Wednesday, 16 July 2008

Dating Yang Jimat Belanja



Siapa yang kata, bila harga minyak, harga barang barang lain naik kita tidak boleh selalu ber "dating?" Yang Lelaki tak kan nak duduk dirumah termenong sahaja , dan yang perempuan pula tak kan nak menunggu sahaja panggilan telefon atau ajakan dari boyfriend masing masing. Kita kena kreatif sikit, ada cara berdating yang tidak memerlukan belanja yang banyak. Di Malaya ni, kalau berdating, pada lazimnya si boyfriend lah kena membayar segala segala nya. Si girlfriend, walaupun bekerja, berduit, selalunya akan buat buat tak tahu apabila masa untuk membayar bil. Itu yang si boyfriend selalu pokai, nak bagitau girlfriend malu, nak jaga "standard !" konon nya ! Pesan aku, mula kan lah langkah baru, dating secara "Dutch". Bayar masing masing macam aku tengok di Amerika, Eropah dan Negara Negara lain.

Kalau tidak, ko cuba cuba lah cara berdating dibawah ini bila bila masa tidak ada duit dipoket. Ingat, sediakan dan bawa bersama sama satu botol kecil/besar bekas air mineral dan isikan air suam di rumah atau bawa flask, isikan lah air apa yang ko suka minum. Nak malu apa?


1. Ajak pasangan ko berjalan jalan sahaja di shopping komplek, lepak lepak kat kerusi yang disediakan. Berterus terang katakan pada dia yang ko cuma mahu "window shopping" ye lah tengok tengok dan tidak berniat hendak membeli apa apa.

2. Kalau hendak ke tempat yang sunyi sikit, bawalah berjalan jalan di taman bunga, tetapi diwaktu siang, dan mesti ramai lagi pasangan2 lain disitu. Jauhi waktu malam sebab pegawai penguakuasa Agama kadang kadang meronda, kena ngap nanti. Beli makanan ringan burger , sandwiches atau sebagainya. Atau bawa makanan dari rumah macam nak pergi berkelah, konon nya.

3. Kalau ada aktiviti aktiviti yang ko orang sama sama suka macam memanching, berenang atau sebagai nya, pergi lah relak ketempat tersebut.

4. Kalau suka kan musik atau sebagainya, pergilah ketempat yang menyediakan musik percuma. Kalau diKL ni pergi lah Central Market atau sebagai nya. Tempat lain aku pun tak pasti.

5. Kalau yang berkereta, "action" tapi tak berduit, park sahaja kereta dikawasan rumah girlfriend tadi dan duduk lah sembang sembang didalam nya. Kalau takut orang lain nampak beli pelindung cermin kereta, dan pasanglah. Kena tutup engine, cermin buka sikit biar bagi angin masuk. Kalau tidak berpeluh masam nanti !

6. Kalau yang bermotorsikal, boleh lah pusing dekat dekat, minyak motor RM3.00 pun tak habis kalau pusing pusing. Tetapi jangan campur group Mat Rempit, takut kalau ada roadblok, dengan ko2 sekali ditahan polis.

7. Kalau nak makan minum, ajaklah kena teh tarik kat warung mamak sahaja, nasi lemak "tetek" RM1.00 sahaja sebungkus. Kalau ini pun tak mampu, ko order 1 teh, 1 nasi lemak . Biar girlfriend ko sahaja makan dan minum, ko kata lah dah kenyang, minum lah air suam/air flask yang ko bawa tadi atau telan air lior. Bila balek rumah ko nanti, masak lah maggi, kawan ko punya kan ada lebih.

8. Yang tak ada transport, naiklah LRT duduk lah dekat station sembang sembang. Yang naik bas beli tiket pergi balek, duduk lah dalam bas tu boleh sembang sembang panjang sikit.

9. Yang jalan kaki, mana mana pun boleh pergi selagi kaki tak lengoh dan boleh melangkah !


Sebenar nya banyak lagi cara cara berdating yang tak perlu pakai banyak duit , kalau ko orang kreatif. Tidak perlulah berdating cara mewah, makan dihotel , coffeehouse, cafe atau disco disco dengan "cover charge" nya yang mahal. Tetapi dari pengalaman aku si boyfriend ini , kalau berdating sahaja mesti nak bawa girlfriend balek rumah bujang nya, "nak projek sahaja kerja nya !" Itu yang kadang kadang girlfriend nya pun malas nak keluar, sebab "nak try sample " sahaja, nak "beli" belum tahu bila ! Maklum lah semua dah naik dan mahal, mana dapat nak simpan duit !

3 comments:

roserose*MrsYusof* said...

Best entry yang nyata lagi fakta!

Beginner level: boleh sy buat muka tak tahu.

Intermediate level: hari ni sy bayar,esok u bayar!

Advance level: tengah bulan smpi penhujung-sy bayar,lps penghujung bulan hingga sebelum tengah bulan-dia byr.
Tpi kalau sy yg nak mkan dia bayar selalu merengek 'Ygggg!!!! tekak ni macam terasa nak makan pizza la..malam tadi mimpi makan ikan gerut2 masak 3 rasalah..lama dah kita tak makan ikan besar!'hehhehe..
Dia? pelik tak pernah pun nak buat permintaan nak mkn tu dan mkn ni.
Tekak dia dah tak terasa lagi kot!
Hahahha

SiR KinG TiGeR said...

rosevsky
Hi awal ko datang? Ko OK lah supporting, untung lah sidia ko tu TUAH Badan lah agak nya !

roserose*MrsYusof* said...

Datuk,

Tuah badan agaknya? Ntahlah...