Thursday 31 July 2008

Cinta Itu Buta?



Seorang lelaki buta memasuki sebuah restoran. Amin, pemilik restoran itu juga berperanan sebagai pelayan mendatanginya dan menghulurkan menu.


“Saya orang buta dan saya tak boleh membaca menu.Tolong bawakan sudu kotor yang telah dipakai oleh pengunjung sebelumnya dan saya akan menciumnya. Dari situ nanti saya tahu masakan apa yang enak untuk dipesan,” kata lelaki buta tersebut.

Amin mengumpulkan beberapa sudu bekas dipakai yang ada dan memberikannya kepada lelaki tersebut. Ia mencium sudu itu dan akhirnya berkata, “Saya pesan ikan pais dan sayur masak asam bang!"

Dengan agak terperanjat Amin mencatat pesanan lelaki buta itu. Menu itu memang menjadi kegemaran para pengunjung restoran tersebut. Beberapa hari kemudian lelaki buta tersebut datang lagi. Sekali lagi dia minta sudu bekas dipakai untuk dicium, tetapi bukan yang habis dipakai untuk makan ikan pais dan sayur masak asam. Hanya ada satu sudu yang habis dipakai untuk makan menu lainnya.

Amin memberikannya kepada lelaki buta tersebut yang kemudian memcium sudu itu dan berkata,“Bau sudu yang ini sedap juga, seperti habis diguna untuk makan ayam bakar dengan sayur ulam dan sambal belacan.” Amin mengiyakan dan silelaki buta memesan makanan tersebut.

Lelaki buta itu untuk ketiga kalinya datang semula beberapa hari kemudian.Dia datang lebih awal ketika belum ada satu pun pengunjung yang datang sehingga tidak ada sudu bekas diguna yang boleh diberikan untuk dihidu.

Entah dari mana datangnya, tiba-tiba sifat nakal bodoh Amin muncul. Dia menghampiri isterinya yang berperanan sebagai tukang masak di dapur. Diberikannya satu sudu dan berkata,

“Yati ,kamu usapkan sudu ini diketiak kamu”“Apa-apa lah abang ni ?” tanya Yati tak faham.

“Sudahlah ikut je lahhhh, untuk kemajuan restoran kita,” kata Amin setengah memaksa. Yati menurut, mengusapkan sudu tersebut di “ketiak! nya” dan menyerahkan kembali kepada Amin.

Dibawanya sudu tersebut ke lelaki buta yang duduk menunggu. Lelaki buta itupun menghidu sudu itu, dengan mengernyitkan keningnya, lelaki buta tersebut berkata, “Aku tidak menyangka makwe lamaku Yati bekerja disini……. boleh saya jumpa dia”

Amin: ???(bengang) Sesungguhnya Cinta itu Butaaa !…


Ekhsan : Teman tagged

Pernah Tengok Burung?



Ada seorang lelaki tua yang hobinya memelihara banyak burung. Pada suatu pagi, semua burung kesayangannya telah hilang. Merasa sipencuri sudah keterlaluan, lelaki tua itu pun membawa masalah ini di perjumpaan mingguan di kampungnya.

Lelaki tua : “Siapa disini yang ada burung?”

Seluruh penduduk laki-laki segera berdiri.

Menyedari kesilapannya dalam cara bertanya, lelaki itu menambah“bukan itu maksud saya”

Lalu di ajukan soalan yang lain..“maksud saya adalah, siapa yang pernah lihat burung?”

Maka seluruh penduduk wanita berdiri.

Kerana menyedari pertanyaannya masih tidak betul, maka dengan muka merah padam dia menyambung “maaf, bukan itu maksud saya”

Sekali lagi dia cuba bertanya“maksud saya adalah siapa yang pernah lihat burung yang bukan miliknya”

Separuh penduduk wanita berdiri.

Muka lelaki itu makin merah, dan juga makin gugup, segera berkata lagi“maaf sekali lagi, bukan ke arah itu pertanyaan saya, maksud saya adalah,siapa yang pernah lihat burung saya?”

Lalu… Isteri lelaki itu pun pun berdiri….dan seorang wanita yang lain,maka kali ini merah padam pula muka si isteri, lelaki tu pun cabut lari, menyesal tanya.



Ekhsan : Teman Tagged

Tuesday 29 July 2008

Cinta Tidak Memerlukan Sebab?


Dalam satu kisah cinta yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti si sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka;

Isteri : Mengapa abang menyukai saya?? Mengapa abang cintakan saya??

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya?? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tak boleh menerangkan sebabnya??

Suami : Betul! Abang tak tau sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki semuanya tau menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tak boleh menerangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan berkata, "Baiklah! Abang mencintai sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak sayang melangkah, di situlah cinta abang bersama sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih lalu berkata kepada isterinya walaupun isterinya masih dalam keadaan koma kerana si suami tahu bahawa isterinya tetap mendengar.

"Sayang! Jika disebabkan suaramu aku mencintaimu.. sekarang bolehkah engkau bersuara?? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.

Jika disebabkan senyuman mu.. sekarang bolehkah engkau tersenyum?Tidak! Oleh itu aku tidah boleh mencintaimu. Jika disebabkan setiap langkahmu aku mencintaimu... Sekarang bolehkah engkau melangkah?? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang, aku tidak mempunyai sebab menyintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab?? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."

Maka menitisllah air mata si isteri yang masih dalam keadaan koma itu...



Luahan hati : Liyz teman Tagged

Monday 28 July 2008

Surat Dari Syaitan




Aku melihatmu kelmarin, saat engkau memulai aktiviti harianmu.Kau bangun tanpa sujud mengerjakan subuhmu

Bahkan kemudian, kau juga tidak mengucapkan "Bismillah" sebelum memulai santapanmu, juga tidak sempat mengerjakan solat Isha sebelum berangkat ketempat tidurmu

Kau benar2 orang yang tidak bersyukur, Aku menyukainya

Aku tak dapat mengungkapkan betapa senangnya aku melihatmu tidak merubah cara hidupmu.

Hai manusia, Kamu millikku.Ingat, kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama,dan aku masih belum benar2 mencintaimu .Malah aku masih membencimu, karana aku benci Allah.

Aku hanya menggunakanmu untuk membalas dendamku kepada Allah.Dia sudah mencampakkan aku dari syurga, dan aku akan tetap memanfaatkanmu sepanjang masa untuk mebalaskannya

Kau lihat, ALLAH MENYAYANGIMU dan dia masih memiliki rencana-rencana untukmu dihari depan.Tapi kau sudah menyerahkan hidupmu padaku,dan aku akan membuat kehidupanmu seperti neraka.

Sehingga kita sudah bersama banyak kali dan ini akan menyakiti hati ALLAH
Aku benar-benar berterima kasih padamu, karana aku sudah menunjukkan kepada NYA siapa yang menjadi pengatur dalam hidupmu dalam masa2 yang kita jalani

Kita menonton film2 'porno' bersama, memaki orang, mencuri, berbohong, munafik, makan sekenyang-kenyangya , bergosip, manghakimi orang, menghujam orang dari belakang, tidak hormat pada orang tua ,Tidak menghargai Masjid, berperilaku buruk, main bontot, berzina, rasuah, gila kuasa dan tamak.

TENTUNYA kau tak ingin meninggalkan ini begitu saja. Ayuhlah, Hai manusia, kita terbakar bersama, selamanya.Aku masih memiliki rencana2 hangat untuk kita.Ini hanya merupakan surat penghargaan pertamaku untuk mu.

Aku ingin mengucapkan 'TERIMAKASIH' kerana sudah mengizinkanku memanfaatkan hampir semua masa hidupmu.Kamu memang sangat mudah dibodohi, aku menertawakanmu.Saat kau tergoda berbuat dosa kamu menghadiahkan tawa.Dosa sudah mulai mewarnai hidupmu..

Kamu sudah lebih tua, dan sekarang aku perlu darah muda.Jadi, pergi dan lanjutkanlah mengajarkan orang-orang muda bagaimana cara berbuat dosa.Yang perlu kau lakukan adalah menghisap dadah, mabuk-mabuk, berbohong, berjudi, bergosip, dan hiduplah se-egois mungkin.Lakukan semua ini didepan anak-anak dan mereka akan menirunya. Begitulah anak-anak yang akan meniru tingkah laku mu.

Baiklah, aku persilakan kau bergerak sekarang.Aku akan kembali beberapa detik lagi untuk menggoda mu lagi.Jika kau cukup cerdas, kau akan lari sembunyi, dan bertaubat atas dosa-dosamu.Dan hidup untuk Allah dengan sisa umurmu yang tinggal sedikit.Memperingati orang bukan tabiatku, tapi diusiamu sekarang dan tetap melakukan dosa, sepertinya memang agak aneh.

Jangan salah sangka, aku masih tetap membencimu.Hanya saja kau harus menjadi orang bodoh yang lebih baik dimata ALLAH.

Ingat jika kau masih sayangkan aku, jangan di Link atau sampai kan kepada sesiapa surat aku ini

Yang Benar dan Yang Kau Kasihi
Syaitan bertanduk Dua

Friday 25 July 2008

The 10 Tips For Writting A Blog

I am still the best!



The following post on tips for writing a blog was submitted by Lyndon from Flockblog He described it as a simple ‘back to basics’ kind of post. You just look at chedet.com for an example, now over 3 millions visitors !

Here are ten tips that help you with your blog writing.

Make your opinion known

Link like crazy

Write less

250 Words is enough

Make Headlines snappy

Include Bullet point lists

Edit your post

Make your posts easy to scan

Be consistent with your style

Litter the post with keywords

Edit your posts


1. Make your opinion known

People like blogs, they like blogs because they are written by people and not corporations. People want to know what people think, crazy as it sounds they want to know what you think. Tell them exactly what you think using the least amount of words possible.

2. Link like crazy.

Support your post with links to other web pages that are contextual to your post.

3. Write Less

Give the maximum amount of information with the least amount of words. Time is finite and people are infinitely busy. Blast your knowledge into the reader at the speed of sound.

4. 250 words is enough

A long post is easier to forget and harder to get into. A short post is the opposite.

