Monday, 9 June 2008

Hari Jadi Hari Tak Jadi












Hari Jadi Aku pada Jun 07, kebetulan sama pula dengan hari jadi DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong pada setiap tahun, tetapi sambutan hari jadi aku tidak lah sehebat dan semeriah hari jadi Agong. Aku tidak perlu pergi memeriksa Barisan, menyampaikan Darjah Darjah Kebesaran, Bintang Bintang, menyediakan makan malam ala "Gala Dinner"dll. Aku tak keluar satu sen pun untuk menyambut hari jadi aku. Aku hanya menumpang tempias kemeriahan Hari Jadi Agong sahaja. Aku manusia biasa, anak kampung memang dari kecil aku tidak menyambut hari jadi. Arwah mak, bapa aku pun tidak menggalak kan, mungkin kenduri doa selamat adalah dibuat nya kot, aku pun tak berapa ingat. Aku tak kisah ! macam Aiman - tak kisah !


Tetapi semasa aku menjadi Pengurus Besar disebuah hotel dulu, ada staff aku membuat suprise party konon nya. Tapi aku tak suprise pun sebab aku sudah dapat jangka kan, memang begitu lah kalau jadi "orang besar" dimana mana organasasi. Kan ada macam macam suprise ! Bukan mereka nak bodek, tapi resam dunia, ada duit, ada pangkat ada lah yang cuba nak mengampu ! Kadang kadang diorang ni hari jadi boss, kawan, teman wanita, teman lelaki, cepat betul ingat, dicatit lagi dalam dairi atau pun diset dalam handphone. tetapi hari jadi mak bapak diorang selalu aje terlupa atau buat tak kisah macam tak penting. Padahal mereka lah yang lebih utama. Apa salah nya, buat lah suprise party untuk mak bapak kita, tak payah lah pasang lilin kat cake macam cara Mat Salleh, tiup lilin api ni macam mintak sesuatu kat syaitan. Ada ulamak kata haram, aku pun kurang arif, Wallahuallam !

Orang pertama yang mengucapkan aku selamat hari jadi melalui sms ialah Liyana, teman wanita aku tetapi dia terlupa, dia ingatkan hari jadi aku June 06. Tapi aku tak kisah sangat sebab ingatan nya yang penting .Lepas itu aku menerima sms dari anak anak aku , mula mula sekali Amira anak bungsu, kemudian Amri anak ke empat dan Andi anak ketiga, mereka ini anak aku daripada perkahwinan pertama. Yang kedua Erny dan yang sulong, Adli terlambat sikit. Tapi aku gembira mereka ingat juga bila hari jadi aku. Anak kecil aku , Farra, dari perkahwinan kedua berumur 6 tahun sudah pun mengucapkan selamat hari jadi pada aku seminggu lalu ! Dia kata dah dengar dari anak anak aku yang lain bila hari jadi aku. Siap dia nyanyi lagu "Happy Birthday to You" lagi melalui handphone kakak tirinya.


Sehari sebelum dan pada Hari jadi aku berada di Ipoh, kawan baik sekolah aku seorang Dato melangsungkan perkahwinan nya yang ke 3, Dah tiga orang isteri nya, Nak Ikut sunnah Nabi lah kot. Alhamdulillah sebab aku tau dah 2 tahun mereka berkawan, Macam macam dugaan dan tentangan telah mereka lalui , kira lama juga tu, dan diakhiri dengan satu ikatan yang iklas dan sah disisi Agama. Isteri nya yang ketiga ni berumur 28 tahun, Dato dah 56 tahun tapi nampak muda dan kuat lagi, cuma rambut nya sahaja dah berkurangan, botak korperat . Isteri muda nya dah tahu lama dia dah beristeri dua tetapi kerana terlalu cintakan Dato , sanggup menerima dia se ada nya (ya lah Dato ni memang usahawan berjaya dan mempunyai harta, memang se ada nya lah) . Pada aku, ini lah yang dinamakan jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Ini rezeki juga lah nama nya. Rezeki jadi seorang yang ada title Dato !


Aku tengok juga gelagat kawan kawan Dato yang lain , yang sebaya dengan Dato yang datang pada hari itu hanya tersenyum sinis atau pun mungkin hairan macam mana Dato dapat melakukannya begitu relek semasa bersanding atau mereka pun ada hati, teringin juga nak mengikut jejak langkah Dato, untuk berkahwin lagi, tetapi mungkin merasa takut atau sayang lagi kat bini tua. Mengikut kawan aku ni isteri pertama Dato tiada masaalah bagi Dato Kahwin lagi, dia nak kan payung emas diakhirat nanti, tetapi isteri keduanya adalah tunjuk marah sikit, mungkin dia dah lupa macam mana dia "rampas" Dato dari isteri nya yang pertama 16 tahun lalu, siap anta sms, marah marah kat Dato, kebetulan pula semasa tengah akad nikah. Dia dah ada serba serbi cukup, kereta besar, rumah besar, semua keperluan ada, ada dua orang gaji, apa lagi nak dimarahkan. Aku nampak semua nafkah zahir dah lebih dari cukup, Nafkah yang lain aku tak tau lah nak komen ! Aku pun turut gembira kerana semua nya berjalan lancar, tidak lah timbul lagi fitnah, atau kemungkinan berlaku perkara perkara yang dilarang Agama. Tetapi aku berdoa supaya di simpangkan Malaikat 44, kalau aku dapat seorang isteri yang solehah pun aku dah bersyukur, buat apa nak ramai ramai, takut aku berlaku tidak adil, berserabut nanti !


