Friday, 20 June 2008

Bertaqwa Dan Solat Hajat











Pintu Kaabah


Sebagai umat Islam, kita telah diajar untuk sentiasa bertaqwa kepada Allah SWT, firmanNya yang bermaksud " Berangsiapa yang bertaqwa kepadaKu, nescaya Aku akan memberi jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka sangka (Al-Quran, surah ath-thalaq ayat 2-3) .


Aku juga begitu, dilahir kan daripada keluarga miskin dan susah. Aku berusaha , bekerja keras hingga menjadi Pegawai Tinggi , terbang ke merata dunia (tetapi tidak pernah mengerjakan Umrah atau Haji) hingga mampu menjadi senang dan mewah , ada bisnes sendiri, ada beberapa kereta mewah, ada rumah besar dapat pula isteri yang muda, cantik dan lain lain lagi anugerah dari Allah. Tetapi aku mungkin lalai, kurang mengingatiNya dan bersyukur kepadaNya. Aku bercerai, hilang bisnes, "hilang segala galanya" menjadi susah semula sampai kereta sendiri pun tak ada. Aku tetap tenang dan bertaqwa kepadaNya. Alhamdullillah ..Syukur doa dan taqwa aku untuk menjadi senang, walaupun belum sehebat dulu, dimakbulkkan Nya

Ada macam macam cara untuk beramal kepada Allah dan memohon restu dan rezeki daripadaNya, tetapi apa yang selalu aku amalkan ialah membaca Surah Yaasiin selepas Solat dan Solat Hajat. Solat Hajat pula ada pelbagai cara, hajat dan bacaan nya, tetapi apa yang aku amalkan ialah yang paling mudah dan afdal bagi aku iaitu Solat Hajat empat rakaat dengan 2 kali salam dan mungkin juga sesuai untuk kawan kawan Muslimin dan Muslimat sekelian.

Cara mengerjakkan nya ialah, bangun tengah malam dan berwuduk dengan sempurna. Berdiri menghadap kiblat seperti solat yang lain dan berniat mengerjaknan solat hajat itu " Usollii sunnatal hajati rakkaataini lillahhi Taala .. Allah Huakbar.

Dalam rakaat pertama sesudah Al Fatihah baca lah Surah Al Ikhlas 10 kali, rakaat kedua sesudah Al Fatihah baca surah Al Ikhlas 20 kali. Setelah salam dan selesai dua rakaat tadi berdiri semula dan solat lagi dua rakaat, kali ini rakaat pertama selepas Al Fatihah baca surah Al Ikhlas 30 kali dan rakaat kedua selepas Al Fatihah baca baca surah Al Ikhlas 40 kali, jadi jumlah solat 4 rakaat dan 2 kali salam tadi anda telah membaca 100 kali Surah Al Ikhlas. Selepas salam, baca lah doa dan sebut lah apa hajat anda. Doa nya "Allah Huma Solehaala Saidina Muhammadil alifil maklufi ujburli hajati........ (nyatakan lah hajat anda).

Dengan amalan tersebut InshaAllah hajat kita akan dimakbulkan oleh Allah dan dapat apa yang diinginkan lebih lebih lagi soal rezeki, harta dan kekayaan Bi'aunillahi Taala

Tetapi kita kena berusaha juga, kalau kita duduk sahaja dan tidak bergerak dari Tikar Sembahyang /Sejadah itu, dapat lengguh lutut dan kebas kaki saja lah. Aku sudah ingatkan diri aku, dan hendak berpesan kepada anda juga , jangan tunggu bila menjadi susah baru hendak beramal dan ingatkanNya...... Wallahualam

P.S Amalan diatas adalah mengikut amalan amalan yang telah diajar oleh guru Agama aku. Anda Muslimin Muslimat sekelian mungkin telah belajar dengan guru guru Agama yang tersohor dan mungkin mempunyai cara bertaqwa dan solat hajat yang berlainan. Teruskan lah , semuga kita sama sama dirahmatiNya !

15 comments:

antimamak said...

Datuk Zeq:
Kenapa tak letak gambar tunang baru di Blog? Bagilah kita tumpang tengok tengok.

Ok.. datuk zeq, boleh datuk zeq pasang skype kat computer, pasang earphone direct contact penyokong penyokong datuk zeq?? haha
Kalau pasang skype , bolehlah rosevsky boleh cakap sekali, sembang macam macam, kan ada fasiliti ini, guna habis habislah

SiR KinG TiGeR said...

antimamak
Eh ada, ko tengok kat artikel a new sms love. Tak jadi bertunang , dia tengah hot ni. Aku pun dah pening ngan budak ni, muda sangat dan kebudak2an. Aku Nak cari yang berumur skit, sebab xwife aku dulu pun muda, peningggg! rosevsky? oi marah dia kang.

