Thursday, 19 June 2008

Euro 2008, Salzburg, Claudia dan Aku



Schloss Klessheim




Mozart



Rumah kelahiran Mozart




Bandar lama
Salzburg





Semasa aku menonton Euro 2008 diTV yang diadakan diSalzburg, Austria diantara Greece dan Sepanyol yang berkesudahan Sepanyol mengalahkan Greece 2-1, tiba tiba saja fikiran aku melayang dan terkenangkan kekasih lama yang aku tinggalkan semasa belajar di Schloss Klessheim, Salzburg pada tahun 1985 dahulu. Banyak pula kenang kenangan manis yang bermain difikiran. Aku tersenyum sendirian mengingatkan kali pertama aku sampai diSalzburg dan berkenalan dengan anak gadis tempatan, Claudia. Entah macam mana rupanya sekarang, gemuk dan besar juga ke macam kebanyakan perempuan separuh umur disana? Dah 42 tahun !


Aku bertuah dapat melanjutkan pelajaran aku dibidang perhotelan di Institute Of Tourism and Hotel Management, Salzburg, Austria setelah bekerja selama 14 tahun dari "rank and file "aku di ketemukkan Allah kepada seorang pegawai dari MARA . Aku menceritakan minat aku untuk belajar lagi kerana semasa bersekolah aku tidak ada peluang disebabkan kemiskinan. Dia (sekarang dah arwah ) bersungguh sungguh untuk membantu aku mendapat kan pinjaman MARA sebanyak RM11,000, cukup untuk menampung kos pelajaran. Tetapi aku diminta mencari duit tambang kapal terbang sendiri, sebagai komitmen aku. Kebetulan ketika itu kawan adik aku yang ketiga bekerja dengan Kopetro Travel syarikat pelancungan ( anak syarikat Petronas,) dapat lah dia membantu untuk mendapatkan tiket bayaran secara ansuran. Aku bukan nya banyak duit simpanan dan ketika itu aku dah berkahwin dan ada 2 orang anak, baru pula berpindah ke KL untuk jawatan baru. Untuk menambahkan lagi wang saku , aku terpaksa menjual kereta Toyota Corona aku kepada bekas bapa mertua aku ( juga sudah arwah). Sekejap.. aku nak hadiahkan Fatihah kepada kedua dua arwah ini.. AlFatihah..


Di pendek kan cerita, Aku sampai dilapangan terbang Salzburg dari Frankfurt, Germany. Ini lah kali pertama aku menjejaki Negara Eropah dan macam tidak percaya dan terus mencari teksi, memberikan alamat tempat Intitute aku , "brauhen Sie taxi? Wo Hin ? tanya pemandu teksi , "apa benda tu kata hati aku, " tetapi disebabkan dia menyebut teksi, aku pun menunjukan sekeping surat tawaran aku , dia tersenyum masuk kedalam teksi dan terus bergerak.

Perjalanan memakan masa lebih kurang 30 minit. Apabila sampai, Aku diberi taklimat oleh pegawai di Institute yang bercakap pelat pelat English, dan memberikan aku pula alamat yang lain. sekali lagi aku terpaksa mencari teksi , menunjukan kertas tadi. OK ..Ok.. keine problem,hunded shilling bitte ! kata nya! rupa nya dekat sahaja cuma 10 minit, tapi 100 Shilling. ? Mahal tu ! Nasib baik Aku telah pun menukarkan matawang US dollar yang aku bawa dari Malaysia ke matawang Shilling Austria ketika itu 100 Shilling lebih kurang RM10.00.


Aku ditempatkan di sebuah Gaste Haus - motel kecil tiga tingkat dan dibawah nya ada sebuah restoren "Cafe Grenzwald" milik satu keluarga yang baik. Terkejut beruk juga aku sebab pelajar diberi bilek dimotel? Baru ada class sikit !


Gruss gott ! kata seorang perempuan separuh umur dan terus membawa aku naik keatas. Masa menaiki tangga, entah apa yang dicakapnya aku langsung tidak faham kerana dia bercakap German. Aku bercakap English dan dia membalas ..Ja..Ja aber hier alle Deutch ! Du must jetz Deutch lernen und sprechen. Apa yang dia cakap tu ? Di Tingkat 3 ada mempunyai 3 bilek., untuk aku berkongsi sebilik dengan seorang pelajar lain dari Sabah. Entah kemana hilang dia sekarang aku pun lost contact. Di bilik yang lain seorang dari Myanmar dan seorang lagi dari Bangladesh. Semuanya pelajar pelajar Institute, mereka sampai awal , tetapi semasa aku tiba mereka semuanya keluar. Ketika itu bulan September dan sudah mula terasa sejuk. Aku berkemas dan terasa kering tekak dan turun kebawah untuk meminta air minuman. Pening kepala aku sebab macam itik dengan ayam, dibawah cuma seorang perempuan tua, ibu kepada tuan punya motel tadi. Riuh rendah bising bila dia bercakap. Aku cuma meminta air minuman, water ..water ! ditunjuknya pula air paip Da... Wasser.. da , sambil menunjuk jari kearah tepi kaunter restoran tersebut.

