Thursday, 26 June 2008

Tok Guru Tun Mahathir Alhaj






Ambo tadok hal, bereh sokmo !




Selepas meninggalkan UMNO, mantan Presiden , Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir Mohamad walaupun aku tahu dia begitu bersedih, marah dan geram dengan pemimpin sekarang masih tidak mendapat ilham bagaimana hendak memulakan langkah berikutnya. Cuma Di blog nya chedet.com sahaja lah dia meluahkan segala perasaan terbuku dihati , kepincangan dalam Kerajaan sekarang dengan buah fikiran bernas nya dan begitu mendapat perhatian bloggers, sehingga kini sudah dekat 3 juta pelawat. Jadi Tun sekarang memang layak digelar "TOK GURU" blog. Satu Rekod lagi baginya tu ! Aku yang menulis blog di bulan yang sama dengan Tok Guru Tun pun belum sampai 1 ribu orang. Biar lah dia siapa, aku siapa !


Sekarang Tok Guru Tun sudah tidak menjadi ahli UMNO kali yang ke2, kesian pulak aku. Bukan apa, dia yang akan menghabiskan sisa sisa hidup nya untuk berkhidmat kepada masyarakat sejak dari zaman membuka klinik nya di Kedah dulu, sampai lah menjadi Perdana Menteri, sudah dipandang sepi oleh orang yang dilantik menggantikan nya. " Kacang lupakan kulit" betul LAH ! Tok Guru Tun ni memang jenis manusia yang suka berbakti, biarlah apa orang lain nak kata, aku tetap menyanjungi nya sebagai seorang negarawan yang berkaliber tinggi, seorang genius, berhati mulia, prihatin terhadap kepentingan orang orang Melayu khususnya dan Malaysian amnya. Walaupun ramai yang menganggap dia bukan "pure" Melayu. Tok Guru Tun juga lah yang mempertabatkan Bangsa Melayu dan Malaysia dipentas dunia.


Tetapi , kita semua tahu sekarang dia dicemuh, dipinggir dan labelkan macam macam. Ramai juga yang berkata zaman Tok Guru Tun sudah berlalu, dia sepatut nya berehat dan beramal untuk diri nya sendiri sahaja. Biar lah pemerintah dan pelapis pelapis muda sekarang yang menentukan masa depan Malaysia ni. Kadang kadang ada juga betul nya ! tetapi mengapa Tok Guru Tun "bangkit" semula? Ada kah dia merasa resah disebabkan pembangkang barisan Pakatan Rakyat sudah mula menunjukkan taring dan Penasihat nya Dato Seri Anwar Ibrahim mungkin akan membalas "dendam" terhadap nya sekira nya berkuasa kelak? Atau ada orang yang tidak menunaikan janji janji nya semasa penyerahan kuasa dulu? Aku pun kurang arif dalam hal ini dan tak mahu ambil pot sangat tetapi pesan aku kepada nya .... Sabaq noo , Tok GuruTun !


Aku nak bercerita panjang lagi pasal Tok Guru Tun mungkin 500 muka surat pun tak cukup . Lagi pun ko orang semua dah tahu cerita dirinya , nanti "boring" pulak. Jadi setakat ini sahaja lah ! Tok Guru Tun masih belum menjadi ahli Parti lain, gambar diatas cuma bayangan ahli ahli PAS sahaja, Tok Guru Dato Nik Aziz pun ko tengok lah, dah bagi "Thumb UP" tempuh hari. Manalah tahu terbuka pula hati Tok Guru Tun satu hari nanti nak memperjuangkan Islam pulak sebab "Melayu Mudah Lupa" kata Tok Guru Tun dan mungkin juga LAH "Dia Ingin Mencari Damai Di Hati."....InshaAllah !

18 comments:

音乐大王 said...

alamak...
Datuk Zeq.. gua terkejut nampak Tun Mamak sudah masuk PAS, Parti Asutan Syaitan kononnya! Fullamak betul. kalau lah jadi Tok Guru. macam mana geng mamak itu? habislah kita tak dapat makan roti canai original

Aku juga pening

Gelombang Rakyat said...

