Monday, 2 June 2008

Red1 (Mohd Redhuan Daniel Oon) Rakan Blogger


Aku baru sangat menjadi blogger. Dalam aku melayari chedet.com aku tertarik dengan komen dari seorang yang memakai nama red1 dari ramai ramai bloggers. Semua komen nya yang aku baca penuh dengan fakta fakta yang aku tak tahu dari mana sumber nya. Aku pun mula mencari webblog nya dan berjumpa, tak banyak pengenalan diri dari profile nya. Tetapi, banyak cerita baru dan menarik yang dapat aku perolehi. Rupanya red1 ini bekas seorang ahli politik yang mungkin kecewa kerana tidak diberi peluang untuk meneruskan perjuang politik nya, lalu keluar parti tersebut. Aku ke blog nya hampir setiap hari, ingin membaca kalau kalau ada cerita baru lagi. Aku memang berminat membaca cerita cerita begitu. Macam mana aku nak menarik perhatian nya kepada aku dan belajar dari nya? ? Entah lah... sebab aku belum memahami cara cara bloggers ni!

Dalam pada aku tercari cari aku terjumpa pula satu website "stance-of-muslimah" yang memberi petunjuk bagaimana nak menjadi bloggers yang baik. Mungkin rezeki aku kot sebab dalam aku tercari cari, aku terjumpa pulak apa yang aku hajatkan. Aku pun membaca satu persatu langkah langkah yang ditulis dan terus mencubanya. Aku kira berjaya juga sebab selepas itu aku terkejut menerima 2 komen dari red1 dalam blog aku. Bermulalah satu pengalaman baru bagi aku. Happy sangat aku ! Yang aneh nya red1 memberikan nombor telefon nya pada aku menyuruh aku menghubungi nya dan meminta nombor telefon aku pula. Eh... mudah rupanya nak mencari kawan blogger ! Dunia Siber sekarang ini pun macam macam ada rupanya.

Semalam, selepas solat subuh aku tengok e-mail dan blog aku, kalau kalau ada yang baru. Dalam pada aku asyik membaca e-mail, tiba tiba telefon aku berdering, siapa pulak telefon pagi pagi ni kata hati aku. Tanpa melihat nombor yang keluar dari telefon BlackBerry aku menjawab. Ya... ZeQ ni, sape tu? Saya... kawan blogger .. Redhuan (Red1) katanya lembut dan penuh hormat. . Oh... apa khabar? aku jawab macam la aku dah kenal dia. Baik.... kata nya , saya kat KJ ni, nak jumpa ke ? Ok tapi dimana? Apa kata kita jumpa pukul 9.30 pagi di restoran mamak dekat rumah aku, aku bagi tau alamat dan nama restoran tu dan dia kata ..OK.. OK... tau tau.. dan terus "letak" telefon. Aku mula berfikir dia ni dah masuk UMNO ke sebab dengan KJ menantu PM, hebat juga contact si red1 ni, bisik hati aku. Projek apa pulak yang nak dibincang nya dengan aku?

Aku pun bersiap, pakai seluar jean hitam aku dan baju sport. Hari Ahad, tak kan nak pakai baju tangan panjang bonia aku? Lepas tu aku terima SMS, Ok saya akan sampai KJ jam 9.30 pagi. Rupa rupa nya baru aku sedar, KJ tu bukan nya Khairy Jamaluddin, rupa nya Kelana Jaya, tempat tinggal aku ! mula mula terkejut beruk juga aku, mengapa Red1 dan KJ nak jumpa aku yang dah tak ada apa apa ni !

Aku tiba dulu, terus order teh tarik. Makan ? mamak muda bertanya. Nanti dulu, tunggu kawan aku jawab selamba kat mamak tu. Lima minit kemudian Red1 tiba dengan anak anak perempuan nya selepas mengambil anak anak nya dari kolam renang. La.. kata hati aku.. suara lemah lembut tetapi orang nya macam Petronas Tower, tinggi 6 kaki 2 inci (tak tau aku dalam cm, aku bukan faham sangat benda benda ni) Aku 5 kaki 3 inci sahaja, Ko orang bayangkan la dekat sekaki tinggi dia dari aku ! Dalam gambar kat blog dia nampak kecik aje ! Tetapi kami begitu mesra, walaupun pertama kali berjumpa. Sumpah ! Aku tak sentuh pun pasal tinggi nya dia ! Jangan pulak ko orang sampai sampai kan pada dia, marah pulak dia pada aku nanti.