5. Make Headlines snappy

Contain your whole argument in your headline. Check out National newspapers to see how they do it.

6. Include bullet point lists

We all love lists, it structures the info in an easily digestible format.

7. Make your posts easy to scan

Every few paragraphs insert a sub heading. Make sentences and headlines short and to the point.

8. Be consistent with your style

People like to know what to expect, once you have settled on a style for your audience stick to it.

9. Litter the post with Keywords.

Think about what keywords people would use to search for your post and include them in the body text and headers. make sure the keyword placement is natural and does not seem out of place.

10. Edit your post

Good writing is in the editing. Before you hit the submit button, re-read your post and cut out the stuff that you don’t need.


I hope you enjoyed the tips for writing a blog post - feel free to share your own blog writing tips below.

Want to Learn More about Blog Writing? Subscribe to our RSS Feed. Share

Click : http://www.youtube.com/adlipov

Thursday 24 July 2008

Mandi Wiladah, Wajib Ke?


Sebenar nya aku pun kurang arif tentang jenis mandi ini. Aku tahu yang betul betul wajib dan diajar semasa disekolah Agama dahulu sahaja. Tetapi renung renungkan lah dan sama sama lah kita mengerjakan apa yang dituntut ! Sampaikan lah kepada Muslimin dan Muslimat walaupun sekeping ayat !


Memang betul kenyataan tentang "Mandi Wiladah" itu..... kami telah bertanyakan hal ini kepada ustazah kita orang last month.

MasyaALLAH , betapalah jahilnya kita ini.... tapi according to Uztazah ini , kita memang kena niat dalam hati mandi wajib itu adalah Mandi Wiladah dan tidak boleh kira overall saja.

Sapa-sapa yang lepas bersalin dan belum lagi mengangkat Mandi Wiladah ini maka segala solat & puasanya selama ini tidak akan diterima oleh ALLAH…Nahuzubillah'minzaliq…Wallahua'lam


Oleh itu kita kenalah meminta ampun dari ALLAH S.W.T kerana tidak mengetahui akan perkara ini , kerana sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun Lagi Maha Mengetahui. Untuk pengetahuan semua, perkara ini telah diajukan oleh saudari kita Ernie Shamsudin semasa sessi mengaji Quran tempoh hari dan disaksikan oleh saya & juga Anisah Ghazi....

Wajib atas kita untuk memberitahu saudara-saudari kita yang langsung tidak tahu akan hal ini.....

Perkara penting yang most women ignored...to tell you the truth..I've talked to several ladies...and kebanyakkannya semua tak tahu yang there exists mandi after bersalin nie...bukan mandi after darah nifas kering tapi mandi after bersalin..a separate hadas besar...reason being sekiranya ajal menjemput sebelum darah nifas kita kering, kita sudah berada di dalam keadaan bersuci...

Sewaktu dalam sembang-sembang kecil saya merasa agak terperanjat apabila ada diantara ibu-ibu yang mengatakan mereka tak tahu yang mereka wajib mandi hadas selepas melahirkan anak. Ini kerana ada yang confuse, mereka ingat mandi hadas hanya selepas darah nifas habis. Para bapa langsung la sebab mereka kata, bukan mereka yang beranak... MasyaAllah. Kan ke tugas suami tu membimbing isteri..ini perkara Feqah yang wajib diketahui oleh semua orang.

Ada lagi yang kata sebab masa berpantang tak boleh basah rambut, takut masuk angin. Saya terfikir balik, selama ini saya take for granted dan assume semua orang tahu. kadang-kadang timbul rasa bersalah kerana tidak ambil inisiatif untuk mengingatkan para bapa/ bakal bapa dan para ibu/bakal ibu. Jadi di sini saya nak ambil kesempatan supaya kita ingat mengingati dan kebetulan ramai juga para netters yang sedang menanti kelahiran cahaya mata.

Perkara Wajib mandi hadas besar;



Bagi lelaki 2 perkara:

1. keluar air mani
2. berjimak, waimah berjimak kerana berzina pun kena juga mandi. Tak keluar mani pun kena mandi juga.

Bagi perempuan:

1, Haid
2. Wiladah (melahirkan anak)
3. Nifas
4. Bermijimak, waimah berjimak kerana berzina pun kena juga mandi.

Rasanya setakat mandi selepas haid dan berjimak tu semua orang tahu. Yang selalu wanita confuse (apatah lagi lelaki) ialah berkaitan dengan kelahiran. Selepas melahirkan anak setiap wanita ISLAM kena mandi:

1. Mandi hadas kerana melahirkan (WILADAH. Yakni, sebaik sahaja kepala bayi keluar.
2. Mandi hadas habis nifas (darah yang keluar selepas bersalin) maka diwajibkan mandi hadas.

Menurut ustazah, niat mandi boleh pakai satu sahaja, tak perlu spesifik. Cuma niatkan:

"Sahaja aku mandi hadas besar ke atas tubuhku yang diwajibkan ke atas ku kerana Allah Taala

Itu lah la saya teringat orang tua-tua kita tak kasi orang dalam pantang tu mandi basahkan kepala, takut masuk anginla, sejukla... saya terfikir balik, takkan suruhan agama sanggup diketepikan semata-mata nak jaga pantang. Lagipun mandi wajib selepas melahirkan tu SEKALI je setiap kelhairan..katalah anda seorang yang betul-betul kuat berpantang.. dalam masa 40/60 hari tu, cuma sekali je mandi basah rambut, bukan tiap-tiap hari Mandilah dengan air panas..... kita tak suruh mandi dng air sejuk.. cuma pastikan air tu tak jadi air musta'mal. Itu sahaja.

Jadi, bakal ibu dan bakal bapa, harap tak ambil remeh perkara ini. Yang lelaki tu ingatkanlah isteri-isteri anda dan adik-adik pompuan. dan yang pompuan tu ingatkanlah diri anda dan sedara-sedara pompuan yang lain..InsyaAllah

Mungkin bagi sesetengah orang yang kata ini soal "remeh" (walaupun ini sebenarnya tak remeh) dapatdikongsidan diamalakanbersama.

Wallahua'lam.


Thanks & Best Regards,

Raitul Hanidi Ahmadiah @ Arai
Senior Designer


Apa maknanya Wiladah

Alhamdulillah, kita terus diberikan hidayah ilmu untuk mengetahui perkara yang kita jahil selama ini. Dibawah adalah pengertian Wiladah.

Wiladah bermaksud kelahiran anak termasuklah keguguran (sekalipun hanya segumpal darah atau segumpal daging). Menurut mazhab Imam Syafi'ie, Imam Malik dan Imam Ahmad (mengikut satu riwayat darinya); wanita yang melahirkan anak atau keguguran, ia wajib mandi jika ditakdirkan tiada darah nifas yang keluar. Ini kerana dikiaskan kepada mani. Anak atau janin adalah air mani yang telah menjadi kanak-kanak. Keluarnya anak atau janin dari faraj dapat diumpamakan seperti keluar mani darinya, maka wajiblah mandi. Namun jika ada darah nifas yang keluar selepas kelahiran atau keguguran tersebut, maka hukumnya tertakluk dengan hukum wanita yang kedatangan nifas dan ia hendaklah menunggu hingga kering darah nifasnya barulah mandi.Namun mengikut mazhab Imam Abu Hanifah dan satu riwayat lain dari Imam Ahmad; wiladah tidak mewajibkan mandi kerana tidak ada dalil yang menegaskannya.


Mungkin E-book asas Fardhu Ain yang disertakan boleh memberi sedikit panduan. cuma di sertakan disini tidak di namakan mandi tersebut tetapi diterangkan perkara-perkara yang mewajibkan mandi. Alhamdulillah, boleh dirujuk untuk perkara asas yang lain semoga dan untuk lebih mengetahui, perlu berguru atau melalui majlis ilmu. Allah menaikan darjat kita setingkat demi setingkat dengan ilmu yang diberikan kepada kita. Semoga hari ini kita lebih baik dari semalam. Wallahu'alam.

Apa Pendapat Muslimat Ini

DatOK ZeQ

I bukan ustazah... tapi kebetulan perkara ini berbangkit semasa kelas fardu ain kami minggu lepas, dan ustazah kami telah membuat penyemakan dengan beberapa orang ilmu Feqah.. dan menurut penjelasan yang di beri adalah ... benar seorang wanita yg baru melahirkan wajib mandi wiladah dan nifas...

Wiladah tu sebenarnya darah yang keluar mengiringi bayi dan tiada darah nifas. (Contoh : Siti Fatima ra, putri Rasullullah S.A.W)

Nifas pula adalah darah yang keluar mengiringi bayi dan berlarutan untuk 60 hari.

So, janganlah kita terlalu bimbang... jika selepas suci dari nifas... dan kita mandi dengan niat bersuci dari hadas besar, itu sudah memadai, perkara ini telah diberitahu oleh ustazah kami tengahari tadi.
Ya lah, tetapi kita takut kalau mati sebelum sempat mandi hadas besar semasa dalam pantang !


Waallahualam !

Seloka Kehidupan



Di dalam kehidupan manusia, yang penting ialah BERKAT

Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat

Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat

Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat

Apabila masyarakat jadi muafakat

Negara kita menjadi kuat.

Apabila negara menjadi kuat

Negara luar pun memberi hormat


Apabila negara luar memberi hormat

Permusuhan dan perang pun tersekat

Apabila permusuhan dan perang tersekat

Pembangunan pun boleh meningkat

Apabila pembangunan boleh meningkat

Kemajuan menjadi semakin pesat


TETAPI AWAS

Apabila pembangunan meningkat

Kemajuan menjadi semakin pesat

Kita lihat bangunan bertingkat-tingkat

Banyak pula lah tempat maksiat tumbuh macam kulat

Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat

Manusia mula mengubah tabiat

Apabila manusia telah mengubah tabiat

Ada yang jadi lalat , ada yang jadi ulat

Apabila manusia dah jadi lalat dan ulat

Sembahyang makin hari makin liat

Apabila sembahyang jadi liat

Orang baik baik menjadi jahat

Apabila orang baik menjadi jahat

Orang miskin pun nak kaya cepat

Apabila orang miskin nak kaya cepat

Dengan yang ber rasuh di subahat

Orang tua pula nak mati lambat

Apabila orang tua nak mati lambat

Mula lah dia buang tebiat

Tak minum madu dia telan gamat

Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat

Jadi gangster nak tunjuk kuat

Bila berjudi, percaya unsur kurafat

Tapi tak jadi kaya, makin melarat

Tali kasut pun dah tak berikat

Rambut pun sudah jarang sikat

Yang perempuan, pakai mini sekerat

Suka pakai baju ketat ketat

Kadang kadang sampai menunjukkan pusat

Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat

Setengah pula pakai yang singkat-singkat

Sampai ternampak "bendanya" yang bulat

Siapa terpandang pasti tercegat

Silap gaya jadi gawat

Bohsia bohjan lagi hebat

Duduk jauh berkirim surat

Bila berjumpa, tangan berjabat

Kemudian sama sama peluk erat erat

Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat

Maka terjadi lah perkara maksiat

Tidak peduli agama dan adat

Tidak takut Allah dan Malaikat

Yang penting malam ini kita buat

Konon konon nya mereka lah hebat

Akhirnya perut kempis dah jadi bulat

Apabila perut kempis dah jadi bulat

Maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat

Bila anak-anak lahir tak cukup sifat

Dia pun dibuang di merata tempat


KETIKA ITU LAH IBLIS MULA MELOMPAT

Habis semua manusia dah masuk jerat

Makin lama menjadi sesat

Inilah dia fenomena masyarakat

Oleh itu, wahai saudara wahai sahabat

Marilah kita ingat mengingat

Hidup didunia sudah makin singkat

Tak lama lagi mungkin kiamat

Sampai masa kita semua akan berangkat

Semua menuju ke alam akhirat

Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat

Masa tu, lu lah sendiri mau ingat

Umur mu banyak mu buat ibadat...?

Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?

Harta benda mu, dari mana mu dapat...?

Ilmu kamu, adakah memberi manafaat...?

Semoga ianya dapat mengingat

Supaya segera jauhkan maksiat

Cepat cepat kita bertaubat

Dan memperbanyakkan ibadat

Supaya hidup kita selamat dan berkat


Jangan jadi macam aku yang tak bertempat dan merempat !


World Easiest Quiz?



3) From which animal do we get cat gut?

4) In which month do Russians celebrate the October Revolution?

5) What is a camel's hair brush made of?

6) The Canary Islands in the Pacific are named after what animal?

7) What was King George VI's first name?

8) What color is a purple finch?

9) Where are Chinese gooseberries from?

10) What is the color of the black box in a commercial airplane?


Remember, you need 4 correct answers to pass. Check your answers below.



ANSWERS TO THE QUIZ

1) How long did the Hundred Years War last? 116 years

2) Which country makes Panama hats? Ecuador

3) From which animal do we get cat gut? Sheep and Horses

4) In which month do Russians celebrate the October Revolution? November

5) What is a camel's hair brush made of? Squirrel fur

6) The Canary Islands in the Pacific are named after what animal? Dogs

7) What was King George VI's first name? Albert

8) What color is a purple finch? Crimson

9) Where are Chinese gooseberries from? New Zealand

10) What is the color of the black box in a commercial airplane? Orange (of course)

What do you mean, you failed?


Pass this on to some brilliant friends, so they may feel useless as you are too!

Click : http://www.youtube.com/adlipov

Wednesday 23 July 2008

Kempen KeKubur Ashar Abdullah Dengan 15 Nama Samarannya

Isteri-mamak-tua@Ashar Abdullah


















Selasa, 2008 Julai 22

KEMPEN PUTIH :

Apa yang di maksudkan kempen putih ini dalam perjuangan kita di Malaysia?
tanya Ashar Abdullah yang mempunyai 15 nama samaran tetapi mempunyai IP dan domain yang sama.


Jawapan aku senang. Kempen putih ialah kempen kekubur ! Bukan ke orang mati sahaja dikapan dengan kain putih? Cuba lah baca artikel saudara Ashar ini yang patut jangan dilayan dan ditong sampahkan. Mengikut firasat aku Ashar ini orang kurang siuman, cuma bermain blog dan tidak mempunyai kerja, tidak ada pendirian, penakut, dan haprak kata Tun Mahathir .

Siapa
yang aku sokong, parti mana yang aku pileh , bukan menjadi masaalah kepada orang lain, aku ada hak aku sendiri sama saperti orang lain

KEMPEN PUTIH (Kempen Kain Kapan)

Bendera putih membawa pengertian yang berbeda sepanjang sejarah dan bergantung pada pengertian setempat.

Bendera menyerah diri atau gencatan senjata semasa perang:

Bendera putih juga merupakan simbol international yang dihormati semasa perang sebagai gencatan senjata( truce atau ceasefire) dan permintaan untuk berbincang. Ia juga merupakan simbol menyerah, biasanya pihak tentera lemah yang memohon untuk berbincang. Pembawa bendera putih menunjukkan kedatangan untuk berbincang tanpa bersenjata, dengan niat untuk menyerah atau ingin berbincang. Mereka yang membawa bendera putih ini tidak boleh menembak atau pun ditembak.

PENGERTIAN KITA,

Kempen ini bermula 1hb julai 2008 hingga 31hb Ogos 2008. Semasa kempen ini, rakyat akan memakai ribbon putih di baju dan mengibarkan bendera putih pada kenderaan, tempat kediaman atau perniagan sebagai sokongan mereka.

Pada pengertian kita, kempen Putih ini membawakan maksud yang tersendiri. Kita memilih putih kerana putih itu bermaksud suci , bersih dan tanpa cemar atau kotoran. Sokongan kepada kempen ini bermaksud ;Sokongan kepada perjuangan suci TUN dan sokongan kepada Pak Lah untuk berundur, bersihkan kepimpinan yang lemah.

Kain putih dan ribbon putih mudah di perolehi, dan murah harganya. Kalau tiada kain kertas putih pun boleh di jadikan alternatifnya.

UNTUK BERJAYA DALAM MELAKSANAKAN PROJEK RIBBON DAN BENDERA PUTIH:

PERTAMA: NIAT

Sebelum melakukan ini, yakinlah yang Anda telah melakukan sesuatu yang benar, dengan menyokong tindakan TUN. Berniatlah yang baik untuk agama bangsa dan negara mudahan TUHAN memberkati perjuangan Suara Hati Rakyat Ini.

KEDUA: SYARAT NIAT

APA CARA TINDAKAN PERJUANGAN KITA; BANTAHAN SENYAP DAN AMAN KEPADA PAK LAH.

APA ALASAN PERJUANGAN KITA; SEBAGAI SOKONGAN TERHADAP TINDAKAN TUN.

APA TINDAKAN TUN ITU: LAYARI LAMAN WEB http://www.chedet.com/ ( TIDAK PERLU PENJELASAN LAGI)

APA YANG HARUS DILAKUKAN: Mulai 1HB julai 2008 HINGGA 31HB OGOS 2008 kita lakukan “BANTAHAN SENYAP DAN AMAN SUARA HATI RAKYAT KEPADA PAK LAH” dengan:

1) Memakai pin ribbon warna putih , atau
2) Menaikan bendera putih di kereta, di motor, depan rumah, depan kedai dan pejabat dll

KETIGA; TINDAKAN NIAT

PLAN YOUR WORK, WORK YOUR PLAN

AKSI DAN KERJA KERAS UNTUK SUKSESS.

JANGAN LAKUKAN SENDIR SAHAJA. DIBAWAH SAYA AKAN NYATAKAN LANGKAH

YANG PERLU BAGI MEMAKSIMALKAN SOKONGAN TERHADAP TUN.

BUATKAN DAFTAR NAMA ORANG YANG AKAN TURUT SERTA DALAM PROJEK INI.

Buatkan senarai nama orang yang mahu turut serta dalam program ini. Usahakan sebanyak

mungkin nama yang Anda kenali.

Nama; talipon /email / YM / alamat untuk dihubungi.

Mulakan dari lingkungan yang positif menyokong TUN dahulu.

Orang ini tak perlu banyak penjelasan, dah tentu tindakan kita menyokong TUN.

Kemudian barulah lingkungan yang 50-50 atau negatif.

Orang ini perlukan sedikit input, penjelasan, mungkin dari apa yang terdapat dalam blog TUN

sudah cukup untuk menerangkan niat projek ini.

Mulakan dengan orang yang terdekat dengan kita, keluarga, kawan, kawan pejabat, kawan sepermaianan yang tinggal berhampiran atau sedaerah atau senegeri.

Kemudian senaraikan pula yang tinggal berjauhan atau luar daerah atau luar negeri.

HUBUNGI MEREKA.

Hubungi mereka dengan talipon: sms, atau email, atau langsung jumpa.

Ceritakan apa matlamat kita ini, dan kesannya tidak membahayakan sesiapa, HANYA BANTAHAN AMAN, SUARA HATI RAKYAT.

Buat appointment(temujanji) jika perlu. Perjelaskan dengan baik matlamat projek ini.

PENERANGAN DAN INFORMASI PROJEK INI.

a. APA YANG HARUS DILAKUKAN:
Mulai 1HB julai 2008 HINGGA 31HB OGOS 2008 kita lakukan “BANTAHAN SENYAP DAN AMAN SUARA HATI RAKYAT KEPADA PAK LAH” dengan:

1) Memakai pin ribbon warna putih , atau
2) Menaikan bendera putih di kereta, di motor depan rumah, depan kedai dan pejabat dll.

KENAPA PUTIH: BERSIH, SUCI DAN BARU TANPA KOTORAN - (Sebab nak menghadap Allah)

TINDAKAN SUSULAN.

Sering hubungi mereka, beri semangat dan nasihat agar mereka turut serta menjayakan projek ini. Bantu mereka sedaya mungkin. Ajar mereka dengan internet, layari http://www.chedet.com/

AJAR MEREKA UNTUK BERTINDAK SAMA SEPERTI ANDA MENGAJAR YANG LAIN UNTUK BERBUAT SAMA. Agar lebih ramai yang akan lead menjayakan projek ini.

MAKLUMBALAS.

Kepada yang berminat email atau YM sokongan Anda untuk turut serta : kami memerlukan sokongan dari semua lapisan masyarakat terutama dari;
1. wakil parti politik.
2. wakil NGO.
3. wakil persatuan dan pertubuhan.
4. wakil Syarikat.
5. wakil ketua/ pemimpin.
6. terutama rakyat Malaysia yang mahu perubahan.

email sokongan anda ke: ashar_abdullah@yahoo.com
YM : ashar_abdullah

Maklumat perkembangan.

1. kepada yang menyertai harap melapurkan perkembangan mereka, agar setiap permasalahan yang timbul dapat diatasi bersama teman seperjuangan dengan segera.

Menyertai conference di YM:

1. kepada yang berminat untuk lead boleh menyertai conference di YM. Segala permasalah boleh kita bincangkan bersama secara ONLINE.

BERDOALAH.

Sentiasa berdoalah, mudahan Tuhan memberkati perjuangan ini dan membuka pintu hati Pak Lah terhadap projek “BANTAHAN SENYAP DAN AMAN SUARA HATI RAKYAT“ ini.

APAKAH KESAN DAN MESSAGE YANG KITA SAMPAIKAN DENGAN PROJEK INI:

SOKONGAN PADA TUN DR MAHADHIR MOHAMAD.
SOKONGAN UNTUK DATUK SERI ABDULLAH AHMAD BADAWI BERUNDUR.
MEMBERIKAN SIGNAL PADA WAKIL RAKYAT TERUTAMA PEMIMPIN UMNO MENJELANG PEMILIHAN NANTI. RAKYAT MAHUKAN PERUBAHAN PUCUK PIMPINAN.
MEMBERIKAN SIGNAL BAHAWA SUARA RAKYAT ADALAH MAJORITI.
MEMBERIKAN SIGNAL, RAKYAT BERTINDAK DENGAN CARA YANG PALING AMAN DAN BIJAKSANA.
MEMBERIKAN SIGNAL JUGA KEPADA YANG DIPERTUAN AGONG. RAKYAT MAHUKAN PERUBAHAN. JIKA PERLU PENGLIBATAN TERUS OLEH YANG DIPERTUAN AGONG DALAM HAL INI DENGAN TUN DR MAHADIR MOHAMAD.

Marilah kita sama-sama sokong dan bertindak untuk TUN.Lakukan segera, Mulakan hari ini, kalau boleh sekarang juga.

Buktikan suara rakyat boleh berkuasa: Malaysia Boleh..!!!!

Inilah sumbangan kita kepada agama bangsa dan Negara.

Jangan macam “anjing menyalak bukit aja“ tak bawa kita ke mana....

TUNJUKKAN PADA TUN....KITA BENAR-BENAR SOKONG TUN......

Keadaan sudah parah :
Bak kata Telur Hujung Tanduk dan Retak menungu Belah...
Diposting oleh ASHAR di 09:36

1 Ulasan.:

Heical berkata...

Kalau dilihat tulisan antimamak macam berpatah arang bencikan TUN.Siapakah yg amat membenci TUN.Biasanya kekasih atau orang yg paling rapat suatu masa dulu akan bertukar jadi benci yg amat fanatic.Isteri-mamak-tua Cuba selidik Siapa kah orang itu.
2008 Julai 22 13:09
Catat Ulasan

Link ke posting ini
Kempen KeKubur Ashar Abdullah + 15 Nama Samaran

"Apa yang di maksudkan kempen putih ini dalam perjuangan kita di Malaysia." tanya Ashar Abdullah + 15 nama samaran lain. Jawab aku mudah ! Kempen putih sebenarnya kempen kekubur, bukan ke simati di pakaikan kain kain ela warna putih? ...

Diposting olehDatOk ZeQ di2008 Julai 22 11:26

Buat Pautan
Catatan Lama Laman utama
Langgan: Catat Ulasan (Atom)

"SEPANDAI PANDAI TUPAI MELOMPAT , JATUH JUGA AKHIRNYA.""MUSANG BERBULU AYAM - MACAM AHMAD NISFU"Setelah membaca ini, anda dapat simpulkan kerja siapa semua ini.. tak perlu nak nafi lagi bahawa mereka itu adalah anti TUN DR MAHATHIR.

Article: SALE OF AGUSTA BY PROTONBy 2c3d on July 20, 2008 3:53 PM

WARNING!WARNING!DANGER!A TROJAN HORSE IN CHEDET.COM

Dear Tun,

We've lost the Agusta, but let's not lose chedet.com next. I've a strong reason to turn on the siren. I believe the enemies have resorted to a new tactic to destroy your weblog.

Please check --http://saifullbohari.blogspot.com posted in here by Ashar Babilah on Jul 19, 2008 3:38PM.It contains obscene photos. Not suitable for the innocent viewers.(I discovered it by chance. There might be more.)

If you let them in, chedet.com will soon be infested with pornographic materials. This will provide the excuse for the Agusta killers to 'chop-off' chedet.com too.TQ and pls take care.

Article: ANWAR DEBATEBy Ashar_Babilah on July 18, 2008 2:00 PM

Tun,

Once upon a time I admired U. But after the Bull Shitting 98 Anwar case and after considering what U have done to our beloved country for the past 23 years, my admiration had turned 360 degrees the opposite. Please ponder the following salient facts ;

1] Its during your administration that CROYSM and ECONOMIC plundering of the countrys WEALTH flourish. Do U remember how many the so called NEGOTIATED PROJECTS/CONTRACTS waz given to your CRONIES and CHILDREN ????????? Only U and ALLAH swt [The Almighty God] knows how many billions the RAKYATS money had been stolen just like that. To me and I believe the majority of the Rakyat, it is worst than any other daylight robbery...even worst than the famous movie..the GREAT TRAIN ROBBERY!!!!!! It involves all the TAX PAYERS money....To me even BOTAK CHIN the once famous crook...only rob some Wealthy peoples money...{Not the RAKYATS MONEY!!!!}

2] Isn't U who made a mockery of whatever Syariah Laws that the Kelantan PAS Govt tried to implement???? and now U talk about Syariah Laws???? ?

3] My Only advise is to REPENT...TAUBAT!. stay more at the mosque before the Malaikat Maut approach U. and not to forget that..Do U think that God Almighty will accept your repentance [if U did so] just like that ..without returning back whatever amount U and your cronies had UNLAWFULLY TAKEN FROM THE RAKYATS COFFERS ?????Please ponder this question at least once before U go to bed !
Ashar AbdullahAshar_ Abdullah@yahoo.com

EMAIL KEPADA ISTERI-MAMAK TUA @ ANTIMAMAKEMAIL # 1 (Julai 20 09:55)

DatOk ZeQ telah meninggalkan ulasan baru pada catatan " PALESTINE : ISRAEL - Doktrin Perang Israel dalam T... "anda:

Sudah lah ashar, nikdublin,heical,sie yin + 12 nama lagi. Buang masa. Patut lah orang macam ko ni tak berjaya ! Bodek TDM dapat apa????

DatOK ZeQ
Terbitkan ulasan ini.Tolak ulasan ini.Sederhanakan ulasan untuk blog ini.
Dicatat oleh DatOk ZeQ ke Isteri-mamak-tua di 2008 Julai 20 09:55EMAIL #2 (Julai 20 04:57)

DatOk ZeQ
telah meninggalkan ulasan baru pada catatan " ONE US DOLLAR: FREE MASON " anda:

Ashar AbdullahBanyak nama samaran,tapi ip serupa wr-out-0708.google.com [64.233.184.246]ASHAR ashar_abdullah@yahoo.comemail karutpada hal guna email domain, no-reply@blogger.com

1)orangkampong
2) sie yin
3) heical
4)NT
5)Najiha
6)Hanan Yamanan
7.Mamak den
8)isteri antimamak
9)mamak 1968
10) Nostranamus,
11)nama blog Lee Chee Lek
12. http://alittlehelpinghand.blogspot.com/
13.abang mamak tua
14)ikutsukaakula

Sendiri tulis sendiri komen hehe cian, tak laku blog ko. Kelab penyokong tdm apa citer? Dia tak bayar lagi ke?Pergi belajar lagi

!Terbitkan ulasan ini.Tolak ulasan ini.Sederhanakan ulasan untuk blog ini.Dicatat oleh DatOk ZeQ ke Isteri-mamak-tua di 2008 Julai 20 04:57EMAIL # 3 (17 JULAI: 18;43 )
DatOk ZeQ telah meninggalkan ulasan baru pada catatan " ANTIMAMAK VS KEBENCIAN, KEDENGKIAN DAN KEBODOHAN "anda: ashar

Sendiri tulis sendiri komen, haprak betul la ko ni ! Patut suka kat TDM sebab ko dapat gelaran haprakTerbitkan ulasan ini.Tolak ulasan ini.Sederhanakan ulasan untuk blog ini.

Dicatat oleh DatOk ZeQ ke Isteri-mamak-tua di 2008 Julai 17 18:43Email # 4 ( 21 JULAI ; 12;35;06AM) datozeq@gmail.com

AddMonday, July 21, 2008 12:35:06 AM

To:Isteri Antimamak isteri.antimamak@yahoo.com

Sudah la ashar abdullah + 14 lagi nama samaran, tak kemana perginya dengan penyamaran ko tu !

On 7/20/08, Isteri Antimamak <isteri.antimamak@yahoo.com> wrote:

hALLo BrO,

Apa macam business roti canai..? Business jamu denga bini hang ister-mamak-tua apa dah jadi.Dahsyat betoi lah tok zeq, kawin senyap dgn najiha tak cakap pon...nak berahsia pa lagi....dah ada kajol pun...bukan tak cantik budaknya...patut lah sibuk aja....ada bini import rupanya...lebih baik dari monggolia...:)hahahhahaselamat pengantin lama....baru tau

PENYELIDIKAN SAYA BERSAMA BOS SAYA:

Ramai diantara blogers yang marah dengan beberapa teman komentar dib log chedet.Diantara yang dapat saya nyatakan : antimamak ; mamak-tua ; ashar_babilah : ABI ; KhairyJamaludin : Nasha Bin Edwin : Datok Zeq.....dll

Dari nama di atas kami pun mula bekerja. Banyak yang kami dapati, tapi yang menghairankan adalah pertemuan ANTIMAMAK @ MAMAK-TUA @ ASHAR_BABILAH dengan 2 komentar lagi yang menyokong TUN dalam chedet.com.Dari pertemuan ini kami dapati IP dan domain yang digunakan sama oleh ANTIMAMAK @ MAMAK-TUA @ ASHAR_BABILAH dengan 2 komentar tadi. Apa yang kami lakukan adalah menjebak keempat nama komentar tadi. Dalam masa penyelidikan kami, 2 -3 kali IP kami di serang oleh virus, malangnya gagal. Yang terakhir pada 7/16/2008 jam 6;27 petang, IP dan domain nya sama dengan yang digunakan oleh mereka.

