Friday 11 July 2008

Asal Usul Solat









Sebagai seorang Muslimin dan Muslimat kita mengerjakan Solat, tetapi mungkin tidak ramai dari kita mengetahui rahsia siapa yang memulakan Solat dan Asal Usul Solat yang kita kerja kan. Aku cuma ingin berkongsi dari apa yang aku pelajari dan ketahui, dan memohon semuga Allah memberkati nya.

Solat adalah satu ibadah yang diterima terus oleh Nabi Muhamad S.A.W daripada Allah S.W.T semasa Israk dan Mikraj. Menurut penelitian, pengertian dan rujukan dari Al Quran dan Hadis, asal usul Solat ada lah seperti berikut :


Solat Subuh

Manusia pertama yang mengerjakan Solat Subuh ialah Nabi Adam A.S iaitu tatkala Baginda terkeluar dari Syurga dan dihantar kebumi. Baginda merasa takut kerana kegelapan. Apabila fajar subuh keluar Nabi Adam A.S pun mengerjakan Solat Subuh dua rakaat.

Rakaat Pertama
Baginda bersyukur kerana terlepas dari kegelapan malam

Rakaat kedua
Baginda bersyukur kerana hari telah siang


Solat Zohor

Manusia pertama yang mengerjakan Solat Zohor ialah Nabi Ibrahim A.S iaitu tatkala Allah S.W.T memerintahkan Baginda untuk menyembeleh anak nya Nabi Ismail A.S. Sedang seruan tadi datang ketika tergelincir matahari, maka sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.

Rakaat Pertama
Bersyukur bagi penebusan

Rakaat kedua
Bersyukur kerana dibukakan kedukaannya dan juga anaknya

Rakaat Ketiga
Bersyukur dan memohon keredhaan Allah

Rakaat keempat
Bersyukur kerana korban nya di gantikan dengan tebusan kibas


Solat Asar


Manusia pertama yang mengerjakan Solat Asar ialah Nabi Yunus A.S iaitu tatkala Baginda dikeluarkan dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan baginda ditepi pantai ketika itu masuk waktu Asar. Baginda solat empat rakaat kerana Allah telah menyelamatkan nya dari empat kegelapan

Rakaat Pertama
Gelap dengan Kesalahan

Rakaat Kedua
Gelap dengan air laut

Rakaat ketiga
Gelap dengan malam

Rakaat keempat
Gelap dengan perut Ikan Nun


Solat Maghrib

Manusia pertama yang mengerjakan Solat Maghrib ialah Nabi Isa A.S tatkala Baginda dikeluarkan oleh Allah daripada kejahilan dan kebodohan kaumnya, ketika itu terbenamnya matahari. Nabi Isa A.S bersyukur kerana telah diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu :

Rakaat pertama
Untuk menafikan keTuhanan selain dari Allah S.W.T

Rakaat kedua
Untuk menafikan tuduhan dan tohmahan keatas ibu nya Siti Mariam yang dituduh berlaku sumbang

Rakaat Ketiga
Untuk menyakin kan kaum nya bahawa Tuhan itu hanya lah satu iaitu Allah S.W.T tiada dua atau tiga.


Solat Isyak

Manusia pertama yang mengerjakan Solat Isyak ialah Nabi Musa A.S iaitu ketika Baginda tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang kan hatinya penuh kedukaan. Allah menghilangkan kedukaan nya ketika waktu Isyak yang akhir, Lalu solat lah Nabi Musa A.S empat rakaat sebagai tanda kesyukuran kerana :

Rakaat Pertama
Dukacita terhadap isterinya

Rakaat kedua
Dukacita trhadap saudara nya Nabi Harun A.S

Rakaat ketiga
Dukacita terhadap Firaun

Rakaat Keempat
Dukacita terhadap anak Firaun


Pesan aku, sampaikan lah kepada Muslimin dan Muslimat yang memerlukan walaupun dengan sepotong ayat. Semuga Allah merahmati kita semua, InshaAllah !


Ehsan Rujukan: WJSB Resorces . Klik : http://www.teamfifi.com/

No comments: