Tuesday, 22 July 2008

D.U.I.T (Dunia Untuk Insan Tamak) Sahaja Ke?




Ramai orang, terutama yang sedang bercinta, berkata "Duit bukan segala gala nya" tapi tengok lah sekarang segala gala nya perlukan duit ! Masa bercinta memang lah, busuk pun dikatakan wangi, buruk dikatakan baik. Kadang kadang aku sendiri pun pening memikirkan bab duit ini. Masa ada duit banyak dulu tak sedar diri, boros berbelanja, beli sahaja apa yang teringin dihati. Itu belum lagi duit habis pada kawan kawan yang selalau membodek kita dengan panggilan bos lah, mengatakan aku ini hebat lah macam macam lagi nama yang membuatkan kita lupa diri. Semua bil, dimana sahaja pergi, makan minum ditanggung beres Pak ! Itu belum lagi berbelanja untuk perempuan perempuan "pisau cukur" yang memang menunggu peluang untuk mencukur duit ringgit kita. Kalau shopping penuh but belakang kereta diisi nya. Kadang kadang bukan beli untuk dia sahaja, beli untuk adik beradik mereka pun "no hal" ! Kalau terjumpa yang mak janda tu, habis diborong nya barang barang untuk anak anak nya sekali. Habis, kita nak berlagak jutawan sikit, kena lah bahang nya.

Sekarang bila duit adalah tinggal sekadar "cukup pakai" mula lah mengeluh panjang. Kalau cukup bulan lagi sakit, nak settle macam macam bil, ansuran kereta , sewa rumah, hutang kawan, hutang itu dan ini. Hendak menyopping macam dulu sudah tidak mampu. Dah macam pakai kain pelikat pendek, tarik keatas nampak dibawah, biarkan dibawah terdedah pulak yang diatas ! Dulu masa ada duit mampulah makan dihotel mewah, di coffehouse dengan menu a la carte, a la buffet, sekarang padan muka kena makan a la kadar sahaja. Ini semua adat didunia, kadang kadang kita susah, kadang kadang kita senang. Yang penting kita happy walaupun dah tak berduit. Tapi boleh ke kita happy kalau tak berduit? jawapan nya boleh, tapi kena jadi macam orang gila yang dekat jalanan tu, bukan ke happy sahaja, apa pun tak ada, duit jauh sekali !

Kalau kita fikir fikir pasal duit ini, sampai bila pun tak habis. Duit tak kan cukup. Tengok lah ramai orang besusah payah bekerja siang malam hendak mencari duit. Kadang kadang terpaksa tinggalkan anak bini. Ada juga terpaksa menipu, menyamun, merompak, rasuah, jual maruah diri, bergaduh dan bermusuh, berbunuh bunuhan, yang berpolitik senang sahaja menabur duit sana sini, hendak "beli undi " dan macam macam lagi lah jadi nya kerana terkena sumpahan duit ini . Dari pengalaman aku, besar periuk besar lah kerak nya. Memang betul kata kata orang tua tua dulu. Duit ini macam berhantu, panas ! kalau ada ditangan gatal sahaja tapak tangan, hendak sahaja berbelanja. Tapi aku tidak tahu lah kalau ada suku sakat "Haji Bakhil" macam cerita Bujang Lapok itu ! Mereka ini bolehlah mengumpul duit, harta, tetapi mereka terlupa bila mati nanti pun tidak juga bawa harta benda dan duit mereka semua, kain putih sehelai sahaja. Tetapi kebanyakkan kita tidak dapat menghalang dan mengawal nafsu membelanjakan duit, nafsu shahwat boleh tahan pulak, berbulan tak dapat pun tak kisah ! tambahan pula sekarang sudah ada "Duit Plastik" (kad kredit) lagi kes berat. Budak budak muda pun sudah kaya dengan duit plastik ini, manakan tidak, dapat sahaja duit plastik ini, mereka dah kaya/berhutang diantara RM5,000ke RM10,000. Itu baru satu kad, fikir lah kalau seorang memiliki dua atau tiga duit plastik ini? Mewah lah sekejap, kalau tidak berhati hati dan tidak tahu "money management" duit ini, alamat bangkrap lah, jawab nya !

Jadi, dengan duit ini sesaorang boleh menjadi macam macam . Ada duit semua boleh menguit ! Yang dah kaya dengan duit, hendak tambah banyak lagi duit, bagi lah peluang kepada orang lain pula berduit ! Duit ini memang tidak adil, orang yang berkerja kuat dan jujur tidak semesti nya berduit, tetapi bila berduit mesti orang kata dia berkerja kuat ! Padahal tumpang tuah pada adik beradik lah, keluarga lah, kawan kawan lah dan kadang kadang Pak Mentua LAH !

Duit - membuatkan kita kuat bekerja, duit- membuatkan kita terseksa, duit - membuatkan kita bahagia, duit - mmbuatkan kita kaya, duit - membuatkan kita lupa, duit - membuatkan kita berdosa, duit membuakan kita ternoda, duit - membuatkan kita dipanjara, duit - membuatkan kita tinggalkan saudara, duit - membuatkan kita tingalkan isteri , anak anak tercinta, duit- membuat kan kita sengketa, duit - membuatkan kita berbunuh bunuhan, duit - membuatkan kita berharta, kaya raya dan duit telah pun membuatkan ramai orang tidak peka rakyat derita dan Gila Kuasa !


Jadi, Lu fikir fikir lah sendiri, siapa tidak mahu duit, dan bila ada duit hendak buat apa ? kalau aku ada duit ? Aku KAHWIN !

1 comment:

roserose*MrsYusof* said...

Duit duit duit di mana kau duit..


Ada duit nak kahwin? Dah kahwin nanti ,duit lagi banyak kan kan kan!

Thanks for remembering me. Dun worry Ky tak marah!