Antimamak @ Mamak-Tua @ Mamak-Tua ini kalau kita kaji adalah seorang yang agak arif dengan IT terutama design. Banyak gambar TUN dalam blognya di editkan dengan rapi. Dan hampir setiap hari ada saja gambar TUN yang di editkan. Tetapi orang yang nak tunjuk pandai ini kadang kadang lupa, cara kerja yang sama ditunjukkan dalam semua blognya. Video clipnya agak profsional.Di dalam blog antimamak sebelum ini, perdebatan online antara antimamak dengan penyokong kuat TUN dapat di baca, kerana masa itu antimamak belum belajar nak block komen. Banyak komen sudah dideletnya. Antimamak seorang sahaja yang boleh marah dan maki hamun komentar di blognya. Komentar yang tegur secara baik tentang komentar antimamak dan mamak-tua di maki hamun.Memang lah benar angapan setengah bloger tentang masalah peribadi yang dihadapi oleh antimamak @ mamak-Tua @ Ashar_Babilah.2 orang komentar yang kami maksudkan adalah mereka di belakang ANTIMAMAK @ MAMAK-TUA @ ASHAR_BABILAH.Yang menghairankan 2 orang yang dimaksudkan ini dalam komentar dalam chedet adalah orang yang PRO kepada TUN.

Mereka ini dalam konspiray teory kami adalah DATOK ZEQ dan seorang lagi dengan nama A....(?)Lihat 4 email oleh Datok Zeq di atas, sudah jelas beliau tidak menyokong TUN. Datok Zeq..??? tak tahu lah dato mana malas nak tahu.....Seperti kata komentar

diArticle: SALE OF AGUSTA BY PROTONBy 2c3d on July 20, 2008 3:53 PM……..

Please check --http://saifullbohari.blogspot.com posted in here by Ashar Babilah on Jul 19, 2008 3:38PM…………………..Saya pun agak terkejut dengan gambar yang menjijikkan didalamnya. Ini rasanya tak patut di keluarkan dalam blog chedet, amat memalukan.Dari penulisan Ashar Babilah ini, nampaknya, sekali lagi orang yang sama Antimamak @ mamak- Tua di kesan. Tipu helah sekali lagi di buat untuk menjatuhkan boss saya saudara ashar yang mengilhamkan “Kempen Putih”.Dalam artikel Ashar_Babilah di akhir komen dimasukkan email bos saya, seolah-olah bos saya yang menulisnya, lihat di atas;

Article: ANWAR DEBATEBy Ashar_Babilah on July 18, 2008 2:00 PM

AsharAbdullahAshar_ Abdullah@yahoo.com

PENGAMATAN SAYA: ISTERI-MAMAK TUA

Sebelum TUN mengujudkan blog chedet, antimamak @ mamak-tua @ datok Zeq sudah lama menyimpan hasrat dengki dan membenci TUN atas kebodohan sendiri.Ini sebenarnya adalah alasan bagi mereka yang gagal dalam mencapai kehendak peribadi, gagal dalam mencapi impian hidup, gagal merealisasikan kehendak yang disebabkan kegagalan dan kebodohan sendiri.Malangnya antimamak, mengambil jalan mudah dengan menyalahkan orang lain.Fikirlah sendiri apakah semua yang kita mahukan di dunia ini bisa kita perolehi semuanya. Sedangkan kita lupa bersyukur atas 1001 kenikmatan yang telah Allah berikan pada kita di dunia ini.Sekali sahaja kita gagal, semua kesalah kita lemparkan kepada orang. Apa antimamak lupa mengkaji kelemahan diri, lupa muhasabah diri, semua yang berlaku ada hikmahnya. Baru sekali gagal, antimamak sudah lupa diri bagaikan gila dibuatnya.Apakah begitu senang untuk membolehkan kita memaki orang, mengatakan orang salah kita benar. Apakah kita melakukan kebenaran juga, bukan pembohongan, cuma kita lupa atas kebencian dan kedengkian kita tadi nafsu telah menguasai kita, lalu kita membolehkan apa yang terlintas oleh nafsu benci dan dangki kita. Tanpa disedari kita telah melakukan begitu banyak pembohongan yang lebih tetap fitnah dengan mengambil fakta yang belum tentu jelas manusia berhak mengatakan benar atau palsu.Kita tidak lagi merasa takut dengan dosa yang kita lakukan. Semakin hari semakin seronok melakukan dosa, semakin hari semakin berpestalah setan dan iblis bersama kita.

Gambar Dato Zeq & afdlin adalah 2 orang yang paling disyaki dalam mengendalikan blog 2 blog di bawah.Ganbar lama (dato zeq) dan terbaru ??? ke : http://melayunusantara.wordpress.com/Gambar Afdlin( IT person) Antimamak @ mamak-tua : antimahathir.blogspot.comAshar_Babilah : saifullbohari.blogspot.com ( blok lucah dewasa sama seperti dalam blog dato zeq)Semoga dengan pendedahan ini anda dapat juga simpulkan siapa di belakang 2 blog yang penuh dengan kontrovesi ini...


JUGA MODERATOR CHEDET TIDAK LEPAS PANDANG TERHADAP MEREKA INI. INFORMASI DALAM BLOG INI AKAN DIKEMASKINIKAN DENGAN MAKLUMAT TERBARU, JUGA DARI RAKAN BLOGS

Kesimpulan nya

Aku sebenar nya tidak mahu campur, tetapi apabila nama aku sentiasa diconteng, dikaitkan didalam blog chedet.com sebagai tidak pro Tun Mahathir, dan gambar aku pula dipamirkan didalam blog nya http:melayunusantaa.wordpress.com , aku rasa aku berhak bersuara. Kepada saudara Ashar Abdullah, selidik lah betul betul jangan sampai menyesal menuduh orang yang bukan bukan. Aku takut kalau aku bertindak nanti ko tinggal seluar dalam !

Keranda putih diatas telah pun aku sediakan !

Anwar To Topple Government?

Zooom...... to Putrajaya !



Dato Seri Anwar Ibrahim vowed to topple the prime minister despite what he called attempts to "demonise and intimidate" him.

Anwar said allegations of sodomy levelled by a 23-year-old male aide showed he posed a threat to Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi's National Front coalition, which has ruled Malaysia for more than 50 years.

"We are on track to take over the government. We want to pursue this agenda for reform," a smiling Anwar told reporters.

"Clearly, I am a political threat."

Anwar spent a night in police cells last week after he was arrested on sodomy allegations he says the government fabricated to prevent him from seizing power.

"What is the issue? I have not seen the (police) report (made by Saiful)," he said.

Anwar's Keadilan party aims to establish a new coalition government by the end of the year, its information chief told AFP.

"We are confident a change of government will happen by year-end," said Tian Chua.

A return to parliament would be the next step in the political rehabilitation of Anwar, who was sacked as deputy premier in 1998 and jailed for six years on sodomy and corruption charges.

The sex conviction was later overturned, but the corruption count barred him from public office until last April.

Fired up by Anwar's charismatic presence, the opposition Pakatan Rakyat opposition alliance made unprecedented gains in March general elections, leaving it just 30 seats short of ousting the ruling coalition.

But the accusation by aide Mohamad Saiful Bukhari Azlan that Anwar sexually assaulted him threatens to derail the former deputy premier's political comeback.

On Monday, Saiful's father Azlan Mohammad Lazim said his son was "ready to swear at any time ... in a mosque ... that he was sodomised as reported to the police, once the investigations are over."

Anwar has refused to provide a DNA sample to police saying he feared the evidence would be manipulated, but on Monday Saiful's lawyer urged him to cooperate.

"Saiful is urging Anwar to give his DNA sample and to cooperate with the police to speed up the investigation," Zamri Idrus told reporters.

"I was appointed in July as Saiful's counsel and I saw him just a few days ago. We are asking Anwar to give greater cooperation to the police and we push for a quick resolution to the investigation," he said.

Anwar Monday condemned police over his arrest last Thursday, when he spent a night in a cell and underwent a strip search.

"Why ambush and arrest me? Why put me in a cell? Why treat me like a common criminal? There is a pattern to demonise and intimidate me," he said.

The comments came as Malaysia's police chief filed a defamation lawsuit accusing Anwar of fabricating evidence.

Anwar has accused Musa Hassan and attorney general Abdul Gani Patail of manipulating evidence in an investigation into an alleged beating he received while in police custody ten years ago.

Anwar welcomed the lawsuit, saying he was prepared to face Musa in court.

"I will deal with this in court. I am happy to take him to court," Anwar told reporters after giving a statement to prosecutors.




Source : AFP

Tuesday 22 July 2008

D.U.I.T (Dunia Untuk Insan Tamak) Sahaja Ke?




Ramai orang, terutama yang sedang bercinta, berkata "Duit bukan segala gala nya" tapi tengok lah sekarang segala gala nya perlukan duit ! Masa bercinta memang lah, busuk pun dikatakan wangi, buruk dikatakan baik. Kadang kadang aku sendiri pun pening memikirkan bab duit ini. Masa ada duit banyak dulu tak sedar diri, boros berbelanja, beli sahaja apa yang teringin dihati. Itu belum lagi duit habis pada kawan kawan yang selalau membodek kita dengan panggilan bos lah, mengatakan aku ini hebat lah macam macam lagi nama yang membuatkan kita lupa diri. Semua bil, dimana sahaja pergi, makan minum ditanggung beres Pak ! Itu belum lagi berbelanja untuk perempuan perempuan "pisau cukur" yang memang menunggu peluang untuk mencukur duit ringgit kita. Kalau shopping penuh but belakang kereta diisi nya. Kadang kadang bukan beli untuk dia sahaja, beli untuk adik beradik mereka pun "no hal" ! Kalau terjumpa yang mak janda tu, habis diborong nya barang barang untuk anak anak nya sekali. Habis, kita nak berlagak jutawan sikit, kena lah bahang nya.

Sekarang bila duit adalah tinggal sekadar "cukup pakai" mula lah mengeluh panjang. Kalau cukup bulan lagi sakit, nak settle macam macam bil, ansuran kereta , sewa rumah, hutang kawan, hutang itu dan ini. Hendak menyopping macam dulu sudah tidak mampu. Dah macam pakai kain pelikat pendek, tarik keatas nampak dibawah, biarkan dibawah terdedah pulak yang diatas ! Dulu masa ada duit mampulah makan dihotel mewah, di coffehouse dengan menu a la carte, a la buffet, sekarang padan muka kena makan a la kadar sahaja. Ini semua adat didunia, kadang kadang kita susah, kadang kadang kita senang. Yang penting kita happy walaupun dah tak berduit. Tapi boleh ke kita happy kalau tak berduit? jawapan nya boleh, tapi kena jadi macam orang gila yang dekat jalanan tu, bukan ke happy sahaja, apa pun tak ada, duit jauh sekali !

Kalau kita fikir fikir pasal duit ini, sampai bila pun tak habis. Duit tak kan cukup. Tengok lah ramai orang besusah payah bekerja siang malam hendak mencari duit. Kadang kadang terpaksa tinggalkan anak bini. Ada juga terpaksa menipu, menyamun, merompak, rasuah, jual maruah diri, bergaduh dan bermusuh, berbunuh bunuhan, yang berpolitik senang sahaja menabur duit sana sini, hendak "beli undi " dan macam macam lagi lah jadi nya kerana terkena sumpahan duit ini . Dari pengalaman aku, besar periuk besar lah kerak nya. Memang betul kata kata orang tua tua dulu. Duit ini macam berhantu, panas ! kalau ada ditangan gatal sahaja tapak tangan, hendak sahaja berbelanja. Tapi aku tidak tahu lah kalau ada suku sakat "Haji Bakhil" macam cerita Bujang Lapok itu ! Mereka ini bolehlah mengumpul duit, harta, tetapi mereka terlupa bila mati nanti pun tidak juga bawa harta benda dan duit mereka semua, kain putih sehelai sahaja. Tetapi kebanyakkan kita tidak dapat menghalang dan mengawal nafsu membelanjakan duit, nafsu shahwat boleh tahan pulak, berbulan tak dapat pun tak kisah ! tambahan pula sekarang sudah ada "Duit Plastik" (kad kredit) lagi kes berat. Budak budak muda pun sudah kaya dengan duit plastik ini, manakan tidak, dapat sahaja duit plastik ini, mereka dah kaya/berhutang diantara RM5,000ke RM10,000. Itu baru satu kad, fikir lah kalau seorang memiliki dua atau tiga duit plastik ini? Mewah lah sekejap, kalau tidak berhati hati dan tidak tahu "money management" duit ini, alamat bangkrap lah, jawab nya !

Jadi, dengan duit ini sesaorang boleh menjadi macam macam . Ada duit semua boleh menguit ! Yang dah kaya dengan duit, hendak tambah banyak lagi duit, bagi lah peluang kepada orang lain pula berduit ! Duit ini memang tidak adil, orang yang berkerja kuat dan jujur tidak semesti nya berduit, tetapi bila berduit mesti orang kata dia berkerja kuat ! Padahal tumpang tuah pada adik beradik lah, keluarga lah, kawan kawan lah dan kadang kadang Pak Mentua LAH !

Duit - membuatkan kita kuat bekerja, duit- membuatkan kita terseksa, duit - membuatkan kita bahagia, duit - mmbuatkan kita kaya, duit - membuatkan kita lupa, duit - membuatkan kita berdosa, duit membuakan kita ternoda, duit - membuatkan kita dipanjara, duit - membuatkan kita tinggalkan saudara, duit - membuatkan kita tingalkan isteri , anak anak tercinta, duit- membuat kan kita sengketa, duit - membuatkan kita berbunuh bunuhan, duit - membuatkan kita berharta, kaya raya dan duit telah pun membuatkan ramai orang tidak peka rakyat derita dan Gila Kuasa !


Jadi, Lu fikir fikir lah sendiri, siapa tidak mahu duit, dan bila ada duit hendak buat apa ? kalau aku ada duit ? Aku KAHWIN !

Blog Kini Berpengaruh Kuat



MAJALAH TIME pada 2006 mencatat sejarah apabila menamakan komputer sebagai `Person of the Year’ atau tokoh tahun ini. Anda ? Ya, Anda menguasai era maklumat. Selamat datang ke dunia anda. Inilah kata-kata muka depan majalah itu. Ledakan pertumbuhan dan pengaruh hasil kandungan internet, terutama blog diiktiraf di peringkat global dua tahun lalu. Tahun ini, blog dan blogger menerima pengiktirafan di negara ini apabila kuasa dan pengaruhnya mula diakui. Keputusan pilihan raya umum ke-12 yang dipengaruhi oleh blog dan blogger adalah bukti utama. Kini tiada siapa dapat menafikan bahawa media baru ini mempunyai kedudukan, fungsi dan tanggungjawab dalam dunia maklumat. Blog media baru berpengaruh

Kira kira 10 tahun lalu, sesiapa yang mengaku mempunyai blog dan bergelar penulis blog (blogger), dipandang seperti makhluk asing. Kini anda boleh membaca kira-kira 500,000 blog yang diwujudkan blogger negara ini. Kemunculan blog hanya mula diperkatakan sejak beberapa tahun lalu walaupun perhatian lebih tertumpu kepada blog politik. Bagaimanapun, keadaan berubah secara drastik sejak kebelakangan ini. Ramai yang bercakap mengenai blog dan menjadi blogger. Kehangatan pengaruh blog dikaitkan dengan kempen pilihan raya umum ke-12 lalu apabila blog yang dikategorikan sebagai media baru digunakan secara berkesan sama ada oleh individu mahu pun parti politik.

Mengulas perkembangan blog di negara ini, Pensyarah Pengajian Media Universiti Malaya, Dr Abu Hassan Hasbullah, berkata antara perintis kemunculan blog di negara ini adalah sekumpulan blogger yang membentuk komuniti Geng Journal pada 1998. Ketika majoriti masyarakat masih buta mengenai blog, katanya blogger seperti Tok Rimau dan Bluehikari merintis minat terhadap blog. Beliau berkata, perkembangan blog meningkat selepas insiden politik membabitkan penyingkiran bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dituruti kemunculan pelbagai blog seperti Mahazalim dan Mahafiraun. Sejak empat tahun lalu, katanya perkembangan blog mula memberangsangkan, tetapi masih tidak disedari dan dipedulikan hingga Pilihan Raya Umum Ke-12, bulan lalu, blog menonjolkan pengaruh sebagai media baru yang memberi kesan besar. Bluehikari atau nama sebenarnya, Ludinata Misnun, berkata ketika Tok Rimau, iaitu bekas Presiden Geng Jurnal membentangkan kertas penyelidikan bertajuk Web Log: Kuasa menerbit di hujung jari dalam satu seminar peringkat kebangsaan pada 2002, isu blog yang dibentangkan itu kurang mendapat sambutan.

Selain itu, katanya membuat blog ketika itu lebih susah kerana prosesnya sama seperti membina laman web yang perlu membuat reka bentuk sendiri. Katanya, zaman sekarang untuk berblog sangat mudah kerana ada laman web menyediakan kemudahan blog seperti Blogspot, Wordpress atau Diaryland. Hanya perlu daftar, pilih reka bentuk diminati dan mula menulis. Hari ini, ramai yang bergelar blogger, tetapi semudah itukah menjadi blogger? Rebecca Blood, seorang blogger veteran yang juga pengarang The Weblog Handbook, menyatakan blogger adalah mereka yang sangat berminat terhadap web. Evan Williams yang mengasaskan Blogger.com pula berpandangan bahawa blogger adalah golongan muda yang menggunakan blog untuk berkomunikasi dengan rakan sebaya. Sudah tentu hari ini, ada blogger veteran berumur lingkungan 50-an atau lebih tua, tetapi majoriti blogger adalah golongan muda yang dinamik, luar biasa, mempunyai pendirian dan tidak takut melahirkan pandangan mereka.

Setiap orang boleh memberi 1001 macam alasan untuk memiliki blog, tetapi blogger adalah seorang yang tahu menghargai pandangannya. Tanyalah kepada sesiapa yang memiliki blog. Mengemas kini blog setiap hari menyebabkan dirinya mempertimbangkan pandangannya dengan berhati-hati serta berasakan pandangannya unik dan perlu disuarakan. Pada masa sama, ada ramai blogger yang hanya memuatkan luahan hati kecewa, putus harapan dan meracau tidak tentu hala. Blog begini selayaknya dimasukkan ke dalam bakul sampah. Seorang blogger harus mampu melahirkan dirinya dalam penulisan, mahu berkomunikasi dengan orang lain dan berterus terang. Blogger, Yasser Arafat Ishak yang dikenali sebagai Jiwarasa berkata, blog yang baik selalunya akan mendapat perhatian dan ibarat pasaran terbuka yang pengunjung mempunyai pilihan. Blog yang baru sering meletakkan alamat blog yang bagus di blog masing-masing. Katanya, memuatkan blog yang bagus di blog masing-masing bagaikan satu trend untuk menempatkan diri dalam kelompok blog. “Pengunjung blog juga cerdik dan bijak memilih bahan yang baik. Mereka selalunya akan membuat rujukan silang di mesin carian Yahoo dan Google untuk mendapat kepastian sesuatu fakta yang ditulis di blog,” katanya. Apakah faktor yang menyebabkan blog popular? Sifat interaktif adalah punca menyebabkan blog mendapat perhatian ramai.

Semua orang berpeluang memberikan pandangan walaupun tidak semua pandangan itu bernilai. Blog bukan saja membolehkan blogger memberikan pandangan mengenai sesuatu isu, tetapi pembaca menyuarakan pandangan masing-masing. Anda mahu bersetuju, membangkang, menambah maklumat dan fakta baru. Semuanya dalam blog. Blogger perlu ada sikap kawal selia kendiri LESEN besar penulis blog (blogger) untuk menulis mengenai apa saja di atas muka bumi ini menimbulkan banyak persoalan. Melihat sesetengah blog, penulisan bukan berisi fakta dan kebenaran, tetapi penuh dengan fitnah, kepalsuan dan bersumberkan khabar angin. Malangnya, apa yang ditulis dipercayai sebagai suatu kebenaran. Dalam teori komunikasi, apabila sesuatu pembohongan diulang-ulang, maka pembohongan itu dianggap benar. Dalam blog, proses yang sama juga berlaku.

Pensyarah Pengajian Media Universiti Malaya, Dr Abu Hassan Hasbullah, berkata sebelum pilihan raya umum ke-12 lalu, ada anggapan bahawa harga rumah melambung naik di Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kedah. Katanya, anggapan itu berlegar dalam dunia blog dan maklumat itu tidak diketahui ketepatan serta kesahihannya. “Tiada siapa tahu perkara ini, tetapi anggapan ini wujud di kalangan masyarakat negeri berkenaan. Oleh kerana tiada siapa menafikan maklumat ini, maka maklumat yang disebarkan melalui blog dianggap benar,” katanya. Dalam era perang maklumat, katanya blog membentuk maklumat dan sama ada maklumat itu tepat atau sahih adalah perkara kedua. Bagaimanapun, blogger tidak dibiarkan bebas sewenang-wenang. Di Singapura, dua etnik Cina dipenjarakan mengikut Akta Hasutan negara itu kerana memuatkan kenyataan anti Islam dalam blog mereka. Tahun lalu di Mesir, blogger Abdel Monem Mahmoud, ditangkap kerana menulis kenyataan anti kerajaan.

Di negara ini, tiada undang-undang secara khusus boleh digunakan untuk mengambil tindakan terhadap blogger dan blog. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hanya bertanggungjawab menyelia infrastruktur sesebuah laman web dan bukan memantau laman web yang menyeleweng. Bagaimanapun, Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 membolehkan individu yang menyalahgunakan Internet bagi menyebarkan kandungan yang bersifat palsu, mengancam atau yang jelik dikenakan tindakan. Selain itu, Akta Hasutan 1948, Akta Fitnah 1957 dan Kanun Keseksaan boleh digunakan terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab. Sudah ada beberapa kes blogger di negara ini disaman kerana tulisan mereka.

Keputusan Mahkamah Tinggi Alor Star supaya pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin, membayar ganti rugi RM4 juta kepada Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Naib Canselornya, Tan Sri Dr Nordin Kardi, kerana memfitnah melalui artikel disiarkan dalam blognya pada 2006 adalah antara kes utama. Bagaimanapun, undang-undang bukan jawapan terhadap persoalan ini. Menubuhkan polis siber seperti di sesetengah negara juga bukan penyelesaian terbaik. Harus ada kerelaan daripada blogger untuk bekerjasama dengan kerajaan membangunkan kod etika yang boleh diguna pakai di Malaysia. Lebih baik sikap kawal selia kendiri wujud di kalangan blogger berbanding pihak lain yang memaksanya.

Ehsan : Ziauddin Sharuddin

Monday 21 July 2008

Anwar VS KLH

Oooi... Lebih sejengkal tau ! he! he!


KLH director: We didn’t force Anwar to strip naked "At no time throughout the examination was his decency violated," Datuk Dr Zaininah Mohd Zain said yesterday.

She said before the examination, the procedures were explained to the former deputy prime minister by two specialists in the presence of his lawyer."Only after having obtained his written consent did they proceed with the examination," Dr Zaininah said."

He was then examined by the two specialists who adhered to proper clinical procedures during the whole course of the examination."Police took Anwar, 61, to KLH on Wednesday night for medical tests after he was arrested to facilitate an investigation into a sodomy allegation against him. Mohd Saiful Bukhari Azlan lodged a report on June 28 at the Jalan Travers police station, claiming Anwar had sodomised him.

Police have classified the case as carnal intercourse against the order of nature without consent, an offence which carries a jail sentence of between five and 20 years, with whipping.At the hospital, Anwar refused to give his blood sample for DNA testing, claiming the evidence could be fabricated to implicate him.

He also spoke later of his embarrassment at being ordered to strip naked and "measured" when he was taken to the hospital."I was stripped naked and had my private parts examined. They also measured the parts," he said at a press conference on Thursday.On the same day, however, a KLH official denied that Anwar had been subjected to indignity or "measured".The official said those brought in for rape or sodomy cases were accorded respect and examined in a professional manner in keeping with the code of medical conduct.In the instance where patients have to be examined for injury, the official said only the relevant part of the patient's body would be exposed."There is no necessity for the patient to be stripped naked for a full examination," the official added


Dato Seri Anwar Ibrahim at Kampung Razali, Pahang

Tahniah rakyat Pahang! Ribuan rakyat berhimpun di Kampung Razali untuk mendengar penjelasan saya berhubung isu-isu terkini. Intipati ucapan saya jelas, kes pertuduhan fitnah terhadap diri saya tidak akan menggelincirkan perjalanan Pakatan Rakyat ke Putrajaya. Saya juga menerangkan kepada rakyat adalah tidak mustahil untuk menurunkan harga minyak sekaligus mengurangkan beban yang ditanggung. Kerajaan Pakatan Rakyat komited untuk membawa perubahan, membaiki bukan sahaja keadaan ekonomi malah berusaha melonjak kembali mutu pendidikan negara serta memastikan polis dan jabatan peguam negara kembali dihormati.

Lucu bila mendengar kenyataan bapak-bapak menteri yang mempersoalkan motif saya untuk tidak mahu memberi sampel DNA kepada polis. Sebenarnya sudah 6 kali sampel diambil dari saya sepanjang saya dipenjara! Untuk apa perlu diberi lagi? Alasan bahawa ia sudah lama ternyata mengelirukan, satu sampel sahaja sudah cukup kerana ia boleh digunakan walau untuk 2000 tahun lagi!

Saya tidak takut untuk memberikan sampel DNA saya. Akan tetapi bersihkan dahulu elemen-elemen yang merosakkan dalam polis dan agensi keselamatan lainnya! Jangan tahan orang tanpa bicara! Jangan menyuruh pegawai untuk berbohong bagi pihak kamu wahai bapak menteri!

Yang takut bukan saya nampaknya tapi bapak-bapak menteri yang entah bila akan kehilangan kuasa. Dunia sedang menyaksikan komedi gelap bagaimana aparat-aparat pemerintah sanggup untuk memalsukan bukti demi memastikan segelintir terus memerintah.


ANWAR IBRAHIM

Sunday 20 July 2008

Kama Sutra - Teknik Ciuman

















Aku bukan lah pakar sangat dalam hal hal begini, tetapi cuma ingin berkongsi sedikit ilmu yang aku pelajari dari pengalaman dan buku buku yang aku baca.


Mengikut Kama Sutra, tempat tempat ciuman yang biasa dan paling efektif ialah pada mata, pipi, kerongkong, buah dada, bibir dan juga mulut. Ada juga yang mencium celah peha, lengan dan pusat. Bahagian bahagian lain aku tidak mahu campur , LU FIKIR LAH SENDIRI ! Eeeeh !


Teknik ciuman yang biasa diguna pakai !


Ciuman Manja

Apabila suami atau isteri mencium satu sama lain , tetapi tidak berbuat benda benda yang lain .


Ciuman Mengoda
Apabila suami atau isteri menekan bibir masing masing dan menghisap nya


Ciuman awal ghairah

Apabila isteri menyentuh lidah nya pada lidah suaminya dan mula memejamkan mata dan memaut tangan suami nya


Ciuman Ghairah

Apabila isteri merapatkan dan menekan bibir nya dengan bibir bawah suaminya dan menghisap nya


Ciuman tegak
Apabila kedua dua pasangan menegak kan kepala agar dapat merapatkan antara satu sama lain


Ciuman senget

Apabila kedua dua pasangan menyegetkan kepala agar dapat melakukan ciuman


Ciuman putar


Apabila suami memutarkan kepala isteri dengan memegang kepala dan dagu dan menciumnya


Ciuman kuat

Apabila suami merapatkan bibirnya dan menekan bibir bawah isteri dengan kuat


Ciuman berahi

Apabila Suami mencium bibir atas isteri dan isteri pula akan mencium bibir bawah suami


Ciuman Penuh

Apabila suami mengucup kedua dua bibir isteri nya dengan kedua dua bibir nya


Ciuman naluri

Apabila isteri melihat muka suami nya ketika sedang tidur dan mencium nya untuk menunjuk kan kehendak naluri dan nafsu nya.


Cuba cuba lah, semuga ko semua faham dan menggunakan nya. Teknik ini khas untuk orang orang yang sudah berumah tangga sahaja. Yang tengah bercintan cintan tu.. sabar dulu !


Beli lah buku Kama Sutra atau buku yang mengajar tentang ciuman. Bukan apa, elok juga kalau belajar benda benda ini. Aman bahagia rumah tangga !

Friday 18 July 2008

Professional Video Productions Services


















Adli was a journalist and producer of Majalah Tiga - TV3 before he started his own business. Share his experience and expertise in Video productions !

"Quote & Unquote "

I am ready to assist you to capture & deliver your special and magical moments on videos. I am now working as a freelance. For your information, producing a professional DVD will requires shooting, editing, post-production, voice-over (if necessary), converting the video into DVD format & packaging (see sample). Wow! such a lot of professional work! SURE MAHAL ?

That's not true ! No need to worry about the price, I will work along with your budget & timeframe . I can guarantee to deliver the end products in 3 days ! My work is not just only for weddings but also corporate videos, pilot programmes, personal portfolio, events such as product launching, graduation, birthdays, activities etc. Both in VCD or DVD format.