Aku mula belajar bahasa German semasa di Intitute di samping mata pelajaran lain. Dalam masa satu bulan aku dah mula boleh berkomunikasi sikit sikit, jadi lah.... tidak lah lagi macam ayam dengan itik. Selepas belajar, aku selalu ke Intersparr ( supermarket) dekat dengan Intitute , disinilah aku berjumpa Claudia ketika itu berumur 18 tahun yang bekerja sambilan dikedai gambar. Aku mula jual minyak , bercakap broken German dan semakin rapat dengan Claudia. Dihari cuti aku akan berjumpa Claudia dan dia akan mengajar aku bercakap German , membawa aku bersiar siar dibandar Salzburg, Insbruuck (tempat luncur salji olimpik) dan kerap juga ke Freilassing sempadan German dengan kereta volkwagen warna kuning nya, kerana katanya orang orang German lebih open minded daripada orang orang Salzburg. Vienna ibu negeri Austria orang tak berapa kisah kalau orang tempatan keluar dengan orang asing dah terlalu open ! Kami "bercinta" hampir setahun, terputus bila dia tidak mahu memeluk Islam, tahu aku sudah berkahwin dan mempunyai anak. Bukan salah aku.. Dia tak tanya pun.... ! Takkan aku sibuk sibuk nak bagitahu ! Aku betul betul sayangkan dia, perempuan yang baik dan cantik dan telah mengajar, menemani aku selama diSalzburg (Ee, suka nya...kalau tidak anak Mat Salleh isteri kedua aku !)

Penduduk Salzburg memang berbangga dengan kota mereka yang tidak pernah kering dengan pelancung. Banyak tempat tempat menarik yang boleh dilawati disini, tetapi mereka lebih suka menyebut nama pemuzik Mozart (Wolfgang Amadeus Mozart) yang lahir pada tahun 1756 anak kepada seorang pemuzik "Royal Chamber Music" . Untuk terus mengingati nya, macam macam benda diSalzburg telah dinamakan dengan nama Mozart, chokolat, cake, ice cream, barang barang mainan dll. Lokasi dimana filem "Sound of Music" di buat 30 tahun dahulu juga telah menjadi tempat yang begitu terkenal dan dikunjungi ramai setiap hari. Banyak lagi tempat tempat menarik yang aku lawati semasa diSalzburg. Oleh kerana negara lain berdekatan sempat juga aku melancung ke Rome, Pisa, Florence, Milano, Vanice diItaly, Amserdam diBelanda dan Brussels di Belgium. Negara negara lain aku lawati apabila aku balek semula ke Malaysia dan bekerja sebagai Pengarah Jualan dan Pemasaran dihotel hotel 5 bintang.

Kalau aku nak bercerita pasal Salzburg, 7 hari 7 malam pun tak habis, memang tak cukup masa. Tetapi aku sahaja menulis disebabkan Euro 2008 tadi yang membuatkan aku mengingati kekasih lama Claudia dan Salzburg. Kepada Claudia " Ich lieber dich noch !" kepada Salzburger " Auf wieder sehen und Danke Sehr" sebab memberikan aku seribu kenangan ! kalau ko senang senang lawati lah website Salzburg , pun dah cukup, kalau tak ada lagi rezeki nak kesana . Memang cantik Salzburg ni , macam perempuan perempuan nya juga !


P.S Aku sudah lama tidak bercakap dan menulis dalam bahasa German. Jadi maaflah kalau ejaan nya tidak begitu betul. Bercakap aku masih lagi OK , kalau ada Sanusi Junid bersama sama, lagi OK !





30 comments:

antimamak said...

Datuk Zeq:
semalam belum dapat apa apa idea.. tunggu nake hentam Mamak dengan hammer yang besar. bagi blog dia pecah.
Walau bagaimanapun, Malaysia patut pupuk semangat perpaduan, tak lah kerana personal interest jadikan malaysia hulu hara, sebagai negara racist.

