Thursday, 3 July 2008

Bulan Rejab - Julai 04, 2008 - Jumaat

Buraq ilustrasi pelukis









Sama samalah kita ingat mengingati amalan amalan mulia yang penuh berkat ini. Kadang kadang aku pun terlupa, jadi aku catatkan disini untuk ingatan sepanjang hayat aku (Itu pun kalau tidak ada "Hacker Handalan " yang hack blog aku macam dia buat pada - chedet.com. dan Malaysia today.com)


Pada 4 Julai 2008 (Jumaat) akan datang , kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah SWT. Mari kita tengok apa yang ada di sebalik bulan Rejab yang mulia itu. Diriwayatkan bahwa Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Ketahuilah kamu bahawa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH S.W.T maka:


1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH S.W.T

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab 1429h / Isra Mikraj (Rabu 30 Julai 2008) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH S.W.T

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari iaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (4, 5, 6 Julai 2008) maka ALLAH S.W.T akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, Insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah S.W.T..InsyaAllah

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa lapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH S.W.T akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH S.W.T akan menambahkan pahalanya."


Sabda Rasulullah S.W.T lagi :"Pada malam Mikraj, aku melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu aku bertanya pada Jibril A.S "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"

Maka berkata Jibril A.S "Ya... Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini."

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah S.A.W ke sebuah kubur, lalu Rasulullah berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian baginda berdoa kepada ALLAH S.W.T. Lalu saya bertanya kepada baginda "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu baginda bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan aku berdoa kepada ALLAH S.W.T, lalu ALLAH S.W.T meringankan seksa keatas mereka.."

Sabda baginda lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan diseksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"

Sabda baginda "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus aku sebagai Nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karana ALLAH S.W.T, kecuali ALLAH S.W.T mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."


Aku telah berpesan pada diri aku, dan ingin berpesan kepada semua Muslimin dan Muslimat:


Rebutlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara (Kumpulan Raihan pun ada menyanyikan lagu ini, ramai sudah mendengar nya tapi mungkin lupa lirik kot !) " Jangan Lupa Lirik" - Aznil / Astro

1. Lapang sebelum sibuk

2. Senang sebelum susah

3. Kaya sebelum miskin

4. Sihat sebelum sakit

5. Hidup sebelum mati


Oh terLupa... yang ke 6. Solat dan sembang sembang dengan anak bini dulu baru datang keblog aku ! Semuga kita semua dirahmati Allah S.W.T, InshaAllah ! click- http://www.teamfifi.com/


Courtesy : The President

1 comment:

roserose*MrsYusof* said...

Alhamdulillah datok,

Terima kasih di atas entry terbaik ini.