Friday 4 July 2008

Komen Aku Di Blog chedet.com



Pee dah, tak kuasa aku pujuk pujuk !






Aku tunggu durian menjadi tempoyak, senang aku belasah habis tempoyak... kata timun !




Tun, awat lari, tu dok kepit kepit logo UMNO lagi, buat apa ? Penin la , Penin !!







Malas aku nak layan depa la ni ! blogging lagi Best !
La ni pun dah 3 juta pengunjung , rekod baru weh !




Seloka dan komen komen yang aku tulis dan disiar kan di blog chedet.com "Malaysia And A World In Turnmoil, " "Snippets Anwar , " "Petronas Dan Harga Minyak " beberapa hari yang lepas !

Julai 05, 2008
YAB Tun

Maafkan saya nak berseloka sikit. Saya sibuk lama tak datang sini !


Kalau benar apa dikata
Bertambah susah rakyat jelata
Pelawat Blog Tun dah 3 juta
Mari kita bersiap sedia

Ada ajak nak pakai bendera
Pada saya nak buat apa
Buang duit buang masa
Duduk rumah lagi selesa

Kalau rakyat nak tunjuk kuasa
Ramai ramai jangan pergi kerja
Bukan lama 3 hari, satu masa
Tengok Pak Lah nak kata apa

Jangan isi minyak kereta
Naik bas, dan LRT sahaja
Jangan fikir lagi nak bergaya
Kejap saja kita rasa derita

Kalau semua sudah sekata
Bagi tau saja, nak buat bila?
Aku awal awal dah bersedia
Tapi ramai sangat, yang muka muka

Kat blog chedet beria ia
Nak buat macam macam gaya
Pada aku jangan cakap2 sahaja
Bila diajak buat2 lupa

Kepada Pak Lah saya nak kata
Jangan buat rakyat kecewa
Bila semua bangkit semula
Reformasi ala chedet kali kedua

Tun mengajak berblog saja
Tubuh parti baru dah tak kuasa
Kami ni nak tunggu sampai bila?
Makan bubur semangkok berkongsi dua?

Aku dah malas nak berseloka
Sekarang dah naik macam2 benda
Hati geram dah sampai kepala
Tapi tak kan kita nak tunguuuuuu aje ?


DatOK ZeQ
Kelana Jaya, Selangor


Julai 07, 2008

YAB Tun

Dari dulu saya mengatakan Politik itu kotor, Kalau tidak tentu tak cukup tempat diParlimen, sebab sudah tentu ramai berebut rebut nak main politik. Hari ini TPM juga mengatakan nya begitu di TV. DSAI memang berdendam dengan Tun, masakan tidak, career politik nya hampir hancur musnah disebabkan apa yang terjadi , maybe DSAI juga boleh berkata dia boleh "Forgive you but he cannot forget you". Saya secara peribadi memang tidak suka ada sifat dendam mendendam begini, tapi inilah kenyataan kehidupan hari ini.

Ramai yang hendak menjadi Durian yang berkuasa daripada Mentimun. Sebab menjadi durian kalau bergolek kemana pun, timun akan terluka. Durian mudah lupa , jika ia menjadi tempoyak, timun juga akhirnya akan menang! Habis tempoyak di belasah timun !

In God we trust, truth will prevails. Hayati lah kata kata hikmat ini , apa yang terjadi, yang akan terjadi anggaplah sebagai kifarah.Kadang kadang di dunia kita susah , mungkin diakhirat kita bahagia. Doa saya kepada Tun supaya dapat mengatasi kemelut politik ala kini.

Pening lalat saya memikirkan, mengapa DSAI cuma men"target" kan Tun, TPM sahaja? Tak pernah pula saya mendengar DSAI sekali pun mengutuk Pak Lah? Ada apa apa ke Tun? Cuma nak tanya !


WHAT WILL HAPPEN, WILL HAPPEN ! Kan gitu Tun !


DatOK ZeQ
Kelana Jaya, Selangor


Julai 08, 2008

YAB Tun

DSAI dan barisan pembangkang berjanji akan menurun kan harga minyak sekiranya berkuasa. Pada hemat Tun berapa lah agak nya kalau betul2 ini terjadi? Atau hanya "janji manis mu" macam kata penyanyi Aishah ? Kenapa mereka mampu untuk menurun kan harga minyak?

Tapi saya tahu dan dimaklumkan bahawa minyak gamat, minyak buah pala, minyak lintah, minyak angin Tok Wan telah pun diturunkan sikit dinegeri negeri pimpinan Pakatan Rakyat.

Minyak petrol & diesel kena ikut lagi harga BN. DSAI pun tak cakap nak turun minyak apa ! Kan gitu Tun !


DatOK ZeQ
Kelana Jaya, Selangor


Klik : http://www.teamfifi.com/

1 comment:

Gelombang Rakyat said...

DatOk ZeQ, anda memang hebat, bernas komen anda ini. Syabas! Harap diteruskan...