Hari Jumaat, Jun 06, hari jadi mereka bernikah dan hari jadi mereka bersanding pada hari Sabtu Jun 07, 2008 . Jadi pada hari Sabtu, Jun 07, Hari Jadi aku, Hari Jadi Agong dan Hari Jadi juga lah Dato berkahwin dengan isteri nya yang ke 3. Aku tak tahu lah betul ke tidak lirik lagu Madu Tiga nyanyian Tan Sri P.Ramlee, " Hei senang nya dalam hati, kalau beristeri tiga... Seperti dunia, ana yang punya.. Mesti pandai pembohong, mesti pandai temberang ...Aku dah lupa kesemua lirik lagu nya ! Dato ni nanti kena berbohong, temberang juga ke ? Kita yang lain ni tunggu aje lah !!

Aku pula sepatutnya bertunang dengan Liana pada Jun 13 akan datang, tetapi aku mintak ditangguhkan lagi sebulan dua, sebab ada beberapa hal yang aku nak selesaikan sebelum membuat keputusan untuk bertunang dan seterusnya untuk berkahwin. Aku tak mahu pisang berbuah 3 kali ! Bukan apa, Liana masih muda, ada sifat kurang sabar, dia nak bekerja di Kuala Lumpur bila dah bertunang nanti dan tinggal bersama aku. Kita orang Islam, takkan bertunang sahaja dah boleh tinggal serumah ! Jadi, aku keberatan sebab aku fikir elok dia berpindah bila dah berkahwin nanti, bukan selepas bertunang. Masa bertunang memang banyak dugaan dari manusia sendiri dan dari syaitan. Aku tak mahu benda benda begini berlaku antara kami. Jadi aku berbincang dengan Liana dan keluarga nya elok lah tunggu sedikit masa lagi, sebab biar kami berkahwin terus tak payah buat majlis pertunangan., kalau buat pun dihari yang sama, pagi majlis pertunangan, petang akad nikah dan bersanding dan Liana boleh terus tinggal dengan aku di Kuala Lumpur. Liana tidak berapa suka dengan keputusan aku sebab dia nak cepat berada dekat dengan aku, tapi aku kira ini yang terbaik buat kami. Aku kata kat Liana, kita bukan nak main pondok pondok macam kecik kecik dulu, nak berkahwin ! Jadi semua kena dirancang dan di atur dengan baik, mengikut adat dan tuntutan Agama !


Jadi, aku dah catitkan, awal bulan Jun tahun ini, sebagai Hari Jadi Aku, Hari Jadi Agong , Hari Jadi kawan Aku berkahwin 3 dan Hari Tak Jadi aku bertunang.







56 comments:

antimamak said...

Datok Aeq:
Kalaulah datuk bertunang sekali lagi, saya mesti uruskan mamak sediakan roti canai special, bagi ice cream lemak nyior...haha, nanti Datuk hentam tak cukup.

Anyhow, saya harap datuk happy happy always. selalu ketawa, bermuka manis, macam maca pun saya tetap mendoakan datuk sihat sihat belaka.

Oh... nasib baik , nampak datuk pulang baik. tentang Red1, saya salute sama dia, dia ada kelebihan dia sendiri, ok. no comment, ..hahha

antimamak said...

sorry...spelling silap, mungkin jari terlalu besar macam benggali..

Datuk zeq.
Datuk Zeq..

harap maaf lah.
kini salah belajar ampu, bodek ..hahaha

SiR KinG TiGeR said...

antimamak
aku ada tulis kat chedet tengahari tadi tak kuor lagi kang ko tengok lah. Aku suruh dia tulis pasal PATI bukan Parti. Nanti aku ajak la ko pergi dungun jauh, siuut!

Apa apa pun nice to hear from you !

antimamak said...

Hello Datuk :
Alamak... saya punya tulisan dia tak nak publish, sebab saya sudah pechakan rahsia nya. Kenapa dia tulis Tun salleh abas, rasanya analisa saya tajam dan terkena Tun.. jadi tak nak publish,
biar saya tunggu sekejap , kalau malam ini tak publish, saya akan beritahu Datuk.. ok?

kalaulah datuk nak baca ,,, saya parking di sini untuk menarik perhatian orang. kalau tak buat macam itu, blog Datuk macam masuk freeze saja, tak main roti hangat, mana ada customer??

Hahaha ... tunggu sekejap, taknak publish, saya baru bagi Datuk disscuss, mesti main tajam !

Jangan main... antimamak juga ada suppoter, ikut hentam juga

SiR KinG TiGeR said...

antimamak

Woookkeh !

antimamak said...

Datuk :
Penganalisaan saya terhadap Tun,

Tactic Tun itu bukan kita tak tahu, Cuma kita berdiam diri aje,
Memang Tun salah seorang strategist yang handal menjahanamkan permaufakatan Melayu. Memang pun Tun mengetahui internet / blog boleh menjatuhkan sesebuah parti. Dengan tertanya Tanya diri , apakah strategi yang begitu tajam dan kejam yang dipermainkan oleh Tun ??

1)murders with a borrowed knife --- apabila Tun Salleh menerima –ex-gratia sebagai pampas an , Tun pun mengemukakan articlenya, memberikan penjelasan, maka penjelasan dirinya akan jadi murders with a borrowed knife, menyemarakkan rakyat membenci kepada kerajaan kini.

2)Attacks the enemy's rear in order to compel him to give up he's own attack – Ini lah lepas hentam Tun Salleh dalam article, tak payah belanja apa apa kos, Cuma menggunakan pena tajam untuk membunuh pihak lawan. Lalu memyembuyi tangan. Jadi Tun Salleh terpaksa tutup mulut.

Memberi laluan Tun Mahathir jadi manusia yang paling mulia dalam sejarah Malaysia. Pak Lah menjadi mangsa tomahan. Sememangnya Tun Mahathir itu, takut sejarah malaysia menghitamkan namanya selepas meninggal dunia, susah payah dia membina image, tapi di korek habis. Itu pun Kes VK Lingam
baru mula. jadi tengoklah macammana dia naik gila.

3)uses diversionary tactics – Inilah tactic yang kejam dan membabi butakan kaum Melayu, khasnya penyokong UMNO,. Tactic ini disifatkan sebagai Uses the ingenious method seizes to lure and causes the enemy to have in the illusion , seizes the opportunity to exterminate Pak Lah again. Jadi apa barang yang ada sangkut Paklah, maka Pak Lah dijatuh hukuman dimahkamah rakyat.
tengoklah article Jambatan bengkok. Padahal buat apa jambatan, naik tongkang pun sampai kan?? hahaha ...
Orang Mamak dari India Kerala sanggup naik tongkang, takkan lah orang Malaysia tak berani, kalau niak tongkang, malah Uniquely Malaysia.

3)Jadi Tun hanya memerlukan sedikit masa untuk mengarang article ,pun boleh menjatuhkan Pak Lah, Is discarding Pak Lah to obtain the peach of the strategy, Is also obtaining the maximum victory with the minimum then loss. Jadi masa yang sama, mempromote anaknya Mukhriz melalui saluran Najib, tapi sayangnya Najib enggan jumpa Tun. ..hahaha

Bagi saya , Tun memang lah pakar membuat cerita, kalaulah pembaca pembaca lalai menganalisa fakta yang dibentangkannya , maka akan di tipu bulat bulat seperti roti canai bermuka dua , article ini akan menolak Pak Lah jatuh tanpa menggunakan jentera berat. Tetapi hanya ludah dengan air liur menjadikan cabinet Pak Lah kelam kabut.

ok,, Datuk mengalami apa apa masalah dalam tulisan saya, tolong tanya. saya ni pakar conspiracy kampong. Kakakaka.

SiR KinG TiGeR said...

antimamak
Aku dah baca tadi, komen ko dekat dekat dengan komen aku, ko tak baca? hehe

antimamak said...

terima kasih datuk
Memamng kita sama otak blue, itulah dekat dekat ...same tune

Tadi tulisan datuk nampak kejelitaanm tak macam antimamak kasar macam negro, mana wanita pun takut ditikam.

Ok ....janji kita jangan belajar dari Tun, menjadi manusia yang pandai risau, happy happy cukup lah.
Datuk,. kenapa blog datuk tak masukkan gambar?? kalau masukkan gambar apa pun nampak hidup. agressive, akdang kadang akan tarik ramai pengunjung.

Macam lah chalet, rumah idaman seperti green architecture, semua unsur back to nature. ini kan bagus??

Boleh datuk tulis tentang cara cra buat duit. ini akan menarik ramai pengunjung lagi , sekarang semua orang gila duit.

SiR KinG TiGeR said...

antimamak
Aku ni baru dua bulan belajar blogging ni. Dulu ada secretary, semua kerja dia yang buat aku cakap aje dia tulis, Sekarang bila dah sorang aku tak tau macamana nak buat, tengah nak suruh anak aku ajarkan bubuh gambar. tapi chedet pun tak bubuh gambar gak, sejuta satu pelawatnya, penyokong nya + 1 penentang nya(ko La).
nak buat duit tak susah, aku ada formula nya. yang susah bila ada banyak duit tak tau nak gunakan macamana, takut guna kejalan yang salah, tiap tiap malam nak pergi dangdut, nightclub atau disco, dah penat berjoget joget nak pergi urut badan pulak, kan susah tu?

antimamak, ingat cakap aku, "Duit bukan segala gala nya, tapi cuma sekarang ni sahaja segala gala nya perlukan duit" Tu yang buat aku pun pening !

sifu-sifulan said...

haha sama la kepala korg berdua ni, seko kaki betina seko takdak tengkuk, apa org cakap tundukkk (mengiyakan) jek...kalau Pak Lah berani soh la dia buat penjelasan! Antimamak ko pon satu, nama je Melayu tapi tak paham peribahasa "Sokong membawa rebah". Pak Lah rebah sbb ada kaki2 ampu yg buat analisa sampah mcm ko ni la, jual seluruh share dlm syarikat dgn harga 1 Euro, lebih bodoh lagi pada abad 21 ni suruh org naik tongkang utk elakkan jalan jam (sungguh bangang). Tun pun agaknye tergelak baca komen sampah macam ko ni..!

ASD said...

Woi antimamak! ko per tau pasal Tun Mahathir? Judge using talent, bukan pemerhatian semata-mata. Klu Tun Mahathir tu jahat, dah lame hancur Malaysia 23 tahun dier memerintah dulu. Ko pun kawan si sampah Datok Zeq 2?haha...

SiR KinG TiGeR said...

antimamak

Ko biarkan aje sifu sifulan ngan malaysiamalay tu bercakap, budak2 berhingus lagi kot dari gaya tulisan nya ! Mak bapak diorang tak ajar cara bercakap ngan orang lain ! cian aku tengok budak sekarang ramai dah kurang ajar !
atau ada mental problems ? lahir lepas merdeka, banyak makan benda benda berchemical, rosak lah otak, kan gitu antimamak?

antimamak said...

Blog Datuk Zeq ini mengamalkan kebebasan bersuara, mereka telah bersuara, kita patut gembira sebab...

Datuk tahu kah apa sebab ??
Sebab mereka tak pekak! mereka bukan bisu. so , biarkanlah apa nak cakap , memang dalam internet , kita hanya baca, bukan nak dengar. hahaha

Kalau kita tak nak baca, ini hak kita, tapi tak nak dengar, mungkin bising menyalak,,,, ok lah , baik kita sencor dengan gunakan mata.. tak nak baca. Hahhaa

Betul dak?? Datuk Zeq

antimamak said...