Kami duduk berdua sahaja, anak anak nya dimeja lain. Bagus dia asuh anak anak nya begini, tak campur hal orang orang "tua" nak bercakap. Dulu masa aku kecik kecik pun arwah bapak aku begitu 'strict' tak bagi langsung aku dekat bila orang tua bercakap, tapi kadang kadang aku curi dengar jugak nak tau apa yang orang tua selalu bercerita. Sebenarnya tak ada apa pun yang budak budak tak boleh dengar , cerita kosong jugak !

Kami mula bercerita pasal "favourite subject" sekarang, apa lagi blogging di chedet.com la. Dah sejuta visitors ! Aku kata aku dah tulis kat blog chedet, sekarang dia aku gelar "Raja Blog" sebab dah sah Tun Mahathir terkena tempias aura Mawi Raja SMS Red1 mula bercerita tentang asal usul dia. Bapa nya seorang askar keturunan Cina dari Penang berkahwin dengan maknya dari Singapura.. ye lah koey teow di Penang, kerang di Singapura ! ( peribahasa yang betul "Ikan dilaut, asam didarat" dalam kuali bertemu jua !) Red1 memeluk Islam semasa berumur 19 tahun sekarang dia 47 kot ? tetapi nampak muda, berseri aje muka nya, maklum lah dari rupa dan bercakapan nya dia seorang muslimin yang baik ! Aku pun bercerita tentang kisah hidup aku yang telah pun dibaca juga oleh Red1 diblog aku. Aku ingat tak ada orang nak baca ! lama kami bercerita , 2 jam lebih ! dengan macam macam topik, politik, hal ehwal semasa, Agama, bisnes, dan lain lain, Luas pengetahuan dan pengalaman Red 1 ni, tetapi Red1 lebih serius bercerita tentang software hebat nya yang belum di terima di Malaysia lagi. Belum ada rezeki kata nya.. kan rezeki datang dari Allah, kalau Dia nak bagi cepat aje datang nya, saya pun kerap mengamalkan ayat seribu dinar. InshaAllah berjaya juga nanti, kata Red1 penuh tawakal ! Red1 juga memberitahu aku dia pernah menentang Daim Zainuddin di Merbok atas tiket Pas pada Piliharaya tahun 1986 tetapi tewas !

Jam 11.40 pagi, anak anak perempuan Red1 mula resah, dan tiba masa nya untuk kami beredar, tetapi berjanji akan saling menghubungi antara satu sama lain. Itu lah red 1 yang pertama kali aku jumpa, seorang kawan blogger aku yang pertama, seorang muaalaf, tetapi begitu taat pada ajaran Islam, hormat, mesra, berilmu, berdidikasi dan jujur sebagai mana yang dituntut dalam Islam. Ramai ke lagi di kalangan kita orang orang Melayu yang mengaku Islam mempunyai sifat sifat begitu ? Kadang kadang jiran sebelah rumah kita pun tak kenal !

Aku beruntung mengenali red1 sebagai rakan blog yang pertama aku ! Semoga persahabatan kami berkekalan !

3 comments:

Gelombang Rakyat said...

ZeQ, saya dan Red1 ada berbual singkatan yang anda letakkan di blog CheDet, yakni A.M.A.N. dan N.A.M.A. Menarik dan mendalam makna dan maksudnya. Di sini, saya lihat S.A.R.A.H. dan B.A.T.M.A.N. Wow!

SiR KinG TiGeR said...

zz

TQ, baru belajar2 menulis. keep in touch and all the "breast" to you

Mohd Zaki @ZeQ
Kelana Jaya
Selangor

Gelombang Rakyat said...

Thanks for all the "breast". Now I am not sure which part to keep in touch. However nevertheless I share some "breast" for Red1 and you. LOL!!! Oh, worry not, apart from CheDet and you ZeQ, we are all new here within this bloggosphere...