Tuesday, 29 July 2008

Cinta Tidak Memerlukan Sebab?


Dalam satu kisah cinta yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti si sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka;

Isteri : Mengapa abang menyukai saya?? Mengapa abang cintakan saya??

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya?? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tak boleh menerangkan sebabnya??

Suami : Betul! Abang tak tau sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki semuanya tau menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tak boleh menerangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan berkata, "Baiklah! Abang mencintai sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak sayang melangkah, di situlah cinta abang bersama sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih lalu berkata kepada isterinya walaupun isterinya masih dalam keadaan koma kerana si suami tahu bahawa isterinya tetap mendengar.

"Sayang! Jika disebabkan suaramu aku mencintaimu.. sekarang bolehkah engkau bersuara?? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.

Jika disebabkan senyuman mu.. sekarang bolehkah engkau tersenyum?Tidak! Oleh itu aku tidah boleh mencintaimu. Jika disebabkan setiap langkahmu aku mencintaimu... Sekarang bolehkah engkau melangkah?? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang, aku tidak mempunyai sebab menyintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab?? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."

Maka menitisllah air mata si isteri yang masih dalam keadaan koma itu...



Luahan hati : Liyz teman Tagged

2 comments:

Gelombang Rakyat said...

Susah jugak bila depa tidak memahami hati nurani kita. Mujur masih koma, jika full-stop?

SiR KinG TiGeR said...

zz
Andai nya dia pergi dulu, aku terpaksa lah cari pengganti, nak tunggu apa lagi?