Thursday 24 July 2008

Mandi Wiladah, Wajib Ke?


Sebenar nya aku pun kurang arif tentang jenis mandi ini. Aku tahu yang betul betul wajib dan diajar semasa disekolah Agama dahulu sahaja. Tetapi renung renungkan lah dan sama sama lah kita mengerjakan apa yang dituntut ! Sampaikan lah kepada Muslimin dan Muslimat walaupun sekeping ayat !


Memang betul kenyataan tentang "Mandi Wiladah" itu..... kami telah bertanyakan hal ini kepada ustazah kita orang last month.

MasyaALLAH , betapalah jahilnya kita ini.... tapi according to Uztazah ini , kita memang kena niat dalam hati mandi wajib itu adalah Mandi Wiladah dan tidak boleh kira overall saja.

Sapa-sapa yang lepas bersalin dan belum lagi mengangkat Mandi Wiladah ini maka segala solat & puasanya selama ini tidak akan diterima oleh ALLAH…Nahuzubillah'minzaliq…Wallahua'lam


Oleh itu kita kenalah meminta ampun dari ALLAH S.W.T kerana tidak mengetahui akan perkara ini , kerana sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun Lagi Maha Mengetahui. Untuk pengetahuan semua, perkara ini telah diajukan oleh saudari kita Ernie Shamsudin semasa sessi mengaji Quran tempoh hari dan disaksikan oleh saya & juga Anisah Ghazi....

Wajib atas kita untuk memberitahu saudara-saudari kita yang langsung tidak tahu akan hal ini.....

Perkara penting yang most women ignored...to tell you the truth..I've talked to several ladies...and kebanyakkannya semua tak tahu yang there exists mandi after bersalin nie...bukan mandi after darah nifas kering tapi mandi after bersalin..a separate hadas besar...reason being sekiranya ajal menjemput sebelum darah nifas kita kering, kita sudah berada di dalam keadaan bersuci...

Sewaktu dalam sembang-sembang kecil saya merasa agak terperanjat apabila ada diantara ibu-ibu yang mengatakan mereka tak tahu yang mereka wajib mandi hadas selepas melahirkan anak. Ini kerana ada yang confuse, mereka ingat mandi hadas hanya selepas darah nifas habis. Para bapa langsung la sebab mereka kata, bukan mereka yang beranak... MasyaAllah. Kan ke tugas suami tu membimbing isteri..ini perkara Feqah yang wajib diketahui oleh semua orang.

Ada lagi yang kata sebab masa berpantang tak boleh basah rambut, takut masuk angin. Saya terfikir balik, selama ini saya take for granted dan assume semua orang tahu. kadang-kadang timbul rasa bersalah kerana tidak ambil inisiatif untuk mengingatkan para bapa/ bakal bapa dan para ibu/bakal ibu. Jadi di sini saya nak ambil kesempatan supaya kita ingat mengingati dan kebetulan ramai juga para netters yang sedang menanti kelahiran cahaya mata.

Perkara Wajib mandi hadas besar;



Bagi lelaki 2 perkara:

1. keluar air mani
2. berjimak, waimah berjimak kerana berzina pun kena juga mandi. Tak keluar mani pun kena mandi juga.

Bagi perempuan:

1, Haid
2. Wiladah (melahirkan anak)
3. Nifas
4. Bermijimak, waimah berjimak kerana berzina pun kena juga mandi.

Rasanya setakat mandi selepas haid dan berjimak tu semua orang tahu. Yang selalu wanita confuse (apatah lagi lelaki) ialah berkaitan dengan kelahiran. Selepas melahirkan anak setiap wanita ISLAM kena mandi:

1. Mandi hadas kerana melahirkan (WILADAH. Yakni, sebaik sahaja kepala bayi keluar.
2. Mandi hadas habis nifas (darah yang keluar selepas bersalin) maka diwajibkan mandi hadas.

Menurut ustazah, niat mandi boleh pakai satu sahaja, tak perlu spesifik. Cuma niatkan:

"Sahaja aku mandi hadas besar ke atas tubuhku yang diwajibkan ke atas ku kerana Allah Taala

Itu lah la saya teringat orang tua-tua kita tak kasi orang dalam pantang tu mandi basahkan kepala, takut masuk anginla, sejukla... saya terfikir balik, takkan suruhan agama sanggup diketepikan semata-mata nak jaga pantang. Lagipun mandi wajib selepas melahirkan tu SEKALI je setiap kelhairan..katalah anda seorang yang betul-betul kuat berpantang.. dalam masa 40/60 hari tu, cuma sekali je mandi basah rambut, bukan tiap-tiap hari Mandilah dengan air panas..... kita tak suruh mandi dng air sejuk.. cuma pastikan air tu tak jadi air musta'mal. Itu sahaja.

