapat hikmahNya. Wallahuallam !

Click - http://www.teamfifi.com

Courtesy : The President

No comments: