Sunday, 1 June 2008

Petua Memikat Hati Perempuan






Gambar Gambar Hiasan Sahaja


Dalam banyak banyak petua yang aku tahu, ini yang aku nak kongsikan dengan bloggers semua iaitu petua memikat hati perempuan yang telah aku amalkan bertahun tahun dan terbukti berhasil. Tidak perlu berjumpa bomoh, pakai minyak senyonyong, minyak dagu atau sebagainya. Cuma sediakan kapsul tongkat Ali, Kapsul X 5 hebat dan amalkan madu lebah dan telor separuh masak sebagai makanan harian untuk tambah atau re charge power.



Kata orang tua tua, kalah ilmu dengan petua !



1. Muka kena tebal (kena maki hamun pun senyum bodoh aje)



2. Pandai bercakap/meng ayat (bohong kadang kadang perlu)



3. Kena ada duit sikit, ( kalau tak cukup mintak pada dia)



4. Bisik kan kata kata pujian yang manis didengarnya ( tak betul pun tak apa)



5. Bersikap jujur, bertanggung jawab, mengambil berat dan penyayang ( pura pura pun boleh)


6. Selalu berhubung dengan nya (tak cukup kredit, mintak tolong dia tup up kan)


Cuba cuba lah mana tahu berjaya !




Nota

Petua diatas hanya untuk lelaki bujang dengan niat nak berkahwin sahaja. Aku tidak akan bertanggung jawab sekira nya berlaku apa apa setelah ada yang mengamalkan nya dan berjaya serta mendapat kesan baik atau buruk dari nya.

Perempuan, lelaki berkahwin, pelajar pelajar sekolah dan kanak kanak dibawah umur dilarang keras mengamal kan nya !


Ingat pesan Tok Guru ....!

2 comments:

Redhuan D. Oon said...

Salam Sdr Abang Zeq,
(yang memang ilmu dia ni boleh tahan, sebab dah tua boleh dapat anak dara muda, hanya dengan taktik miss call)

Adapun ilmu sdr cukup tinggi. Walaupun Allah sudah bagi senjata ke lelaki dan dijadikan perempuan untuknya ko pulak tambah dengan kitab yang dibongkarkan rahsia lagi sehingga tak jadi lagi rahsia.

Habislah rosak lelaki dan perempuan dirosakan oleh mereka, kerana walaupun kitab itu baik asalnya selalunya dibikin rosak secara amali.

Lihatlah Al-Quran yang cukup suci. Ada juga manusia yang sanggup pergunakan untuk membuat macam-macam kerja contohnya bomoh dimana anak gadis yang dirawat olehnya ditambah pula dengan suntikan lebih dari ayat-ayat suci.

Tetapi Al-Quran sendiri pun sudah beri amaran bahawa ada yang sanggup memperdagangkan ayat suci dengan harga yang murah. Neraka willah bagi mereka.

Nasib baiklah kitab sdr pun ada amaran. Jadi terlepaslah dosa sdr nanti.

Tetapi kerana sdr sudah cukup murah hati juga menurunkan ilmu yang saya sendiri pun malas nak amalkan bukan apa, tetapi tak larat nak jaga 4 bini dan berpuluh girlfriend. Mana ada masa nanti main blog?

Hamba nak tanya satu saje. Boleh sdr jawab soalan ini. Bagaimana jika bunganya sekuntum dan kelilingnya kumbang bukan seekor.

Bukan saya tak boleh kalajhkan semua kumbang yang lain tu. Tetapi hamba maulah buat secara ilmiah dan bukan secara asyik keluar bajet dimana kumbang lain bawa honda, hamba ke bawa BMW, yang lain bawa bunga, saya kena bawa HongKong.

Harap-harap ilmu tuan guru sini boleh tunjuk jalan yang cukup berkesan tanpa melalui mandi bunga akhirnya.

Dari peminat ilmu ko yang setia.

SiR KinG TiGeR said...

Red1

Jawapan nya mudah.Macam orang juga, best kumbang wins ! "Tanduk" kumbang mesti power.

Mohd Zaki@ZeQ
Kelana Jaya