Sejak kebelakangan ini, bila harga petrol, diesel naik, harga barang barang lain pun dah mula ikut naik, macam macam cara aku tengok rakyat Malaysia cuba mencari rezeki tambahan. Ada yang betul betul berusaha siang malam, berhempas pulas membuat kerja kerja tambahan lain untuk menanggung keluarga, yang duduk jauh dari ofis pula berpindah meninggalkan bini dan anak anak, menyewa bilek dengan kawan kawan supaya dekat dengan ofis , ia lah salah satu daripada langkah langkah untuk berjimat duit petrol, konon nya ! Ada yang betul betul berusaha dan tidak dinafikan juga , ada yang mengambil kesempatan "curi curi makan" menipu bini konon nya kena keluar malam untuk "bekerja part time", "overtime" dan macam macam lagi. Padahal mereka keluar berjumpa "girlfriend" atau tumpang enjoy sikit sikit bersama sama kawan kawan kat karaoke lounge , dangdut atau disco . Atau pun ada yang sahaja melepak dengan kawan kawan di coffee house, Cafe atau pun kedai kedai mamak, bercerita cerita kosong atau berpolitik kedai kopi. Pada aku tak payah lah bercerita pasal politik, bukan kerja kita, lagi pun politik dah jadi kotor ! Kita dah lantik mereka, biarlah mereka selesaikan, kita akan tetap sama juga. Orang orang Politik dah kaya raya, mereka mampu lagi makan a La Buffet, a La Carte di hotel hotel besar 5 bintang . Sekarang pulak dah ada hotel yang mengaku sampai 7 bintang, mana ada ? (International grading of hotels sampai 5 bintang sahaja, aku tahu lah) , kita rakyat biasa ini tetap juga makan dengan a La Kadar. Bila balik rumah pura pura sakit sakit badan, sakit kepala dan letih , jadi tak payah lah kena layan bini yang dah mula nampak kerepot, badan lembik sana sini dan membuntal besar tu. Ini memang kenyataan hidup ala Malaysia ! Eh.. tolong.. aku tidak begitu !
Aku selalu ternampak satu bisnes yang begitu mudah mendapat rezeki. Aku rasa ramai yang sudah perasan dan tahu, tetapi memang lah bukan "standard" kita semua untuk berbuat demikian. Kemana sahaja aku pergi, baik di gerai makan, kedai mamak, di tepi jalan, di Supermarket, di Masjid , di tempat tempat awam yang lain aku terjumpa mereka yang membuat bisnes yang paling mudah ini, iaitu , "Meminta Sedekah Ala Baru " ! , cara meminta sedekah ini sudah "di commercialised kan" dan begitu practical. Masa aku muda muda dulu peminta sedekah cuma memakai baju buruk, berbau dan kotor, koyak rabak, ialah nak menunjukkan kepada semua mereka ini tidak berkemampuan, memerlukan duit untuk menyara hidup. Ada juga yang meriba anak anak kecil yang cacat atau sebagai nya, menagih simpati ! Kita yang mempunyai sifat belas kesian ni tadi akan menghulurkan seringgait dua. tapi sebenar nya mereka ini lebih mewah dan senang daripada kita semua. Aku congak congak sekurang kurang nya dari pagi sampai kemalam mereka mampu meraih diantara RM100-150 sehari, sama gaji Pegawai tinggi tu !
Sekarang, ada lain pulak taktik busines mereka ini, lebih style. Pakaian pun sudah cantik bersih. Seorang perempuan muda ada rupa, anggun juga lah atau lelaki "handsome" memimpin tangan seorang lagi yang buta. Menjual ayat ayat potongan Al Quran dan kertas tisu. Memang untung berganda. Sebungkus kertas tisu kecil atau ayat ayat tadi cuma 20-30 sen, tetapi ada yang memberi RM1.00 atau lebih . Ia lah niat membeli sambil bersedekah ! Tetapi kadang kadang ada juga aku ternampak orang yang tidak ikhlas sebab mungkin rasa malu depan "girlfriends" atau kawan kawan, nak juga tunjuk pemurah ! Kena lah ulur lebih sikit ! tengok lah dah untung berapa percent tu dia orang dapat?
Ada lagi cara busines baru yang aku jumpa baru baru ini, lagi "International" dan "World" memetik kata kata kata Mawi , iaitu kumpulan "Mubaligh" pelarian atau nampak macam alim ulama dari negara negara jiran yang bermasalah membawa sekeping surat surat kuasa konon nya untuk Tabung atau Yayasan Pelarian negara tersebut. Kalau di restoren, mereka akan datang memberi salam, dan tidak akan beredar selagi kita tidak menghulurkan derma tanpa menghirau kan yang kita tengah menjamu selera. Aku tahu ini satu sindiket besar dan mereka ramai berkeliaran di merata tempat. Aku tengok mereka semua tidak langsung berasa takut atau gentar atau malu menunggu dan mengganggu orang orang yang sedang makan tadi. Muka mereka selamba dan nampak begitu sedih ? Sanggup ko orang buat bisnes begitu?
Aku hairan dan pening pening lalat, memikirkan kenapa pihak berkuasa tidak memantau kegiatan begini rupa ? Mungkin kah mereka ini masuk secara haram? atau mempunyai dokumen sah yang membolehkan mereka melakukan kegiatan mengutip wang derma dari orang orang awam? Sahih ke dokumen mereka? Aku pernah juga terbaca di dalam akbar akbar yang mengatakan kegiatan seumpama itu tidak sah disisi undang disebabkan tiada sebarang peruntukan di benarkan untuk mengutip derma bagi mana mana Pertubuhan atau Yayasan melalui cara perseorangan. Tetapi aku tengok itu cuma cakap cakap untuk melega kan hati pembaca akhbar akhbar tersebut sahaja. Habis nak tunggu bukti apa lagi ?
Pada aku, pihak berkuasa kenalah bertindak dengan segera, sebelum bisnes cara ini berkembang lebih lama dan menganggu hidup kita semua. Sekarang pun sudah terlalu banyak bisnes bisnes seperti menjual kain baju, karpet, repair kasut, warung, kedai kedai makan, kedai runcit, pasar malam dan lain lain di merata tempat sudah pun di monopoli oleh orang orang luar.
Jangan lah sudah terhantuk , baru tergadah ! (ingat lah kata kata pesanan orang orang tua dahulu)
Kita orang orang Melayu nak bisnes apa lagi? Jangan ko tanya aku. Cuba klik :
http://www.teamfifi.com/
7 comments:
minyak naik..bahangnyer dashat...menteri2 tak terasa ler..sebabnyer depakan dapat minyak free....
ladylikeme
Hi betul lah. habeh nak watcamno. Kita tak beli minyak kereta tak jalan pulak !
ladylikeme
Hi betul lah. habeh nak watcamno. Kita tak beli minyak kereta tak jalan pulak !
Datuk ... bila nak turun perjumpaan akar umbi di Concorde KL? Saya belanja. Lepas tu kita pi night golf di SAAS dan spa skali. Datuk belanja pulak.
~ skang nie memang ramai yg duk mintak sedekah version baru nie. org tgh kusyuk2 makan pun diorg duk kacau.. kadang2 tokeyh kedai halau pun, diorg leh wat dek jer. hairan jugak ngan diorg nie... ~
Datuk,
Pernah sekali dorang datang kat meja makan dan tunjuk apa yang nak dijual sambil bersedekah. dah lah tu cakap Cina ngan saya.
Saya mesti jawab 'Sorry arr sy hoh Melayu tatak tau cakap itu Cina punya bahasa! Kalau sy sedekah sama u hoh, sapa mau bayar saya punya makan!'
Mesti dorang angguk2 atau geleng2! Terus blah!
fadeO
Aku mungkin tak pergi keConcorde sebab jam sangat area tu> Aku dah tak main golf malam2, maklumlah "iron 6" aku pun dah tak berapa boleh pakai.
mizzamy
Selamat datang lah ye. Betul kata ko tu, pihak berkuasa pun buat dek aje, taukeh kedai lagi la peduli apa
rosevsky
Patut ko cakap " Bo Lui la, wo oii sek, chaw chaw la !" pastu ko sambung " nang bo tinang koi bo to koi" ( 3 dialek dalam satu)
Post a Comment