Kepada sifu sifulan dan malaysiamalay:
Tolong semak semua tulisan saya de blog chedet, adakah apa apa tulisan yang saya ketengahkan pro Pak Lah???

Adakah saya memberikan sokongan kepada Pak Lah...tolong tunjukkan baris mana sya pro Pak Lah,. sekiranya ada.

kalau tak dapat, maka ini menunjukkan anda berdua babi buta. ditipu Tun Mamak, tanpa otak untuk menganalisa fakta. buktiu kukuh menunjukkan dua dua mangkuk ini
tak faham apa yang saya tulis.

Cari lah.. Buktikanlah , mana saya Pro Pak Lah!!

SiR KinG TiGeR said...

antimamak
Aku dah baca komen ko kat cedet, aku tengok ko macam nak tukar dari roti canai ke roti Nan aje. yelah nanti duduk dalam tempayan panas, kemudian keluar bagi orang lain makan?

Apa apa pun, elok ko tukar nama ko tu? Marah mamak mamak yang lain nanti.. aku tak pe.. Mamak Teh tarik satu !!!

antimamak said...

Datuk Zeq
Tak payah bagi apa apa advise lah.. paling banyak , jangan kita contact ! ok. beres kes. Itu hak saya,,,,hormatilah hak saya, macam saya hormati kamu !!

SiR KinG TiGeR said...

antimamak
Jangan cepat melenting ! Aku cakap cakap aje ! Nanti aku miss pulak komen komen yang berfakta ko yang aku dah mula suka membaca nya Aku bukan nya mamak, jadi ko tak boleh anti aku dan marah...Kalau aku luka kan hati ko, dan ko rasa aku tidak menghormati ko, aku mohon maaf ! tapi kalau ko marah juga . nanti aku jual....macam cerita Tiga Abdul

Jangan lah nak berkawan separuh jalan ! Takut nanti sesat pulak ditengah jalan !

Ko dah makan ???

SiR KinG TiGeR said...

sifu-sifulan

Aku bukan nya demm pathetic. Aku happy dan ramai kawan all over the world. Tetapi dari tulisan tulisan ko, aku dapat rasakan ko ni yang boleh dipanggil pathetic fallacy.
Ada erti ???

antimamak said...

Datuk Zeq :
Bezakan anti-mamak dan antimamak, senkang - ini membawa maksud yang berlain, kalau lah yang ada sengkang tu, saya tak nak guna, sebab betul betul racist.

Yang tak ada sengkang itu, (bukan anti-mamak.) tiada membawa apa apa maksud, carilah dalam kamus.. kalau dibaca memang serupa bunyi. Ok., jangan jatuh trick saya.

Yang tak ada sengkang itu khas untuk Tun Mamak. Panggilah Karpal singh naik mahkamah bicara pun , Tun Salleh Abas jadi hakim tetap buang kes. penggunaan antimamak ini hanya tarik perhatian pembaca saja.

Walau bagaimanapun, Datuk bebas memanggil apa nama pun, pathetic fallacy....apa pun

Matalamat saya memang saya tak nak tengok masyarakat Melayu belah dua, Malaysia menjadi negara yang berunsur racial sentiment. Itu lah saya rajin hentam dengan roti canai.

Ok lah datuk, kita tak patut kerana nama animamak ini jadi musuh. Happy ole le dulu.

Tengok, bukan roti canai jadi roti nan, matalamat saya memang nak transparency, mana yang tak jujur, kita belasah. itu lah cerita.

Datuk, sebenarnya kes Tun Salleh Abas itu adalah dihasut oleh tun mamak, articlenya bukan dia tulis, malah dikarang oleh Methias Chang, selaku penguamnya. Bohong merata rata. tungggu ada banyak cerita lagi.....

Saya pasti article Tun Mamak bukan ditulisnya, gaya bahasa, cara pemeikiran, cara membuat tomahan, cara pendekatan, cara pemikiran... bukan hasil Tun mamak, sesetengah commentator juga di upah. Tengoklah ...dia tulis dalam english, versi melayu kadang kadang tiada. kadang kadang ada..
Mana Tun mamak nak traslate?? pordah. bohong bulat bulat.

antimamak said...

datuk Zeq:
cuba tengok sanusi junid... saya komen,Hanya ketua perlembagaan yang mempunyai hak untuk menamatkan president UIA.

Jadi buat apa bohong bohong?? nak fitnah orang lain?? cakap lah terus terang, perlucutan sebagai President UIA adalah dibuang kerja oleh Sultan Pahang !!!

Ini menunjukkan Tun telah memutarbelitkan fakta, supaya mendapatkan sokongan rakyat. dan kesian rakyat untuk meruntuhkan kerajaan!!

Cerita ini dapat disimpulkan sebagai roti canai hangus tanpa minyak sapi, api manyambar kaki bulu mamak terbakar.

Mamak ni nak buat roti canai, tanpa guna minyak sapi, terbakar kaki bulu ... hahaha ..
itulah buat cerita bodoh, nak orang marah, akhirnya kaki bulu pun hilang.

http://www.agendadaily.com/cms/index.jsp

SiR KinG TiGeR said...

antimamak
Aku dah baca komen ko kat chedet tadi. Pathetic fallacy bukan kepada ko, tetapi budak sifu-sifulan tu, ada erti?

Gelombang Rakyat said...