Jadi, bakal ibu dan bakal bapa, harap tak ambil remeh perkara ini. Yang lelaki tu ingatkanlah isteri-isteri anda dan adik-adik pompuan. dan yang pompuan tu ingatkanlah diri anda dan sedara-sedara pompuan yang lain..InsyaAllah

Mungkin bagi sesetengah orang yang kata ini soal "remeh" (walaupun ini sebenarnya tak remeh) dapatdikongsidan diamalakanbersama.

Wallahua'lam.


Thanks & Best Regards,

Raitul Hanidi Ahmadiah @ Arai
Senior Designer


Apa maknanya Wiladah

Alhamdulillah, kita terus diberikan hidayah ilmu untuk mengetahui perkara yang kita jahil selama ini. Dibawah adalah pengertian Wiladah.

Wiladah bermaksud kelahiran anak termasuklah keguguran (sekalipun hanya segumpal darah atau segumpal daging). Menurut mazhab Imam Syafi'ie, Imam Malik dan Imam Ahmad (mengikut satu riwayat darinya); wanita yang melahirkan anak atau keguguran, ia wajib mandi jika ditakdirkan tiada darah nifas yang keluar. Ini kerana dikiaskan kepada mani. Anak atau janin adalah air mani yang telah menjadi kanak-kanak. Keluarnya anak atau janin dari faraj dapat diumpamakan seperti keluar mani darinya, maka wajiblah mandi. Namun jika ada darah nifas yang keluar selepas kelahiran atau keguguran tersebut, maka hukumnya tertakluk dengan hukum wanita yang kedatangan nifas dan ia hendaklah menunggu hingga kering darah nifasnya barulah mandi.Namun mengikut mazhab Imam Abu Hanifah dan satu riwayat lain dari Imam Ahmad; wiladah tidak mewajibkan mandi kerana tidak ada dalil yang menegaskannya.


Mungkin E-book asas Fardhu Ain yang disertakan boleh memberi sedikit panduan. cuma di sertakan disini tidak di namakan mandi tersebut tetapi diterangkan perkara-perkara yang mewajibkan mandi. Alhamdulillah, boleh dirujuk untuk perkara asas yang lain semoga dan untuk lebih mengetahui, perlu berguru atau melalui majlis ilmu. Allah menaikan darjat kita setingkat demi setingkat dengan ilmu yang diberikan kepada kita. Semoga hari ini kita lebih baik dari semalam. Wallahu'alam.

Apa Pendapat Muslimat Ini

DatOK ZeQ

I bukan ustazah... tapi kebetulan perkara ini berbangkit semasa kelas fardu ain kami minggu lepas, dan ustazah kami telah membuat penyemakan dengan beberapa orang ilmu Feqah.. dan menurut penjelasan yang di beri adalah ... benar seorang wanita yg baru melahirkan wajib mandi wiladah dan nifas...

Wiladah tu sebenarnya darah yang keluar mengiringi bayi dan tiada darah nifas. (Contoh : Siti Fatima ra, putri Rasullullah S.A.W)

Nifas pula adalah darah yang keluar mengiringi bayi dan berlarutan untuk 60 hari.

So, janganlah kita terlalu bimbang... jika selepas suci dari nifas... dan kita mandi dengan niat bersuci dari hadas besar, itu sudah memadai, perkara ini telah diberitahu oleh ustazah kami tengahari tadi.
Ya lah, tetapi kita takut kalau mati sebelum sempat mandi hadas besar semasa dalam pantang !


Waallahualam !

4 comments:

kakLuna said...

Innalillahiwainnailaihirojiuun....saya pun baru tau...ingatkan mandi slps abis nifas sahaja..

SiR KinG TiGeR said...

kakluna

Ramai yang tak tau, jadi sampai sampai kan lah semuga kita dirahmati. InshaAllah

Gelombang Rakyat said...

Kena mandi macam dalam gambar ker?

SiR KinG TiGeR said...

zz

Tidak, tapi kena dibogelkan?? he!he! senang air masuk keseluruh anggota, WAJIB tu!