DatOK ZeQ,

Menarik sungguh pos mu perihal Tun Dr Mahathir Mohamad.

Blog baru mu ini, ada cara untuk menambah traffic.

Pelawat dan Pengunjung.

Blog Che Det menghampiri cecahan 3 Juta pengunjung.

Wow!

Dulu ada orang bertanya, kenapa Zubli Zainordin sibuk sangat pasal traffic.

Aku kata, apalah ertinya berblog, kemudian sendiri baca.

Atau sekadar 10 pelawat sehari sahaja.

Ada caranya...

Selepas 1 May 2008, A Total Blog purata 300 pelawat. Pernah mencecah 1,800 pelawat.

Sedang dimajukan, InsyaAllah.

http://atotalblog.wordpress.com/a-total-blog-2/

SiR KinG TiGeR said...

zz
Aku tahu ko pun hebat macam TDM juga otak ko, tapi malang nya ko tidak diberi perhatian sewajar nya. Aku dah baca semua artikel ko dan aku dapat kesimpulan yang ko ni memang berilmu, berfakta dan mengikuti hal ehwal semasa, tahniah dan teruskan. Aku baru belajar dan akan teruskan semuga apa yang aku luahkan dapat membantu orang lain untuk gembira, marah, geram, sakit hati dan dapat menumpang aku berniaga untuk masa depan aku dan mereka juga ! Wallahualam !

Gelombang Rakyat said...

DatOK ZeQ,

Nak menitik airmata mendengar komen mu yang terkini ini.

Kita ada persamaan rupanya, ayats demikian, jikalau kena gayanya, hati perempuan mana yang tak cair.

Terima kasihlah menjadi pelawat, pengunjung, dan pembaca, yang meletakkan komen di blog A Total Blog.

Kor sering menjadi perangsang blog author semacam aku terus posting. InsyaAllah, usaha berterusan...

Aku nak sampai ke peringkat Tun Dr Mahathir Mohamad itu, jauhlah lagi.

Tapi aku dulu berazam menjadi di antara yang bijak di Malaysia. Ku usahakan sejak 1978.

Rupa-rupanya dalam politik, orang macam aku ini ibarat Hang Nadim sahajalah.

Hairan jika melihat rakan sekadar Ketua Cawangan dan Ketua Bahagian sahaja, namun kemudian berpolitik dan segera pula, tinggal dalam mahligai, pandu kereta mewah. Wang poket usah ceritalah...

Sebab itu, 2006, aku badan di Malaysia, minda di luar, menabur bakti ke peringkat global, ketika negara tidak memerlukan cerdik pandai untuk dimanfaatkan demi rakyat dan negara.

Jika kita kumpulkan yang berkelulusan Ph. D., asas falsafah ialah common sense.

Bila tiada, maka apa yang dipelajarinya bukan mudah untuk memberi kesan baik kepada dirinya sendiri, apatah orang lain.

Aku baca dua buku yang Tun Dr Mahathir Mohamad baca. Terbukalah apa yang disebut sebagai The Total View untuk diriku.

Dari situlah aku dapat melihat dan menilai orang lain, sambil memperbaiki diri sendiri.

Contohnya banyak, satu daripadanya:

Perhatikan sebuah Kementerian Belia dan Sukan.

Majukan belia, maka sukan itu turut maju. Kerana belialah yang ramai bersukan. Tapi belia tidak glamour jika ditumpukan. Maka banyak tumpuan kepada sukan. Maka belia tiang negara terabai.

Sebuah kementerian jadi tidak seimbang, bila sukan umpamanya 90 %, dan belia 10 % tumpuannya.

Belia dan rakyat diminta berjimat, tetapi RM 120 juta senang-senang sahaja buat kompleks sukan serba guna. Selepas masing-masing dapat habuan parsen, kompleks terbiar begitu sahaja, kerana belia tidak dimajukan.

Maka penilaiannya, Ismail Sabri Yaakob, satu lagi pelawak dalam kabinet menteri Abdullah Ahmad Badawi.

Common sense!

Habeh camnor?

SiR KinG TiGeR said...

zz
Aku nampak sekarang tak ada seorang pun pemimpin yang mempunyai falsafah "Plan your work and work to the plan" Nak perabih ramai ! itu aku kata lebih baik aku buka circus, dan ambik diorang bekerja ngan aku, lagi baik, tentu ramai lagi orang datang nak menonton mereka, kan gitu? Orang ramai pun tak sakit hati sebab dah terhibur !

Gelombang Rakyat said...

DatOK ZeQ,

Jelasnya ada yang tidak kena.

Akupun baru sekarang nampak sedikit. Sebab ku tinggalkan politik tanahair sejak 2004. Selepas mendengar Ku Cari Abadi, dan kemudian Islam Hadhari.

Bila ku kembali minat 2008, banyak yang mahu dan perlu diketahui.

Selepas PRU 11, berapakah jumlah wang negara, dan bagaimana ianya dibelanjakan?

Bila tiba PRU 12, macam-macam pelek kita dengar dan kita lihat dilakukan oleh kepemimpinan Abdullah Ahmad Badawi.

Sama ada nak tampong balik perbelanjaan 2004 - 2008, atau untuk mewah kantongan 2008 - 2010.

Umpamanya, kenaikan harga petrol dan diesel adalah langkah yang paling buruk, telah dilakukan oleh pemimpin, dan pakar ekonomi negara.

Untuk satu tipu, masing-masing mengeluarkan pelbagai tipuan, sehingga budak muda pun boleh nampak dan mula blog perihal ini.

Ini yang aku baca. Budak muda punya blog...

Jika harga minyak dunia naik, kita di Malaysia sepatutnya gembira, kerana kerajaan kita akan kaya, kerana petronas menjual minyak di pasaran dunia.

Sama seperti kita ada dusun durian, dan diumumkan harga durian naik melambung, tentulah kita si empunya dusun durian gembira, boleh untung besar musim ini.

Tak gitu?

Ini, harga minyak pasaran global naik, rakyat dideritakan.

Memang ada yang tidak kena.

Jika demikian, sila senaraikan dalam sarkas ini, masing-masing menteri pegang port folio haiwan apa?

Hahahahahaha...!

SiR KinG TiGeR said...

zz
Biarkan lah dia orang "enjoy while it lasts." Biar mereka makan a la buffet dan a la carte, rakyat makan "a la kadar" .Dia orang memang macam durian , kita timun kan? Aku nak tunggu dalam 2 bulan ni, aku rasa durian dah boleh jadi tempoyak. Nanti biar semua timun sental tempoyak sampai menjilat jari !

Sekarang ni KJ dah sibuk2 tanya pasal Petronas, dia dah tahu ini lubuk lagi besar lah tu !

Hairan aku.. Nak bawak duit kebubur ke?

Gelombang Rakyat said...

DatOK ZeQ,

Susahnya ialah nak dapat the first million.

Bila sudah dapat tidak cukup, then each goes for the second million.

Kemudian menangis kerana dapat projek bernilai RM 10 million sahaja, sedangkan orang lain dapat RM 1 Billion.

Rakyat nak dapat RM 1,000 sebulan pun payah.

Begitulah lumrahnya.

Petronas kaya.

Sesiapapun boleh menerajuinya.

Soalnya ialah bila dapat kuasai petronas,

01. Ada yang terkeluar.
02. Ada yang keluar.

(Tun, dan staff petronas).

Kemudian, petronas dijadikan rentung.

Ini tidak bagus.

Jika petronas maju dan dimajukan, kerajaan untung, petronas pun untung, negeri-negeri pun untung.

Jadi untungkanlah rakyat, kasi turun itu minyak punya halega.

Tatak apa punyia...

音乐大王 said...

Datuk :
Buat apa susah susah nak taip?? baik terus online sama ZZ, ini lagi baguskan?? jimat duit handphone, jimat masa, malah boleh jadi kawan rapat .... keep online kan bagus??

blog ini cuma untuk kita main wayang... masing masing mempunyai pandangan sendiri, bukan lah senang kongsi ! kalau boleh kongsi pun tak buat duit.. ini cuma sia sia saja. Hahahaha

Masuk gerai mamak, cakap politik kena bayar duit roti canai dan teh tarik ,,

SiR KinG TiGeR said...

zz
Betul kata ko, nak dapat the first thousand pun susah la ni. Petronas memang untung banyak diperabeh oleh penyamun penyamun Ali Baba tu. Ko tengok aje lah gaji2 dan elaun2 mereka, style mereka travel dan berbelanja. Aku tak kisah sangat, asalkan rakyat juga dapat "menumpang" sedikit hasil nya. Aku pasti tak lama lagi Chedet pun kena "halau" dari Petronas ! Bertaruh apa pun aku sanggup !

Gelombang Rakyat said...

DatOK ZeQ

Tanda-tanda itu sudah ada. Petronas akan berubah. Ada yang terkeluar dan ada yang keluar. Tengok dulu siapa yang masuk!

Harap tidak jadi Petronanas kelak.

Kor ada banyak bahan, dan boleh lah pos lagi, syok juga baca pos dari orang seperti mu.

Aku punya minat sekarang inilah...

Leader dan politik Malaysia.

Kadang-kadang topik tahi, berkaitan leader, syok jugak.

Oh ya, UMNO has set a new precedent, Ezam Mohd Noor diterima keahlian dan boleh bertanding...

Aku sedang pos sekarang di A Total Blog.

SiR KinG TiGeR said...

zz
Itu lah pun tujuan Ezam. Dia orang buat undang2 boleh lah dia orang tukar. Kita nantikan saja apa kesudahan nya

Gelombang Rakyat said...

Semakin menarik DatOk ZeQ,

Isa Samad pun kembali...

SiR KinG TiGeR said...

zz
Isa Samad dah kena gam mulut dia, tapi siapa yang tolong buka kan mungkin dapat lah sikit habuan nya. Dia pun dah low profile, tapi dia ni diam2 ubi, berisi ooi ! Orang lama, ada lah "senjata sulit" nya ! Dia tengah berlimau ni !

Gelombang Rakyat said...

DatOK ZeQ,

Beberapa tahun lalu aku ternampak seorang budak kechik di Airport berlenggang dua tangan ke depan dua tangan ke belakang, ketika aku akan menaiki kapalterbang ke Sarawak.

Rupa-rupanya, Isa samad.

Aku teringat sewaktu krisis UMNO dulu, he has been strong supporting Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam PRU 12, dia turut berkempen.

Interesting individual. Like some other small shots in a community of BIG shots.

Terkejut dak, jika dia bertanding jawatan Presiden UMNO Disember ini?

Aku rasa kena gayanya, ya!

Hahahahahahaha...

SiR KinG TiGeR said...

zz
"Budak Isa" ni tengah mencongak2 nak buat camne, aku rasa dia dan Muhyiddin akan lawan Timbalan Presiden, supaya Najib lawan Presiden tapi tak tau lah siNajib tu.. ada kes kot jadi takut la !

Art Pokon said...

Salam DatOk Zeq,

Begitu syahdu apabila saya melihat Tun yang beserban dan berjanggut.

Saya tetap mengingati beliau yang mambawa rakyat Malaysia dalam kestabilan dan kesejahteraan walaupun ada juga perkara-perkara yang negatif beliau lakukan semasa pemerintahannya.

Salah satunya, kenapa Tun tidak membawa Malaysia sebagai sebuah negara yang lebih Islamik bersama dengan ketokohannya dalam bidang ekonomi. Alangkah indahnya jika Tun berbuat begitu.

Apapun semuanya sudah berakhir episod 22 tahun yang stabil. Semuanya perkara adalah kehendaknya.

SiR KinG TiGeR said...

mazhar

Betul kata ko tu, tapi mana tahu hati nya berubah pulak satu hari nanti