A Totally Happy Birthday To You. Belated! I was surfing around so far and wide, searching for information. I did not manage to reach here yet. My apology. I am very focused now, and contributing a bit to the Tun Dr Mahathir Mohamad role. There is one angle he sees that I see. So I zoom in. Hehehehe...I dah tua, jadi inilah sedikit yang mampu, sekarang ini. Oh ya, my birthday di suatu hari yang semua orang terlupa. Maknanya bukan 7 Jun lah kan. Selalu celebrate bersama keluarga. Dulu masa bujang, I celebrate sorang jer. Teh tarik dan roti murtabak. Gitulah...

SiR KinG TiGeR said...

zz

TQ datang juga ko kerumah aku. Nanti lapang lapang kita jumpa. Komen ko kat chedet ada sense dan aku tak pernah tak baca. antimamak tak komen pun hari ni, dia pun aku minat tulisan nya, walaupun antimamak, bukan anti-mamak ! Nanti aku belanja ko..

Mamak!Teh tarik 2, roti telor 2 !!!

Mohd Nadzri Kamsin said...

Berkahwinlah dengan ikhlas.

antimamak said...

Datuk Zeq:
Datuk Main durian, timun, tempoyak.. Hahahaha . ketawa gila!
mamak mana makan durian?? kerala tak dak lah!! Timun itu untuk negro kan baik!

Datuk... sudah post komen itu, tunggulah, banyak canggih punya akan datang: Jet Petronas guna free, panggil dia boikot NST, media perdana... naik court memperjelaskan diri lagi baik!

Kali ini nak tukar trend sikit, bagi roti bau cheese. fulamak !
Habis duit rakyat saja lah!
Tunggu lah, sudah siap, tunggu masa Datok Ketawa.

SiR KinG TiGeR said...

antimamak

Wookeehh ! Ko main roti canai, aku main durian dan tempoyak lah. Cuba ko makan roti canai, roti cheese ko dengan tempoyak, kaw hebeh ! he! he !

Aku pun tengah tunggu komen ko kat chedet neh !

antimamak said...

Datuk Zeq
Apa macam, saya suruh Tun Mamak buang jet, naik airasia...haha
memang pun Tun Mamak terlekat dengan jet, tapi jet tu kepunyaan rakyat.

Saya cuma nak beri keterangan, rakyat patut menuntut hak mereka masing masing, kalau kita hentam UMNO, BN , Pak Lah, nanti karpal, Lim Kiat Siang. Anwar, Tok Hadi.. kaki Pas senyap, semua pembangkang mengganggur. So bagi dia orang chance juga..adil

Tidak kira lah, kemeresetan ekonomi akan melandai Malaysia. semua barang naik...kita naik angin juga, kalau bagi orang miskin...macam mana hendak menghadapi.

Kawan dari Dubai( orang malaysia) juga hentam ...tunnggu mamaktongkang mari punya. geng aku lah.

Kalau kita tak hentam , bila nak kita bersuara ?? Saya cukup risua Datuk jadi Batuk akibat kemeresetan ekonomi, batuk orang miskin ..... risau sedikit.

SiR KinG TiGeR said...

antimamak

Aku suka semua barang barang naik sebab cepatlah diorang semua turun,
bila semua rakyat dah naik angin nanti. Tapi ada kejutan sebelum akhir tahun ni, tetapi aku tak berapa pasti, aku tengah nak dengar , tengok2 ni.Ko pun tengok tengok, dengar dengar lah.

antimamak said...

Datuk Zeq:
Pensyarah saya dulu panngil saya ambil sumpah depan dia, tak boleh masuk politik... dengan itu saya sumpah tak masuk politik.

Memang pun saya budak double major, mass communication dan international politic, so belajar bertahun tahun,,, tak dapat guna,, ini lah peluang saya untuk menulis syok syok,.pandangan, idea... ISA
ikut suka aku

OK
pergi kedai mamak minum kopi, kena roti canai

Gelombang Rakyat said...

Wah, ini best ni. Birthday boy belanja. Aku senang jer, nescafe tongkat ali, roti murtabak. Settled. Kita kalau jumpa aku hadiah ko buku. Thanks for reading my comments at CheDet's blog. I do read yours too. Pun aku suka kat blognya yang ada link, aku boleh click and get more, yang agree and yang tidak agree, dan yang menghapu pun ada. Hehehehehe! Interesting!!!

SiR KinG TiGeR said...

zz
Ok no hal aku belanja.Aku akan ajak antimamak, red1 sekali sebab aku cuma baca komen komen ko orang bertiga ni sahaja, ada akademik value. Aku malas nak cari fakta fakta, tetapi membaca nya syoook

SiR KinG TiGeR said...

antimamak

Yang ko pergi bersumpah tu watpe? Pada aku tak masuk politik pun takpe, kita kuis kuis dari luar aje, macam Euro 2008, biar mereka main, kita jerit jerit cukup sebab kalau main sakit keting kena boot (Bidang Orang Orang Tamak). Pada aku ISA dah menjadi -Ikut Suka Abdullah. eh.. aku tunggu betul betul ni supaya durian menjadi tempoyak ! 3 bulan lagi durian cukup masam dah tu..sedap lah tempoyak nya

SiR KinG TiGeR said...

Rakan Rakan Bloggers

Jom kita pergi kat www.sanusijunid.blogspot.com

Gelombang Rakyat said...

DatOk ZeQ, saya juga ada blog blogger blogspot, dan atas permintaan pelawat, kasi buang itu word verification. Saya telah melakukannya. You, apa macam? Cadangan saja, sempena birthday you.

antimamak said...