Ini mamak banyak kotor. bukan buat roti kotor saja, malah setiap roti belum dibakar dia sudah ludah... puuuuui sama. Celaka !

SiR KinG TiGeR said...

antimamak
Semalam aku ada baca komen ko, tongkang pecah tu? Yong Teck Lee sudah bertindak, kita bila lagi?

PR ada jemput aku celebrate 100 hari memegang kuasa, ko tak pergi ke atau nak uli tepung cukup cukup nak tabur atas meja mamak?

antimamak said...

Datuk Zeq:
Saya tinggal jauh dari KL. lagi pun saya bukan penyokong apa apa parti politik, saya pecinta keamanan, pecinta harmoni kaum, saya orang greenpeace, itu semua bagi saya adalah karut!

Datuk Zeq,
Adalah susah bagi saya bertemu dengan Datuk, dimana personaliti saya tak boleh dtunjul dihadapan orang ramai, mungkin orang akan puuui sama saya. harap maaf。

Datuk Zeq:
Memang pun BN menerajui zaman kegelapan, hanya tunggu masa untuk kebumikan saja, lagi pun PM sudah siap meggorek kubur, DPM pendukung kerenda, MP UMNO kaki bawa van, kaki beli kain kapan putih.... kena balut mayat UMNO. hanya tunggu masa saja. Parti UMNO memang akan pupus dalam 5 tahun.

PR lah, PKR ..apa apa parti pun kalau tak boleh memberikan manfaat kepada rakyat, saya tetapi belasah.

ok datuk
Inspirasi sudah mari , kena tulis sedikit kuih hindu. sama cerita roti canai. Uluk kasi mulut mamak.

SiR KinG TiGeR said...

antimamak
Takpe kalau nak datang kL aku ada. Lagipun bukan diorang kenal ko antimamak. Aku pun mau kedamaian, hidup selesa sebab dah puas aku hidup susah, senang balek, susah balek,senang balek dan sekarang tengah mencari tapak baru.
Jadi , pada aku siapa pun yang memerintah, aku tetap sama kerja kuat jugalah. Aku ingat kalau ko tengah mencari cari kerja, boleh lah kita bersama sama buat, cari fulus lah. takkan boleh dengan roti canai tu ? Aku nak tolong, aku bukan along !

SaifulBashrie said...

salam datuk zeq,
new readers here..melompat masuk dr blog teman td..
saya pun teringin gak nak g ke Europe..kakak n adik2 smua dah sampai, saya ja blum kesampaian..tapi kalu negara2 Asean tu dorang mmg xleh nak challenge saya la..hikhik..ok datuk zeq truskan berblogging..world peace..

antimamak said...

Datuk Zeq:
Nampaknya semakin ramai blogger sudah comment hentam Tun Mamak.

Kebelakangan ini nampaknya ada kemajuan sedikit, Bukan semua orang setuju dia lagi, Nampaknya antimamak lah orang yang pertama datang hentam Tun mamak, lalu orang ikut ikut kat belakang.

saya percaya ramai pembaca sedang tunggu comment antimamak. Sekrang saya nak tukar format sikit dalam gaya. mereka tidak jemu membaca comment saya

Walau bagaimanapun konsep roti canai, mamak ..kuah dhall char ,,mrtabak.. mesti ada.

Ok lah. Datuk zeq, saya berterima kasih atas bagi saya kerja .. haha .memang saya tak perlu kerja bawah orang lain. saya ada kerja sendiri.

Kalau lah datuk nak sangat green architechtual design untuk bina rumah,. atau perlukan design western house, boleh saya hantar ke email datuk.cakap saja .... mesti sampai.

Memang saya sudah deal projek besar swasta, tapi terpaksa tunggu green light, saya akan jalankan konsortium earth work projek ..tarpaksa goyang kaki sekejap. so free time saya bertanggung jawap membelasah tun, dan memberikan maklumat kepada blooger memahami sikap racist akan membinasakan keamanan, perkauman akan memburukan generasi akan datang. tanpa mengira bangsa, agama, warna kulit....

Kadang kala terpaksa menulis kasar, kerana mereka blogger mudah ingat dalam kepala otak. Dengan itu, peluang yang paling baik adalah mengunakan blog TuN itumenyampaikan message. memberitahu blogger. politik itu kotor, semua hanya kepentingan diri, Was was!!

roserose*MrsYusof* said...