Semalam satu aje komen ko kat chedet?

antimamak said...

Datuk Zeq:
Mana saya boleh jumpa skype datuk itu?? tak nampak apa apa pun .

Kalau tiada ada,..baik download dari sini
beli earphone, boleh add siapa saja, macam itu datuk boleh berbual dengan siapa pun . tak perlu bayar apa apa !!charge. senang

http://download.skype.com/SkypeSetup.exe
http://www.skype.com/intl/en/download/skype/windows/downloading/

SiR KinG TiGeR said...

antimamak
Nanti aku suruh anak aku buat. Aku bukan nya reti menda2 ni, baru belajar. Dulu ada resort, secretary, ada technician,ada gardener, ada maids, ada semua bila aku tinggalkan xwife aku, tinggal sehelai sepinggang. Ni tengah bina hidup baru balek. 3 tahun aku sengsara !

TQ diatas recommendation ko tu, elok gak bunyi nye !

SiR KinG TiGeR said...

antimamak
Aku dah download sendiri,OK, tapi camne nak pakai pun aku tak reti..hehe buta skype aku ni!!

NieZearm said...

belajar ni learning proses. sampai bila2 pun tak abis. yang penting ade ilmu tu kita guna. jangan ade je tipon 3G, video call tak pernah buat, browsing pun tak pernah.
bg sy nak berjaya ni tak la susah sangat. ade contek, dpt trust, ada izinNya InsyaAllah...

音乐大王 said...

lepas download
tekan installation
Lepas installation siap
kelaurlah programee itu

Register nama
buka account saja
siap kan earphone dengan mic . nampak lubang, jolok masuk lubang bagi ketat ketat , tak payah guna KY !! hahaha

Siap.....
Nanti add nama yang mahu contact.

boleh contact rose, liana, tiana , anak mamak Marina... boleh, no problem. Oversea call lagi clear, Austria, US, UK, clear dari handphone.

ummphs.. said...

hype!
thank u for your advise.
don't worry.. i don't like to join politics anyway..
cume.. respect tun and likes him very much.. br sibuk2 kat situ. ;)

take care! :)

SiR KinG TiGeR said...

antimamak

Dah wookeh ! semua alat2 ada, cuma nak call aje tak ada orang lagi. TQ lah aku tak tahu menda2 macam ni dah ada kat Malaya ni.

SiR KinG TiGeR said...

ummph
TQ datang, baca2lah citer2 aku.

SiR KinG TiGeR said...

niezearm
Wookeh, betoi kata ko ! Tak macam zaman aku dulu telefon pakai tin susu sambung tali aje !

roserose*MrsYusof* said...

antimamak:

Nak cakap ngan saya?hahahah..nanti hang semua laghi.Dari pagi lagi awak mengumpat saya...Saya tengah syok tidur pukul 10.15 am tadi.
KY: jgn antimamak..jgn salah erti....Ky saya jgn disebut tau..ni saya marah ni..hahahahah!

Datok:
Datuk nak cari yang berumur, makcik saya ada...cantik lagi.tapi betul2 lah ,jgn bagi frust..sian dia..tak sanggup saya tengok dia kecewa.
Ex staff tu dah jual Seri Bayu tu..Kan saya dah beritahu. Tapi kalau Datuk nak datang Pangkor..no problem...saya boleh tolong contactkan dari Budget Hotel,Campsite sampai lah yang berbintang2.Datuk mesti nak yang 4-5 star kan??

p/s Baru senang sekarang tepat di pukul 9.42 pm. Gi tengok Ky bertampar bola!

antimamak said...

datuk guna apa anam registered?? nickname in skype registration??
just cliicking in search
key in antimamak ( indonesia) , you will get me ..haha

SiR KinG TiGeR said...

rosevsky
Baiknya hati ko tu ! Memang aku nak yang agak tua sikit, macam roti canai garing tak mahu yang dah hangus ! Nanti datang kita bincang2 sebab bab ni kena bawak antimamak. Staf aku dah jual resort tu ye?

Aku pun bukan kaya lagi dapat ko tumpangkan katumah ko pun dah OK , senang aku kenal2 yang kat rumah tu hehe

Ko baca lah artikel baru aku pasal Belut Tasik Cini tu.

SiR KinG TiGeR said...

antimamak

Aku guna nama aku aje macam biasa, tak ada nick name. Aku tak reti nak guna, tapi nanti aku try contack ko ! Aku ni buta internet, baru nak belajo2 Dulu aku pakai suruh aje orang buat. Cobaan, Cobaan ! kata Bujang Lapok.

Hari ini aku sibuk meng-adjust blog aku, kan lain sikit. hepi aku dapat buat sendiri !