Kepada ZZ:
Khas untuk ZZ, saya telah tengok blog zz, dan mendapati ZZ itu memang orang yang
a) berjiwa tenang. golongan cinta keamanan
b) ZZ juga mempunyai ramai penyokong,, khasnya zz memang mempunyai sifat sifat kepimpinan
c) ZZ suka menyimpa kecewa dalam hati, tidak mudah meluahkan perasaan di luarmuka.
d) ZZ dilahirkan di famili yang berstatus ok, pada umur 10-16 agak susah. keluarga zz menghadapi banyak bencana. ertinya boleh dikatakan middle class society. 5-6 orang beradik.
e)tetapi pada usia 32-36 agak menghadapi banyak halangan.
e) Sikap lurus, pertimbangan waras, malah suka berfikir panjang.
f) zz bukanlah gologan yang kaya, tetapi golongan pertengahan, apabila membuat keputusan, memang licik. kadang kala banyak kontradiction.
g) Dulu, pemikiran zz agak terapung apung, susah hendak menghadapi masalah. rasa keberatan agak menerima cabaran.

ok....cuba main mian face reading untuk zz. kalau tak tepat jangan lah marah! baru belajar dari India kerala. kakakka

Gelombang Rakyat said...

Insyaallah, DatOk ZeQ, saya ini blogging sejak Disember 2006. Belum mahir lagi, tapi begitulah lamanya mempelajari kaedah komen mengomen. Orang yang sudah bagus seperti negarawannya Tun Dr Mahathir Mohamad, jika kita kata dot dot dot, belum menjadi bermakna kepadanya. Siapa yang bijak, setiap pos nya walaupun snippets, pendek sahaja, tapi "bomb-shell" beb. Macam main takraw, umpamanya, bila dia feeder lambung, kita yang ringan-ringan ini lipat 180 darjahlah kan. Gitulah saya. Thanks, knowing you are reading ours and mine, syok jugak, sebab ratusan komen sana ada...I read yours too, and Red1. Yang lain belum kesempatan. Slowly and surely I shall read all or most. Tapi masih suka yang ada link ke blognya.

Gelombang Rakyat said...

DatOk ZeQ,

Guten Morgen. Dunkeshon ich link.

Dapat baca ini: Was machen Sie, jetz? Warum so lange keine worte? Wier haben so lange nicht gesehen!

Alles Gute jar!

Kalau nak belanja saya, murtabak satu, dan cuppacino yang ada nama *Zubli Zainordin* di permukaannya, okay...

LOL!!!

Gelombang Rakyat said...

Menyisip sedikit ya DatOk ZeQ, emm, terima kasihlah di atas face reading itu. LOL!!! You Mass Comm, di mana?

antimamak said...

Hello Datuk Zeq
Het seeems die uw blog fuctionally aantrekt zodat om het even welke mensen houden rente in uw commentaar. I persoanally gevend u een reusachtig steun en een hoppen die elke blogger die van vrijheid van meningsuiting geniet.

Genarally, nowaday in Maleisië, zodat vele mensen is zodat onwetendheid over politieke kwestie, is het rassengevoel stop in de maatschappij geweest, verzet ik me definately dit advies adn regulary condemming Vat Mamak voor zelfcentrumgedrag, in plaats van zijn persoonlijke gebeurtenis en niets telated met publiek, de maatschappijzorg, hij ten slotte becaome de oppisitionpartij.

Uitspreidende amiong irresponsilitygebeurtenis en het misleding van zo manay mensen door zijn eigen blog te gebruiken. En ik hoop wij één of ander positief konden bijdragen denkend en mensen laten in meer detail in zijn eigen truc begrijpen.

Werk hand door hand,… minstens het bericht dat meer thier aan het hart van de lezer gaat.

Ik ben geen politicus
ik ben geen propagandist
Noch een politieke speculant, in plaats daarvan ik sincery doend mijn werk aan de maatschappij.
Dank u… mijn robot die me helpt die in Duetch en Franse langague vertaalt. haha haha

antimamak
--------------------------------
Bonjour Datuk Zeq
Il les seeems que votre blog/blogue attirent fuctionally ainsi n'importe quels gens/personne maintiennent/garder l'intérêt pour votre commentaire. I persoanally te donnant un support/appui énorme et sautant à cloche-pied cela chaque blogueur appréciant la liberté d'expression.

Genarally, nowaday en Malaisie, ainsi beaucoup de gens/personne sont ainsi l'ignorance au sujet du problème politique, sentiment racial a été fiche/prise dans la société, j'oppose definately cette tonne condemming regulary Mamak d'ADN d'opinion pour le comportement de centre d'individu, au lieu de son événement personnel et de rien telated avec le public, la préoccupation/souci de société, il pour finir becaome la partie/usager/réception d'oppisition.

Événement de propagation d'irresponsility d'amiong et misleding les personnes tellement manay en employant son propre blog/blogue. Et j'espère que nous pourrions contribuer un certain positif pensant et avons laissé des gens/personne comprendre dans plus de groupe dans son propre tour.

Travaillons à la main la main,… au moins le message allant thier au coeur du lecteur.

Je ne suis pas un politicien
je ne suis pas un propagandiste
Ni un spéculateur politique, au lieu de cela je sincery effectuant mon travail à la société.
Merci… mon robot m'aidant traduisant dans Duetch et langague français. haha haha

antimamak

Datuk ..saya hantam saja ..hahaha
ZZ, face reading tu tepat dak?? bagi feedback sedikit

Kak Long said...

tumpang lalu....

Gelombang Rakyat said...

AM, kena bayar pengkeras ker? Jika free okay ler...

SiR KinG TiGeR said...

antimamak

Du sprech sehr gut deutch . ich habe meine deutch vergesen, so lange nicht gesprechen .
Aber macht night, alles richtig !

Gruss Gott !

Parle tu francios ausi? Je oblier, en petit


Parla Italino? Io sto imprande de italiano

SiR KinG TiGeR said...

zz

I dok kat Salzburg, Austria tahun 1985/86 balek Malaya tak jumpa lagi antimamak, sebab tak ramai orang cakap German. Jadi boleh cakap lagi tapi tulis dah lupa.