Datuk,

Seronok membaca pengalaman Datuk,
utama bab bercinta tu..'bukan salah aku.dia tak tanya pun!' heheheh..
very typical man!
Boleh tahan Datuk ni.

antimamak said...

Datuk Zeq:
Ini girl ambil jadi girl friend pun baik..http://rossickky.blogspot.com/

Tak tahulah datuk zeq mahu dak?? nampaknya orang ini lembut hati, manis gula kelapa. lagi pun gorl ini aktive, baik dalam business, cukup socialise senanag campur dengan orang.
Hati dia tu optimistic, kalau jumpa apa apa masalah dia pun tak ambil kesah sangat. OK Datuk ini saja saya buat recomendation, kalau datuk nak, sila jangan beritahu ini link. Direct contact girl ini. dan pergi lumut jumpa dia.

Saya ini antimamak memperjuangankan keamanan untuk rakyat. jadi tak dak masa lah.. mungkin datuk boleh. OK..teruskan perjuangan Datuk keatas girl ihi.. hahaha

Jumpa lagi

SiR KinG TiGeR said...

Bash
Sampai jugak ko ye, walaupun pun melompst masuk. Sebenarnya dunia ni dah kecik. Pi mai pi mai situ gak, dapat ko ke Europe nanti. Kalau ko masih belajar, belajar lah rajin2 kalau dah bekerja, simpan duit dan pergi lah melancung, tapi jangan banyak Melencung diMalaya ni !

Datang lain kali tak payah melompat....Pelan2 urut itu tetikus

SiR KinG TiGeR said...

antimamak
kalau begitu kata ko, ok lah. Aku ingatkan ko tercari cari kerja yang baik, tapi rupanya ko ada kerja sendiri. Bagus.. bagus. Jadi roti canai kerja sambilan nak bagi kat Tun Mamak la! Nanti aku cuit cuit budak rosevsky ni, dia di Lumut, Aku di Lumpur serasi gak tuuuu? Tapi mana ko tau ? firasat ko tu betul ke? Aku pun masih tercari cari dan menunggu anak2 aku nak menyanyi " Ayah ku kahwin lagi, dengan gadis jelita... lagu L Ramli

myrubbishbin said...

support support ok
http://talkverydirty.blogspot.com

SiR KinG TiGeR said...

rosevsky gadis Lumut?
Datang juga Lumut ke Lumpur, aku ni bercerita benar tak mau sorok2 biar semua orang tau.Ko baca lah yang lain, jadi ko akan faham yang baik jadikan pengajaran.antimamak dah rekomen ko kat aku, kata nya ko ni baik, macam macam la antimamak ni , dia ni tau banyak hal bukan setakat buat roti canai kuah dhalcha sahaja !

Ko dah makan?

roserose*MrsYusof* said...

antimamak:
Awak jangan buat macam tu. Saya hanya membaca dan berblog. Awak jangan buat@kata yang bukan2 ok!

Datuk:
Saya hanya membaca tanpa apa2 niat pun..lagipun pengalaman di bidang perhotelan itu boleh dijadikan pengetahuan am kan? Don't judge me wrong ok!

Tanya saya dah makan ke belum?
Dah makan pun! Roti canai dan kuah dhalca!

Gelombang Rakyat said...

Guten Morgan DatOk ZeQ.

I love classical music!!!

SiR KinG TiGeR said...

rosevsky
Jangan marah ! kami bergurau.. Tapi kalau marah juga nanti aku jual macam cerita Ali Baba Bujang Lapuk - Tiga Abdol !

Ok kalau ada apa apa nak tanya dan kongsikan pasal hotel/resort. Silakan ! Jangan marah..Uuu !

SiR KinG TiGeR said...

zz
Guten Arben sebab sekarang dah petang. Apa macam sekarang ada lagi berita hangat? Selepas Yong Teck Lee siapa lagi yang berani?

Gelombang Rakyat said...

DatOk ZeQ,

Dunker shown. Guten Arben.

Selain Yong Teck Lee, yang berani ialah Abdullah Ahmad Badawi!

Hehehehehe...

Aku sudah nampak, ada klu, bahawa Abdullah Ahmad Badawi bukan nak serahkan kuasa dan kerusi kepada Mohd Najib Abdul Razak.

Calon idamannya ialah Anwar Ibrahim.

Bukti tiada, namun kenyataan Khairy Jamaluddin after Akaun Petronas, cabar Anwar Ibrahim is the spoiler clue to their pakatan.

Aku dah nampak line, kini isi detail sahaja.