Please feel free to browse through my portfolio & do contact me if you need the assistance. My services cover KL , Klang Valley and Selangor only. However, if there's a need & the price is acceptable , why not ! Please make arrangements at least 3 days before the shoot, as my schedule is very tight. Alhamdulillah rezeki semakin bertambah... . Remember, with my expertise and experience , you will never miss your special and magical moments again !

I am still contributing stories for TV3 & TV9 programmes. If you have any ideas or stories that you believe can be shared with the Malaysian TV viewers, do notify me through e-mail or sms .

Contact me: Adli 013 2727 001 http://adlieffendy.blogspot.com / http://www.teamfifi.com/

Thursday 17 July 2008

Tuduhan Penulis Blog - isteri-mamak.tua.blogspot

Image Ashar, konon nya di Batam !



Rabu, 2008 Julai 16



Anda bacalah sendiri tulisan si penulis blogspot ini ! Ini lah contoh Melayu Haprak yang selalu diperkatakan oleh Tun Mahathir Mohammad . Penulis ini, yang mungkin tidak bersekolah tinggi, mempunyai otak yang cetek , tidak membuat kajian tentang fakta fakta, ! Ia juga telah menggunakan banyak nama nama samaran kerana penakut dan tidak bertanggung jawab !


Aku dituduhnya antimamak / anti Mahathir ! Aku sedang berbincang dengan peguam aku, untuk mengambil langkah dan tindakan undang undang kerana menyebar, membuat fitnah di internet melibatkan nama aku yang konon nya membenci Tun Dr Mahathir yang sangat sangat aku sanjungi. Reputasi aku dikalangan kenalan perniagaan aku juga turut terjejas. Aku juga akan membuat report di Balai polis kerana penulis (Ashar Abdullah?? ) memfitnah ! Biar lah pihak berkuasa menjalankan tugas mereka dan menentukan perkara sebenarnya.



ANTIMAMAK VS KEBENCIAN, KEDENGKIAN DAN KEBODOHAN


Sebelum TUN mengujudkan blog chedet, antimamak @ datok Zeq sudah lama menyimpan hasrat dengki dan membenci TUN atas kebodohan sendiri.Ini sebenarnya adalah alasan bagi mereka yang gagal dalam mencapai kehendak peribadi, gagal dalam mencapi impian hidup, gagal merealisasikan kehendak yang disebabkan kegagalan dan kebodohan sendiri. Malangnya antimamak, mengambil jalan mudah dengan menyalahkan orang lain.Fikirlah sendiri apakah semua yang kita mahukan di dunia ini bisa kita perolehi semuanya. Sedangkan kita lupa bersyukur atas 1001 kenikmatan yang telah Allah berikan pada kita di dunia ini. Sekali sahaja kita gagal, semua kesalah kita lemparkan kepada orang.

Apa antimamak lupa mengkaji kelemahan diri, lupa muhasabah diri, semua yang berlaku ada hikmahnya. Baru sekali gagal, antimamak sudah lupa diri bagaikan gila dibuatnya.Apakah begitu senang untuk membolehkan kita memaki orang, mengatakan orang salah kita benar. Apakah kita melakukan kebenaran juga, bukan pembohongan, cuma kita lupa atas kebencian dan kedengkian kita tadi nafsu telah menguasai kita, lalu kita membolehkan apa yang terlintas oleh nafsu benci dan dangki kita. Tanpa disedari kita telah melakukan begitu banyak pembohongan yang lebih tetap fitnah dengan mengambil fakta yang belum tentu jelas manusia berhak mengatakan benar atau palsu. Kita tidak lagi merasa takut dengan dosa yang kita lakukan. Semakin hari semakin seronok melakukan dosa, semakin hari semakin berpestalah setan dan iblis bersama kita.

Ini usaha abang saya kat belakang rumah. Tanah kerajaan yang terbiar buat projek tanam serai untuk usaha obat traditional, obat kuat.Disamping mengusahakan 5 ekor kambing tempatan.Bolehlah tambah-tambah sikit pendapatan dari hasil bolg anti-mahathir.Disamping tugas harian, saya turut membantu abang dalam usaha obat traditionalnya. Hasil tanam sendiri serai , halia merah, ubi jaga di bawa balik untuk di proses.Usaha ini belum dapat kelulusan lagi, semoga satu hari mendapat kelulusan dari kementerian kesihatan Malaysia sebagai obat kuat traditional terpopular.Pada mulanya usaha ini berpunca dari masalah abang sendiri. Setelah puas mencuba, bermacam-macam obat, kami mencuba resipi obat orang tua dari Madras, adalah nampak hasil sedikit lalu kami cuba usahakan secara kecilan untuk sara hidup.

Setelah 4 tahun berobat, tuhan mengurniakan seorang chaya mata bernama Puteri Kajol, 3 tahun. Anak hasil pernikahan saya dengan antimamak ini, rajin membantu abahnya memproses obat traditional.

Puteri Kajol sedang membantu abahnya menumbuk daun kemangi untuk obat kuat.

bersambung......gagal dapat projek....bersambung..........

Diposting oleh NAJIHA NAHBEE di 11:29

4 Ulasan.:

NAJIHA NAHBEE berkata...

Salam abang antimamak memang benar bagai di kata..hahahh gagal dalam hidup, salahkan orang.salam

2008 Julai 16 12:51

NAJIHA NAHBEE berkata...

apa nama? antimamak @ datok zeq ?

2008 Julai 16 12:59

NAJIHA NAHBEE berkata...

Catatan ini telah dibuang oleh pengarang.

2008 Julai 16 13:04

ASHAR berkata...

salam semua,Tajuk dalam ioni nampak begitu intresting bila nak ada ceritanya?setia menunggu.

Wednesday 16 July 2008

Dating Yang Jimat Belanja



Siapa yang kata, bila harga minyak, harga barang barang lain naik kita tidak boleh selalu ber "dating?" Yang Lelaki tak kan nak duduk dirumah termenong sahaja , dan yang perempuan pula tak kan nak menunggu sahaja panggilan telefon atau ajakan dari boyfriend masing masing. Kita kena kreatif sikit, ada cara berdating yang tidak memerlukan belanja yang banyak. Di Malaya ni, kalau berdating, pada lazimnya si boyfriend lah kena membayar segala segala nya. Si girlfriend, walaupun bekerja, berduit, selalunya akan buat buat tak tahu apabila masa untuk membayar bil. Itu yang si boyfriend selalu pokai, nak bagitau girlfriend malu, nak jaga "standard !" konon nya ! Pesan aku, mula kan lah langkah baru, dating secara "Dutch". Bayar masing masing macam aku tengok di Amerika, Eropah dan Negara Negara lain.

Kalau tidak, ko cuba cuba lah cara berdating dibawah ini bila bila masa tidak ada duit dipoket. Ingat, sediakan dan bawa bersama sama satu botol kecil/besar bekas air mineral dan isikan air suam di rumah atau bawa flask, isikan lah air apa yang ko suka minum. Nak malu apa?


1. Ajak pasangan ko berjalan jalan sahaja di shopping komplek, lepak lepak kat kerusi yang disediakan. Berterus terang katakan pada dia yang ko cuma mahu "window shopping" ye lah tengok tengok dan tidak berniat hendak membeli apa apa.

2. Kalau hendak ke tempat yang sunyi sikit, bawalah berjalan jalan di taman bunga, tetapi diwaktu siang, dan mesti ramai lagi pasangan2 lain disitu. Jauhi waktu malam sebab pegawai penguakuasa Agama kadang kadang meronda, kena ngap nanti. Beli makanan ringan burger , sandwiches atau sebagainya. Atau bawa makanan dari rumah macam nak pergi berkelah, konon nya.

3. Kalau ada aktiviti aktiviti yang ko orang sama sama suka macam memanching, berenang atau sebagai nya, pergi lah relak ketempat tersebut.

4. Kalau suka kan musik atau sebagainya, pergilah ketempat yang menyediakan musik percuma. Kalau diKL ni pergi lah Central Market atau sebagai nya. Tempat lain aku pun tak pasti.

5. Kalau yang berkereta, "action" tapi tak berduit, park sahaja kereta dikawasan rumah girlfriend tadi dan duduk lah sembang sembang didalam nya. Kalau takut orang lain nampak beli pelindung cermin kereta, dan pasanglah. Kena tutup engine, cermin buka sikit biar bagi angin masuk. Kalau tidak berpeluh masam nanti !

6. Kalau yang bermotorsikal, boleh lah pusing dekat dekat, minyak motor RM3.00 pun tak habis kalau pusing pusing. Tetapi jangan campur group Mat Rempit, takut kalau ada roadblok, dengan ko2 sekali ditahan polis.

7. Kalau nak makan minum, ajaklah kena teh tarik kat warung mamak sahaja, nasi lemak "tetek" RM1.00 sahaja sebungkus. Kalau ini pun tak mampu, ko order 1 teh, 1 nasi lemak . Biar girlfriend ko sahaja makan dan minum, ko kata lah dah kenyang, minum lah air suam/air flask yang ko bawa tadi atau telan air lior. Bila balek rumah ko nanti, masak lah maggi, kawan ko punya kan ada lebih.

8. Yang tak ada transport, naiklah LRT duduk lah dekat station sembang sembang. Yang naik bas beli tiket pergi balek, duduk lah dalam bas tu boleh sembang sembang panjang sikit.

9. Yang jalan kaki, mana mana pun boleh pergi selagi kaki tak lengoh dan boleh melangkah !


Sebenar nya banyak lagi cara cara berdating yang tak perlu pakai banyak duit , kalau ko orang kreatif. Tidak perlulah berdating cara mewah, makan dihotel , coffeehouse, cafe atau disco disco dengan "cover charge" nya yang mahal. Tetapi dari pengalaman aku si boyfriend ini , kalau berdating sahaja mesti nak bawa girlfriend balek rumah bujang nya, "nak projek sahaja kerja nya !" Itu yang kadang kadang girlfriend nya pun malas nak keluar, sebab "nak try sample " sahaja, nak "beli" belum tahu bila ! Maklum lah semua dah naik dan mahal, mana dapat nak simpan duit !