Alles gute Ja. Gruss Gott !

antimamak said...

zz:
Semua free lah
aku dok kerala semua orang kira duit, balik Malaysia terpaksa di buli Mamak, saya bagi free...

Eh wa.... aku sangka kena 70 % tepat. ZZ orang romantik pada umur 48 start.

Datuk:
Saya tak tahu cakap bahasa itu, tapi saya dapat baca...eh wa!! tengoklah kelebihan saya.

Gelombang Rakyat said...

I percaya Ayat. Badan kita ini ada ayat. Contohnya Iridologi. Foot Refleksologi. Begitulah. Okay, face reading, there are lots of markings, so some do can read.

a) berjiwa tenang. golongan cinta keamanan

Correct!

b) ZZ juga mempunyai ramai penyokong, khasnya zz memang mempunyai sifat sifat kepimpinan

Correct! Correct!!

Cuma bila ketiadaan good followers, I would prefer to be one, so that another can be a leader even if she or he who is not so good yet with me a follower, she or he can feel and be brilliant.

c) ZZ suka menyimpan kecewa dalam hati, tidak mudah meluahkan perasaan di luarmuka.

Correct! Correct!! Correct!!!

d) ZZ dilahirkan di famili yang berstatus ok, pada umur 10-16 agak susah.

Correct!

10 - 16 tu, tidak tepat. While my father was still alive, berstatus ok, throughout.

Susahnya I bermula bila I jadi father!

Keluarga zz menghadapi banyak bencana.

Keluarga masa I jadi anak ke atau I jadi bapa ke?

Bencana yang banyak masa I jadi bapa.

Masa I jadi anak, harapan nak dapat satu bencana pun susah.

Ertinya boleh dikatakan middle class society.

Correct.

5-6 orang beradik.

Enam adik beradik, nombor 2 meninggal semasa kechik.

e)tetapi pada usia 32-36 agak menghadapi banyak halangan.

Correct!

e) Sikap lurus, pertimbangan waras, malah suka berfikir panjang.

Dan saksama.

I am a Consultant in this company, semua suka jikalau I buat pembahagian. A portion semua dapat sama-rata 10 per cent. Based on performance, the other portion diagihkan mengikut benchmarking.

Jikalau orang lain agihkan, maka total income, one guy dapat 70 seorang, yang lain 30 divided by six.

f) zz bukanlah gologan yang kaya, tetapi golongan pertengahan, apabila membuat keputusan, memang licik. kadang kala banyak kontradiction.

Not all the time. My decision is based on a philosophy. If, yang licik datang join, I can be more licik.

The contradictions normally is not present, unless one within our group turn sour, so I shall confuse her or him with information full of contradictions than he is busy sorting these out, others and I can go and have fun in life.

g) Dulu, pemikiran zz agak terapung apung, susah hendak menghadapi masalah. rasa keberatan agak menerima cabaran.

Boleh dikatakan correct, sebab I am a Constant and a Consistent Searcher for the Truth belonging to the God.

Selepas jumpa, I am in flow, synchronicity and circle.

Berapa per cent you score?

SiR KinG TiGeR said...

antimamak & zz

Cuba ko orang telek kan nasib TDM,DSAB,DSAI,DSNTR lagi baik sebab aku dah tak sabar nak tunggu apa akan jadi sebelum hujung tahun ni. TDM kata begini, DSAB kata begitu,DSAI kata bukan, DSNTR ...Diam ?

Apa nak jadi?? Alles kaput !

antimamak said...

Datuk Zeq:
Tun mamak dengan article UMNO. nanti saya bagi roti canai!! hahha

saya mengesyorkan datuk buat blog face reading ...hahaha
Percuama..telek free, tengok berapa orang bagi sokongan!!

Syok syiiiooooook saje.

Datuk.zeq
saya bagi clue tentang Tun mamak, dengarlah suara dia. berubah banyak.... dulu suara dia lain jika dibanding dengan kini. ini menunjukkan dia semakin lemah, gentar, dan kemungkinan boleh kena penyakit stroke. Batin nya semakin kurang lagi. saya rasa tak lam dah !! kena beli kain putih standby.

-----------

ZZ. Aduhai, belajar dari kerala, memang pun ada percent yang tinggi, itu pun cuma tengok gambar, kalau orang hidup.....fullamak, lagi kow (tepat).!~

kalau zz mahu infor tepat, harap bagikan birth year/ month/ date/ time of birth...saya boleh baca astrology, nanti mungkin boleh breaking code. tengoklah berapa jitunya.

antimamak said...