Tengoklah nanti apa yang menyusuli...

roserose*MrsYusof* said...

Datuk,

Tak marah tapi geram....kalau bergurau tak apalah..Saya lagi kuat bergurau...so jgn cuba2..
hahaha!

SiR KinG TiGeR said...

zz
Aku pun rasa begitu ! Maklumlah orang sekampung, setidak tidak nya nanti Anwar terhutng budi gak, kan gitu? Najib dah jadi lembik ! Anwar ada karisma, dunia pun kenal dia, Najib setakat orang orang asli kat Tasik Cini tu ok lah. Aku pun naik hairan kat Najib ni? Tak macam bapak dia? Sepupu dia Hishamudin tu Ok gak lah aku tengok, pandai jugalah budak tu!

Apa apa pun, setapak dah bermula, langkah langkah lain dah tak susah...

P.S Ejaan yang betul.. Danke Sehr, kalau ko minat German , nanti aku ajo lah !

SiR KinG TiGeR said...

rosevsky

Ok lah ko ni. aku pun suka orang2 jovial, kelakar, banyak bergurau. Tapi kalau benda2 serius tu aku lagi serius. Nape ko tutup pulak blog ko? bio le..

roserose*MrsYusof* said...

Datuk,

Sorry la. Ada lagi blog tu cuma tak tunjuk aja. tak palah. Datok dah tau pun linknya! Lagipun sy dah berblog dari tahun 2002.
Baru2 ni aja blog tu tukar nama ke rosevsky.

Gelombang Rakyat said...

DatOk Zeq,

Your German trained eyes can be useful here:

http://atotalblog.wordpress.com/2008/06/19/abdullah-ahmad-badawi-pm-anwar-ibrahim/

Please read and comment. Danke Sehr.

antimamak said...

Datuk zeq:
ada apa apa article atau reference boojk tentang hotel management, chalet management , tulislah sikit bagi tetamu ini,. atau cuba bagi ilmu ini untuk mereka yang memerlukan.

Ekonomi sekarang semakin teruk, kalau si gadis itu dapat sikit idea, senang dia cari makan, lai lagi pun kot kot dia kerja di KL,. dapatlah kita tumpang minum air kelapa.
tengoklah hati dia lembut, senyuman manis,.. air kelapa manis diminum. Ok Datuk, sekarang datuk jadi Tok guru.. mengajar ilmu .

Rosevsky... Rose + sky
atau rose vs sky??
tapi saya caya rosevsky ini orang baik. bukan aunty mamak yang sembilih ayam, uli uli tepung punya. hahaha

SiR KinG TiGeR said...

antimamak
Nanti dapat ilham aku tulis, cian gak mak we cute ni, aku cuma nak tolong, aku bukan along, sebab kalau bisnes dia tak ada, aku tak boleh tolong pinjam duit. Ilmu macam mana nak tarik "guests" adalah sket. Jom kita pergi Lumut cuti cuti, pening dah aku ni..bakal tunang buat hal !
Pak lah pulak buat tak kisah aje..

roserose*MrsYusof* said...

antimamak:

"Rosevsky... Rose + sky
atau rose vs sky??
tapi saya caya rosevsky ini orang baik. bukan aunty mamak yang sembilih ayam, uli uli tepung punya. hahaha"

Kalau awak nak tau, saya boleh buat roti canai & kuah dhalca tau.! Terima kasih kerana caya rosevsky ini orang baik. Jgn mudah caya sangat!
rosevsky-----> rose vs ky!
Ini rose suka lawan,gaduh,cari gaduh dengan itu ky!
Hahah..Puas hati Encik antimamak(tak tau antimamak ini pompuan atau lelaki)

Datuk Zeq;
Nak datang Lumut kah? silakan!Jangan lupa bawa tunang tersayang.
Apa Pak Lah kisah?
Entah2 si Jeanne Pak Lah tak kisah sangat...apatah rakyat..Ishh tak nak komen2 psl Pak Lah..wat sakit hati.Lebih baik makan roti(betul tak antimamak?)

antimamak said...

Kepada peminat TUN:
Izinkan saya menyatakan apakah maksud ``mamak' sebenar??

Mamak adalah singkatan
Melayu akan Mundur AkibatKuasa!
Ada kuasa akan jadi kaya raya!

Zaman pemerintahan tun juga tidak kurang memainkan kuasa, hakikat ini membawa masyarakat Melayu menjadi mundur. Begitu juga salah implikasi kuasa akan membawa mudarat, sama ada dalam mentaliti, keperlakuan,atau membawa pecah belah struktur kemasyarakatan.

Tun bukan sahaja memupuk semangat ketuanan melayu, menjadikan kaum melayu berego egoan sambil beragan angan cepat kaya, malah menganggap kememasukan sebagai ahli UMNO baru adalah saluran menjadi kaya.

cita memasuki UMNO baru adalah saluran menjadi kaya.

Tun cukup senang mengorek kes Rapid KL, Scomi dan sebagainya, tetapi cubalah lihat sejarah tun , ketika Tun menjadi pm, siapakah yang memberi sokongan kepada TUN ??
cuba lihatlah Teng Pek King, Vincent Tan, Ananda, Tan Sri Tajuddin Ramli. Tan Sri Nasimudin dengan AP, Eric Cheah,... kesemuanya adalah proxy Tun sahaja.

Jadi balik kepada anak Tun sendiri, khasnya Mukhriz, dengan syarikat Opcom Cables .. khasnya fibre cable, tanyalah berapa banyakah dia sudah subsidi untuk pembelinya?? dimana berapakah keuntungan jadi supplier untuk Telekom Malaysia??
Tanjong Jara Beach Hotel, Terengganu; Avillion Village Resort, Admiral Cove Marina and Hotel, Port Dickson; and the Hotel Seri Malaysia franchise operations. banyak lagi ... yang ada sangkut dengan politik.

Begitu juga kenapa adanya cyberjaya?? apakah matlamat TUN
-- Inilah kera kerja Mokhzani,
telemedicine contract for Malaysia's Multimedia Super Corridor project.
- Tongkah holding telah mengambil berapa banyak project kerajaan??
- PhileoAllied Bank
- Pantai Holdings
- Paos Holdings
Lim Kiat Siang menyatakan :Mirzan Mahathir owns 95 companies, claiming that in most of those companies, his son is a director without salary.
-why is it necessary for the government through Petronas to bail out his companies, running into hundreds of millions of ringgit, as in the Malaysian International Shipping Corporation?

Banyak lagi cerita dalam keluarga Tun sendiri yang mengautkan keuntungan, cuba tanya Tun beranikah Tun menghujahkan satu persatu , dan beranikah Tun sumpah dengan al quran kalau ini cuma tohmahan politik sahaja??

-- datok zeq, ini comment saya. tadi dia sudah gam comment, sekarang hantar lagi.. haha

p/s Rosevsky
Tanya datuk Zeq Rose vs Ky
KY datuk mesti ketawa, sebab pengalaman Datuk sangat baik. saya percaya Rosevsky itu mesti mempunyai sesuatu `rahsia', nampaknya mistery juga, lagipun rosevsky ni, antimamak rasa, open minded dan wanita yang berdisplin, etika serta selalu ketawa. Ok lah datuk Zeq, buatlah kertas kerja bagi sikit sokongan untuk Rose ini,patutlah taburkan sedikit demi sedikit baja, Rose baru nampak cantik.

NieZearm said...

we have a lot in common...

SiR KinG TiGeR said...

antimamak
Kalau ko sebut satu persatu, biji sebijik macam ni memang tak boleh lepas. Ko banyak sangat maklumat. Aku tahu benda2 ini tapi biarkan lah sebab ko tengok semua jadi begitu bila ada kuasa. Aku tak kisah, tapi yang lain tu agih2lah kepada rakyat.

Tentang si cute rosevsky, bila agak nya kita nak kelumut? Bukan nak memetik "rose" nya (aku takut durinya tentu lagi tajam). Boleh kita kePangkor terus sebab staf aku dulu dah buka resort disana . Kita lepak lepak dan try roti mamak disana. Aku tak tengok pun citer Tun Mamak yang baru, sibuk sikit hari ni !

SiR KinG TiGeR said...

rosevsky
Mungkin satu hari aku sampai juga lah sebab lama tak ke pangkor. Staf aku ada buat resort kat sana. Bakal Tunang aku dah merajuk sebab tak jadi bertunang minggu lepas, naik angin dia. biorle aku pun maleh nak layan budak2 muda sangat 19 tahun. Entah apa giler nya dia nak kat aku yang dah senja ni.

Bior le.. Pak lah pun dah sibuk nak "memakai" JEANne nye !

SiR KinG TiGeR said...

niezearm
TQ datang, tapi mende nya "we have alot in common" rupa ke, hensem nya ke, atau......ke? blog ko gelap sangat, aku ni dah lah rabun dekat, tersembul biji mata aku nak baca citer2 ko, best la kot?