datuk Zeq
ini yang saya hentam, tapi tak pass

Tun
Memang tidak dinafikan selepas pengharaman UMNO pada tahun 1988, dan tertumbuhnya UMNO baru ala mahathirism, Memang pun parti UMNO Baru yang adalah kepunyaan Tun..
Dalam article Tun mencetuskan beberapa fakta yang jelas:
a) Mahathir adalah Pengasas Parti UMNO Baru
b) UMNO baru tidak dapat menerima hakikat perubahan pemikiran, globalisasi
c) Semangat Mahathirism di pupuk selama 22 tahun. Membasmikan demokrasi hak rakyat.
d) Semangat Mahathirism mengujudkan lapisan UMNOputra yang menyalahgunakan kuasa untuk melakukan rasuah, kronisma, nepotisma,.
e) Menyalahgunakan kuasa dan power arrogant, khasnya mengambil 1.5 juta kaki tanggan kerajaan untuk menyokong pihak UMNO. Baru.
Ministers find wexpand their “empire” by coming up with new legislation to fund programs that “expand” services to the Rakyat or laws to regulate economic activities. Bureaucrats run programs and establish rules and regulations, which means more paperwork. Budgets are increased and staff hired to process the paperwork.
f) Rakyat semakin faham, kronism, nepotisma, penyalahgunaan kuasa, kes jenayahays to…. adlah factor yang mendorong rakyat mengundi kepada pihak pembangkang.
g) Article tun juga memainkan peranan sebagai racial sentiment, dimana Tun sengaja mengunnakan racial sentiment untuk mendapatkan sokong dari kaum melayu,
h) Article ini jelas kelihatan, semangat mastyarakat multiracial memang diterima umum, khasnya kaum Cina dan Indai memberikan sokongan PAS, ini membuktikan kaum Cina dan India menyokong agama Islam, Menaruh harapan Pas akan memerintah dengan mengikut cara Islam. Adil dan saksama kepada kaum lain. .
i) Gelagat UMNOputra yang dipelopori TUN bersifat penyamun, perompak, lanun dan penyagak ini tidak dilayan oleh orang melayu sendiri. Akibatnya UMNO terpaksa membuat perubahan mengikut trend kehendak masakini.
j) Sebelum PRU12 , Tun telah menyuruh pengundi menyokong pembangkang, serta mengkritik UMNO Baru habis habisan, jadi siapa yang salah?? Ini menunjukkan TUN masih mempunyai banyak supporter, jadi Gajah lawan gajah, pelanduk mati tengah. Pembangkang mendapat untung. Terima kasih TUN.!!

Kesimpulannya , akibat roti canai tiada dapat laku, lalu mamak tending gerai, meja dan kerusi hingga bercelabu. Lalu tunggu tongkang balik ke kelara India. Rakyat hilang citarasa roti canai yang begitu indah. .

Kegagalan UMNO Baru Pdalam RU12
a)Tun yang mengalakkan pengokong mengalih kuasa dan menyokong pihak pembangkang.
b) "Malaysia dalam menghadapi cabaran baru global" jadi waktu Tun memrintah belum menghadapi cabaran ini.

SiR KinG TiGeR said...

antimamak

Aku punya seloka lepas 1 tak. Tak per cuba lagi !

antimamak said...

Datuk Zeq

Orang seni, berbakat...tulisan semakin maju, hentam tepat, bermakna.
Tapi terdapat inspirasimakan catatlah sajak/ pantun ini

Umno baru kepunyaan Mahathir
Pak Lah tumpang duduk kerusi
Duduk lama bongkok berbausir
Chedet terus hentam bertubi tubi

Zaman Chedet berkuku besi
22 tahun chedet bercita tinggi
Datangnya Pak Lah berdemokrasi
Membiarkan UMNO tengah mati

Permikiran rakyat bukanlah ubi
Ditipu Chedet dengan polisi
Pandang ketimur tengok matahari
Hampir buta apa pun tak jadi

Wawasan 2020 wawasan mimpi
Kini Malaysia dilanda inflasi
Kroni kroni chedet semua mati
Akibat pak lah samurai kasi

Suara rakyat suara keramat
Kumpunlan 4 dan tingkat 4
Chedet ajak melayu jadi sesat
Curi duit rakyat poket tersumbat

Harga minyak naik mendadak
Rakyat Malaysia jadi orang minyak
Marah bermakna semakin bijak
Rakyat tak mahu Umno memijak

Umno baru akan bermati katak
Stanby memberi gulung kain putih
Malam malam jadi orang minyak
Pidato politik semuanya lebih

ini pun ok juga !! betul dak??
Macam nilah kita hidup happy ole le ..

SiR KinG TiGeR said...

antimamak

Pantun/sajak ko ni lagi hebat, tak lepas gak?

roserose*MrsYusof* said...

Salam DatOk ZeQ,

Selamat datang ke dunia blogger...Saya dah bertahun2 jadi blogger tapi tak lah sehebat Datok dan kengkawan!
Apa pun terus menulis lah sebab bila berblog barulah tau apa blog atau lain orang lain fikirannya.
Jangan lupa jemput semua blogger untuk perkahwinan yang ke 3 nanti. Hmm..sian Liyana kena tunggu lagi..Mcm sy ..tunggu ..tunggu..untuk bernikah dengan lelaki yang kahwin kali ke-3..sampai laa ni..tak settle lagi..Opps...

Selamat berblog!

roserose*MrsYusof* said...

Oh ya..Datok tak letak chatbox kan..terpaksa saya komen kat sini..

Datok, saya bekerja di bidang pengurusan hotel(dr jadi RM ke sales dan sekarang br OM)..baru setahun jagung la ni...

Datok tulislah pengalaman semasa berkerja di hotel2 yang besar itu..

Saya nak belajar ..

SiR KinG TiGeR said...

Rosram

Aku cuba nak tengok blog ko, tapi tak dapat. Walau apa pun selamat datang ke blog aku. Aku belajar berblog ni pun baru 2 bulan dari anak aku yang memang pakar IT. Bagus la ko kerja hotel sebab orang hotel memang 'cool'dan kalau betul betul kerja macam aku dulu dari bellboy sampai jadi GM lepas tu buka hotel/resort sendiri diKuantan. Tapi.. Dugaan Tuhan, bila aku bercerai aku tinggal sehelai sepinggang, sebab bisnes harta2 aku suma nama bekas isteri aku.

It is a "blessing in disguise" sekarang success jugak ! Aku dah jumpa semua baru, dapat busines baru,rumah baru, dapat kawan baru dan girlfriend pun baru gak !!! hehe.. Dunia, dunia..

SiR KinG TiGeR said...

antimamak

Ko kemana?

Yana Ismail said...

Apa jadi pada Liyana sekarang? Hmm, salam singgah and salam kenal. Thanks singgah blog princess.